DEMONTRASI AMAN
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari yang mungkar dan merekalah orang2 yang berjaya. (Ali-Imran: 104)
Nabi s.a.w bersabda “Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangannya,maka jika tidak mampu dengan lisannya,maka jika tidak mampu dengan hatinya dan yang demikian itu selemah-lemah iman dan tiada iman selepas itu walau sebesar biji bayam” (Riwayat Muslim)
Ada seorang lelaki datang mengadu kepada Nabi s.a.w. “sesungguhnya jiranku menyakitiku”,sabda Nabi s.a.w. “keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”,maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan,maka setiap orang yang melintas bertanya “apa yang berlaku kepadamu?” dia menjawab “jiranku menyakitiku”,maka mereka berkata “Ya Allah hinalah dia (jirannya)”, dengan sebab itu jirannya berkata “kembalilah ke rumahmu,aku tidak akan sakitimu lagi” (Al-Bazzar dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, Imam Ahmad Syakir mensahihkannya)
Kemungkaran paling besar yang UMNO/BN lakukan ialah menolak Islam sebagai kuasa tertinggi dalam memerintah negara dan selepas itu kemungkaran2 yang lain seperti akta ISA, penyalahgunaan kuasa,pembaziran wang negara, sistem pilihanraya tidak telus dan banyak lagi kemungkaran yang UMNO/BN lakukan dan sepatutnya sudah lama UMNO/BN diturunkan dari memerintah negara ini,tetapi oleh kerana pilihanraya tidak bersih, maka UMNO/BN terus memerintah hingga hari ini,sama seperti Husni Mubarak yang sentiasa menang pilihanraya, akhirnya rakyat Mesir terpaksa turun ke jalanan.
Oleh itu wajib ada segolongan rakyat yang bangun mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO/BN seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam ayat 104 surah Ali-Imran di atas dan Hadis Nabi s.a.w., Nabi s.a.w. juga mengizinkan diadakan demonstrasi aman dengan berkumpul di jalanan sebagai tanda bantahan terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat diperbetulkan dengan teguran lisan,54 tahun teguran melalui lisan dilakukan supaya UMNO/BN laksanakan sistem Islam dalam pemerintahan dan isu pilihanraya telah berkali-kali diberikan cadangan secara lisan, tetapi kerajaan tetap keras kepala dan enggan tunaikan, apa lagi pilihan yang ada selain dari demontrasi jalanan.
"Wahai orang2 yang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasullah s.a.w. dan pemimpin dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantahan dalam suatu apa pun,maka hendaklah kamu mengembalikan kepada Allah dan RasulNya,jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat....."(An-Nisa:59)
"....dan untuk merujukkan soal yang diperbantahkan itu kepada Allah tentulah memerlukan pemerintah itu sentiasa patuh dan tegas melaksanakan hukum dan perintah Allah"," demikian juga sikap memberi hak kepada rakyat untuk membantah pemerintah dan mendesak supaya dirujukkan perkara yang diperselisihkan kepada Allah......"(Al-Mal Wal Hukmu Fil Islam oleh Ust Abd.Kadir Audah - Cairo 1951).
Adakah UMNO/BN memerintah negara berdasar Al-Quran dan Sunnah atau adakah UMNO sedia muzakarah/debat dengan PAS dengan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan?, pada tahun 1985 debat antara PAS dan UMNO hampir terjadi dengan tajuk,tempat,pengerusi ditetapkan oleh UMNO,tajuk yang UMNO tetapkan ialah 'PAS kafirkan UMNO' dan PAS setuju dengan tajuk itu,tetapi debat itu dibatalkan kerana ulamak2 dalam UMNO tak berani hendak berdapan dengan ulamak PAS ketika itu.
Ibnu Hazm Al-Andalusia menyatakan;
“Pemerintah yang wajib ditaati itu ialah selama ia menurut Kitab Allah dan Sunnah RasulNya,tapi jika ia menyeleweng sedikit daripadanya maka wajiblah ditegah dari memerintah dan dikenakan ke atasnya ‘had’ dan tuntutan hak,kalau kerosakan tidak dapat dihindari melainkan dengan menurunkannya, maka ketika itu ia wajib diturunkan dan digantikan dengan orang lain” (An-Nazhariat As-Siasiah Al-Islamiah oleh Dr Dhia’uddin Ar-Rais).
Perselisihan antara PAS dan UMNO adalah berkaitan dengan akidah,PAS hendak negara ini diperintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah,tetapi UMNO tetap setia dengan sistem yang ditinggalkan oleh British (sekular), jika berdasarkan ayat diatas PAS berada di atas landasan yang benar, hanya negara yang diperintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah sahaja yang wajib ditaati dan dilarang rakyat menentangnya,ada pun Malaysia tidak termasuk dalam kategori pemerintah yang wajib ditaati.
Bersandarkan kepada Nas Al-Quran,Hadis dan pendapat ulamak di atas, mencegah kemungkaran boleh dilakukan dengan mengadakan demontrasi aman.
Negara ada minyak, ada 60% sumber pendapatan negara yang lain, mengapa perlu ada tol, GST dan kenaikan harga barang....mana pergi wang rakyat (cukai)?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan