Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

8.12.13

Fasik lagi Zalim menindas rakyat Marhaen.


“Penghulu syahid itu Hamzah bin Abdul Mutalib dan juga seorang yang menghadapi pemerintah yang zalim lalu melarangnya membuat kezaliman, lantas dia membunuhnya” (Al-Hakim dengan sanad yang sahih)

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan “orang2 yang teguh berpegang pada agamanya mengetahui bahawa perkataan yang paling mulia ialah berkata benar di hadapan sultan (pemerintah) yang zalim, Apabila dia terbunuh maka dia mati syahid sebagaimana yang terdapat dalam sabda Rasullah s.a.w., mereka maju melakukan tugas yang demikian, mereka menyerahkan diri mereka kepada bahaya dan menanggung berbagai azab dengan penuh kesabaran demi mencari keredhaan Allah s.w.t. dan mengurniakan jiwa mereka kerana mengharap apa yang ada pada Allah s.w.t.”

Zalim ada dua ketegori iaitu pertama zalim kerana tidak melaksanakan hukum2 Allah seperti firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 45 dan kedua zalim dalam konteks kemanusian. Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum2 Allah yang meliputi undang2, sistem ekonomi, sistem percukaian, sistem kemasyarakatan dan lain2 lagi adalah zalim.

Zalim dalam konteks kemanusiaan ialah seperti yang dicatat oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, mengenai seorang panglima agung kerajaan Umaiyah Al-Hajaj dengan seorang alim muda bernama Hatit yang berusia 18 tahun, Al-Hajaj bertanya kepada Hatit “Bagaimana pendapat engkau terhadap aku” Hatit menjawab “Aku berpendapat bahawa engkau adalah dari musuh2 Allah di bumi ini,…….”

Kerajaan Umaiyah adalah kerajaan Islam yang berjalan hukum2 Allah di dalamnya, hanya khalifah waktu itu ada yang zalim terhadap rakyatnya, maka ini disebut kezaliman dalam konteks kemanusiaan,

Kezaliman dalam konteks kemanusiaan ini pun Hatit kata Al-Hajaj adalah musuh Allah bagaimana pula dengan pemerintah yang tidak laksanakan sistem Islam dalam pemerintahannya dan menolak Islam serta menghina hukum Allah dan Sunnah Nabi s.a.w., bukankah mereka ini adalah musuh Allah dan penentang Allah s.w.t.?

Syeikh Abdul Aziz Al-Badri dalam kitabnya `Al-Islam Bainal Ulamak Wal hukama’ mengatakan “ada juga dari kalangan ulamak itu diupah untuk memberi ucapan dan syarahan di radio, televisyen, di mimbar2 masjid untuk memuji-muji, menyanjung tinggi pemerintah dan menyokong segala tindak-tanduk mereka……”. “Ada juga diantara ulamak itu yang merestui segala tindakan pemerintah walaupun salah dan memutar-belitkan Islam untuk disesuaikan dengan undang2 jahiliyah dan sistem yang rosak yang telah dikuatkuasakan oleh mereka……”.

“ulamak yang bersikap demikian adalah ulamak durjana (su’) dan penyebar fitnah yang sentiasa merestui pendustaan pemerintah, menyokong kezaliman mereka dan mengikuti hawa nafsu mereka, Rasullah s.a.w. menyuruh kita supaya berwaspada dari mereka dan menyingkir diri dari mereka disamping menjelaskan akibat buruk yang bakal mereka alami di akhirat kelak” Rasullah s.a.w. bersabda “Akan ada pemimpin2 dan pemerintah yang fasik dan zalim, barangsiapa yang membenarkan dusta mereka dan menyokong mereka di atas kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan Aku bukan daripadanya dan dia bukanlah dari kalangan Aku” (Ahmad, An-Nasa`i, Tarmizi dan Al-Bazzar).

Kezaliman dan fasik dari pandangan Al-Quran ialah tidak melaksanakan undang2 dan sistem Allah manakala dari pandangan kemanusiaan ialah pembaziran, penyalahgunaan wang rakyat (cukai), rasuah, penipuan dalam pilihanraya, menyebar fitnah, mengagihkan projek dan kekayaan negara kepada kroni dan lain2 lagi. Tolak Barisan Nasional kerana mereka adalah kafir, zalim dan fasik. UMNO/BN melakukan dua kezaliman iaitu dalam konteks sistem Allah dan kemanusiaan.

Tiada ulasan: