Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.2.09

UMNO terus gesa agar Nizar dibunuh!

Dilulus terbit pada Wednesday, February 11 @ 17:00:00 MYT oleh TokBatin


Oleh dewa

"Akhbar hari ini melaporkan gesaan kejam ahli-ahli UMNO agar Nizar dibunuh. ("From The Nut Graph 11 Februari 2009).

(One is deeply distressed to read reports of conservative politicians and their followers crying for revenge against those whom they accuse of having offended the fragile sensibilities of the monarchs. According to one such report, Umno deputy Youth chief Khairy Jamaluddin had asked his followers, referring to Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, "In the old days, what did we do to those who commit treason?"

The crowd replied, "Kill him!" )

Mari kita teliti permainan politik KJ yang menghasut rakyat agar membunuh Nizar dan betapa polis dan institusi-institusi di Malaysia di gunakan untuk melindungi pencetus provokasi seperti KJ dan UMNO.

KJ sememangnya tahu bahawa hukuman bunuh di kenakan ke atas pengkhianat. Justeru, KJ memprovokasi ahli-ahli UMNO dengan bertanyakan soalan sebegitu. Terdapat kemungkinan bahawa tindakan KJ ini bertujuan memprovokasi ahli-ahli UMNO yang hanya membaca Utusan dan bersama UMNO secara mutlak iaitu secara kini, dulu dan selamanya untuk membunuh atau sekurang-kurangnya mencederakan Nizar.

Sejarah menunjukkan kerakusan UMNO yang menggunakan polis untuk membunuh Ustaz Ibrahim Libya pada masa dahulu. Kini, KJ menghasut bunuh pula ke atas Nizar. Sekalipun UMNO sentiasa bermain isu perkauman dan sentiasa mencetuskan huru-hara, kepimpinan Pakatan Rakyat masih cuba bersabar. Sewaktu Agong dipanggil sebagai Natang dan sewaktu seorang sultan ditukar oleh UMNO, tiada pula isu ditimbulkan.

Penyokong Anwar juga bersabar apabila Anwar dahulunya dibogelkan, digari dan dipukul separuh mati. Tok Guru Nik Aziz juga bersabar apabila anaknya di seksa dan di ISAkan pada masa dahulu.

Tetapi, persoalannya, berapa lama ahli-ahli bawahan akan bersabar sebelum huru-hara tercetus?

Saya ambil satu contoh mudah di selatan Thailand. Sebelum tahun 2000, selatan Thailand boleh dikira aman. Selepas berlaku insiden pembunuhan umat Islam oleh tentera, setiap hari berlaku huru-hara di sana. Hampir setiap hari akhbar melaporkan kes-kes pembunuhan dan penyembelihan oleh golongan militan.

Sekiranya KJ dan UMNO berjaya mencetuskan huru-hara dan merampas kerajaan Pakatan Rakyat secara keji begini, tidakkah mereka khuatir akan ada golongan atau generasi baru yang tidak lagi percaya kepada sistem politik kita lalu beralih arah kepada kaedah militan.

Sebagai seorang yang kerap ke keluar negara, saya menyedari bahawa suara rakyat bukanlah suara yang lemah. Maharaja Cina dengan segala keagungan dan kebesarannya, dan dengan segala tentera dan penyokong istananya pun tumbang apabila rakyat rasa tertindas.


Jangan bermain api KJ! Nanti terbakar diri sendiri!!

Kepada pembaca, apa akan anda lakukan kalau Nizar dibunuh?"

Tiada ulasan: