Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

24.7.12

BUDIMAN "SERANG" CELENG SEKINCHAN HINGGA KE BALAI POLIS!!!

Tuesday, July 24, 2012

Semalam Budiman Zohdi, Pengerusi SERANG bersama sebilangan penduduk Sekinchan yang tidak berpuashati dengan Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan di atas penyelewengan yang dibuat ke atas Pangsapuri Damai Sekinchan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sekinchan.
KENYATAAN MEDIA BUDIMAN, SERANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
1. Saya membuat kenyataan balas berdasarkan laporan akhbar China Press bertarikh 19 Julai 2012 dan Sinar Harian bertarikh 21 Julai 2012.
2. Kita merasa sangat dukacita apabila ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim ADUN Sekinchan tidak menjawab persoalan yang yang dilontarkan berkaitan isu ini dan hanya membiarkan pegawai beliau sahaja yang memberikan keterangan. Kita mencabar ADUN Sekinchan untuk menjawab persoalan – persoalan yang diberikan.
3. Persoalan terhadap penjualan aset milik kerajaan Negeri Selangor bertujuan menampung perbelanjaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagi kerja-kerja penyelenggaraan adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak dari perancangan Belanjawan Tahunan MDSB. Apatah lagi jika penjualan tersebut di bawah dari harga pasaran.
4.   Penjualan pangsapuri di bawah dari dari harga pasaran hanya kerana sebuah syarikat yang memasuki tender tersebut adalah sesuatu kenyataan yang tidak diterima akal kerana NKK Enterprise merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada 29 September 2010. Mesyuarat Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 bertarikh 4 November 2010 memutuskan syarikat ini diberikan kepada tender tersebut. Apakah asas syarikat yang ditubuhkan tidak sampai 1  bulan lebih diberikan tender tersebut?
5. Alasan MDSB tidak mementingkan keuntungan oleh itu penjualan mengikut unit tidak boleh dilakukan adalah sesuatu kenyataan yang kurang bijak dalam membuat pengiraan pelaburan hartanah kerana ia seperti menafikan han penduduk Sekinchan khususnya dan Parlimen Sungai Besar umumnya berpeluang mendapakan hartanah tersebut.
6. Pengumuman penjualan dibuat pada 20 September 2010 dan NKK Enterprise hanya ditubuhkan pada 29 September 2010 dan pada 4 November 2010 Jawatankuasa Tender MDSB Bil 1/2010 telah menawarkan tender tersebut. Mengapakah syarikat yang tiada pengalaman dan baru ditubuhkan diberikan tender tersebut?
7. NKK Enterprise merupakan entiti perniagaan yang beralamat di 17A, Jalan Suria Indah 5, Taman Suria Indah Tanjung Karang. Mengapakah tidak diberikan peluang entiti perniagaan dari Sekinchan?
8. Isu berkaitan unit yang dijual merupakan peruntukan untuk Bumiputera masih lagi tidak terjawab.
9. Kami berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dalam penjualan aset milik kerajaan negeri. Kita merasa kesal kerana YB Ng Suee Lim dan Ahli Majlis yang terlibat membenarkan perlakuan ini berlaku.
 Oleh itu pada pagi ini kami membuat laporan Polis supaya siasatan menyeluruh boleh dibuat terhadap perkara ini.
Budiman Mohd Zohdi
Pengerusi
Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG)

17.7.12

Tabiat membawa untung


Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my

MEMPUNYAI hobi membaca tidak mengira apa saja jenis majalah mendorong Siti Musrina Musa, 32, turut gemar mengumpul bahan bacaan itu sebagai koleksi peribadi.

Sebut saja majalah berkonsepkan Muslimah atau fesyen, Siti Musrina tidak kisah mengenai isi kandungannya asalkan dia dapat memenuhi permintaan hati untuk membaca setiap hari.


Baginya, setiap majalah mempunyai fokus tersendiri termasuk fesyen, kekeluargaan, motivasi dan Muslimah untuk menambah pengetahuan.

Bukan saja gemar membaca, malah Siti Musrina turut mempunyai hobi lain iaitu menyertai peraduan yang ditawarkan di majalah yang dibacanya.

Paling menggembirakan hatinya apabila dengan hobinya itu dia dapat melancong sehingga ke luar negara seperti Jepun dan akan ke Wonderland Jiuzhaigou, China tidak lama lagi.

“Walaupun sebelum ini tidak pernah memenangi hadiah berbentuk percutian yang banyak, saya kini berpuas hati dengan hobi ini.

“Pengalaman ke Jepun sebelum ini begitu bermakna untuk saya agar lebih bersedia dalam menghadapi pelbagai kesulitan apatah lagi jika membabitkan makanan.

“Walaupun risau dengan makanan di negara orang, saya tetap teruja untuk ke China kerana ia pengalaman pertama untuk menjejakkan kaki di situ,” katanya yang ditemani suami, Noor Fairuzhizam Yakob.

Siti Musrina dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dinobatkan sebagai pemenang Peraduan Wajah Aniqah 2011 anjuran MMP Communications Sdn Bhd dengan slogannya yang berjaya menarik perhatian juri.

Menggunakan slogan berbunyi ‘Wadah informasi penuh berkualiti, citra Muslimah unggul berkredibiliti, penuh elegan dengan identiti tersendiri, Aniqah hebat dimiliki’ membuatkan juri sebulat suara memilihnya sebagai pemenang peraduan itu.

Menerusi kemenangannya, Siti Musrina menerima hadiah berupa pakej percutian untuk dua orang ke China tajaan Safirgotravel, produk kecantikan dan kesihatan Go Cell International, baucar daripada butik Jumana by JubahOnline dan pakej perawatan kecantikan Putri Timur Spa.

Pemenang kedua peraduan ialah Rokiah Abdul Rahim dari Kampung Teluk Kemang, Negeri Sembilan manakala tempat ketiga disandang oleh Nor Irdawati Zainuddin dari Batu Caves, Selangor.

Peraduan Wajah Aniqah 2011 itu diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pembaca memilih sendiri gambar kulit terbaik yang ditampilkan di dalam majalah berkenaan bermula Januari hingga Mac 2011.

Berdasarkan penyertaan itu, sebahagian besar pembaca memilih penghias kulit Oktober, pelakon Faezah Elai sebagai gambar kulit majalah terbaik.

Selain hadiah utama, majalah Aniqah turut menyampaikan tiga hamper sebagai penghargaan kepada pembaca yang kreatif menghantar penyertaan untuk peraduan itu.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Eksekutif MMP Communications, Datuk Jamaluddin Mansor kepada pemenang peraduan di restoran Kelantan Delight di Sooka Sentral, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

-mymetro

Harga tanah kubur semakin mahal

“Mustahil untuk kita ikut cara tradisional. Apa yang tidak berubah ialah kita mesti selalu ingat pada nenek moyang walaupun kaedah pengebumian sudah berbeza kerana fahaman Conficius meng­utamakan penyembahan roh nenek moyang,” jelasnya lagi.

Di Hong Kong, tapak perkuburan swasta biasanya berharga melebihi HK$250,000 (RM101,700). Walaupun tapak kubur di kawasan perkuburan milik kerajaan boleh dipajak dengan harga yang lebih murah tetapi harganya bermula daripada HK$3,190 (RM1,298) bagi tempoh enam tahun, bergantung kepada kekosongan.

Selepas tempoh pajakan tamat, kubur itu akan digali semula supaya mayat boleh dipindahkan sama ada untuk dibakar atau dikebumikan di plot yang lebih kecil.

Harga di pusat penyimpanan abu mayat kendalian kerajaan pula bermula daripada HK$3,000 (RM1,220) manakala di pusat kendalian pihak swasta harganya 10 kali ganda lebih tinggi dan ia boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.


Cheng berkata, konsep pe­ngebumian laut ini mula diterima ramai, walaupun ia berlawanan dengan tradisi Cina yang mahukan badan mayat dalam keadaan sempurna dan ia perlu dikebumikan di tanah.

“Pada mulanya memang ramai orang susah hendak menerima idea ini dan perkhidmatan kami bermula dengan satu bot kecil. Namun kini semakin ramai yang boleh menerima konsep penge­bumian laut ini. Setiap bulan saya mengendalikan upacara penge­bumian untuk 80 hingga 100 keluarga,” kata Cheng.

Malah kerajaan juga berjanji akan menyediakan 120,000 tempat baru (tapak kubur) antara 2012 hingga 2016 tetapi ia dilihat masih tidak dapat me­nyelesaikan masalah kekurangan ruang berbanding jumlah kematian tahunan di Hong Kong yang mencecah 41,400.

Usaha untuk membina komp­leks perkuburan juga mendapat tentangan daripada penduduk yang bimbangkan kawasan seperti itu akan membawa nasib malang dan memberi kesan negatif kepada harga rumah mereka.

Semua masalah dan isu ini secara tidak langsung membantu mengembangkan konsep pengebumian di laut.

“Yang mati tetap mati, tidak kira apa jenis upacara yang anda jalankan (untuk mereka), hasilnya tetap sama,” kata So, sambil menaburkan abu mayat ibunya.

“Bagi saya, merindui orang tersayang bermakna kita menyimpan hasrat untuk
mendoakan mereka dan pengebumian di laut ini adalah pilihan yang baik.” - AFP

Gendang bercakap Nigeria

SAMBIL sebelah tangannya memegang kayu bengkok, seorang kanak-kanak perempuan prasekolah Nigeria mengatur langkahnya perlahan-lahan sambil membetulkan kedudukan alat muzik yang dibawanya gendang dan sejarah banyak generasi.
“Kanak-kanak perlu mewarisi budaya dan tradisi kami. Mereka perlu diajar sejak kecil,” kata Aralola Olamuyiwa, yang lebih terkenal dengan panggilan Ara, selepas tamat kelas selama sejam yang berlangsung di taman asuhan kanak-kanak dan sekolah rendah Lagos.

Suaranya penuh semangat apabila memperkatakan mengenai ‘gendang bercakap’.

Gendang bercakap Afrika Barat yang mempunyai bentuk jam pasir biasanya dibuat daripada kayu dan belulang (kulit haiwan yang dikeringkan), sangat penting dalam budaya masyarakat di rantau itu kerana sejak dulu ia berfungsi sebagai alat komunikasi sebelum adanya telefon.


Walaupun kini fungsinya semakin hilang, gendang bercakap ini tidak akan pupus kerana ia sudah digabungkan bukan saja ke dalam muzik tradisional malah turut dimuatkan dalam muzik hip hop Afrika dan lagu penyanyi terkenal seperti Erykah Badu.

Anak kelahiran Nigeria, Sikiru Adepoju disanjung tinggi kerana kepakarannya dalam memainkan gendang berkenaan, hasil kerjasamanya dengan pemain perkusi kumpulan Grateful Dead, Mickey Hart.

Ara adalah antara pemain gendang perempuan Nigeria yang pernah mengadakan persembahan dengan Stevie Wonder dan untuk Ratu England.

Dia sanggup pergi ke sekolah rendah untuk mengajar kanak-kanak bermain gendang bercakap itu kerana ia dianggap cara mengekalkan budaya dan warisan melalui generasi muda yang menjadi masa depan masyarakat.

Hasratnya itu memang murni manakala bunyinya yang sangat beraneka itu sangat memikat dan ini sebabnya mengapa semakin ramai pemuzik kontemporari memasukkan gendang ini untuk mengindahkan lagi lagu ciptaan mereka.

Penyanyi rap keturunan Nigeria-British, Weird MC, yang terkenal dengan nama Rappatainer, turut menggunakan gendang tradisional ini apabila dia memperkenalkan singlenya ‘Ijo-ya’ (Mari Menari) pada 2006.

Dilahirkan dengan nama Adesola Idowu, dia berkata mahu menggabungkan alunan muzik kontemporari dengan bunyi gendang tradisional bagi menghasilkan sesuatu yang baru yang ketika itu sangat unik.

Remy nyanyi sendiri

 Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my

APA kata sebelum tonton filem, dengar lagu dulu? Menjelang tayangan filem baru terbitan KRU Studios Sdn Bhd bertajuk 29 Februari yang memasuki pawagam pada 30 Ogos depan, peminat sudah boleh mendengar lagu-lagu runut bunyi (OST) filem itu.

Penghasilan CD dilakukan oleh KRU Music ini bertujuan meneruskan langkah strategik menerbitkan album OST. Album ini memuatkan lima lagu baru ciptaan Edry Abdul Halim. Lagu-lagu terdapat album OST 29 Februari bertajuk Cahaya Mata nyanyian S Masroni, Jagalah Diri oleh Jaclyn Victor, Seperti Dulu nyanyian Forteen dan satu lagu nyanyian pelakon filem ini, Remy Ishak menerusi lagu Kelip-Kelip. Lagu Kelip-Kelip versi bonus juga boleh didapati dalam versi instrumental.


Selaku pelakon utama filem 29 Februari, Remy menerima cabaran baru apabila dituntut untuk menyanyi dalam filem muzikal ini. Apa yang pasti, ternyata percubaan pertama beliau menerusi Kelip-kelip tidak menghampakan.

Lagu bertajuk Jagalah Diri adalah sebuah lagu berskala besar dilihat mampu meneruskan kejayaan seperti pernah diraih melalui lagu Sedetik Lebih. Dengan berkonsep balada, ia begitu sinonim dengan kekuatan vokal lantang dimiliki oleh Jaclyn Victor atau Jac.


Jika dilihat pada lagu Seperti Dulu, ia adalah sebuah lagu dianggap berat buat pendatang baru seperti Forteen tetapi mereka mampu menyampaikan melodi dan lirik lagu terbabit dengan baik. Lagu Jagalah Diri dan Seperti Dulu juga adalah single kedua Jac dan Forteen.

Filem 29 Februari adalah filem bergenre ‘biografi fantasi’ yang diarahkan oleh Edry Abdul Halim.

Menariknya, 29 Februari menampilkan lakonan Remy sebagai Budi, hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Filem ini juga menggunakan latar detik bersejarah Malaysia sewaktu penjajahan British, penaklukan Jepun hinggalah ke zaman sekarang.

Album OST 29 Februari pasti memberi kelainan kepada pendengar kerana ia turut menyelitkan petikan dialog daripada filem.

Selain menyajikan lagu bakal hits dendangan artis ternama tanah air, album ini akan membawa pendengar menghayati lagu dan lirik yang berkait rapat dengan jalan cerita filem 29 Februari.

Cara ini juga dapat meningkatkan pemahaman peminat sebelum menonton filem terbabit. Album ini sudah berada dalam pasaran dan dijual dengan harga RM19.90.

Peminat boleh mendapatkan filem OST 29 Februari di semua cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner.

-mymetro

SYABAS: Kekurangan bekalan merujuk pada air terawat


4:06PM Jul 17 2012
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyangkal dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa syarikat itu tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi.

"Ini merupakan satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali," kata Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikalnya V Subramaniam dalam sidang media khas di ibunegara hari ini.
  
Semalam, Khalid mengumumkan cadangan pengambilalihan syarikat air berkenaan bagi menangani krisis air di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, yang pengurusan sistemnya didakwa mempunyai unsur "keraguan".

Subramaniam berkata krisis bekalan air yang sedang melanda ketika ini disebabkan kurangnya bekalan air terawat untuk diagihkan, yang berpunca daripada keengganan kerajaan Selangor mengeluarkan arahan pembangunan untuk projek pembinaan Loji Langat 2.

"Ia juga berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri tersebut untuk mewartakan perlarasan tarif yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi," katanya.
  
Subramaniam juga berkata kenyataan yang dibuat oleh menteri besar Selangor yang mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah, adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Sebenarnya isu kekurangan bekalan air merujuk kepada air terawat untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya.
  
Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Khalid itu mengarahkan pembekuan perbelanjaan modal SYABAS, dan ini turut membantutkan usaha syarikat itu untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil.
  
Subaramaniam berkata perkara itu telah dimaklumkan melalui sembilan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sejak dua tahun lepas.
  
"Setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah, kerajaan negeri yang menguasai 30 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan, turut dimaklumkan menerusi wakilnya mengenai kedudukan bekalan air yang kritikal, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan Selangor sehingga kini," tambahnya.
  
Pada masa yang sama, Subramaniam menjelaskan kegagalan kerajaan Selangor untuk mewartakan perlarasan tarif, telah menyebabkan tanggungan tertunggak SYABAS kepada operator loji rawatan air.

- Bernama