Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

13.1.14

NAMA ALLAH

“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman wahai Isa putera Maryam! Adakah kamu mengatakan kepada manusia jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua orang tuhan selain Allah? Isa menjawab; Maha suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku, jika aku pernah mengatakannya maka tentulah Engkau telah mengetahuinya…..” (Al-Maidah:116)

Dalam soal-jawab Allah dengan Nabi Isa a.s. tiada larangan daripada Allah untuk namaNya digunakan oleh golongan yang Allah maksudkan.

“Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku, iaitu sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka selama aku berada diantara mereka……” (Al-Maidah:117)

Ayat 117 surah Al-Maidah juga tiada larangan daripada Allah untuk namaNya digunakan, apa yang dinyatakan oleh Nabi Isa a.s. ialah mengajak manusia menyembah Allah dan itulah peranan pemerintah iaitu menyeru rakyat samada Islam atau bukan Islam supaya menyembah Allah yang Satu.

“…….nescaya runtuhlah tempat2 pertapaan serta gereja2 (Nasrani) dan tempat2 ibadat (Yahudi) dan masjid2 yang disebut nama Allah banyak2 padanya,
………(Al-Hajj:40)

Ayat 40 surah Al-Hajj menjelaskan lagi bahawa nama Allah disebut dalam tempat ibadat Yahudi, Nasrani dan diakhiri dengan masjid dan tiada larangan daripada Allah namaNya disebut oleh penganut Yahudi dan Nasrani.

Dalam peristiwa mubahalah (sumpah laknat) dengan orang2 Nasrani, Nabi s.a.w. mengajak mereka bersumpah dengan nama Allah.

Dalam perjanjian Hudaibiyah Nabi terima cadangan wakil Quraish Mekah Suhail bin `Amr supaya Bismillahirrahmanirrahim digantikan dengan BismikAllahumma (Dengan namaMu Ya Allah) (Hadis riwayat Bukhari). Adakah Nabi telah murtad kerana membenarkan musyrikin Mekah menggunakan kalimah Allah?.

Nama bapa Nabi s.a.w. ialah Abdullah (hamba Allah) ini bermakna nama Allah telah digunakan sebelum Nabi dilahirkan, Nasrani di Mesir, Jordan dan Lebanon sejak zaman silam lagi telah menggunakan nama Allah, di negara ini nama Allah digunakan dalam kitab agama Sikh bahkan kerajaan Barisan Nasional membenarkan membawa masuk kitab Bible terjemahan Indonesia, manakala di Sabah dan Sarawak orang2 Kristian dibenarkan oleh Barisan Nasional untuk menggunakan nama Allah dan kita boleh lihat ada gereja2 yang meletakkan nama Allah di pintu masuk.

Jika kita terima pakai fatwa majlis fatwa kerajaan Barisan Nasional (majlis fatwa Babi Daging) dan juga pendapat ulamak2 Babi Daging peliharaan setan Barisan Nasional, maka Nabi s.a.w. telah murtad kerana membenarkan musyrikin Mekah menggunakan nama Allah dan mengajak Nasrani bersumpah dengan menggunakan nama Allah.

Akidah umat Islam boleh terjejas jika kita tidak membenarkan bukan Islam menggunakan nama Allah seolah-olah kita mengiktiraf adanya tuhan selain Allah. Apa yang perlu ialah mengikut contoh Nabi Isa a.s. iaitu pemerintah menetapkan garis panduan penggunaan nama Allah.

Majlis fatwa negara ini tiada kualiti dalam mengeluarkan fatwa kerana mereka hanyalah Babi Daging peliharaan Barisan Nasional Laknatullah, kerana tiada fatwa yang dikeluarkan ke atas umno yang sekular (kafir) dan ke atas pemimpin2 umno yang hina hukum Allah dan Sunnah Nabi s.a.w.

Bible yang dirampas di Selangor itu ada kebenaran KDN, siapa yang kuasai KDN? PAS ke, PKR ke atau DAP ke? kepada yang buat himpunan sokong JAIS itu tolong tengok Bible itu siapa yang bagi kebenaran? jangan jadi bahlul, bangang, bingong...kuda kayu... mangkok ayun....

Di balik cerita kangkung turun harga

Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara berbilang kaum dan kaya-raya, saya cukup sedih betapa malangnya rakyat negara ini mempunyai sebuah kerajaan yang dipimpin oleh ramai individu yang sering tunjuk juara mempertahan nama Allah.

Tetapi dalam masa yang sama merekalah menjadi perosak agama, perosak kestabilan politik dan perosak ekonomi negara.

Bagaimana rakyat kebanyakan yang dihimpit masalah kenaikan harga barang yang sangat menakutkan boleh selesa dan aman menjalani kehidupan hari-hari?

Kita melihat gelagat pemimpin negara masih bermain wayang kulit, menari-nari di atas pentas kuasa dengan alunan lagu dondang sayang, melentokkan kepala rakyat dan terangguk-angguk mendapat BR1M.

Nama Allah menjadi modal menidakkan pula tindakan ‘menggulingkan kerajaan’.

Satu soalan yang boleh kita tanyakan pada diri kita, sejak bila orang kafir boleh menyebut Allah dengan betul?

Sejak bila pula Allah satu nama unggul bagi Tuhan seluruh alam, nama-Nya tidak boleh disebut oleh manusia selain dari penganut Islam saja?

Menghalakan senjata emosi dan nafsu amarah kepada orang kafir, siapakah yang berikan kebenaran cetakan Bible versi Bahasa Melayu?

Islam itu sungguh cantik, janganlah menjadikan diri kita sebagai objek yang menghalang bukan Islam melihat kecantikan itu.

Cukuplah dengan semua tindakan bodoh yang menonjolkan sifat bangang, angkuh dan gila kuasa! Sila ikhlas perhatikan rakyat, kami sudah bosan!

Hari ini cerita sayur kangkung turun harga. Terima kasih BN. Sekian terima kasih.

9.1.14

'Bapa Tuhan Allah' berkumandang di gereja Klang


Bantahan oleh sekumpulan NGO Islam di padang berhampiran tidak menghalang penganut Kristian mengalunkan puji-pujian kepada 'Allah' dalam satu upacara di sebuah gereja di Klang hari ini.

Kalimah 'Allah' itu berkumandang di gereja Our Lady of Lourdes dalam bentuk lagu pujian (hymn) dan doa upacara keagamaan (mass) menggunakan bahasa Melayu.

Kira-kira 200 orang yang hadir itu antara lainnya mengulangi pujian "Bapa Tuhan Allah" dan "Tuhan kami yang kudus, Allah" sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dalam nyanyian lagu dan juga doa sebelum ucapan utama.

Kalimah 'Allah' yang digunakan itu merujuk kepada konsep triniti dalam kepercayaan Kristian.

Upacara diketuai paderi Michael Chua itu berlangsung ketika kira-kira 50 orang penganut Islam berhimpun sebagai tanda solidariti di luar gereja.

Michael dalam ucapannya mengucapkan penghargaan kepada individu yang hadir terima kasih memberi sokongan dan juga buat para anggota keselamatan yang menjaga keselamatan mereka.

Beliau juga berharap agar masyarakat Kristian dapat menjalankan tanggungjawab agama mereka tanpa gangguan.

"Ktia terus berdoa supaya situasi aman damai dapat berterusan di Malaysia.

Kehadiran berkurangan

"Kita dapat saling hormat menghormati dan umat Kristian ada kebebasan guna bahasa mereka sendiri untuk menyembah Tuhan," kata beliau dalam ucapannya hari ini.

Chua ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, kehadiran ke upacara dalam bahasa Melayu hari ini berkurangan berbanding kehadiran untuk upacara dalam bahasa Inggeris dan Tamil.

"Biasanya ada kira-kira 300 (hadirin) tapi hari ini ada lebih kurang 200 sahaja," kata beliau ketika ditemui di luar gereja.

Chua berkata, mungkin ramai hadirin memilih untuk pulang lebih awal atau tidak langsung tidak menghadiri acara tersebut disebabkan ancaman kumpulan yang dikatakan akan mengadakan bantahan di hadapan gereja mereka.

Katanya, beliau telah membuat laporan polis berhubung rancangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Satu gabungan NGO yang rapat dengan Umno Selangor pada hari Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk mengadakan protes dan menghantar nota bantahan kepada paderi Lawrence Andrew.

Ia ekoran pendirian Andrew yang didakwa mencabar kuasa Sultan Selangor dan berkeras mahu orang Kristian dibenarkan mengguna nama 'Allah'.

Umno Selangor semalam mengeluarkan arahan kepada anggotanya untuk tidak menghadiri perhimpunan di gereja berkenaan.

Bagaimanapun, sesetengah anggota dan pemimpin Umno Selangor tetap muncul dalam perhimpunan anjuran NGO yang dikenali sebagai Sekretariat Solidariti Muslim Klang, di satu padang kira-kira 1km dari gereja tersebut hari ini.

Fbi Ibam · Top Commenter

Pihak gereja dgn bangga berdoa dengan menggunakan nama Allah mengikut fahaman agamanya dan orang Melayu masih bercakaran mengenainya. Tiitah sultan hanya termaktub pada istiadat Melayu/Islam sahaja tanpa meliputi agama lain. Jika titah sultan tidak menjadi undang-undang maka titah sultan boleh disanggah dan diingkari.

Di mana kita meletakkan kerajaan beraja dan sultan yangmampu menjaga kesucian Islam? Apakah perlembagaan Malaysia tidak mampu menjaga kesucian Islam sehingga kita kena perlu membabitkan sultan bagi menjaga kesuciannya?

Hanya penganut Islam dianggap ektrimis sehingga wujudnya kumpulan yang dilabel sebagai pengganas seperti al-Qeada, JI dan pelbagai ajaran sesat. Bagaimana pula penganut agama lain adakah mereka ini tidak sesat mengikut kaca mata agama mereka? Berapa ramai umat Islam di negara ini disumbat ke penjara di atas kesalahan agama dan pernahkah kita mendengar dari agama lain yang disumbat ke penjara atau menjadi mangsa tahanan ISA atas kesalahan agama?

Pernahkah ada ahli parlimen yang mengusulkan pindaan atau peruntukkan undang-undang yang mengenakan hukuman keras yang membawa hukuman mati ke atas sesiapa yang didapati bersalah kerana menyebarkan agama bukan Islam kepada orang Islam? Pernahkah kita mendengar terdapat pertuduhan di mahkamah kepada mana-mana pihak yang menyebarkan agama bukan Islam kepada orang Islam?

Sepatutnya kerajaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan istimewa mengikut perlembagaan perlu sentiasa menyebarkan dan menerangkan siapa itu Allah mengikut pandangan Islam. Ya.. bagi sesetengah pihak ada yang merestui agama lain dibolehkan menggunakan nama Allah selaras dengan nama Allah itu hak milik semua manusia dan tidak terbatas kepada umat Islam sahaja walaupun dengan kefahaman yang berbeza. Mereka juga menggunakan nas bahawa agama mereka lahir sebelum agama Islam. Bagi kita agama Nabi Muhammad s.a.w nabi yang terakhir petunjuk sekelian alam.

Isu agama adalah sesuatu yang amat kompleks sehingga jabatan agama Islam sendiri tidak dapat mengawal ajaran sesat di kalangan penganut agama Islam. Itulah sebenarnya masalah di dalam peruntukkan undang-undang agama kita sendiri yang begitu lemah di dalam menangani masalah murtad dan penyebaran agama lain kepada penganut agama Islam. Jesteru dengan itu saya merayu kepada semua sarjana Islam memikirkan bagaimana untuk memperkasakan agama Allah ini selaras dengan kestimewaan Islam dalam perlembagaan.

Kita perlu membenteras penyebaran dan bukan hanya terpekik terlolong untuk menjaga nama Allah sedangkan kita sendiri sedar tindakkan kita hanya membuang masa. Kita masih ada kuasa politik tidak kira di dalam BN atau PR untuk menjaga agama yang suci ini.

Harussani, siapa itu kerajaan?



Ada kritikan yang bersifat ad rem (to the point) yang menyanggah pendapat Tan Sri Harussani Zakaria terhadap perhimpunan TURUN, yang dikatakan sebagai bughah (pemberontak) dan ‘halal darah’.

Selaksa kritikan dihamburkan terhadap mufti Perak itu.

Tetapi ada juga kritikan yang bersifat ad hominem (to the man) yang bertujuan untuk menjatuhkan keperibadian beliau. Saya kesal dan bersimpati terhadap beliau dalam perkara ini dan ia tidak sepatutnya terjadi.

Namun begitu Harussani masih tekal mempertahankan pendapatnya.

Kapasiti Harussani sebagai seorang mufti juga membuatkan orang awam keliru bahawa hukum bughah itu adalah bertaraf fatwa.

Tetapi sefaham saya, ia bukannya fatwa dan sekadar pendapat peribadi beliau. Ini kerana sesuatu fatwa mestilah proses istinbat yang teliti dan bukan sekadar pendapat melulu yang berdasarkan berita di televisyen atau naskah suratkhabar.

Namun begitu, saya melihat Harussani juga keliru dengan pendapatnya tentang bughah.

Pertamanya ialah tentang tindakan yang sebagaimana yang dikatakan sebagai bughah?

Apakah mereka yang berhimpun aman tanpa senjata itu boleh dikatakan sebagai berbahaya? Apakah mereka yang berhimpun itu menentang kesemua undang-undang negara? Perkara ini telah banyak dibincangkan oleh mereka yang telah terlebih dahulu menegur pendapat Harussani.

Antara kitab klasik & realiti semasa

Apa yang ingin saya bincangkan di sini yakni isu kedua, ialah alasan atau sebab musabab Harussani mengeluarkan pendapat bughah. Ini kerana menurut beliau himpunan tersebut bertujuan
menggulingkan kerajaan.

Persoalan utama yang saya kira perlu diselesaikan dalam perkara ini ialah bahawa siapa itu kerajaan?

Dalam menentukan letak duduk isu ini, para agamawan perlu membandingkan dan menyesuaikan maksud kerajaan yang dinyatakan di dalam kitab-kitab klasik Islam dengan kerajaan yang wujud pada hari ini.

Segala apa yang tertulis di dalam kitab-kitab klasik Islam tidak boleh diambil secara bulat-bulat kerana suasana politik telah berubah. Jika pada zaman dahulu sosok khalifah dan para menterinya diiktiraf sebagai kerajaan, namun sesuaikah pentafsiran itu terhadap bentuk kerajaan sekarang?

Apakah perdana menteri dan kabinetnya layak dikatakan sebagai kerajaan secara keseluruhannya?
Oleh kerana sistem pemerintahan Malaysia berasaskan sistem parlimen ala Westminster, maka perdana menteri cenderung dianggap sebagai ketua kerajaan manakala Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua negara.

Tetapi sebenarnya dari sudut perundangan, istilah ketua kerajaan terhadap perdana menteri cuma bersifat de facto.

Jika tidak silap pada pengetahuan saya, gelaran perdana menteri sebagai ketua kerajaan tidak pernah dicatatkan secara rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia cuma persetujuan berbentuk konvensyen sahaja.

Yang dicatatkan cuma kedudukan perdana menteri sebagai ketua jemaah menteri atau kabinet. Sekadar itu sahaja.

Kerajaan Britain, pentadbiran Amerika

Kedudukan Agong sebagai ketua negara secara de jure tetap menunjukkan bahawa baginda adalah ketua kerajaan yang sebenar-benarnya.

Oleh kerana itu juga kerajaan yang memerintah dinamakan sebagai – Kerajaan Seri Paduka Baginda, yakni kerajaan Agong. Maka taat-setia atau baiah rakyat tetap tertumpah kepada Agong dan bukannya perdana menteri.

Cuma dalam urusan kerajaan, Agong bertindak atas nasihat perdana menteri dan pengaruh perdana menteri adalah amat besar. Tetapi Agong tetap mempunyai kuasa-kuasa tertentu yang telah diperuntukkan.

Pembahagian komponen di dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia boleh dirujuk melalui Perlembagaan Persekutuan pada Bahagian IV.

Bawah prinsip pembahagian kuasa, maka Kerajaan Malaysia boleh ditafsirkan sebagai terdiri daripada komponen berikut;

1. Ketua utama negara (Agong).
2. Majlis Raja-raja.
3. Badan Eksekutif (perdana menteri dan kabinetnya).
4. Badan Perundangan Persekutuan (Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara).
5. Tatacara Perundangan (Kehakiman atau Perundangan).

Oleh kerana sistem politik Malaysia bersifat British-centric rakyat sering mentafsirkan badan eksekutif sebagai kerajaan walhal badan eksekutif adalah cuma sebahagian daripada komponen kerajaan.

Badan eksekutif di England dan Britain dipanggil sebagai government disebabkan istilah governance. Ini kerana badan eksekutiflah yang mengurus tadbir negara.

Di Amerika Syarikat pula, perbezaannya lebih jelas. Badan dksekutif dinamakan sebagai administration (pentadbiran) manakala istilah kerajaan pula dirujuk terhadap kesemua badan yang berperanan dalam pemerintahan negara, termasuklah badan eksekutif dan badan perundangan atau kehakiman.

Tak tentang Agong

Maka saya tetap percaya bahawa peserta ‘himpunan TURUN’ pada tempoh hari bukan bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak.

Tetapi sekalipun mereka ingin menggulingkan kerajaan, maka siapa yang mereka maksudkan?
Maka persoalan saya terhadap Harussani:

Apakah menjatuhkan badan eksekutif yakni perdana menteri dan menteri kabinetnya adalah sama seperti maksud bughah seperti yang tercatat di dalam kitab-kitab klasik Islam?

Mereka tidak menentang Agong, Majlis Raja-raja, badan perundangan persekutuan dan badan
kehakiman. Mereka tidak menentang kerajaan secara keseluruhannya dalam erti kata yang sebenar.

Jika menentang badan eksekutif disamakan dengan menentang kerajaan dan natijahnya perlakuan itu ditafsirkan sebagai khianat, maka bagaimana pula jika seorang sultan yang memecat menteri
besarnya yakni ketua badan eksekutif negeri?

Sultan itu kerajaan atau menteri besar dan barisan exconya yang kerajaan? Dalam hal yang berkaitan, apakah Agong itu kerajaan atau perdana menteri dan kabinetnya yang kerajaan?

Saya merasakan bahawa Harussani keliru dalam mengeluarkan pendapatnya. Pendapat tersebut gagal mengimbangi keilmuan kitab-kitab klasik Islam dan bentuk kerajaan moden pada
hari ini.

Sesungguhnya kitab-kitab klasik Islam karangan para ulama terdahulu tidak melakukan kesilapan.

Kesilapan itu berlaku pada pentafsiran sesetengah daripada kita yang gagal untuk menyesuaikannya terhadap semangat zaman. Jangan mengkhianati keilmuan para ulama terdahulu.



RIZUAN ABDUL HAMID ALUMNUS Akademi Pak Sako ‘Tulis.Ubah.Dunia.’

Dr M: Apa niat sebenar Paderi Andrew?


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan niat pengarang The Herald Paderi Lawrence Andrew yang didakwanya sengaja menyakitkan hati orang Islam apabila terus berkeras supaya gereja Katolik menggunakan kalimah Allah.


Menurut laporan Utusan Malaysia, Tun Dr Mahathir yang ditemui pemberita turut mempersoalkan niat di sebalik usaha untuk menggunakan Bible dalam bahasa Melayu.

“Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak telah lama (digunakan), tak apalah, tapi di sini (semenanjung) apa sebab tiba-tiba nak digunakan?

“Kita suruh belajar Bahasa Kebangsaan pun tak belajar, nak bercakap Bahasa Kebangsaan pun tak, tiba-tiba dalam perkara ini nak guna sangat Bahasa Kebangsaan, pasal apa? Ada niat apa?," soalnya.

Katanya, Andrew sepatutnya menghormati keputusan mahkamah Mahkamah Rayuan pada Oktober lalu berhubung larangan menteri dalam negeri ke atas penggunaan kalimah Allah dalam teks bahasa Melayu The Herald.

Keputusan itu membenarkan rayuan menteri dan kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur ke atas keputusan menteri berkenaan.

Mahathir seterusnya berkata, Andrew tidak sepatutnya “menyakitkan hati orang” dengan tindakan tersebut.

“Kita jangan menyakitkan hati orang. Tapi dia (Andrew) sengaja, dan mahkamah kata jangan pun, (dia) tak peduli. Ini tak menghormati mahkamah,” katanya.

Beliau seterusnya membandingkan amalan kebebasan beragama di negara ini dengan sesetengah negara bukan Islam, yang didakwanya tidak membenarkan pembinaan masjid.

Mahathir mendakwa, beliau sendiri tidak men ghalang tindakan orang bukan Islam membina empat rumah ibadat dalam satu kawasan kecil kerana ingin menjaga sensitiviti.

Beliau mengulas kenyataan Andrew pada 27 Disember lepas bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya dalam bahasa Melayu.

Ikrarnya itu terbukti apabila sekumpulan 200 orang penganut Kristian mengalunkan puji-pujian kepada 'Allah' dalam satu upacara di sebuah gereja di Klang, Ahad lalu.

Kalimah 'Allah' itu berkumandang di gereja Our Lady of Lourdes dalam bentuk lagu pujian (hymn) dan doa upacara keagamaan (mass) menggunakan bahasa Melayu.

Kira-kira 200 orang yang hadir itu antara lainnya mengulangi pujian "Bapa Tuhan Allah" dan "Tuhan kami yang kudus, Allah" sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dalam nyanyian lagu dan juga doa sebelum ucapan utama.

Kalimah 'Allah' yang digunakan itu merujuk kepada konsep triniti dalam kepercayaan Kristian.

Mufti: Haramkan sembang maksiat di laman sosial



Dua orang mufti Malaysia menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan perbualan orang bukan muhrim menerusi laman sosial yang didakwa mendorong kepada perlakuan maksiat.

Menurut laporan Berita Harian, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, itu menuntut Majlis Fatwa mengambil tindakan berkenaan, selari dengan fatwa dikeluarkan pemimpin Iran Ayatollah Ali Khamenei.

Menurut Abdul Rahman, pegaulan yang menjurus kepada maksiat atau bertentangan Islam dilarang dalam Islam, walaupun di media sosial.

“Contoh mudah adalah memberi salam. Jika tidak ada tujuan dan disalah guna untuk permulaan perbualan kurang berfaedah, ia tidak wajib dijawab.

“Melihat pasangan yang bukan muhrim tanpa ikatan sah di media sosial juga tidak dibenarkan.

“Perbuatan ini dilarang dalam Islam kerana boleh mengundang nafsu,” kata Abdul Rahman seperti dipetik dalam laporan itu.

Azwan Alaman · · 3D Animator & VFX Design at Digilogic (M) Sdn. Bhd
Bukan muhrim lah. Mahram...

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

Dr M cadang wujud semula ISA tangani pelampau

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.
  
Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.
  
"Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 'Hello On Two', yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di Ibunegara hari ini.
  
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketegangan antara kaum berikutan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lalu.

Beliau berkata sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak digunakan, adalah lebih baik negara tidak mempunyai undang-undang sedemikian.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menasihati segelintir rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti agama atau menyakitkan hati orang lain.
  
"Sekiranya rakyat terus bertelagah, mereka akan menjadi seperti rakyat di negara lain, yang akhirnya akan saling membunuh sesama sendiri. Ini tidak adil untuk mereka yang tidak terlibat dalam kontroversi ini," katanya.
  
Dalam rancangan itu, Dr Mahathir berkongsi pendapat dan rahsia termasuk rutin harian, falsafah perniagaan, dan rahsia kesihatan yang membuatkan beliau sentiasa sihat dan bertenaga pada usia 89 tahun.
  
Beliau turut menamakan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber inspirasi beliau, kerana kagum dengan kesabaran dan kehebatan Baginda semasa berhadapan dengan golongan yang membencinya, selain berjaya membangunkan masyarakat Islam yang bertamadun.
  
Rancangan itu diadakan sempena ulang tahun ke-11 Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
  
Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ke empat sejak 1981 dan berundur daripada jawatan itu pada 2003, setelah menerajui pemerintahan negara selama 22 tahun.
  
Semasa rancangan sejam itu berlangsung, pelukis Abdul Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda melukis sebuah potret Dr Mahathir.

- Bernama

PPIM: Harga naik, kerja keras cari wang lebih



Di sebalik rungutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta kos sara hidup, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebaliknya tampil menggesa pengguna bekerja lebih kuat untuk mendapat lebih pendapatan.

Pemimpin PPIM Nadzim Johan berkata, ekoran kenaikan itu, pengguna disaran bangun dan bekerja lebih keras dan tidak harus hanya duduk menunggu semata-mata.

"Buat sesuatu, cari pendapatan lebih," katanya dalam forum mengenai kenaikan harga barang di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di ibu negara hari ini.

Pelbagai pihak sebelum ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap peningkatan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia.

Ini turut mendorong sekumpulan aktivis NGO menganjurkan perhimpunan membantahnya di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru yang kini diisytihar perhimpunan haram oleh polis.

Mahathir: Saya tak perlu jet besar, mewah



Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak memerlukan jet mewah dan besar sewaktu mentadbir negara selama 22 tahun.

Bagaimanapun, kerajan sekarang mungkin mempunyai lebih banyak dana dan mampu untuk memperoleh pengangkutan mewah seperti itu, katanya dalam satu program bual bicara disiarkan stesen RTM2 untuk memperingati 11 tahun persaraannya.

Kenyataan itu timbul selepas tegurannya kepada kerajaan pada akhir bulan lalu, untuk membuat lebih banyak penjimatan.

"Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 dari PM sebelumnya. Dia (Tun Hussein Onn) mempunyai masalah perjalanan jadi saya boleh memahami mengapa dia perlu mempunyai kapal terbang besar.

"Saya pernah menggunakan kapal terbang untuk masa yang singkat dan saya bertanya kepada mereka berapa kos perjalanan. Mereka memberitahu saya ia melibatkan kos kerajaan sebanyak RM2 juta setahun.

“Kemudian (saya mengambil keputusan) kami menjual kapal terbang, saya memerlukan kapal terbang kecil. Oleh itu, dikurangkan kepada Challenger," katanya kepada pemberita.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat perbelanjaan berlebihan untuk membeli jet.

"Baiklah, sudah tentu sekarang, kerajaan adalah lebih kaya daripada semasa (zaman pentadbiran) saya, maka mungkin mereka perlu melakukan menaik taraf sistem penerbangan," katanya sinis.

November lalu, Jabatan Perdana Menteri memberitahu Parlimen bahawa kerajaan kini memiliki sekurang-kurangnya lima pesawat termasuk Boeing Business Jet.

Pesawat yang dimaksudkan untuk digunakan oleh VVIP termasuk Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, termasuk pesawat jenis Falcon, Global Express, Boeing Business Jet, Blackhawk, Augustas dan F28 Fokker.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan, kerajaan menanggung kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk kos penyelenggaraan pesawat tersebut sepajang 2012.

Mat Kelabu Asap · Top Commenter · USM Malaysia
rakyat harus berjimat dan pandai mengurus kewangan... kami tak apa kami habis duit kerana itu tugas kami