Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.12.13

BERKATA BENAR BIAR PAHIT SEKALIPUN

“Dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada maa`ruf dan mencegah kemungkaran, mereka itulah orang2 yang mendapat kejayaan” (Ali-Imran:104).

“Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, maka jika tidak mampu hendaklah dengan lisannya, maka jika tidak mampu juga, hendaklah dengan hatinya, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemah iman” (Hadis riwayat Muslim).

“Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman kepada seorang hamba pada hari qiamat iaitu; Apakah yang menghalang engkau dari mengubah yang mungkar apabila engkau melihatnya? Ia menjawab; Ya Tuhanku! Kerana aku takut kepada manusia, lalu Allah berfirman; engkau lebih berhak takut kepada Ku” (kitab Hadis 40 oleh Imam Nawawi).

“Barangsiapa melihat pemerintah yang zalim, yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, yang mungkar terhadap perjanjian dengan Allah, yang menyalahi Sunnah Rasullah s.a.w., yang bekerja pada hamba2 Allah dengan dosa dan permusuhan, lalu dia tidak merubahnya dengan perkataan dan perbuatan, adalah menjadi hak Allah memasukkan dia di tempatnya (neraka)” (At-Tarikh oleh At-Tabari, Al-Islam bainal ulamak wa hukama m/s:56 oleh Syeikh Abd Aziz Al-Badri).

Ada seorang lelaki datang mengadu kepada Nabi s.a.w.,
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku” sabda Nabi s.a.w. “keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”, maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan, maka setiap orang yang melintas bertanya “apa yang berlaku kepadamu?” dia menjawab “jiranku menyakiti ku”, maka mereka berkata “Ya Allah hinalah dia (jirannya)”, dengan sebab itu jirannya berkata “kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi” (Al-Bazzar dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, Imam Ahmad Syakir mensahihkannya). – (Nash dibolehkan demontrasi, supaya orang dan negara2 luar tahu kejahatan pemerintah (jika demontrasi ditujukan kepada kerajaan)- (Contoh halalkan yang haram seperti keluarkan lesen judi, tukar hukum Allah dengan undang2 ciptaan manusia)

“Penghulu orang mati syahid ialah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib dan lelaki yang menyatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim, maka dia mati kerananya (menyatakan kebenaran)” (Hadis Sahih).

“Seafdhal-afdhal jihad ialah perkataan yang `hak’ kepada pemerintah yang zalim” (Riwayat Abi Said - kitab Hadis 40 – Imam Nawawi).

Kemungkaran dan kezaliman pemerintah ialah tidak melaksanakan sistem Islam termasuk undang2, firman Allah “……dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang2 yang zalim”.(Al-Maidah: 45)

Hanya kerana tidak melaksanakan hukum Allah sudah cukup untuk meletakkan pemerintah itu sebagai zalim, apa lagi bila pemerintah itu menyalahgunakan kuasa, wang rakyat (cukai), menekan rakyat dengan akta2 zalim, menipu dalam plihanraya dan lain2 lagi, maka pemerintah itu adalah zalim, jahat dan melakukan kemungkaran yang besar yang juga termasuk dalam kategori Fasik (Al-Maidah:47).

Maka barangsiapa yang menyatakan kebenaran kepada pemerintah seumpama itu termasuk demontrasi dan dia mati, maka dia mati syahid. Segala kerjabuat untuk menjatuhkan pemerintah yang zalim,fasik dan jahat itu seperti kerja2 dalam pilihanraya adalah jihad dan jika mati adalah mati syahid, kerana mendedahkan kejahatan orang yang fasik adalah perintah Nabi s.a.w.

“ Sebutlah oleh kamu akan kejahatan seorang yang Fasik, supaya manusia dapat menjauhinya” (At-Tabrani)

Tidak laksanakan hukum Allah adalah fasik ditambah pula dengan kejahatan seperti rasuah,menipu dalam pilihanraya,kroni dalam memberikan projek, hina undang2 Islam, hina sunnah Nabi dan menyebarkan fitnah maka kerajaan seperti itu wajib ditumbangkan melalui pilihanraya jika negara itu ada pilihanraya.

Barisan Nasional adalah kerajaan kafir,zalim dan fasik maka wajib ditumbangkan melalui pilihanraya dan segala usaha yang dilakukan adalah jihad dan jika mati adalah mati syahid.

Tiada ulasan: