Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

30.6.08

BERITA TERKINI: ANWAR KENA TANGKAP POLIS ESOK



Contributed by pelita88 on Sunday, June 29 @ 17:32:09 MYT
Topic: KOMENTAR-2
BERITA DARI MALAYSIAKINI:

Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
Jun 28, 08 11:53pm
Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.


Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Anwar telah diberikan amaran
Jun 30, 08 12:55pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.

Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.

Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Saiful Bukhari mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya."

Malah Malaysiakini difahamkan Anwar pula yang menyarankan agar maklum balas dan sindiran terhadap pembantunya itu tidak dibuat secara terbuka.

Malaysia Kini

Tiada ulasan: