Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

6.3.08

Jadual aktiviti penerangan di laman web

Posted on Thursday, March 06 @ 17:34:00 MYT by SongkokPutih Oleh peluit

"Saudara Pengarang, Assalamualaikum, Tinggal penghujungnya saat berkempen. Rata-rata rakyat hanya tertumpu menonton TV atau mendengar radio yang dikuasai BN. Kempen pilihan raya tidak semeriah dulu. Parti pembangkang perlu menyiarkan jadual berkempen setiap negeri melalui laman web di TranungKite, Harakah atau mana-mana laman web yang lain.

Tentunya ramai bakal pengundi masih boleh dipujuk pun disedarkan melalui kempen yang tinggal beberapa hari sahaja lain. Seharusnya pembangkang menggunakan kesempatan yang tinggal sekelumit ini berkempen semeriah Anwar ditangkap tahun 1998 lalu. Betapa setiap pelusuk tanah air bagaikan berpesta setiap kali ada kempen atau ceramah untuk menyelamatkan Anwar.

Keadaan sekarang juga amat panas, baru beberapa hari sudah jurugambar yang berkerja dengan Anwar maut dilanggar lari. Esok lusa belum tentu apa lagi akan berlaku. Yang pasti perbalahan dengan anggota polis pasti akan berlaku lantaran jujuran kemasukan bas pengundi hantu ke Kelantan nanti.

Jika Umno@BN tidak mendapat majoriti 2/3 nanti bukan mustahil kumpulan Umno yang memang samseng sejak dulu tidak akan berpuas hati & akan cuba melakukan kekacauan. Ini biasa berlaku jika Umno hilang pengaruh. Jika dulu BN sering melabelkan pembangkang pengganas sementelahnya semua rakyat sedar kini kumpulan mereka jauh lebih ganas dari BA. Siri pembunuhan politik di kalangan mereka semua rakyat nampak. Bukan setakad membunuh pengaruh politik sesama mereka malahan penembak curi dalam kalangan mereka pun memang ujud sejak berzaman.

Nafsu tamak akan duniawi di kalangan BN memang sukar dibendung lagi. Rata-rata kalangan pemimpin mereka hidup mewah; sedangkan penyokong mereka sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Sehari dua ini memang pasar raya penuh pengunjungnya kerana ramai kalangan rakyat makin hilang keyakinan akan keselamatan rakyat kini. Membeli belah jika berlaku darurat. Jika terjadinya perbalahan yang dipuncakan tidak puas hati dari kalangan BN risikonya amat tinggi. Apatah lagi jika ada parti komponen mereka yang bakal berpaling tadah. BA sememangnya telah lali & reda dengan kekalahan. Payahnya golongan BN yang rata-rata kian leka dengan kemewahan ini semakin hari semakin rakus menyalah gunakan kuasa yang ada. Apa akan berlaku jika tetiba mereka ini hilang kuasa?. Terbiasakah mereka menerima kekalahan!.

Mereka tidak sedar rakyat makin jelak diperbodohkan malahan makin ramai terhimpit dengan jola joli pemborosan puak atasan BN. Lagak pemimpin BN tak ubah bagaikan mahu meminang Puteri Gunung Ledang yang memaksa rakyat jelata berkorban segala demi menuruti nafsu serakah mereka.

BA kena terus berjuang, biarpun tidak tercapai matlamat kali ini tetapi kena sedarkan rakyat jelata yang BN kini perlulah ditarik semula kuasa mereka.
Peluit"