Jarang-jarang
berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda
ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS.
Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam.
Ia memaparkan mendiang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, Letchumany Maniam diusung dalam keranda yang berbalut bendera parti Islam itu.
Ia mendapat komen menggalakkan daripada penggguna laman sosial itu.
Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan memberitahu Malaysiakini, tindakan ahli keluarga mendiang bertujuan menggambarkannya mendian sebagai pejuang PAS sejati walaupun beragama Hindu.
Tambahnya, ia sekali gus, menunjukkan penerimaan yang cukup baik dari kalangan bangsa lain terhadap parti itu daripada kalangan bukan Melayu.
"Apa yang terbukti perjuangan apabila Ketua Wanita DHPP itu dibalut dengan bendera PAS itu menunjukkan beliau seorang pejuang PAS sejati walaupun duduk dalam PAS sebagai DHPP.
"Ia menunjukkan PAS sudah boleh diterima bukan Islam,” katanya lagi.
Ditanya sama ada tindakan itu bertentangan dengan perjuangan PAS, Sany menegaskan, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syiar Islam dan tidak membawa kesan buruk.
"Tiada sebarang tanggapan negatif pada saya dan PAS sendiri,” katanya.

KUALA LUMPUR:
PAS melahirkan kekesalan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi 'kayu mati' yang
gagal menghalang rasuah pilihan raya yang berlaku secara berleluasa
dalam PRK N20 Sungai Limau. 

"Mengenai
laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM, saya tahu
kehilangan itu bukan disebabkan oleh pecah amanah, bukan disebabkan
penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah.

MP
Taiping Ng Kor Ming berkata demikian ketika mengulas jawapan yang
dikemukakan oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan menanggung kos
RM86.4 juta untuk menyewa jet peribadi untuk lawatan rasmi Najib.

"Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai KBS.
Menurut Khairy, beliau bertanggungjawab menjelaskan perkara itu walaupun beliau bukanlah menteri KBS pada masa itu.