Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

10.6.08

Pelajar USM cipta enjin motosikal biodiesel

Saturday, September 1, 2007

NIBONG TEBAL 31 Ogos – Sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) menempa sejarah apabila berjaya mencipta enjin motosikal biodiesel pertama negara yang dijangka mencetuskan revolusi baru dalam industri permotoran tanah air.

Kumpulan pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal USM Transkrian, Perak itu terbabit secara langsung dalam projek pembangunan teknologi enjin motosikal biodiesel yang dijalankan dalam dua fasa dan dijangka siap pada 2009.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal USM, Prof. Madya Dr. Zaidi Mohd. Ripin berkata, kumpulan pelajar tersebut baru selesai menjalani fasa pertama projek itu yang membabitkan pembangunan model prototaip enjin biodiesel.

Jika berjalan lancar katanya, projek itu yang mendapat bimbingan Perunding Jabatan Kejuruteraan Mekanikal USM, Dr. Horizon Walker Gitano, dijangka menghasilkan model enjin motosikal biodiesel berkuasa tinggi dalam tempoh dua tahun ini.

Menurut beliau, projek fasa pertama yang mengambil masa sembilan bulan itu membabitkan pengubahsuaian komponen enjin petrol motosikal Modenas Jaguh kepada menggunakan bahan api biodiesel.

“Mekanisme penting dalam fasa pertama ialah pengubahsuaian beberapa komponen enjin petrol motosikal termasuk kebuk pembakaran bagi membolehkan biodiesel dapat digunakan sepenuhnya sebagai bahan bakar.

“Kejayaan pada fasa pertama ini membuktikan enjin motosikal biodiesel boleh dihasilkan dan penemuan ini akan diteruskan pada fasa kedua dalam usaha menghasilkan enjin biodiesel yang lebih berkuasa tinggi.

“Apa yang membanggakan, projek ini mendapat sentuhan sepenuhnya daripada pelajar dengan bimbingan pakar dan semua kerja-kerja pengubahsuaian, reka bentuk dan penyelidikan dijalankan di makmal enjin USM,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan demonstrasi penggunaan enjin motosikal ‘Modenas Jaguh Biodiesel’ di Kampus Kejuruteraan USM di sini, semalam.

Menurut Zaidi, USM telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) dan pengeluar enjin diesel terkemuka, Yanmar yang akan terlibat secara langsung dalam pembangunan projek tersebut.

“Melalui kerjasama dari pihak industri, kami yakin projek ini mampu menjadi pemangkin kepada usaha untuk menghasilkan enjin motosikal biodiesel yang boleh digunakan secara meluas suatu hari nanti,” jelasnya.

Sementara itu, Walker berkata, fasa kedua projek berkenaan akan membabitkan proses mereka bentuk semula kebuk pembakaran selain penghasilan enjin diesel dua lejang bertujuan memaksimumkan pembakaran bahan api.

Menurutnya, proses (dalam fasa kedua) ini akan mengatasi kelemahan-kelemahan pada fasa pertama yang mana bahan api tidak dapat dibakar sepenuhnya sehingga menyebabkan enjin kurang berkuasa selain sukar dihidupkan.

Tiada ulasan: