NILAI 23 Ogos - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
meluluskan permohonan 20 pertubuhan politik baharu daripada 33 yang
diterimanya sejak 2008.
Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Rahman Othman berkata pihaknya akan menyenaraikan semua yang diluluskan pada Khamis depan.
"Pada masa ini ada 20 pertubuhan politik atau parti politik baharu
yang telah lengkap diteliti dan dinilai oleh PDRM (Polis Diraja
Malaysia) dan ianya lengkap," katanya kepada pemberita selepas
menghadiri majlis Aidilfitri ROS di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahman pihaknya menolak permohonan 13 lagi kerana
pelbagai faktor termasuk tidak memenuhi syarat dan tidak mempunyai
kriteria sebagai pertubuhan politik.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pemilihan semula
jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP, beliau berkata ROS masih
menunggu perincian daripada DAP.
"Saya tidak boleh cakap lagi kerana saya tidak dapat details
lagi daripada mereka dan saya akan jawab semua perkara itu selepas
mendapat maklumat lengkap mengenai pemilihan semula itu dari mereka,"
katanya. - BERNAMA
23.8.13
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan