Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

10.6.08

Biodiesel satu jenayah’

- Bawa malapetaka kemanusiaan, kos makanan lebih mahal
NEW YORK 27 Okt. – Seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan amalan menukar tanaman sumber makanan menjadi sumber bahan bakar bio termasuk biodiesel sebagai “satu jenayah terhadap kemanusiaan.”

Pakar bebas PBB mengenai hak mendapat makanan, Jean Ziegler semalam berkata, amalan yang semakin meluas itu mengakibatkan kekurangan bekalan makanan dan kenaikan harga yang memaksa berjuta-juta penduduk miskin menanggung kelaparan.

Ziegler yang memegang jawatan tersebut sejak diwujudkan pada 2000 menggesa supaya pengeluaran bahan bakar bio dibekukan selama lima tahun bagi menghentikan apa yang disifatkan oleh beliau sebagai “malapetaka” semakin buruk bagi golongan miskin.

Beliau menegaskan, kemajuan penyelidikan saintifik begitu pesat sehinggakan “dalam tempoh lima tahun lagi bahan bakar bio seperti biodiesel boleh dihasilkan daripada bahan sisa pertanian” dan bukan daripada gandum, jagung, tebu dan tanaman lain.

Penggunaan bahan bakar bio sebagai ganti petrol dalam kenderaan dianggap boleh mengurangkan pengeluaran karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global.

Penggunaan tanaman untuk bahan bakar bio giat dilakukan terutamanya di Brazil dan Amerika Syarikat (AS).

Mac lalu Presiden AS, George W. Bush dan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menandatangani perjanjian kerjasama kedua-dua negara untuk meningkatkan pengeluaran etanol.

Mereka berkata, penggunaan bahan bakar alternatif yang meningkat boleh membawa kepada lebih banyak pekerjaan, mewujudkan persekitaran lebih bersih dan mengurangkan pergantungan kepada minyak.

Ziegler menyifatkan motif mereka sebagai wajar tetapi menambah, kesan penukaran ratusan ribu tan jagung, gandum, kacang dan minyak kelapa sawit menjadi bahan bakar membawa malapetaka kepada penduduk yang kelaparan.

Harga gandum di pasaran dunia meningkat sekali ganda dalam masa setahun dan harga jagung meningkat empat kali ganda, menyebabkan negara miskin terutamanya di Afrika tidak mampu membayar kos makanan import, katanya.

“Kerana itu adalah jenayah terhadap kemanusiaan untuk menggunakan tanah pertanian bagi mengeluarkan bahan bakar bio ,” kata beliau pada satu sidang media.

Sebagai contoh, beliau berkata, 231 kilogram jagung diperlukan untuk menghasilkan 49.2 liter etanol.

Jagung sebanyak itu mencukupi untuk memberi makan kepada seorang kanak-kanak di Zambia atau Mexico selama setahun, tambah Ziegler.

– AP

Peluit : Artikel ini kenalah betul-betul diamati, sebenarnya tak semesti biodiesel itu perlukan minyak masak yang kita makan itu, mungkin dari bahan lebihannya sahaja. Itu yang perlukan penyelidikan.

Perasan tak tapai?... Pensyarah@Penyelidik UPM pernah membuktikan ianya salah satu bahan bakar yang bertenaga. Maksudnya tak semestinya kita nak buat tapai dari nasi kita makan; nasi yang terbuang atau lebihan makanan kenduri kendara kita tu lah yang dibuat tapai.

Yang penting penyelidik! kenalah menyelidik. Macam kulit manggislah sekarang memang jadi ubatan herba perbagai penyakit. Siapa pulak nak makan kulit manggis. Samalah kulit durian; kita masih tak tahu apa gunanya. Itu yang kita kena rajin selidik.

Sama bab lalat; kena agama kita mengajar jika ianya jatuh ke air kita, benamkan tubuh lalat itu. Minumlah airnya insyaAllah tidak beracun sebab sebelah sayap lalat itu ada penawar penyakit. Kita tak kaji sayap lalat. Mana tahu kot itu ubat AIDS ke... Memang kita ni malas.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila ada lalat jatuh ke dalam minuman seseorang di antara kamu maka benamkanlah lalat itu kemudian keluarkanlah, sebab ada salah satu sayapnya ada penyakit dan pada sayap lainnya ada obat penawar." Dikeluarkan oleh Bukhari dan Abu Dawud dengan tambahan: "Dan hendaknya ia waspada dengan sayap yang ada penyakitnya."

Bebaru ini penyelidik kita (kawan baik Peluit juga) mengatakan biji buah getah boleh menanak nasi. Api dari biji getah ini amat bertenaga...Amat sesuai sebagai bahan api.

Ini yang Peluit maksudkan. Yang naikkan harga tu si tamak & pemboros tak tahu manfaatkan bahan terbuang macam daun kelapa sawit boleh diproses jadi makanan binatang. Asalnya jadi sampah kering macam tu saja. Bila dah boleh dimanfaatkan mula tamak jual dengan harga yang bukan-bukan. Maka kita dera warga kita sendiri. Jadilah kita pengguna yang miskin!!!.

Tiada ulasan: