Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

23.8.13

Lahad Datu: Keputusan batal pertuduhan Tian Chua 26 Sept.


KUALA LUMPUR 22 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 26 September ini keputusan permohonan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya terhadap insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu hari ini.

Tian Chua diwakili peguam-peguam, Eric Paulsen dan Latheefa Koya manakala pihak pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim dan Mohd. Farizul Hassan Bakri.

Pada 14 Mac lalu, Tian Chua, 50, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan kononnya pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO dalam portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu persimpangan, Jalan Loke Yew di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara sehingga lima tahun bagi kesalahan berikutnya. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan: