Pusat Feedlot Kebangsaaan (NFC), projek bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 enggan mengulas prestasi hambarnya.
"(Noh) akan jelaskan isu-isu yang dibangkitkan di Parlimen pada penggulungan bahas minggu akan datang," katanya menjawab soalan e-mel yang diajukan.
Malaysiakini menghubungi NFC bagi meminta ulasan berhubung laporan audit yang mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya serta juga dakwaan yang dibuat oleh PKR bahawa projek yang dikendalikan oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet.
PKR telah berkata mereka akan "mendedahkan" lebih banyak bukti bagi menyokong dakwaan itu jika menteri Umno itu dan menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak menjelang Isnin depan.
NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara projek itu bermasalah sehinggan memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan