Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.2.09

Kerabat cadang haramkan Karpal ke Perak

ALOR SETAR: Persatuan Kerabat Di Raja Kedah (PKDK) mencadangkan agar Pengerusi DAP Karpal Singh diharamkan daripada menjejak kaki ke Perak kerana kebiadabannya terhadap Sultan Azlan Shah.

“Raja-raja Melayu adalah paksi yang perlu kita pertahankan, jadi penghinaan yang dilakukan oleh Karpal, langsung tidak boleh diterima,” kata Yang Dipertua PKDK Datuk Tengku Zainol Tengku Yahya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal Singh dibidas teruk ekoran kenyataannya mahu menyaman Sultan Perak di mahkamah ekoran keputusan baginda memperkenankan Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri bagi menggantikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Harian Metro