Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

13.2.09

Polis halang demo depan rumah Karpal

Feb 13, 09 3:41pm
Kira-kira 100 penyokong Umno tidak jadi mengadakan perhimpunan bantahan di depan rumah Karpal Singh di Pulau Pinang selepas dihalang oleh polis.

Kumpulan itu yang diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said disekat polis pencegah rusuhan lebih kurang 500 meter dari rumah pengerusi DAP itu dekat Taman Botani Pulau Pinang.

Polis juga meminta Dr Mohamad Khir dan Mohd Zaidi hadir di balai berdekatan untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan tersebut.

MalaysiaKini

Tiada ulasan: