Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar tidak dapat
bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang sekiranya rayuan
pendakwaraya terhadap keputusan kes Liwat II berjaya, kata seorang
pemimpin PKR.
Mahkamah Rayuan sedang mendengar kes ini hari ini dan esok.
Ahli Parlimen Bayan Baru Sin Tze Tzin berkata prosiding saat akhir itu
merupakan langkah politik kerajaan BN untuk menamatkan hayat politik
Anwar.
"Sebaik Mahkamah Rayuan habis membuat pendengaran pada hari Jumaat,
penghakiman akan diberikan pada petang Isnin, betul-betul selepas sesi
Parlimen di waktu pagi.
"Sekiranya Anwar disabit, tidak akan ada masa bagi peguam beliau untuk
memohon penggantungan pelaksanaan hukuman di Mahkamah Persekutuan kerana
ia selepas waktu pejabat, dan beliau (Anwar) akan ditahan di jel," kata
Sim dalam sidang media hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan