Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

2.10.13

PCA benar penahanan tanpa bicara diluluskan




 
Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah, diluluskan di Dewan Rakyat tengah malam ini.
   
Usaha wakil rakyat pembangkang untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan pada 12.50 malam, lapor Bernama.
   
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim membentangkan usul bagi menghentikan jam di dalam Dewan tepat 12 tengah malam untuk membolehkan perbahasan diteruskan pada hari yang sama, mengikut peraturan mesyuarat 90 (2).
   
Rang undang-undang itu dibahaskan sejak semalam selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membentangkannya untuk bacaan kali kedua.
   
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Ahmad Zahid pada Rabu lepas.

Lewat petang ini, undian dijalankan dengan 115 anggota Parlimen menyokong dan 66 lagi membantah, membolehkan rang undang-undang itu dibincangkan di peringkat jawatankuasa.

Peringkat jawatankuasa proses itu yang dijadualkan malam ini akan menyaksikan Dewan Rakyat meneliti setiap bab dalam cadangan pindaan kepada akta itu.

Enam anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang menghantar cadangan perubahan kepada rang tersebut akan berpeluang membahaskan hujah mereka.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan itu akan diperhalusi pada peringkat jawatankuasa.

Tvtlee Lee · Bekerja di Jobless
 
sedikit kesimpulan Akta PCA yang dibincang hari ini:

1. Orang awam yang dituduh tidak boleh meminta nasihat peguam bela
2. Tuduhan kepada orang tidak boleh diumumkan, ia dianggap rahsia negara.
3. Orang yang dakwa tidak boleh membuat rayuan
4. Mahkamah boleh membuat pertimbangan mengikut kes yang berlainan. Tetapi PCA, sekiranya panel kata orang itu salah. Orang itu akan dilokap 2 tahun.
5. Panel hanya akan dengar tuduhan dari KDN. Orang dituduh tidak berhak membela diri.
6. Orang yang "membantu" penjenayah akan ditahan bawah PCA. Jika kes membantu secara paksa, misalnya membantu mangsa kemalangan. orang itu boleh ditahan dengan PCA.
7. Penuduh(KDN) yang membuat siasatan, memanggil saksi. Bukan lembaga/panel yang memanggil saksi. Panel hanya baca laporan daripada KDN
8. Hasil lembaga PCA tidak boleh disemak di mahkamah, kecuali 'prosedur' lembaga boleh dipersoalkan, bukan asas tangkapan ditangkap itu.
9. Orang yang "bergaul" dengan penjenayah, boleh ditahan bawah PCA baru ini.

Tiada ulasan: