Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

10.6.08

Kilang BioFuel/BioDiesel Rugi Lantaran Proton/Produa


Dilulus terbit pada Monday, June 09 @ 20:29:34 MYT oleh greenboc

Oleh peluit

"
Kilang biodiesel milik Sime Darby khabarnya mengalami kerugian lantaran jahilnya kita membuat enjin yang menggunakan bahan api Biodiesel /Biofuel. Sedangkan sejak berzaman kerajaan telah membelanjakan jutaan RM untuk membuat penyelidik ini. Sila klik ke Blog Peluit sedikit tentang visi kerajaan kita pun kenapa kita terusan terhimpit dengan visi kerajaan & misi syarikat automobil kita sendiri.


Tak susah ingin mencari maklumat di zaman celik ICT kini. Taip sahaja Biodiesel/Biofuel di enjin capaian anda. Berjuta maklumat kita boleh ketahui tentang perkembangan biodiesel/biofuel ini. Lagi kita tahu lagilah kita rasa naif & dungu wawasan negara kita.

Kenapa kita bagaikan berhujan dahulu, sudah sejuk lesi, demam tak kebah, baru nak mencari payung.

Peluit telah pun menghantar aduan@sungutan tentang ceritera ini ke Warkah Untuk PM tetapi hingga kini lesap, senyap pastinya tidak dapat dijawab oleh Pak Lah.

Peluit bagaikan begitu yakin ada agenda tersembunyi kenapa kita masih lagi tidak menggunakan enjin yang menggunakan bahan api dari Biodiesel. Alasan yang jelas Peluit nampak pasti mahu menjaga syarikat automobil negara kita. Kita masih mahu guna enjin berteknologi lama yang negara luar tergelak & perlekehkan. Sudahlah mahal yang amat-amat harga kereta tempatan kita.

Negara luar Brazil contohnya telah pun ke arah bahan api yang lebih murah berbanding petrol; ia itu Ethanol

Ethanol : adalah sejenis alkohol yang kini semakin popular sebagai bahan api di benua Amerika. Brazil merupakan pengeluar ethanol terbesar di dunia dan juga pengguna ethanol terbesar sebagai bahan api kenderaan. Sila Klik SINI

Berbalik agenda tersembunyi tadi, pasti semua kita terfikir andai kata kita menjalinkan kerjasama dengan negara Brazil atau negara lain yang menggunakan teknologi Biodiesel; pasti Proton & Produa akan tergugah. Malahan bangkrap. Sementelah semua tahu sememang kita kena menuju ke arah ini satu ketika nanti.

Jika kita ingat pernah Golden Hope membuat iklan di TV; kita isi minyak melalui kelapa sawit. Kenapa ini tidak segera dilaksanakan. Peluit terfikir pasti mahu jaga Datuk, Dato', Tan Sri & lain VVIP yang melabur & empunya kepentingan untuk merompak secara senyap duit rakyat dalam fenomena industri automobil kita.

Bayangkan jika rata-rata rakyat marhaen telah menggunakan biodiesel sebagai bahan api; barulah kerajaan naikkan harga petrol/diesel tidaklah kita seperti Peluit katakan tadi sudah basah kuyup & demam tak kebah baru nak cari payung.

Mungkin tak ramai tahu berapa gaji pakar penyelidik kita di mana-mana organisasi. Seumpama yang Professor; bukanlah kita dengki dengan Prof ini; mereka orang bijak pandai. Mahu lapan ke sepuluh kali ganda gaji Peluit. Cumanya apa golongan ini buat; tak bolehkah Pak Lah gesa mereka untuk membuat penyelidikan seperti enjin biodiesel ini; selain penyelidikan yang syok sendiri. Tak mendatangkan faedah buat rakyat marhaen.

Peluit pernah menyuarakan ini dalam artikel sebelum ini;

SINI

Memang telah tiba masanya kita berubah dari pelbagai visi & misi negara demi tidak terperangkap dengan agenda politik yang gawat kini.

Peluit : Teringat Arwah Pak Tam guna minyak tanah untuk bahan api ketika kampung Peluit tiada elektrik.


Tiada ulasan: