Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

26.10.13

BAJET 2014



Tun Razak berkata “orang Melayu Islam lebih untung kerana yang membayar cukai bukan Islam, kita buat jalan luar Bandar, kita buat rancangan Felda,kita buat masjid dan pelbagai lagi dengan menggunakan hasil cukai orang bukan Islam” (rujuk tulisan Dr Masitah Ibrahim dalam sinar harian 20.7.2012)

Segala pembangunan yang kerajaan buat di negara ini adalah dengan menggunakan hasil cukai daripada rakyat negara ini dan buat ketika ini pembayar cukai yang tertinggi ialah kaum Cina diikuti oleh India dan Melayu.

Dari hasil cukai itulah kerajaan bagi komisen beli kapal selam RM540juta, bagi kepada suami Shahrizat RM250juta, penipuan oleh pemimpin MCA dalam projek PKFZ RM12bilion, membina menara berkembar RM10bilion, subsidi gas kepada pembekal tenaga (IPP) RM14bilion, selamatkan MISC milik Mirzan anak Dr.M RM1.8bilion semua itu adalah menggunakan wang pembayar cukai (wang rakyat), hanya orang Cina sahaja yang sensitif dengan isu penyalahgunaan wang negara manakala orang Melayu tidak peka dengan apa yang berlaku.

Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa berlaku ketirisan wang negara RM28juta setahun, ini juga adalah wang rakyat, maka rakyat wajib tanya kerajaan Barisan Nasional kemana lagi mereka bazirkan wang rakyat (pembayar cukai).Bonus
setengah bulan gaji, bantuan wang buku RM300, bantuan sekolah RM100 dan semua yang terkandung dalam Bajet 2014 adalah menggunakan wang rakyat (cukai) dan yang banyak dalamnya ialah wang kaum Cina dan India.

Oleh itu kita tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana semua yang dibelanjakan itu adalah wang rakyat dan kerajaan BN bagi rakyat hanya sedikit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang dibolot oleh pemimpin Barisan Nasional dan yang diagihkan kepada kroni mereka.

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu mestilah jadi rakyat yang bijak, ambil apa yang BN bagi tetapi dalam waktu yang sama rakyat mesti kritik dan tegur kerajaan BN dan gunakan segala yang BN bagi untuk tumbangkan Barisan Nasional dalam PRU ke-14 nanti kerana sungguh banyak kejahatan yang BN lakukan dan sungguh banyak kenyataan pemimpin BN termasuk umno yang menghina hukum Allah dan tolak Islam.

Cukai GST 6%, kenaikan harga gula, harga minyak dan lain-lain lagi, dalam waktu yang sama pemimpin Barisan Nasional bermewah dalam kehidupan, rasuah masih meningkat, gaji pengerusi Tabung Haji RM85ribu sebulan (pemimpin umno), pengerusi Syabas Bendahari umno Selangor gajinya RM425 ribu sebulan dan banyak lagi yang pemimpin umno dah sapu wang rakyat.

Jadilah kita seperti Nabi Musa a.s. yang hidup dalam istana Firaun selama 30 tahun, Nabi Musa menikmati segala kemudahan dalam istana Firaun, makan minum, pakaian, pelajaran dan keistimewaan sebagai anak pemerintah negara tetapi bila dewasa Nabi Musa a.s. lawan kerajaan Firaun yang zalim dan tolak Islam sama seperti kerajaan Barisan Nasional di negara ini.

Berkata Firaun “bukankah telah kami pelihara engkau diantara kami diwaktu engkau masih kecil dan engkau telah tinggal bersama kami beberapa tahun dari umur mu” (Asy-Syu`ara:18)

Firaun mengungkit segala kemudahan dan pemberiannya kepada Nabi Musa a.s. dan Firaun sebut juga yang Nabi Musa a.s. seorang yang tidak mengenang budi atau seorang yang tidak berterima kasih kepada Firaun, firman Allah;

“Dan engkau telah membuat perbuatanmu yang engkau perbuat itu dan adalah engkau seorang yang tidak mengenang budi” (Asy-Syu`ara:19)

Mengapa Nabi Musa lawan Kerajaan Firaun?, kerana Firaun melakukan kezaliman ke atas rakyat Mesir, menyalahgunakan hasil bumi Mesir (cukai) untuk mengayakan diri dan kroninya dan kezaliman yang maha besar ialah Firaun tolak Islam dan sistem Islam yang dibawa oleh Nabi Musa a.s., apa yang firaun lakukan dahulu kini diikuti oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mari kita tumbangkan Barisan Nasional melalui sistem demokrasi yang ada.

Tiada ulasan: