Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

26.2.14

Kemelut BR1M 3.0

BR1M 3.0
Ada yang kasi maklumat... staf LHDN dah buat kerja lebih dalam bab semakan... mereka trace gaji kasar suami & isteri bila digabungkan dah lebih jumlah RM3000 maka dapatlah RM450. (RM3001-RM4000 hanya layak RM450)

Ada pula yang kata dia dah gabungkan kedua-dua gaji masih tak sampai RM3000 layaknya RM650; kenapa pula kasi RM450; ini yang kena buat rayuan...

Hahaha kut ada Spy Leman kerajaan yang kasi tahu... si isteri part time jual nasi lemak julaa kuih pelbagai... suami pun part tima kerja jaga... maka akhir tak layaklah dapar BR1M... ish payahlah kalau macam tu.

Sepatutnya seragamkan saja... kan ke kita ni negara makmur maju jaya... apa sangatlah beda RM200 tu sian dia... apa kata... yang dapat RM650 gajinya dah cecah RM3000 & si polan yang dapat RM450 hanyalah RM3001... macam tak adil... kan?
kan?
Teringat kampung halaman... setahu saya baik emak atau apak... mereka orang lama manalah ada pengaruh PR atau pembangkang di kampung saya itu... apak lama menjadi warga emas... memang tak pernah merasa duit BR1M... emak pula sekadar jual hasil ternak atau buah-buahan di kampung... tak pernah pun ada siapa nak kasi mereka ini sumbangan BR1M pun tak ujud sedangkan mereka setia menyokong kerajaan yang sedia ada.

  • Peluit Ralit alahai lagi sedih... rakan saya mengadu gaji kasarnya cuma sekitar RM4010 memang isterinya suri rumah sepenuhnya... dia tak pernah merasa BR1M sejak dulu lagi... (dulu hanya layak RM3000) saya pun turut bersedih... sebab saya tahu dia bayar cukai juga. RM10 punya pasal tak merasa duit BR1M.
     
    (Rezeki anak muda sekarang memang murah; yang bujang pun dapat BR1M & pelbagai kemakmuran negara dapat mereka kecapi; cuma masalah kehidupan anak cucu kita nampak makin terhimpit; sebab belum kerja dah ada hutang PTPTN ; rumah pula makin mahal; kos hidup tinggi melambung. Jika kerajaan tak sediakan peluang kerjaya yang munasabah pasti anak cucu kita akan makin terhimpit)

Peluit Ralit‎ BR1M 3.0

Selepas 20 hari (Rayuan BR1M) pasti akan ambil masa lagi... ketika itu pasti hati semua yang layak menerima BR1M lebih-lebih lagi kecewanya... saya teringat isu komputer riba 1Malaysia pun sama... rakan saya jauh lebih banyak pendapatannya mudah saja dapat komputer ni (biasalah ada kabel)... yang saya merayu sana merayu sini untuk anak-anak saya dapat ketik komputer ini...sampai habis peringkat pemberian... anak-anak gunalah komputer dugong orang dah lupuskan yang saya pakai ini. (ish yang terima komputer ni dengarnya ada yang jual dan ada rosak cam tu saja... tak dimanfaatkan)

Alhamdulillah... Allah murahkan rezeki keluarga kami... abang-abangnya cari rezeki sendiri... sambil belajar buat part time kerja Giant... KFC mana yang terima... kami bergabung duit dapatlah laptop sendiri.

VVIP yang terniat nak kasi BR1M ini..tak pernah rasa hidup macam kita; yang kita lihat hidup mereka MEWAH belaka. Kalangan mereka yang uruskan BR1M ini saya pasti gelak gumbira melihat penerima BR1M bagaikan dipaksa mengemis akan hak mereka.... silap-silap mereka kutuk kita... "Nak diberi salah tak boleh lambat sikit... tak diberi melalak!"... iyerlah dah e-mel tak dilayan... telefon pun tak angkat... LHDN tu macamlah sebelah rumah kita.

  • Anda dan 5 yang lain menyukai ini.
  • Peluit Ralit Mereka sekitar Kajang & Cheras tak payahlah ke LHDN ceriteranya pasti sama... cubalah telefon talian ini jika mahu tahu status anda... BR1M Cawangan Cheras Tel: 03 9207 4200 ext: 35305 @ 35298.

  • Peluit Ralit Saya & abg yang telefon tapi tak berjawab tadi patah balik & pergi ke kaunter satu lagi... okey pun status yang kami inginkan... dapat pengesahan memang semuanya dalam proses... tapi agihannya dah dilanjutkan lagi sampai 17 Mac 2014; Setelah 17 Mac baru ada berita bagaimana nak buat rayuan.

  • Peluit Ralit Encik boleh telefon nombor ini (dah saya simpan) untuk bertanyakan status BR1M encik... maka baliklah beberapa orang yang selorong dengan saya... hanya berbekalkan sekeping kertas; saya perhatikan seorang pangkat sebaya saya terus telefon nombor yang diberikan di muka pintu utama LHDN (dalam pejabat namanya tak sopan)... tak ada orang jawab pun... saya perasan ada sorang anak muda lelaki pangkat adik mungkin bujang... kami bersapa ketika berbaris... dia bilang talian okey sebelah tu... memang ada 3 kaunter untuk bertanya masalah BRIM ini.

  • Peluit Ralit BR1M Cawangan Cheras Tel: 03 9207 4200 ext: 35305 @ 35298

  • Peluit Ralit dia kasi kertas kecil yang memang dah tersedia dalam kotak depan meja.... ini yang tertulis di kertas tersebut...

  • Peluit Ralit Tak ramai yang berbaris; ada sekitar 10 orang sahaja bermasalah BR1M 3.0 ini.... bolehlah saya semak status BR1M... awalnya kata kerani lelaki talian BR1M sibuk tak boleh nak akses...

  • Peluit Ralit Kebetulan anak saya dapat kerja part time di Giant sementara tunggu keputusan SPMnya... maka terpaksa hantar dia buat akaun KWSP dah itu arahan majikannya... LHDN Kajang tu sebelahan saja... secara tak sengaja tergerak hati saya nak ninjau kut tak sesak...

  • Peluit Ralit Cer cuba buat satu sistem yang tak buat rakyat meraban... tak semua niat yang baik menghalalkan cara... jika ianya melukakan hati rakyat takut nanti natijahnya memakan diri... janji-janji-juga tapi belajarlah berjanji setakat termampu.... jangan lebih-lebih.

  • Ijan Adie Qaseh Amni Penipu dah tak ada duit .. tunggu mana duit dia loan tu, tu kasi alasan bagai-bagai sementara duit dapat..

  • Khairul Anuar Ariffin najib janji kangkung jer



17.2.14

Zaid: Tak perlu betulkan yang tak rosak


Dua minggu selepas 'menyokong' bekas bos beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri besar Selangor yang baru, bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim kini bertukar arah.

Dalam tulisan blog beliau yang terbaru, beliau mahu MB sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai peneraju utama kerajaan negeri.

"Selangor masih perlukan Khalid sebagai menteri besarnya. Marilah kita hormati mandat yang diberikan kepada beliau selepas pilihan raya lalu dan biarkan beliau buat kerjanya," kata beliau hari ini.

Zaid memberi amaran bahawa perjuangan untuk politik yang lebih matang dan baik akan tergugat sekiranya mereka yang melakukan kerja dengan baik dipecat atau ditukar hanya untuk melakukan strategi politik yang tidak terbukti dan kurang jelas.

"Jadi kenapa nak tukar MB sekarang yang bukan hanya bekerja dengan mandat rakyat, tetapi telah membuktikan dengan jelas kepimpinan beliau baik untuk negeri.

"Benar Anwar pernah memegang jawatan politik tinggi sebelum ini dan pernah menjadi menteri kewangan. Tetapi ia tidak mengubah kenyataan bahawa tidak perlu betulkan sesuatu yang tidak rosak.

Pada 1 Februari lalu, Zaid menulis dalam laman mikro 'Twitter' "Anwar Ibrahim telah membuat keputusan tepat untuk jadi MB. Harimau mesti berhadapan dengan singa baru selesa rakyat jelata".

Beliau menjelaskan keputusan itu setelah melihat 'trend' pengundi Cina yang mahu menggunakan PRK Kajang 23 Mac depan untuk menghantar mesej lebih positif mengenai keperluan untuk bergerak ke hadapan.

"Mereka (pengundi Cina) mungkin tidak mahu mengundi MCA kerana masih kecewa dengan isu masa lalu dan cara parti yang gagal menangani isu ini sejak sekian lama.

"Saya percaya mesej positif yang pengundi Cina akan hantar bukan untuk memberi undi kepada Anwar," kata beliau.

PRK Kajang: Polis buka lagi kertas siasatan


Polis membuka satu lagi kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) berkaitan berkempen awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini menjadikan sejumlah empat kertas siasatan dibuka berhubung perkara sama kerana individu terbabit tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan kempen.
  
"Yang melanggari APA 2012 dan sebagainya kita akan ambil tindakan dan sememangnya kita telah buka siasatan dan kita akan berunding dengan pihak peguam negara.
  
"Ada kertas siasatan yang sudah lengkap. Setakat ini ada empat kertas siasatan yang telah kita buka dan kita tidak menjurus kepada individu yang sama. Biarlah kita siasat dulu, dah selesai nanti, kita tuduh di mahkamah baru tahu individu terbabit nanti," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen atau daerah terbaik Op Selamat 4/2014 sempena Tahun Baru Cina di KL Sentral di ibu negara hari ini.

Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar dilapor mengesahkan tiga kertas siasatan dibuka terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Seksyen 9(5) akta itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung kempen yang diadakan.
  
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya sedang berunding dengan Peguam Negara untuk memperkemaskan lagi siasatan terhadap kes klip video membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok yang didakwa berbaur fitnah.
  
"Kita akan teruskan siasatan dan saya minta orang yang membuat video ini untuk berhenti, khabarnya dia nak buat dalam versi bahasa Malaysia pula, saya minta cukuplah, orang Malaysia faham walaupun dalam bahasa Cina.
  
"Cukuplah dengan kempen benci-membenci yang menanamkan sifat-sifat kebencian terhadap orang-orang tertentu, apa faedahnya, ia akan meruntuhkan lagi kerukunan masyarakat kita, saya meminta mereka ini teruskan membina negara kita dari buat perkara tidak berfaedah," katanya.
  
Mengulas mengenai insiden di dalam terowong yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Februari lalu, Khalid berkata pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi untuk membantu siasatan.
  
-Bernama

Mahfuz: Sudahlah buli MCA, Umno

 

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar meminta agar Umno tidak terus membuli MCA dan bertanding menentang dua lagi calon Melayu di pilihan raya kecil Kajang 23 Mac depan.

Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz berkata membenarkan MCA bertanding di situ walaupun tahu telah ditolak oleh masyarakat Cina ibarat membuli parti tersebut.

"Semalam, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sendiri minta kepimpinan buat keputusan bertanding.

"Saya nak minta beliau desak kepimpinan Umno untuk benarkan Umno yang bertanding menentang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan (Datuk) Zaid Ibrahim," katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ahmad berkata tindakan BN melengah-lengahkan perkara itu menyukarkan jentera parti pemerintah berkenaan selain tertanya-tanya sama ada BN akan meletakkan calon menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kerusi berkenaan.

"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.

"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz  berkata beliau tiada masalah untuk bekas ahli Majlis Sekretariat Pakatan Rakyat, Zaid bertanding dalam pilihan raya kecil itu atas semangat demokrasi.

"Bagaimanapun PAS akan sepenuhnya bergerak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang," kata Mahfuz yang juga yang pesuruhjaya PAS Kedah.

Sementara itu ADUN Batu Burok PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata beliau bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Terengganu dipanggil bertemu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Jumaat ini.

Beliau berkata MP Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, ADUN Bandar Azan Ismail serta kerabat diraja Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan bersamanya membawa laporan dan dokumen berkenaan isu rasuah dan korupsi di negeri itu.

"Hari Jumaat ini akan saya akan bawa empat isu penyelewengan dan rasuah di negeri iaitu isu pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir serta pembinaan dan perubahan Pasar Payang," kata beliau.

15.2.14

Kerajaan yang CELAKA

M S Ibrahim Al-Malbar

“Itu kitab (Al-Quran) tiada keraguan dalamnya, petunjuk bagi orang2 yang bertakwa” (Al-Baqarah:2)

“Dan jika telah adalah kamu dalam keraguan daripada apa yang telah menurunkan Kami (Al-Quran) atas hamba Kami (Muhammad s.a.w.), maka datangkanlah oleh kamu dengan satu surah yang seumpamanya dan serulah penolong2 kamu daripada selain Allah, jika telah adalah kamu orang2 yang benar” (Al-Baqarah:23)

“Maka jika telah tidak kamu perbuat dan sekali-kali tidak kamu dapat buat, maka takutlah api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu yang disediakan untuk orang2 kafir” (Al-Baqarah:24)

“Macammana kamu kufur dengan Allah dan telah adalah kamu (benda) yang mati, maka telah menghidupkan Ia (akan) kamu, kemudian Ia matikan kamu, kemudian Ia hidupkan kamu, kemudian kepadaNya kamu dikembalikan” (Al-Baqarah:28)

“Maka celakalah orang2 yang menulis kitab dengan tangan2 mereka, kemudian mereka berkata ini daripada sisi Allah, untuk menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), maka celaka bagi mereka daripada apa telah menulis tangan2 mereka dan celaka bagi mereka daripada apa telah mereka perbuat” (Al-Baqarah: 79)

Perintah2 Allah dalam Al-Quran hanya untuk orang2 yang bertakwa dan Al-Quran juga terkandung dalamnya segala2 yang diperlukan oleh manusia dan jin untuk berurus hidup di bumi ini, tetapi jika kita ragu dengan sistem undang2, kehidupan, ekonomi, percukaian dan lain2 maka Allah cabar kita datangkan satu sistem seperti yang Allah ciptakan dan Allah cabar kita supaya ajak pakar2 dalam semua bidang untuk membantu kita jika kita adalah orang yang benar, dan Allah bagi tahu bahawa kita tidak mampu untuk membuat seperti yang telah diperintahkan dalam Al-Quran, maka Allah suruh kita takut kepada api neraka, itu bererti jika kita masih degil untuk kembali kepada sistem yang Allah perintahkan, maka kita setaraf dengan orang2 yang kafir atau Bahasa kasarnya kafir.

Allah tanya lagi macam mana kita boleh kufur, padahal kita ini dulunya tidak wujud kemudian Allah lahirkan kita di dunia ini, ertinya kita tidak dibenarkan membuat sesuatu yang Allah telah sediakan dalam Al-Quran, jika kita buat juga maka kita tergolong dalam golongan kufur atau kafir.

Ayat Al-Baqarah 79, hari ini terdapat undang2 yang disebut jinayah keluarga Islam atau jinayah syariah yang mana undang2 itu dicipta oleh manusia yang diluluskan dalam dewan undangan negeri atau parlimen, kemudian diisytiharkan ianya adalah jinayah syariah atau undang2 Islam, sedangkan ianya tiada kaitan langsung dengan Allah, maka celakalah pemerintah2 yang mencipta undang2 dan sistem kehidupan yang menyalahi perintah Allah.

“…..dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang2 kafir”(Al-Maidah:44)dan Zalim ayat 45 dan Fasik ayat 47.

Semakin jelas bahawa pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah maka mereka itu adalah pemerintah yang kafir kerana engkar perintah Allah, Zalim kerana hukuman ciptaan manusia tiada keadilan kepada pelaku kesalahan dan yang teraniaya dan Fasik kerana ianya adalah suatu dosa yang berlarutan.

“Apakah hukum jahiliyah yang mereka hendak?,dan siapakah lebih baik (hukum) daripada hukum Allah bagi kaum (orang2) yang yakin?” (Al-Maidah:50)

Pemerintah yang tidak ikut hukum Allah adalah pemerintah jahiliyah, siapakah yang memerintah Negara Malaysia ini selama 57 tahun dengan menolak segala sistem Allah? Jawabnya kerajaan umno/BN, maka kerajaan BN adalah pemerintah yang termasuk dalam kategori yang Allah sebut sebagai CELAKA, KAFIR, ZALIM, FASIK DAN JAHILIYAH.

“Maka celakalah bagi orang2 yang solat”, “(iaitu) orang2 yang mereka dari solat mereka lalai” (Al-Maun:4-5)

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Nabi apa itu lalai, maka Nabi bersabda “...melewat-lewatkan solat”

Hanya kerana lewatkan solat pun dikata Celaka (dirikan solat tetapi hanya melewatkan sahaja, ini satu riwayat), apa nak dikatakan kepada pemerintah yang tidak laksanakan sistem yang Allah perintahkan? Pastinya kera,babi,anjing dan binatang ternak yang paling tepat.

13.2.14

Kolaborasi Unik Lady Gaga & Versace


gaga
Rumah fesyen Versace telah melantik penyanyi popular dunia, Lady Gaga untuk mewakili jenama itu bagi koleksi terbaru Musim Bunga/Panas 2014 mereka. 
 
"Lady Gaga mempunyai semua kualiti yang diperlukan dalam koleksi kali ini. Kreatif, bereksperimen dan berani menyahut cabaran," ujar wakil Versace dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan.
 
Dalam pada itu, promosi yang dijalankan untuk koleksi ini, Lady Gaga telah 'diubah' menyerupai Donatella sendiri yang terkenal dengan rambut perangnya. 
 
Menerusi foto yang dirakamkan oleh jurukamera terkenal Mert Alas dan Marcus Piggot, Lady Gaga dilihat berjaya membawa jenama itu ke satu tahap yang lebih membanggakan.

Scarlett Johansson Dinobat Wanita Terseksi Dunia

scarlett
Pelakon filem 'The Avengers', Scarlett Johansson buat kali kedua telah dinobatkan sebagai 'Wanita Terseksi Dunia' oleh majalah Esquire. Sebelum ini, Scarlett pernah menggondol gelaran yang sama pada tahun 2006.
 
Selain menjadi bintang pertama yang mendapat gelaran ini sebanyak dua kali, bintang berusia 28 tahun ini juga bakal menghiasi muka depan majalah tersebut. 
 
Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Johansson telah bertunang dengan bekas wartawan dari Perancis, Romain Dauriac selepas bercerai dengan bekas suaminya Ryan Reynolds pada tahun 2010.

Dhoom 3 Pecah Rekod Industri Filem Bollywood

 
dhoom
Filem Bollywood berprofil tinggi tahun ini, Dhoom 3 berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila hampir keseluruhan tiket untuk tayangan awal telah habis dijual di India. 
 
Filem yang dibintangi oleh Abhisek Bachchan, Aamir Khan dan Katrina Kaif ini ditayangkan serentak di 4000 panggung wayang seluruh India bermula 20 Disember lalu dan kejayaan ini merupakan satu rekod terbesar sepanjang sejarah perfileman Bollywood.
 
Selain itu, penjualan tiket secara online turut mencatat jualan yang sangat memberangsangkan di mana penjualan secara online yang paling cepat pernah berlaku.
 
Berdasarkan sambutan di luar dugaan ini, Dhoom 3 dijangka akan mencatat kutipan tinggi berbanding filem-filem lain di India untuk tahun ini.