Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

16.12.13

Jinayat

Bab Jinayat:

Imam Jaafar As-Sideq; Penyewaan untuk persetubuhan adalah terbatal, Apabila ia menyewa seorang perempuan untuk disetubuhi kemudian ia melakukan persetubuhan dengannya, sedangkan ia mengetahui tentang pengharamannya, maka had diwajibkan ke atasnya. Demikian juga jika seorang perempuan menyewa lelaki supaya melakukan zina dengannya,kemudian melakukannya.

Imam Abu Hanifah; Tidak wajib had didalam kedua-dua masalah. (Ahkam Al-Quran jld.2 m/s: 146 dan al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-arba`ah jld.VI m/s:96).
Dalam kitab yang sama Ahkam Al-Quran jld.2 m/s:209 dan kitab Muhalla jld.12 m/s:16 Imam Abu Hanifah haruskan menyewa faraj (perempuan) dan itu tidak dikira zina, kerana ianya dilakukan atas sewa (upah).

Jadi apa perbezaan sewa faraj dengan Nikah Mut`ah? Imam Abu Hanifah adalah pendiri mazhab Hanafi Sunni. Jakim dan geng fanatik sunni radikal diminta memberikan penjelasan dalam perkara ini, jika pendapat Imam Abu Hanifah itu bercanggah dengan ASWJ, maka mazhab Hanafi mesti diharamkan dan diisytiharkan sesat sama macam syiah yang didakwa amalkan nikah mut`ah, dan penganut Hanafi mesti didakwa dengan segera.

Atau Jakim tak pernah baca kitab tersebut di atas, kerana hanya tela`ah kitab Wahabi sahaja dan sejak akhir2 ini sibuk pulak tela`ah kitab syiah? Hoi Jakim(Jakim ke Jakun), mana fatwanya dengan mazhab Hanafi ini?

Tiada ulasan: