Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.2.09

Pas bukan parti Islam lagi

February 13, 2009 by admin
Seperti yang saya janjikan saya akan menghuraikan mengenai politik Pas, dalam tulisan saya yang lalu yang bertajuk, Mana ikon Pemuda UMNO ketika Karpal menghina Raja dan Bangsa Melayu? Mukadimah kata, saya sememangnya saya keliru dengan perjuangan Pas sejak kebelakangan ini dan sekian lama saya mengikuti perkembangan politik tanah air walaupun tidak pernah menjadi Ahli Pas tetapi sebagai orang Melayu dan umat Islam saya juga punya rasa hormat dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Pernah saya bersua dengan beliau di sebuah restoran, saya terus meluru kepada beliau dan mencium tangan beliau kerana saya menganggap beliau adalah seorang ulamak. Pernah juga saya ketika berkempen di Anak Bukit, apabila saya berkempen dirumah orang Pas saya dijemput berdoa dalam bertahlil untuk Tuan Hj Fadhil Noor. Saya turut bertahlil kerana merasakan bahawa sebagai seorang umat Islam saya bertanggungjawab mendoakan dan bertahlil. Selepas bertahlil mereka bertanya kepada saya, apakah tujuan saya singgah ke markas mereka, terus terang saya katakan saya ingin menjemput dan merayu kepada mereka untuk menyokong parti Barisan Nasional. Mereka juga pasti tahu apakah tujuan saya datang ke markas mereka. Kemudian kami pulang dengan perasaan yang lega tanpa ada sebarang pergaduhan.

Hari ini Pas tidak lagi seperti Pas yang dahulu, Pas sekarang tidak lebih dari sebuah parti sekular, tiada bezanya Pas mahupun PKR mahupun DAP. Mereka juga tidak lagi berani memperjuangkan apa yang mereka perjuangan dahulu. Islam hanyalah payung untuk mereka berselindung untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu yang beragam Islam. Tidur sebantal dengan DAP sebuah parti yang terang-terang menolak Islam di bawah kepimpinan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sudah jelas membayangkan bahawa jika mereka memerintah Malaysia, Islam akan hanya tinggal nama saja.

Pas pula sebuah parti yang boleh diubah suai dan Pas juga boleh berubah warna mengikut keadaan sekeliling. Hari ini pemimpin Pas boleh berpeluk dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, mahu pun Anwar Ibrahim yang nyata dahulu mereka anggap Anwar sebagai seorang yang tidak berakhlak. Perjuangan Anwar sebenarnya bukanlah perjuangan untuk membela rakyat. Perjuangan Anwar adalah perjuangan peribadi untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. Sebelas bulan mereka memerintah, agenda mereka berbulan-bulan adalah 916, Road to Putrajaya, bukan perjuangan yang membela nasib rakyat yang kini sedang bergelut dengan krisis ekonomi.

Rakyat di paksa berpolitik sepanjang masa, rakyat di paksa berdemonstrasi bagi memastikan Anwar dapat mencapai cita-citanya. Pas terperangkap dalam adunan politik Anwar. Ini adalah kerana kebijaksanaan Anwar yang telah menanam ramai orang-orangnya di dalam Pas yang digelar sebagai kumpulan Ardogan, yang berteraskan sekular.

Apa bezanya orang-orang Pas dengan orang-orang PKR, mereka adalah orang-orang yang dikorup pemikiran mereka untuk turun ke jalan-jalan raya berdemonstrasi. Anwar telah menanam banyak semangat yang tidak murni dan tidak baik di kalangan orang-orang Melayu. Jika dahulu Anwar menanam budaya berdemonstrasi di jalan raya kini UMNO dan BN telah turut turun padang berdemonstrasi menentang Anwar dan parti PR. Jika dahulu Anwar menanam budaya lompat parti, UMNO melakukan lebih baik dari Anwar. Apa yang Anwar lakukan tidak kesampaian tetapi apa yang UMNO lakukan mendatangkan hasil.

Pas, terdiri dari keahlian rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Hari ini mereka juga memusuhi rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam (UMNO) lebih buruk lagi Pas juga menghina dan biadab kepada Raja dan bersubahat dengan mereka yang sememangnya mahu menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu. Jika hari ini mereka boleh melakukannya di Perak, esok mereka juga akan biadab dan derhaka kepada Sultan Selangor dan juga Sultan Kedah. Pas menghalalkan perbuatan ini. Pas mempunyai panel-penel yang boleh menghalalkan sesuatu yang menyebelahi mereka dan mengharamkan sesuatu yang tidak berpihak kepada mereka. Pas sememangnya sudah keliru sebelum Anwar menjadi Ketua Pembangkang.

Apabila Anwar bersama mereka, Pas bukan lagi keliru tetapi sudah hilang akal terus. Di Selangor ramai ahli Pas sendiri yang sudah mengeluh dan tidak paham, malahan mereka bagaikan sesat tidak nampak hala dan tujuan perjuangan Pas sebenar. Jiak Pas menolak menefesto Hudud sewaktu pilihan raya yang lalu untuk digantikan dengan negara berkebajikan. Sebelas bulan berlalu, apakah kebajikan yang telah diberikan kepada rakyat di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Yang pasti awal-awal, babi yang mendapat kebajikan di Selangor. Nik Aziz, Hassan Ali hanya mampu melihat saja.

Hassan Ali terus tenggelam di Selangor, Hassan Ali bagaikan lumpuh dan banyak janji-janji Hassan Ali tidak dapat di tunaikan seperti beliau pernah berkata dalam ceramah beliau sebelum memenangi negeri Selangor. Malam ini kita perintah Selangor, esok kita tutup kilang arak di Shah Alam. Hari ini kilang berkenaan tersergam kukuh di persisiran masuk Shah Alam. Mereka menghalang artis luar masuk membuat konsert di Selangor tetapi dalam program mereka ada artis yang tayang buntut.

Hari ini orang Pas derhaka kepada Raja sanggup tidur di atas jalan raya merosakkan kereta-kereta, apakah mereka tidak tahu bahawa Sultan adalah Ketua Agama di sesebuah negeri, menderhaka kepada Sultan samalah seperti mereka menentang Musyridul Am mereka. Apakah mereka lupa akan semua ini hanya kerana gila kuasa, apakah selama ini mereka tidak percaya kepada Raja. Berkurun lamanya kita hidup beraja, tidak pernah kita menderhaka kepada Raja, mengapa hanya sekarang kita bermasalah dengan Raja. Ramai orang Pas yang keliru sekarang, namun Anwar bijak memainkan sandiwara dengan menggunakan Karpal Singh menjadi “bad boys” dan dia tidak mencampuri urusan Raja walaupun dialah perancang utama di belakang tabir.

Saya pasti pilihan raya yang akan di adakan tidak lama lagi, senarionya telah berubah, rakyat sudah mula sedar dan rakyat mahu menghukum PR kerana sikap biadab mereka. Percayalah kita akan merampas kembali Bukit Gantang dan Bukit Selembau, Nizar yang berperangai kebudak-budakan dan tidak matang telah banyak merosakkan imej Pas dan sebaiknya kita dapat lihat Nizar sendiiri yang bertanding di parlimen Bukit Gantang untuk mengukur ke populariti Menteri Besar boneka beliau selama sebelas bulan.
Dipetik dari www.tepakbersulam.com
Oleh Tepak Bersulam

Maya UMNO.