Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.10.13

Mahathir: Chin Peng tak endah kemerdekaan


3:03PM Okt 1 2013
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bekas pemimpin komunis, Chin Peng bercita-cita menonjolkan diri sendiri sebagai pemimpin autokratik negara ini.
Menurutnya, Parti Komunis Malaya yang dipimpin Chin Peng tidak mengendahkan kemerdekaan dan hak demokrasi rakyat negara ini kerana meneruskan pemberontakan memerangi pasukan keselamatan negara walaupun Malaya pada masa itu telah merdeka.

NONE"Rakyat negara yang merdeka tidak memerangi rakyat lain yang hanya menjalankan tugas mereka meastikan keselamatan buat warganegara yang mahu mencari makan dan hidup dengan normal.

"CPM bersedia untuk menjadikan ketua mereka, Chin Peng sebagai pemerintah autoritarian negara ini," kata Mahathir seperti dipetik dalam dalam akhbar New Straits Times hari ini.

Beliau membuat dakwaan itu dalam rencananya bertajuk 'Chin Peng wanted to be dictator (Chin Peng mahu jadi diktator)' yang disiarkan pada halaman 16 akhbar itu hari ini.

chin peng funeral 200913 Tulisan itu senada dengan rencana akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa Chin Peng berkuasa penuh untuk menentukan dasar dan hala tuju PKM.
Malah, Chin Peng juga berkuasa penuh dalam menentukan soal perancangan parti dan juga strategi pertempuran bersenjata.

"Malahan beliau bertindak seperti seorang diktator termasuk dalam menentukan siapa yang menduduki barisan kepimpinan PKM.

"Tidak ada sesiapa dalam PKM berani bersuara, mahupun meluahkan isi hati mereka lebih-lebih lagi untuk mengangkat muka terhadap Chin Peng," dakwa akhbar itu dalam rencana bahagian tiga dalam siri 'Membongkar Agenda Komunis'.

  • Vivendran Rajandran · Top Commenter · Principal Engineer di ALKANAA
    Selepas merdeka, Parti Komunis Malaya tidak diiktiraf sebagai parti yang sah untuk bertanding pilihan raya. Pengorbanan mereka menentang Jepun dan British tidak dihargai. Akhirnya PKM meneruskan perjuangan mereka dari hutan, menentang Kronoisme British yang masih berjalan di bawah pemerintahan Parti Perikatan.

Tiada ulasan: