Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

10.2.09

Fikiran dan hati Mahathir tidak sewangi namanya.



February 10, 2009 by admin


Adalah pelik dan tidak kurang yang simpati dengan bekas perdana menteri, Tun Mahathir yang masih tidak renggang dengan campur tangan beliau dalam arena politik UMNO hari ini sama ada selepas beliau berhenti dan selepas beliau tinggalkan UMNO.

Malah ada yang mengatakan Mahathir sepatutnya hidupnya senang lenang dan tenang selepas melepaskan jawatan dan keanggotaan parti. Tetapi sebaliknya beliau seolah-olah dilihat sedang menjalani hukuman untuk ditakdirkan terus resah gelisah setiap masa sehingga akhir hayatnya nanti sebagai balasan dari tuhan yang maha berkuasa.

Sejak dari awal lagi, beliau telah diberikan pertanda, Mahathir pernah dipecat dari UMNO di zaman pemerintahan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

Setelah beliau kembali ke pangkuan UMNO di zaman Tun Razak Hussein kemudian menitip kembali perjalanannya hinggalah beliau mendapat kepercayaan Tun Hussein Onn untuk menggantikan tempat beliau, Mahathir terus menerus menerima tentangan yang hebat-hebat.

Antara yang orang UMNO tidak mudah lupa ialah apabila pertandingan sengit beliau dengan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang memindahkan sekapal besar orang UMNO ke Semangat 46 menentang beliau.

Oleh kerana Mahathir mahu terus memerintah juga, beliau mengenakan sekatan sistem kuota untuk menyekat sesiapa menentang beliau. Mahathir terus memerintah adalah bukan kerana beliau sangat bagus, tetapi lebih kepada memberi tekanan kepada UMNO seolah-olah tiada pemimpin lain yang boleh memerintah negara ini.

Kerana itulah setelah beliau memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim, negara ini tidak tenang sama sekali sehinggalah hari ini Anwar terus menjadi pengacau dalam negara. Sikap campur tangan Mahathir dalam isu Anwar dengan institusi kehakiman terdedah hingga kerajaan di bawah Pak Lah terpaksa menanggung beban menebus apa yang telah dilakukan Mahathir.

Mahathir tidak dapat menerima corak pemerintahan Pak Lah yang membuka pintu seluas-luasnya kepada rakyat dalam sistem keterbukaan yang akhirnya telah menyatakan mesej sebenar rakyat dalam pilihan raya umum ke-12. Ketika itulah Mahathir sibuk mengecam kepimpinan Pak Lah untuk melihat BN tumbang. Dalam hal ini, keikhlasan Mahathir terhadap BN terus menerima mandat amat diragui yang mungkin beliau lebih suka negara ini jatuh ke tangan pembangkang.

Khairy Jamaluddin yang merupakan kebetulan menantu Pak Lah dijadikan fokus Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dengan pelbagai cara hinggalah ke paras mendesak Pak Lah supaya berhenti. Terheret sama ialah Khairy yang terus dimangsakan dengan macam-macam tohmahan.

Hinggakan Khairy tidak boleh berkawan, tidak boleh duduk berbincang dengan sesiapa pun. Malahan Khairy tidak boleh pergi ke mana-mana yang mana semuanya menjadi salah pada Mahathir.

Dalam penelitian penganalisis politik, Mahathir sebenarnya bukan bimbangkan keadaan negara atau bangsa, tetapi Mahathir takut pada Khairy yang mempunyai latar belakang kelulusan tinggi, berpengetahuan luas, mempunyai karisma kepimpinan, bijak berpidato secara bernas dan lojik mengatasi kebolehan anaknya Mukhriz.

Cemburu Mahathir meluap-luap terhadap Khairy yang dilihat semasa menyandang jawatan Naib Pergerakan Pemuda mendapat kepercayaan Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishamuddin Hussen. Kejayaan Khairy menubuhkan MyTeam di kalangan anak muda dalam sukan bola sepak juga katanya, Mahathir tidak langsung iktiraf. Sebaliknya beliau mencemuh pasukan bola itu sebagai alat kempen Khairy.

Pendek kata, apa pun perkara buruk yang berlaku di negara ini, Mahathir akan mengatakan ini semua kerja Khairy. Permatang Pauh kalah di tangan PKR pun Mahathir kata kerana campur tangan Khairy yang menjadikan penyebab kekalahan itu. Di Kuala Terengganu pun sama. Beliau menyebarkan bahawa calon pilihan raya kecil parlimen adalah kehendak Khairy dan awal-awal lagi Mahathir telah menyatakan Datuk Wan Ahmad Farid akan kalah. Itupun kerana Khairy.

Kalau boleh Mahathir mahu menyebarkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa sehinggakan peristiwa tanah runtuh pun beliau mahu mengatakan kerana Khairylah tanah di Ulu Kelang itu runtuh. Kalau ada tiang lampu jalan tumbang pun adalah kerana Khairy. Kerusi di kedai mamak patah pun kalau boleh dia mahu tuduh Khairy yang menyebabkan ia patah.

Begitulah gambaran betapa Mahathir takut dengan Khairy. Kerana itulah juga Mahathir dan orang-orang yang bersekutu dengannya mahu sebar betapa buruknya Khairy di mana rakyat. Dulu, Mahathir kata beliau keluar dari UMNO kerana Pak Lah. Tetapi sekarang, Mahathir boleh berbisik kepada orang tertentu sebenarnya beliau tinggalkan UMNO kerana Khairy ada di situ.

Itu belum lagi Khairy bertanding jawatan naib presiden atau timbalan presiden. Kalau Khairy bertanding jawatan timbalan presiden agaknya, Mahathir yang telah tinggalkan UMNO mungkin sanggup tinggalkan Malaysia agaknya.

Kasihan Mahathir. Namanya wangi, fikiran dan hatinya tidak sewangi namanya yang sedang dipertahankan di persada dunia. Fikir-fikirkanlah siapa Mahathir sebenarnya untuk kita semua. Tidak siapa tahu motifnya terhadap orang Melayu khususnya dan negara amnya.

Oleh Zabidi Noor

Tiada ulasan: