GEMPAR: Para BLOGGERS Akan DIBELI Kerajaan BN?
By TARMIZI MOHD JAM
SEBELUM ini Menteri Penerangan yang baru, Ahmad Shabery Chik mahu bertemu para blogger dan webmaster. Beliau mengakui peranan blogger dalam menumbangkan BN pada pilihan raya lalu.Semalam, Menteri Belia dan Sukan pula bersetuu, anak-anak muda begitu kuat terpengaruh dengan internet dan pandangan para blogger. Baginya, blog adalah medium terkini yang mampu mempengaruhi genarasi muda tanpa perlu mendengar kempen pilihan raya di tapak ceramah.
Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula mengakui kekalahan BN akibat rasa tidak peduli impak internet dan SMS menjelang pilihanraya umum 8 Mac lalu.”Kami ingat ia tidak penting...ianya satu kesilapan amat besar...kami fikir suratkhabar sudah cukup,” katanya dalam ucapan di Persidangan Invest Malaysia 2008 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Anak Badawi itu menyalahkan BN yang gagal menguasai perang siber hingga menyebabkan prestasi BN ranap.Perdana Menteri yang tertekan dengan pelbagai isu kini menegaskan para pengundi khususnya generasi muda yang internet savvy sudahpun memberi peringatan pukulan siber dan bloggers ini dan pihak kerajaan katanya, akan respon mengikut keadaan semasa.
Berdasarkan pengakuan tidak sengaja mereka, pertemuan yang akan diatur oleh Kementerian Penerangan tidak lebih dari usaha untuk menebuk dan mencari lubang kelemahan, rundingan, tolak ansur dan memacahkan pakatan para bloggers agar tidak menyerang BN pada pilihan raya ke 13 nanti.Menurut sumber, BN akan mempergunakan apa sahaja taktik dan strategi bagi memikat dan mengikat para bloggers (yang dikatakan terdiri para penganggur itu) dengan tawaran kerja, modal dan seumpamanya agar mereka boleh menumpukan kerja seharian seperti orang lain, dan tidak menulis dan mendedahkan keaiban kerajan BN.
Para bloggers, kata sumber itu, dinasihati terus istiqamah dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran dan pujuk raya pihak BN dalam mana-mana pertemuan atau rundingan dengan mereka sedikit masa lagi.Jelas sumber itu lagi, nama-nama bloggers dan blog serta website kendalian mereka sudah dikenalpasti oleh pihak kerajaan.
Menjadi tanggungjawab mereka pula untuk melunturkan serangan dengan rundingan dan tawaran.Kata sumber itu lagi, usaha untuk "membeli" para bloggers akan dilakukan untuk mengurangkan jumlahnya dan menghakis kepercayaan pengunjung (rakyat) terhadap blog kendalian mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan