Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

26.10.13

BAJET 2014



Tun Razak berkata “orang Melayu Islam lebih untung kerana yang membayar cukai bukan Islam, kita buat jalan luar Bandar, kita buat rancangan Felda,kita buat masjid dan pelbagai lagi dengan menggunakan hasil cukai orang bukan Islam” (rujuk tulisan Dr Masitah Ibrahim dalam sinar harian 20.7.2012)

Segala pembangunan yang kerajaan buat di negara ini adalah dengan menggunakan hasil cukai daripada rakyat negara ini dan buat ketika ini pembayar cukai yang tertinggi ialah kaum Cina diikuti oleh India dan Melayu.

Dari hasil cukai itulah kerajaan bagi komisen beli kapal selam RM540juta, bagi kepada suami Shahrizat RM250juta, penipuan oleh pemimpin MCA dalam projek PKFZ RM12bilion, membina menara berkembar RM10bilion, subsidi gas kepada pembekal tenaga (IPP) RM14bilion, selamatkan MISC milik Mirzan anak Dr.M RM1.8bilion semua itu adalah menggunakan wang pembayar cukai (wang rakyat), hanya orang Cina sahaja yang sensitif dengan isu penyalahgunaan wang negara manakala orang Melayu tidak peka dengan apa yang berlaku.

Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa berlaku ketirisan wang negara RM28juta setahun, ini juga adalah wang rakyat, maka rakyat wajib tanya kerajaan Barisan Nasional kemana lagi mereka bazirkan wang rakyat (pembayar cukai).Bonus
setengah bulan gaji, bantuan wang buku RM300, bantuan sekolah RM100 dan semua yang terkandung dalam Bajet 2014 adalah menggunakan wang rakyat (cukai) dan yang banyak dalamnya ialah wang kaum Cina dan India.

Oleh itu kita tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana semua yang dibelanjakan itu adalah wang rakyat dan kerajaan BN bagi rakyat hanya sedikit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang dibolot oleh pemimpin Barisan Nasional dan yang diagihkan kepada kroni mereka.

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu mestilah jadi rakyat yang bijak, ambil apa yang BN bagi tetapi dalam waktu yang sama rakyat mesti kritik dan tegur kerajaan BN dan gunakan segala yang BN bagi untuk tumbangkan Barisan Nasional dalam PRU ke-14 nanti kerana sungguh banyak kejahatan yang BN lakukan dan sungguh banyak kenyataan pemimpin BN termasuk umno yang menghina hukum Allah dan tolak Islam.

Cukai GST 6%, kenaikan harga gula, harga minyak dan lain-lain lagi, dalam waktu yang sama pemimpin Barisan Nasional bermewah dalam kehidupan, rasuah masih meningkat, gaji pengerusi Tabung Haji RM85ribu sebulan (pemimpin umno), pengerusi Syabas Bendahari umno Selangor gajinya RM425 ribu sebulan dan banyak lagi yang pemimpin umno dah sapu wang rakyat.

Jadilah kita seperti Nabi Musa a.s. yang hidup dalam istana Firaun selama 30 tahun, Nabi Musa menikmati segala kemudahan dalam istana Firaun, makan minum, pakaian, pelajaran dan keistimewaan sebagai anak pemerintah negara tetapi bila dewasa Nabi Musa a.s. lawan kerajaan Firaun yang zalim dan tolak Islam sama seperti kerajaan Barisan Nasional di negara ini.

Berkata Firaun “bukankah telah kami pelihara engkau diantara kami diwaktu engkau masih kecil dan engkau telah tinggal bersama kami beberapa tahun dari umur mu” (Asy-Syu`ara:18)

Firaun mengungkit segala kemudahan dan pemberiannya kepada Nabi Musa a.s. dan Firaun sebut juga yang Nabi Musa a.s. seorang yang tidak mengenang budi atau seorang yang tidak berterima kasih kepada Firaun, firman Allah;

“Dan engkau telah membuat perbuatanmu yang engkau perbuat itu dan adalah engkau seorang yang tidak mengenang budi” (Asy-Syu`ara:19)

Mengapa Nabi Musa lawan Kerajaan Firaun?, kerana Firaun melakukan kezaliman ke atas rakyat Mesir, menyalahgunakan hasil bumi Mesir (cukai) untuk mengayakan diri dan kroninya dan kezaliman yang maha besar ialah Firaun tolak Islam dan sistem Islam yang dibawa oleh Nabi Musa a.s., apa yang firaun lakukan dahulu kini diikuti oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mari kita tumbangkan Barisan Nasional melalui sistem demokrasi yang ada.

23.10.13

CHIN PENG

CHIN PENG
Dasar komunis (PKM) adalah bercanggah dengan Islam, umat Islam yang menyokong dasar komunis maka terkeluarlah dia daripada akidah Islam, tetapi Wahdatul Fikr kali ini sekadar membawa pembaca untuk berlaku adil kepada PKM kerana Islam mengajar penganutnya supaya berlaku adil walau pun kepada musuh.

PKM ditubuhkan pada 30.4.1930 yang bertujuan untuk menentang kolonialisme, bermakna PKM ditubuhkan untuk menentang penjajah di Tanah Melayu, sejak awal penubuhannya sudah jelas bahawa PKM hendak tumbangkan penjajah, ada pun umno yang ditubuhkan pada 1946 bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan penjajah British di Tanah Melayu bahkan pemimpin umno waktu itu adalah pegawai kerajaan British termasuklah Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman.

Gagalnya rundingan Baling pada 1955 adalah kerana Tunku yang waktu itu hanya sekadar kuli batak penjajah British memberikan dua pilihan sahaja kepada PKM iaitu serah diri atau dimusnahkan, padahal PKM telah memberikan tawaran untuk meninggalkan perjuangan bersenjata dan sebaliknya ingin menyertai sistem demokrasi, sebab itu bila seorang wartawan Said Zahari bertanya kepada Tunku, tidakkah Tunku kecewa dengan kegagalan sidang damai itu? Tunku menjawab dalam bahasa inggeris “No, I am not. I never wanted it to be a success” jawab Tunku dengan tersenyum lebar, tetapi jawapan Tunku ini terpaksa dipadamkan atas arahan daripada pegawai penerangan umno pada ketika itu Syed Jaafar Albar.

Jelas disini gagalnya rundingan Baling adalah kerana memang itu kehendak Tunku dari awal lagi, yang jadi mangsa ialah askar melayu yang terpaksa berhadapan dengan PKM dalam hutan walau pun selepas negara merdeka, oleh itu kepada tentera yang cedera, ahli keluarga dan waris tentera yang mati ketika bertempur dengan PKM yang bertanggungjawab ialah Tunku dan umno, maka bekas tentera yang cedera yang masih hidup dan waris pergilah kepada umno untuk menuntut diatas kematian ahli keluarga mereka yang berdepan dengan PKM bukan menuntut daripada bekas PKM, kepada persatuan bekas tentera pergilah buat demontrasi di hadapan kediaman pemimpin2 umno, bukan berdemo halang membawa masuk abu Chin Peng, ini kerja orang bangang dan gila babi.

Selepas merdeka PKM kemukakan lagi hasrat untuk menamatkan perjuangan bersenjata secara menasabah akan tetapi hasrat itu dibalas oleh Tunku dengan kempen kepung dan basmi, dengan itu perang pembebasan nasional anti British bertukar jadi perang revolusioner dalam negeri yang berlarutan selama 42 tahun, siapa yang bersalah? Yang bersalah ialah Tunku dan umno.

1948 penjajah British melantik Henry L.G. Gurney yang tangannya berlumuran dengan darah umat Islam Palestin sebagai Pesuruhjaya Tinggi di Tanah Melayu, Henry Gurney dan ratusan polis British yang dibawa ke Tanah Melayu telah membunuh ribuan umat Islam di Palestin, tetapi umno meletakkan Henry Gurney ini sebagai wira negara, bahkan Kapten Hussain Onn yang bertugas di Timur Tengah waktu itu juga bersubahat dalam memecah belahkan negara2 arab atas arahan British.

Umat Islam di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada Chin Peng kerana berjaya menembak mati Henry Gurney yang telah membunuh ribuan umat Islam di Palestin.

Mengapa Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini bahkan Chin Peng nak datang sebagai pelancung pun tidak dibenarkan dan abu dia pun tak dibenarkan juga, sedangkan Rashid Maiden pergi menunaikan haji melalui negara ini, Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh dibenarkan kembali ke negara ini, arwah Tun Ghafar Baba pernah memujuk Abdullah CD supaya balik ke Malaysia dan Raja Azlan pernah meraikan Abdullah CD, mengapa layanan yang sama tidak diberikan kepada Chin Peng? Jawapannya ialah kerana Chin Peng itu China dan yang lain itu melayu, inilah semangat perkauman yang telah menjadi darah daging umno laknatullah yang menjadi kewajiban Umat Islam di negara ini untuk tumbangkan umno/BN melalui sistem demokrasi yang ada.

Mejeroti pemimpin PKM ialah melayu antaranya Rashid Maiden, Abdullah CD, Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh, Wahi Anuar, Kamarul Zaman (ditangkap pada 20.6.1948) dan ramai lagi, orang China adalah ahli biasa PKM kecuali Chin Peng.

Chin Peng wajar diberikan keadilan seperti yang dituntut oleh Islam, apa lagi mengenangkan perjuangannya menentang penjajah British dan membunuh Henry Gurney.

Sekian salam hormat daripada Wahdatul Fikr.

UMNO

Dasar umno ialah kebangsaan dengan bertunjangkan sekular, menurut perlembagaan umno semua prinsip yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan adalah pegangan politik umno. Perlembagaan Persekutuan perkara 3 fasal (1) dan jadual 9 senarai 2 yang dipertahankan umno hanya terhad kepada tiga bidang sahaja iaitu undang2 keluarga, warisan dan beberapa kesalahan takzir, yang jelas Islam yang diperjuangkan oleh umno tidak meliputi undang2 Islam seperti ekonomi,jenayah, kehakiman dan lain2 lagi.

Perkara 4 fasal (1) menyatakan perlembagaan Malaysia adalah undang2 tertinggi persekutuan dan apa2 undang2 yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal, umno membiarkan dasar sekularnya melalui perkara 128 fasal (1) yang meletakkan mahkamah syariah di bawah bidangkuasa mahkamah Agung yang menjadi institusi kehakiman tertinggi bagi memastikan segala enakmen Majlis Agama Islam negeri2 dibuat sebagai memenuhi maksud perlembagaan sekular itu.

KENYATAAN PEMIMPIN UMNO

1.Negara akan huru-hara jika undang2 Islam
dilaksanakan. (Najib Tun Razak 20.4.1993).
2.Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.
(Dr.Mahathir 3.3.1994).
3.Kerajaan tidak akan melaksanakan undang2 hudud
di negara ini. (Najib Tun Razak 24.9.2011).
4.Dalam masyarakat majmuk tiada orang boleh
mendakwa agamanya adalah agama terbaik
dengan mengenepikan agama2 lain,.....
(Rais Yatim di Hotel Equatorial,Bangi 2010).

Banyak lagi kenyataan pemimpin umno yang hina hukum Allah dan Sunnah Nabi s.a.w., untuk kali ini cukup sekadar itu.

DOA BURUK

Nabi doakan seorang lelaki (sahabat) supaya tidak boleh mengangkat tangan kanannya untuk makan, Nabi doakan demikian hanya kerana lelaki itu tidak mematuhi perintah Nabi supaya makan dengan tangan kanan. (Sahih Muslim hadis No:5387).

Ibnu Hajar dalam Fathul Bari mengatakan hadis ini menunjukkan keharusan mendoakan keburukan ke atas orang yang melanggar hukum syarak. (Fathul Bari- Ibnu Hajar, Ibnu Hajar juga bahaskan hadis No.4957 sahih Bukhari yang membawa maksud sama).

Dari Khuffaf bin Ima’ Al-Ghiffari Rasullah s.a.w. berdoa dalam suatu solat “Ya Allah laknatilah Bani Lahyan, Bani Ri’la, Bani Dzakawan serta Bani Ushayyah, kerana mereka telah berbuat durhaka kepada Allah dan RasulNya.......” (Sahih Muslim-Bab Doa).

Dari Abu Hurairah Rasullah s.a.w. bersabda “Ya Allah, setiap hamba mukmin yang aku caci-maki, maka jadikanlah hal itu sebagai suatu pendekatan yang boleh mendekatkan kepada Mu pada hari kiamat nanti” (Sahih Muslim-Bab Doa).

Nabi s.a.w. marahkan seorang lelaki (sahabat) dengan ungkapan “.......celaka engkau.....” (Bukhari, Muslim, An-Nasa`i dan Abu Daud manakala Said Sabiq membahaskannya dalam Fiqh Sunnah jil.5/215).

Nabi s.a.w. marahkan Bani Quraizah dengan sabdanya “hai kawanan KERA! bagaimana sekarang? sudahkah turun kepada kamu kutukan Allah dan sudahkah kamu derita kerana murkaNya” (Tafsir Al-Azhar Juz 21/290, Fiqh Sirah jil.2/572 – Syeikh Muhammad Al-Ghazali).

Umno/BN memerintah negara 56 tahun dengan menolak Islam dan undang2 Islam, hina hukum Allah dan sunnah Nabi s.a.w., maka sudah sewajarnya umno/BN didoakan supaya diturunkan laknat oleh Allah, supaya dimusnahkan oleh Allah sebagaimana Allah musnahkan firaun, namrud, qarun, abu lahab dan yang sewaktu dengan mereka.

Umno/Barisan Nasional adalah kerajaan `thoghut’ yang berdasarkan sistem syaitan, maka haram bagi Umat Islam di negara ini untuk menyokong Barisan Nasional, oleh itu marilah semua Umat Islam kita tumbangkan Barisan Nasional yang laknat dalam PRUi, banyak sungguh kezaliman, kejahatan yang Barisan Nasional lakukan selama 56 tahun memerintah negara ini. Dan teruslah berdoa supaya Allah Laknat umno/ Barisan Nasional dan Allah musnahkan umno/Barisan Nasional dalam PRU ke-14.

Mat Sabu

 

Mat Sabu masuk PAS bersama Haji Hadi,Ustaz Fadzil Noor atas arahan daripada DS Anwar Ibrahim pada tahun 1978m waktu itu depe semua adalah ahli ABIM dan Haji Hadi adalah Naqib usrah ABIM, depe diarahkan masuk PAS untuk membantu PAS di Kelantan yang tumbang pada 1978. Mat Sabu dua kali masuk ISA, Mat Sabu masuk PAS waktu PAS kalah.  
 
Siapa ulamak yang masuk PAS lebih awal daripada Mat Sabu, siapa ulamak yang pernah masuk ISA dua kali, siapa ulamak yang selalu turun demontrasi dengan duduk di saf hadapan?, 
 
Siapa ulamak yang rakyat negara ini kenal khususnya dari kalangan bukan melayu selain daripada Tuan Guru Nik Aziz, Mat Sabu adalah pemimpin PAS yang dikenali oleh bukan melayu dan setiap kali ceramah akan dihadiri oleh berbilang bangsa dan peringkat umur. 
 
Ikut sunnah pun Nabi s.a.w. memberi keutamaan kepada sahabat yang masuk Islam lebih awal (muhajirin), ketika Nabi duduk dalam majlis orang2 Ansar, tiba2 datang orang muhajirin maka Nabi suruh orang Ansar ketepi dan beri laluan kepada Muhajirin. Justeru itu Mat Sabu wajib dikekalkan sebagai Timbalan Presiden PAS.

18.10.13

NAMA ALLAH




“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman wahai Isa putera Maryam! Adakah kamu mengatakan kepada manusia jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua orang tuhan selain Allah? Isa menjawab; Maha suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku, jika aku pernah mengatakannya maka tentulah Engkau telah mengetahuinya…..” (Al-Maidah:116)

Dalam soal-jawab Allah dengan Nabi Isa a.s. tiada larangan daripada Allah untuk namaNya digunakan oleh golongan yang Allah maksudkan.

“Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku, iaitu sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka selama aku berada diantara mereka……” (Al-Maidah:117)

Ayat 117 surah Al-Maidah juga tiada larangan daripada Allah untuk namaNya digunakan, apa yang dinyatakan oleh Nabi Isa a.s. ialah mengajak manusia menyembah Allah dan itulah peranan pemerintah iaitu menyeru rakyat samada Islam atau bukan Islam supaya menyembah Allah yang Satu.

“…….nescaya runtuhlah tempat2 pertapaan serta gereja2 (Nasrani) dan tempat2 ibadat (Yahudi) dan masjid2 yang disebut nama Allah banyak2 padanya,
………(Al-Hajj:40)

Ayat 40 surah Al-Hajj menjelaskan lagi bahawa nama Allah disebut dalam tempat ibadat Yahudi, Nasrani dan diakhiri dengan masjid dan tiada larangan daripada Allah namaNya disebut oleh penganut Yahudi dan Nasrani.

Dalam peristiwa mubahalah (sumpah laknat) dengan orang2 Nasrani, Nabi s.a.w. mengajak mereka bersumpah dengan nama Allah.

Dalam perjanjian Hudaibiyah Nabi terima cadangan wakil Quraish Mekah Suhail bin `Amr supaya Bismillahirrahmanirrahim digantikan dengan BismikAllahumma (Dengan namaMu Ya Allah) (Hadis riwayat Bukhari). Adakah Nabi telah murtad kerana membenarkan musyrikin Mekah menggunakan kalimah Allah?.

Nama bapa Nabi s.a.w. ialah Abdullah (hamba Allah) ini bermakna nama Allah telah digunakan sebelum Nabi dilahirkan, Nasrani di Mesir, Jordan dan Lebanon sejak zaman silam lagi telah menggunakan nama Allah, di negara ini nama Allah digunakan dalam kitab agama Sikh bahkan kerajaan Barisan Nasional membenarkan membawa masuk kitab Bible terjemahan Indonesia, manakala di Sabah dan Sarawak orang2 Kristian dibenarkan oleh Barisan Nasional untuk menggunakan nama Allah dan kita boleh lihat ada gereja2 yang meletakkan nama Allah di pintu masuk.

Jika kita terima pakai fatwa majlis fatwa kerajaan Barisan Nasional (majlis fatwa Babi Daging) dan juga pendapat ulamak2 Babi Daging peliharaan setan Barisan Nasional, maka Nabi s.a.w. telah murtad kerana membenarkan musyrikin Mekah menggunakan nama Allah dan mengajak Nasrani bersumpah dengan menggunakan nama Allah.

Akidah umat Islam boleh terjejas jika kita tidak membenarkan bukan Islam menggunakan nama Allah seolah-olah kita mengiktiraf adanya tuhan selain Allah. Apa yang perlu ialah mengikut contoh Nabi Isa a.s. iaitu pemerintah menetapkan garis panduan penggunaan nama Allah.

Majlis fatwa negara ini tiada kualiti dalam mengeluarkan fatwa kerana mereka hanyalah Babi Daging peliharaan Barisan Nasional Laknatullah, kerana tiada fatwa yang dikeluarkan ke atas umno yang sekular (kafir) dan ke atas pemimpin2 umno yang hina hukum Allah dan Sunnah Nabi s.a.w.

M S Ibrahim Al-Malbar Menulis


Dasar umno ialah kebangsaan dengan bertunjangkan sekular, menurut perlembagaan umno semua prinsip yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan adalah pegangan politik umno. Perlembagaan Persekutuan perkara 3 fasal (1) dan jadual 9 senarai 2 yang dipertahankan umno hanya terhad kepada tiga bidang sahaja iaitu undang2 keluarga, warisan dan beberapa kesalahan takzir, yang jelas Islam yang diperjuangkan oleh umno tidak meliputi undang2 Islam seperti ekonomi,jenayah, kehakiman dan lain2 lagi.

Perkara 4 fasal (1) menyatakan perlembagaan Malaysia adalah undang2 tertinggi persekutuan dan apa2 undang2 yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal, umno membiarkan dasar sekularnya melalui perkara 128 fasal (1) yang meletakkan mahkamah syariah di bawah bidangkuasa mahkamah Agung yang menjadi institusi kehakiman tertinggi bagi memastikan segala enakmen Majlis Agama Islam negeri2 dibuat sebagai memenuhi maksud perlembagaan sekular itu.

KENYATAAN PEMIMPIN UMNO

1.Negara akan huru-hara jika undang2 Islam
dilaksanakan. (Najib Tun Razak 20.4.1993).
2.Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.
(Dr.Mahathir 3.3.1994).
3.Kerajaan tidak akan melaksanakan undang2 hudud
di negara ini. (Najib Tun Razak 24.9.2011).
4.Dalam masyarakat majmuk tiada orang boleh
mendakwa agamanya adalah agama terbaik
dengan mengenepikan agama2 lain,.....
(Rais Yatim di Hotel Equatorial,Bangi 2010).

Banyak lagi kenyataan pemimpin umno yang hina hukum Allah dan Sunnah Nabi s.a.w., untuk kali ini cukup sekadar itu.

DOA BURUK

Nabi doakan seorang lelaki (sahabat) supaya tidak boleh mengangkat tangan kanannya untuk makan, Nabi doakan demikian hanya kerana lelaki itu tidak mematuhi perintah Nabi supaya makan dengan tangan kanan. (Sahih Muslim hadis No:5387).

Ibnu Hajar dalam Fathul Bari mengatakan hadis ini menunjukkan keharusan mendoakan keburukan ke atas orang yang melanggar hukum syarak. (Fathul Bari- Ibnu Hajar, Ibnu Hajar juga bahaskan hadis No.4957 sahih Bukhari yang membawa maksud sama).

Dari Khuffaf bin Ima’ Al-Ghiffari Rasullah s.a.w. berdoa dalam suatu solat “Ya Allah laknatilah Bani Lahyan, Bani Ri’la, Bani Dzakawan serta Bani Ushayyah, kerana mereka telah berbuat durhaka kepada Allah dan RasulNya.......” (Sahih Muslim-Bab Doa).

Dari Abu Hurairah Rasullah s.a.w. bersabda “Ya Allah, setiap hamba mukmin yang aku caci-maki, maka jadikanlah hal itu sebagai suatu pendekatan yang boleh mendekatkan kepada Mu pada hari kiamat nanti” (Sahih Muslim-Bab Doa).

Nabi s.a.w. marahkan seorang lelaki (sahabat) dengan ungkapan “.......celaka engkau.....” (Bukhari, Muslim, An-Nasa`i dan Abu Daud manakala Said Sabiq membahaskannya dalam Fiqh Sunnah jil.5/215).

Nabi s.a.w. marahkan Bani Quraizah dengan sabdanya “hai kawanan KERA! bagaimana sekarang? sudahkah turun kepada kamu kutukan Allah dan sudahkah kamu derita kerana murkaNya” (Tafsir Al-Azhar Juz 21/290, Fiqh Sirah jil.2/572 – Syeikh Muhammad Al-Ghazali).

Umno/BN memerintah negara 56 tahun dengan menolak Islam dan undang2 Islam, hina hukum Allah dan sunnah Nabi s.a.w., maka sudah sewajarnya umno/BN didoakan supaya diturunkan laknat oleh Allah, supaya dimusnahkan oleh Allah sebagaimana Allah musnahkan firaun, namrud, qarun, abu lahab dan yang sewaktu dengan mereka.

Umno/Barisan Nasional adalah kerajaan `thoghut’ yang berdasarkan sistem syaitan, maka haram bagi Umat Islam di negara ini untuk menyokong Barisan Nasional, oleh itu marilah semua Umat Islam kita tumbangkan Barisan Nasional yang laknat dalam PRUi, banyak sungguh kezaliman, kejahatan yang Barisan Nasional lakukan selama 56 tahun memerintah negara ini. Dan teruslah berdoa supaya Allah Laknat umno/ Barisan Nasional dan Allah musnahkan umno/Barisan Nasional dalam PRU ke-14.


4.10.13

Jangan cakap lagi tentang kehilangan senjata polis!



VIDEO | 5.18 mins
dikemaskini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertahankan integriti pasukan polis dan mengatakan bahawa kehilangan senjata polis bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewangan atau unsur rasuah.

Sebaliknya, kata beliau, kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan.

Beliau kemudian melarang perbincangan lanjut mengenai perkara itu dan berkata "tiada lagi" soalan dari Malaysiakini.

Ditanya mengenai senjata RM1.3 juta senjata polis yang hilang seperti yang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, Zahid berkata beliau positif bahawa tiada motif tidak baik dikaitkan dengan kehilangan tersebut.

ahmad zahid warn malaysiakini 041013"Mengenai laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM, saya tahu kehilangan itu bukan disebabkan  oleh pecah amanah, bukan disebabkan penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah.

"Kehilangan antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan," katanya kepada pemberita.

Zahid berkata beliau telah membuat susulan terhadap laporan audit itu dengan meminta ketua polis negara menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengenakan surcaj ke atas anggota yang terlibat.

Beliau berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu "imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara".

Katanya, kini semakin ramai yang mempercayai pihak polis, sambil menambah bahawa pasukan itu telah memperlihatkan integriti yang tinggi.

Zahid memberi amaran kepada Malaysiakini supaya melaporkan dengan tepat apa yang dicakapkannya.
"Malaysiakini, you tulis itu macam ar, betul-betul ah, jangan tulis lain...," tegasnya.

Beliau juga meminta Malaysiakini supaya tidak lagi bertanya sebarang soalan susulan mengenai kehilangan senjata itu.

"You pun tulis tak betul. Tak mau layanlah Malaysiakini. You tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN, patut you tak payah datang sinilah, malulah datang," katanya lagi.

RangBul@n: 

Sebenarnya banyak lagi kehilangan harta kerajaan tak diuar-uar di media massa; cer sesekali paparkan berapa pula jumlah peralatan penyelidkan hilang di IPTA negara kita; huh lagi banyak lagi amat membazir. Sebenarnya bukan hilang tetapi ada komplot golongan elit yang tak jujur untuk kepentingan diri terus berlaku. Perkara ini kerajaan perlu amat membuat siasatan.

RangBul@n lama berkhidmat di sektor awam & perkara kehilangan ini amat naif pun dirahsiakan oleh Pentadbiran di IPTA sana. Sebab itu RangBul@n amat tak setuju ujudnya Universiti Penyelidikan. Cukuplah telah ujud terlalu banyak agensi/instituit/jabatan/organisasi penyelidikan di negara kita. Peralatan penyelidikan ini sering dianggap barangan lupus yang amat membazir. Amat sukar mahu kita kesan atas alasan ianya penyelidikan memang perlukan percubaan rambang.

3.10.13

Israel ciplak slogan dari Malaysia, kata menteri


 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia dan bukan sebaliknya.

Katanya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari.

Beliau ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat dengan sinis berkata, orang yang pernah belajar di sekolah rendah akan dapat membezakan antara Januari dan Mei.

Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai “produk ciplak” dari kempen Mongolia dan Israel.

MP: Najib perlu jadi teladan, ubah gaya hidup



MP Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan contoh “mengubah gaya hidup” dan berjimat cermat demi kepentingan pembayar cukai.

NONEMP Taiping Ng Kor Ming berkata demikian ketika mengulas jawapan yang dikemukakan oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan menanggung kos RM86.4 juta untuk menyewa jet peribadi untuk lawatan rasmi Najib.

Jawapan bertulis yang dikemukakan itu menyebut jet berkenaan melibatkan kos RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk baikpulih.

Nga berkata, Najib sepatutnya menunjukkan contoh dengan menukar gaya hidup dan berbelanja dengan bijak dan bukannya meminta rakyat berbuat demikian akibat tekanan inflasi.

“Dia (Najib) sepatutnya memimpin dengan menunjukkan tauladan,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

RangBul@n : Ramai yang bersetuju PM kita berbelanja sebanyak itu untuk lawatan ke luar negara; ianya lebih cantik jika sesekali bawa juga VVIP Pembangkang agar nampak demokrasi & dengan cara ini negeri yang ditakbir pembangkang dapat menarik pelabur melalui lawatan ini. Baik pemimpin pemerintah juga pembangkang bukankah semuanya pilihan rakyat?.

2.10.13

'Dilema' pengurusan projek empangan Bakun


 
Apabila kontraktor memohon pampasan dan lanjutan masa untuk menyiapkan Empangan Bakun di Sarawak yang bernilai RM17 bilion, pengurus projek tidak dapat menolaknya, kata Laporan Audit Negara 2012.

Ekoran itu, Kementerian Kewangan bersetuju untuk membayar RM431.59 juta kepada dua kontraktor utama Alstom daripada Perancis dan Impsa (Argentina) - untuk kerja elektro-mekanikal sebagai pampasan kerana kelewatan kerja sivil.

Tuntuan asal mereka sebanyak RM1.02 billion.

Kementerian telah membayar kepada syarikat berkenaan sebanyak RM375 juta pada Disember lalu, kata laporan audit itu lagi.

Laporan itu menyebut bahawa Alstom dan Impsa masing-masing menerima kontrak bernilai RM450-460 juta untuk kerja utama elektro-mekanikal. Kontrak ini sekarang masing-masing bernilai RM615 dan RM769 juta.

SAMM: Obama tak datang, tapi demo diteruskan


5:50PM Okt 2 2013  
NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bertegas untuk mengadakan perhimpunan pada 11 Oktober di KLCC walau Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menangguhkan kunjungannya ke Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan hari ini, SAMM menegaskankan perhimpunan bagi membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), memandangkan ketiadaan Obama tidak bermakna perjanjian tersebut tidak akan dimaterai.

Menurut pengasas SAMM, Badrul Hisham Saharin, badan tersebut akan mengadakan pertemuan dengan NGO dan parti politik tertentu, esok bagi membuat persiapan untuk mobilisasi peserta untuk demonstrasi 11 Oktober.

Kumpulan itu juga mengadakan pengumuman berhubung demonstrasi berkenaan pada hari Jumaat, katanya.

“Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap menggesa agar wakil Obama iaitu Setiausaha negara John Kerry perlu 'disambut' oleh rakyat Malaysia dengan simbol-simbol penolakkan.

“Tidak kira siapa pun wakil Amerika Syarikat yang datang ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa Obama menangguhkan lawatannya ke Malaysia pada bulan ini berikutan krisis penutupan sebahagian operasi pentadbiran di negara itu.

Menurutnya, Obama tetap berhasrat untuk melawat Malaysia pada satu tarikh lain.

Najib juga berkata, krisis yang dihadapi AS pada masa ini juga tiada kaitan dengan TPPA.

Khairy: Ya, kementerian bayar K-Pop RM1.6 juta


5:53PM Okt 2 2013  
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

NONE"Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai KBS.

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.

"Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012," katanya menerusi kenyataan pada laman Facebook beliau.

Jelasnya lagi, pihaknya tidak akan meneruskan lagi acara sebegitu pada sambutan Hari Belia 2013 dan tahun-tahun akan datang.

'Saya mesti jawab & bertindak'
Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-Pop - U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet - dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

NONEMenurut Khairy, beliau bertanggungjawab menjelaskan perkara itu walaupun beliau bukanlah menteri KBS pada masa itu.

"Saya tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri.

"Prinsip kebertanggungjawapan bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya," katanya.

Menteri belia dan sukan sewaktu sambutan itu berlangsung adalah Datuk Seri Shabery Cheek yang kini merupakan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

RTM bayar RM3,810 untuk jam RM100


2:51PM Okt 2 2013  
Radio Televisyen Malaysia (RTM) membelanjakan RM3,810 untuk satu jam dinding yang hanya berharga RM100, lapor Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunan mereka.

NONERangkaian televisyen yang dimiliki kerajaan Malaysia itu mempunyai 20 biji jam yang sama dan harga keseluruhan yang dibayar adalah RM76,200.

Laporan itu seterusnya menjelaskan yang jam dinding itu adalah komponen dikenali sebagai "slave clocks".

Ia sebahagian daripada sistem jam induk yang dihubungkan dengan satelit untuk membantu penyelarasan masa siaran dan bernilai RM116,220.

Bagaimana pun, sistem jam induk itu gagal berfungsi dan jam dinding berteknologi tinggi itu akhirnya digunakan sebagai jam dinding biasa.

RTM kuga didapati membayar harga 24 kali ganda untuk satu pengimbas bersaiz A4 dan membayar empat kali ganda untuk pengimbas bersaiz A3.

 RangBul@n: Masalah rasuah ini sukar nak kita bendung sebab yang terlibat tu selalunya bukan dari orang bawahan/sokongan sahaja malahan yang alebih nazak adalah kalangan orang atasan & golongan elit; tak cukup dengan gaji besar masih nak makan rasuah lagi besar. Cara mereka pusat alam amat licik & sukar kita mahu membenterasnya.

PCA benar penahanan tanpa bicara diluluskan




 
Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah, diluluskan di Dewan Rakyat tengah malam ini.
   
Usaha wakil rakyat pembangkang untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan pada 12.50 malam, lapor Bernama.
   
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim membentangkan usul bagi menghentikan jam di dalam Dewan tepat 12 tengah malam untuk membolehkan perbahasan diteruskan pada hari yang sama, mengikut peraturan mesyuarat 90 (2).
   
Rang undang-undang itu dibahaskan sejak semalam selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membentangkannya untuk bacaan kali kedua.
   
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Ahmad Zahid pada Rabu lepas.

Lewat petang ini, undian dijalankan dengan 115 anggota Parlimen menyokong dan 66 lagi membantah, membolehkan rang undang-undang itu dibincangkan di peringkat jawatankuasa.

Peringkat jawatankuasa proses itu yang dijadualkan malam ini akan menyaksikan Dewan Rakyat meneliti setiap bab dalam cadangan pindaan kepada akta itu.

Enam anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang menghantar cadangan perubahan kepada rang tersebut akan berpeluang membahaskan hujah mereka.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan itu akan diperhalusi pada peringkat jawatankuasa.

Tvtlee Lee · Bekerja di Jobless
 
sedikit kesimpulan Akta PCA yang dibincang hari ini:

1. Orang awam yang dituduh tidak boleh meminta nasihat peguam bela
2. Tuduhan kepada orang tidak boleh diumumkan, ia dianggap rahsia negara.
3. Orang yang dakwa tidak boleh membuat rayuan
4. Mahkamah boleh membuat pertimbangan mengikut kes yang berlainan. Tetapi PCA, sekiranya panel kata orang itu salah. Orang itu akan dilokap 2 tahun.
5. Panel hanya akan dengar tuduhan dari KDN. Orang dituduh tidak berhak membela diri.
6. Orang yang "membantu" penjenayah akan ditahan bawah PCA. Jika kes membantu secara paksa, misalnya membantu mangsa kemalangan. orang itu boleh ditahan dengan PCA.
7. Penuduh(KDN) yang membuat siasatan, memanggil saksi. Bukan lembaga/panel yang memanggil saksi. Panel hanya baca laporan daripada KDN
8. Hasil lembaga PCA tidak boleh disemak di mahkamah, kecuali 'prosedur' lembaga boleh dipersoalkan, bukan asas tangkapan ditangkap itu.
9. Orang yang "bergaul" dengan penjenayah, boleh ditahan bawah PCA baru ini.

1.10.13

Laporan runtuh hospital diserah pada Jabatan Kesihatan


11:21AM Okt 1 2013  
Laporan siasatan awal berhubung kejadian siling runtuh di ruang temu bual Pusat Saringan Pesakit (PAC) Hospital Serdang awal pagi ini diserah kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan.

Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang, dalam satu kenyataan, menyebut kawasan siling runtuh dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu melibatkan keluasan 8 kaki x 12 kaki persegi.

Beliau berkata ketika kejadian, terdapat lapan pesakit dan enam petugas di kawasan sekitar.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan perkhidmatan di PAC masih berjalan seperti biasa, katanya.

"Siasatan awal telah dijalankan dan laporan lengkap telah diberi kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

- Bernama

Mahathir: Chin Peng tak endah kemerdekaan


3:03PM Okt 1 2013
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bekas pemimpin komunis, Chin Peng bercita-cita menonjolkan diri sendiri sebagai pemimpin autokratik negara ini.
Menurutnya, Parti Komunis Malaya yang dipimpin Chin Peng tidak mengendahkan kemerdekaan dan hak demokrasi rakyat negara ini kerana meneruskan pemberontakan memerangi pasukan keselamatan negara walaupun Malaya pada masa itu telah merdeka.

NONE"Rakyat negara yang merdeka tidak memerangi rakyat lain yang hanya menjalankan tugas mereka meastikan keselamatan buat warganegara yang mahu mencari makan dan hidup dengan normal.

"CPM bersedia untuk menjadikan ketua mereka, Chin Peng sebagai pemerintah autoritarian negara ini," kata Mahathir seperti dipetik dalam dalam akhbar New Straits Times hari ini.

Beliau membuat dakwaan itu dalam rencananya bertajuk 'Chin Peng wanted to be dictator (Chin Peng mahu jadi diktator)' yang disiarkan pada halaman 16 akhbar itu hari ini.

chin peng funeral 200913 Tulisan itu senada dengan rencana akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa Chin Peng berkuasa penuh untuk menentukan dasar dan hala tuju PKM.
Malah, Chin Peng juga berkuasa penuh dalam menentukan soal perancangan parti dan juga strategi pertempuran bersenjata.

"Malahan beliau bertindak seperti seorang diktator termasuk dalam menentukan siapa yang menduduki barisan kepimpinan PKM.

"Tidak ada sesiapa dalam PKM berani bersuara, mahupun meluahkan isi hati mereka lebih-lebih lagi untuk mengangkat muka terhadap Chin Peng," dakwa akhbar itu dalam rencana bahagian tiga dalam siri 'Membongkar Agenda Komunis'.

  • Vivendran Rajandran · Top Commenter · Principal Engineer di ALKANAA
    Selepas merdeka, Parti Komunis Malaya tidak diiktiraf sebagai parti yang sah untuk bertanding pilihan raya. Pengorbanan mereka menentang Jepun dan British tidak dihargai. Akhirnya PKM meneruskan perjuangan mereka dari hutan, menentang Kronoisme British yang masih berjalan di bawah pemerintahan Parti Perikatan.

Zulkifli dakwa pemilihan DAP dicemari penipuan


11:53AM Okt 1 2013  
Bekas naib pengerusi DAP Zulkifli Mohd Noor yang gagal dalam pemilihan parti Ahad lalu mendakwa, terdapat pemimpin menggunakan "formula 3M" untuk memperdaya perwakilan.

NONEZulkifli mendakwa, terdapat penggunaan "man, money and media" (manusia, wang dan media) untuk memastikan perwakilan mengekalkan status quo, bagi menyelamatkan parti itu daripada diharamkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau juga mendakwa, terdapat juga perwakilan yang diarah atau diugut oleh beberapa pemimpin untuk memenuhi hasrat mereka.

"Perwakilan, kebanyakannya anggota baru, dengan muda dipengaruhi dan percaya pada strategi tipu dan bohong," kata Zulkifli dalam kenyataan.

Makanan lebih tarikh luput ditemui di stor TLDM


6:09PM Okt 1 2013  
Bekalan makanan kering untuk Tentera Laut Diraja Malaysia yang tamat tempoh selama hampir setahun didapati masih disimpan di stor pasukan berkenaan sehinggalah dikesan oleh Jabatan Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyebut, rangsum itu termasuk kiub pati ayam dan cuka, yang tamat tempoh pada September 2011 tetapi masih disimpan di stor tersebut pada Julai 2012.

NONEMenurut laporan itu, bekalan itu juga disimpan dengan tidak baik dan berisiko menyebabkan keracunan makanan kepada anggota tentera laut.

“Kebersihan rangsum di Wisma Samudera terjejas kerana terdapat serangga perosak di dalam bungkusan agar-agar dan serbuk kari yang  boleh mengakibatkan keracunan makanan.

“Manakala di KD Sultan Badlishah, bungkusan agar-agar dan mihun terbuka serta terdedah kepada serangga perosak sekali gus menjejaskan kualiti rangsum tersebut.

NONE“Selepas teguran Audit, tindakan serta merta telah diambil seperti menyusun, mengemas dan membersihkan stor pengguna tersebut,” laporan itu dipetik.

Makanan yang tamat tempoh itu juga dilupuskan selepas audit dijalankan tahun lalu, menurut laporan itu lagi.

Dalam laporan tersebut, Jabatan Audit menasihatkan Kementerian Pertahanan agar memastikan rangsum yang dipesan bagi TLDM itu ditanda dengan baik bagi memastikan tarikh luputnya masih dapat dibaca.

Ia juga menyatakan, kementerian menandatangani kontrak dengan nilai lebih besar daripada yang diperlukan dalam bekalannya.

Keselamatan RM2 bilion di sekolah sia-sia


4:13PM Okt 1 2013  
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan salah pengendalian teruk sehingga RM2.051 bilion dalam mengupah kontraktor keselamatan untuk sekolah antara 2010 hingga 2012.

Daripada penyediaan kontrak sehingga mengambil pengawal keselamatan, ketua audit negara berkata, pengurusan perkhidmatan keselamatan di 35 sekolah dan asrama yang ditinjau rata-rata tidak memuaskan.

Audit, yang melibatkan sekolah-sekolah di Selangor, Perlis dan Sabah, mendapati bahawa kontraknya tidak seragam.

Tidak dinyatakan juga keperluan khusus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Ini termasuk, pelaksanaan sistem jam jaga, bagi memastikan dua pengawal bertugas untuk satu-satu masa dan spesifikasi kamera CCTV dan sistem penggera.

Bung: Dari ditembak, baik mati bertembak


4:29PM Okt 1 2013  
Datuk Bung Moktar Radin, yang terkenal dengan keberaniannya di Parlimen juga mungkin menyimpan sedikit rasa 'takut' terhadap peningkatan kadar jenayah di negara ini.

NONEAnggota Parlimen Kinabatangan itu berkata, ia menyebabkan dia memilih membawa senjata api bersamanya untuk tujuan keselamatan, walaupun berat.

Bung mendedahkan perkara itu semasa sesi perbahasan berkaitan cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah di Dewan Rakyat hari ini.

"Saya bertekad dengan diri saya, daripada mati ditembak, bagus mati bertembak," katanya