Posted on Thursday, March 13 @ 20:26:36 MYT by greenboc Oleh peluit
"Tiba-tiba hari ini DAP melalui Penasihat DAP Pusatnya Lim Kit Siang meluahkan rasa terkejutnya berikutan pemilihan Ir. Mohammad Nizar sebagai MB. Dia akan memulaukan upacara angkat sumpah yang bakal berlangsung di Istana Iskandariah esok.
Tak sampai setahun jagung berkuasa. DAP terusan lupa diri. Dari si anaknya hinggalah si apaknya. Memang bikin kecuh seantero dunia Melayu. Belum hilang kejutan tentang DEB kekinian DAP melatah lagi dengan ceritera merajuknya tak lantaran dapat kuasa di Perak.
Kemudian minta maaf. Isk senang!.
Rata-rata rakyat jelata; terutama orang Melayu makin panas telinga, meruap dada, malahan jika diberi kebebasan bersuara entah apalah sumpah & maki hamun terdapat golongan DAP ini yang bagaikan telah Gila Kuasa; Tumbuh Ekor & tak ingat di mana bumi DAP berpijak. Jika saban hari DAP terusan memainkan sentimen perkauman mencabar martabat Melayu malahan menyinggung Kedaulatan Kesultanan Melayu; natijahnya amat naif. Bila-bila masa bakal tercetusnya perbalahan kaum tentunya.
DAP kenalah belajar dari sejarah. Kenapa Datuk Maharajalela sanggup membunuh J.W.W Birch di Pasir Salak. Peristiwa Hitam 13 Mei. Perbalahan kaum di Kg Medan, Berbalahan kaum Melayu & Cina di Sungai Manik, banyak lagi. Bukan tujuan Peluit ingin mengungkit & menakut-nakutkan tetapi api perkauman & mainan nilai martabat di Raja yang DAP mainkan amat bahaya.
DAP haruslah bersyukur dengan DEB yang kononnya menjadi punca banyak penyelewengan dalam agihan harta negara. Dalam masa yang sama kaum Cina masih memegang ekonomi negara. Ada atau tiada DEB sama sekali tidak menyekat kaum Cina mengumpul harta di Tanah Melayu ini. Ini terbukti sejak kita merdeka.
Bacalah sejarah, bagaimana Sultan di Tanah Melayu telah ujud sebelum kita merdeka lagi. Jika di zaman dahulu Sultanlah tempat rakyat berlindung. Sultan berjuang untuk memartabatkan negara & bangsa. Apalah nilai sesuatu bangsa itu jika tiada tonggak agong & kedaulatan Sultan mereka. Ini dunia Melayu kena difahami betul-betul oleh DAP.
Pada asalnya DEB tidak bermaksud Dasar Ekonomi Bumiputera, jauh sekali menjadi Dasar Ekonomi Melayu. DEB dalam semangatnya berbentuk serampang dua mata: Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Senang kata, ia bermatlamatkan membela orang susah supaya jurang antara miskin dan kaya di negara ini dirapatkan, maka dapat diwujudkan masyarakat saksama.
Asasnya DEB cantik perlaksanaannya sahaja yang kecundang. Oleh itu DAP elok rasanya jangan sentuh soal ini.
Kesultanan Melayu
DAP kena sedar ini, Tanah Melayu merdeka atas dasar Yang Dipertuan Agong menjadi tonggak negara. Bacalah tentang Perjanjian Pangkor & sejarah silam. Bayangkan jika DAP tercampak di negara yang tidak mengamalkan demokrasi. Negara yang mendaulatkan Sultan mereka.
Rasionalkah DAP bolehkah sampai memboikot majlis yang Sultan lantaran kononnya hilang kuasa bila pilihan Sultan tidak ke pihak DAP dalam tampuk pemerintahan di Perak.
DAP haruslah mencermin diri sendiri. Nampak sangat tembelang DAP dalam politik Tanah Melayu kini; amat perkauman. Terang lagi bersuluh.
Jangan anggap tindakan DAP yang tidak popular ini; asyik bermain api ini, kononnya satu tindakan berani. Takutnya nanti ianya akan membakar diri sendiri. Terutama di mata hati kaum Melayu kini; Singapura yang keluar dari gugusan Melayu lantaran tindakan kaum Cina pun orang Melayu masih tak lupa lukanya; Tolong jangan darahkan kembali luka yang ada di hati orang Melayu.
DAP jangan merasakan dengan dapat memerintah satu negeri sampaikan kuasa yang ada mencabar dasar negara & berani menggugah pemerintahan di peringkat nasional.
: Peluit; Rasanya jika kalangan DAP ini dari keturunan Cina Muslim di Tanah Besar Cina mesti akur apa yang orang Melayu mahukan. "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan