Tuesday, July 24, 2012
Semalam Budiman Zohdi, Pengerusi SERANG bersama sebilangan
penduduk Sekinchan yang tidak berpuashati dengan Ng Sue Lim, ADUN
Sekinchan di atas penyelewengan yang dibuat ke atas Pangsapuri Damai
Sekinchan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sekinchan.
KENYATAAN MEDIA BUDIMAN, SERANG
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
1. Saya
membuat kenyataan balas berdasarkan laporan akhbar China Press bertarikh
19 Julai 2012 dan Sinar Harian bertarikh 21 Julai 2012.
2. Kita
merasa sangat dukacita apabila ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim ADUN
Sekinchan tidak menjawab persoalan yang yang dilontarkan berkaitan isu
ini dan hanya membiarkan pegawai beliau sahaja yang memberikan
keterangan. Kita mencabar ADUN Sekinchan untuk menjawab persoalan –
persoalan yang diberikan.
3. Persoalan
terhadap penjualan aset milik kerajaan Negeri Selangor bertujuan
menampung perbelanjaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagi
kerja-kerja penyelenggaraan adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak
dari perancangan Belanjawan Tahunan MDSB. Apatah lagi jika penjualan
tersebut di bawah dari harga pasaran.
4. Penjualan
pangsapuri di bawah dari dari harga pasaran hanya kerana sebuah
syarikat yang memasuki tender tersebut adalah sesuatu kenyataan yang
tidak diterima akal kerana NKK Enterprise merupakan sebuah syarikat yang
baru ditubuhkan pada 29 September 2010. Mesyuarat Jawatankuasa Tender
MDSB Bil 1/2010 bertarikh 4 November 2010 memutuskan syarikat ini
diberikan kepada tender tersebut. Apakah asas syarikat yang ditubuhkan
tidak sampai 1 bulan lebih diberikan tender tersebut?
5. Alasan
MDSB tidak mementingkan keuntungan oleh itu penjualan mengikut unit
tidak boleh dilakukan adalah sesuatu kenyataan yang kurang bijak dalam
membuat pengiraan pelaburan hartanah kerana ia seperti menafikan han
penduduk Sekinchan khususnya dan Parlimen Sungai Besar umumnya
berpeluang mendapakan hartanah tersebut.
6. Pengumuman
penjualan dibuat pada 20 September 2010 dan NKK Enterprise hanya
ditubuhkan pada 29 September 2010 dan pada 4 November 2010 Jawatankuasa
Tender MDSB Bil 1/2010 telah menawarkan tender tersebut. Mengapakah
syarikat yang tiada pengalaman dan baru ditubuhkan diberikan tender
tersebut?
7. NKK
Enterprise merupakan entiti perniagaan yang beralamat di 17A, Jalan
Suria Indah 5, Taman Suria Indah Tanjung Karang. Mengapakah tidak
diberikan peluang entiti perniagaan dari Sekinchan?
8. Isu berkaitan unit yang dijual merupakan peruntukan untuk Bumiputera masih lagi tidak terjawab.
9. Kami
berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dalam penjualan aset milik
kerajaan negeri. Kita merasa kesal kerana YB Ng Suee Lim dan Ahli Majlis
yang terlibat membenarkan perlakuan ini berlaku.
Oleh itu pada pagi ini kami membuat laporan Polis supaya siasatan menyeluruh boleh dibuat terhadap perkara ini.
Budiman Mohd Zohdi
Pengerusi
Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan