MP Taiping Ng Kor Ming berkata demikian ketika mengulas jawapan yang dikemukakan oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan menanggung kos RM86.4 juta untuk menyewa jet peribadi untuk lawatan rasmi Najib.
Jawapan bertulis yang dikemukakan itu menyebut jet berkenaan melibatkan kos RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk baikpulih.
Nga berkata, Najib sepatutnya menunjukkan contoh dengan menukar gaya hidup dan berbelanja dengan bijak dan bukannya meminta rakyat berbuat demikian akibat tekanan inflasi.
“Dia (Najib) sepatutnya memimpin dengan menunjukkan tauladan,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
RangBul@n : Ramai yang bersetuju PM kita berbelanja sebanyak itu untuk lawatan ke luar negara; ianya lebih cantik jika sesekali bawa juga VVIP Pembangkang agar nampak demokrasi & dengan cara ini negeri yang ditakbir pembangkang dapat menarik pelabur melalui lawatan ini. Baik pemimpin pemerintah juga pembangkang bukankah semuanya pilihan rakyat?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan