Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.2.09

Daulat Dan Tulah

02.11.09
by Ketua Perusuh

Daulat adalah satu perkataan yang menggambarkan kuasa sesorang Raja atau Sultan di alam Melayu. Ianya lebih kepada satu kepercayaan bahawa seorang Raja atau Sultan mempunyai semacam satu kuasa yang membezakannya dari rakyat jelata. Tulah pula bermaksud bahawa bencana yang berlaku kepada rakyat biasa yang mengingkari perintah dan arahan Raja atau Sultan.

Mungkin pada satu masa dahulu, rakyat jelata di Nusantara (Alam Melayu) amat menyakini adanya Daulat dan Tulah ini maka dinasabkan oleh ramai orang bahawa ianya benar-benar boleh terjadi. Namun dalam keadaan sekarang, susah untuk kita mempercayai adanya Daulat dan Tulah ini jika ditaksir secara saintifik.

Berkait rapat dengan senario yang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan, banyak pihak (terutamanya golongan tua) yang telah cuba memomokkan bahawa adalah menjadi satu malapetaka sekiranya Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah murka dan seterusnya mengeluarkan titah me”nulah” semua rakyat yang tidak setuju dengan titah beliau tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Malah ramai juga yang khabarnya terpengaruh bahawa akan adanya “tulah” yang boleh membawa bencana bagi sesiapa yang menderhaka kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Begitu takutnya golongan tua akan bahana “tulah” ini sehinggakan sanggup mereka membiarkan diri mereka diperbodohkan oleh Daulat dan Tulah ini.

Bagi yang bukan rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan, mereka mungkin ingat bahawa Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mempunyai Daulat yang besar dan tinggi, namun bagi rakyat Negeri Perak mereka sememangnya tahu bahawa kejadian di Beting Beras Basah pada pertabalan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dahulu membuktikan bahawa Tuanku Sultan mempunyai Daulat yang teramat kurang berbanding dengan semasa pertabalan Sultan Idris Shah suatu masa dahulu.

Silalah mengkaji susur galur Keluarga Diraja Perak serta salasilah yang berkaitan dengannya untuk memahami “daulat” Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Mana mungkin Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan mengenakan “tulah” (sekiranya masih ada) kepada rakyat kerana semua perancangan agar Barisan Nasional mengambilalih pemerintahan Kerajaan Negeri Perak sememangnya diaturkan oleh pihak istana dari awal seperti mana yang pernah saya dedahkan dahulu. Sejak mula pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat, Sultan Azlan tidak mahu mengiktirafnya malah hanya menyuruh Raja Nazrin sahaja yang berurusan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Ini menunjukkan bahawa Sultan Azlan Muhibbuddin Shah memang tidak bersetuju dengan Kerajaan Pakatan Rakyat. Banyak pihak di Negeri Perak Darul Ridzuan menyedari perkara ini, namun untuk tidak mengecilkan hati Tuanku Sultan, maka ianya tidak diperkatakan secara meluas. Jika Sultan Azlan mahu juga mengenakan “Tulah” buat anak Negeri Perak yang “kononnya” menderhaka kepadanya, maka apa lagi yang Sultan Azlan mahu tunggu, silakanlah membuat titah “Tulah” ini agar dapat dibersihkan negeri dari para penderhaka. Itu pun jika beliau masih ada “daulat”.

Ketua Perusuh