Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

30.9.13

Penumpang buka pintu pesawat sebab panas



Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman udara tidak dingin.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini.

Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin.   

Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.

Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu.

"Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata.

Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat.

Sehingga pukul 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu.

- Bernama


  • Adam Sejodoh · Top Commenter
    Kalau kapal terbang tak dak aircond, penumpang boleh mati. Dalam kenderaan pun dah ada kejadian mati terkunci, apa lagi dalam kapal pasti jadi roti panggang. Tapi Indonesia memang selalu perkhidmatannya kepada orang awam amat teruk. Kalau tak percaya, pergilah ke Indonesia, dari kapal terbang ke kapal laut dan ke hotel-hotel memang teruk servisnya. Kalau di Malaysia, hotel yang paling MURAH ada aircond dan tandas. Di Indonesia, kalau penginapan yang murah, jangankan aircond kipas angin pun tidak ada. Tandas pun jauh, kena keluar jalan hampir 100 meter. Kalau melawat Indonesia setakat seminggu, tak cukup mengenali Indonesia.

Aktivis duduk beramai-ramai di lobi parlimen


 
Tindakan kumpulan aktivis yang enggan berganjak dari lobi parlimen sehingga menteri dalam negeri atau timbalannya menerima memorandum mereka akhirnya membuahkan hasil.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar tampil untuk menerima memorandum berkenaan dengan diiringi MP Gombak Azmin Ali.

Wan Junaid bertemu kumpulan itu kurang 30 minit selepas kumpulan tersebut duduk beramai-ramai di kawasan berkenaan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kumpulan aktivis berkenaan atas memorandum yang menentang cadangan pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 itu.

Beliau juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan lanjut dan juga dialog berhubung rang undang-undang tersebut, yang didakwa akan memperkenalkan semula kuasa penahanan tanpa bicara.

Ditanya sekiranya rang undang-undang tersebut akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua esok, Wan Junaidi berkata perkara itu tidak diputuskannya seorang diri.

“Saya belum baca memorandum tersebut,” katanya lagi.

Terdahulu, setiausa parlimen kementerian berkenaan Mohamad Sade Mohamad Amin menyatakan bahawa menteri dan timbalan tidak akan menemui peserta perhimpunan berkenaan.

29.9.13

Menteri: Henti sanjungan pada Chin Peng



Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng harus menyedarkan rakyat akan kezaliman yang pernah dilakukan pemimpin komunis itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata titah Sultan Selangor pada Khamis lepas itu jelas menunjukkan fahaman zalim yang dibawa Chin Peng dengan berazam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara komunis.

Justeru, katanya, sebarang kenyataan melampau dan keterlaluan pihak tertentu yang menyanjung serta mengiktiraf pemimpin komunis itu perlu dihentikan.

"Bagi saya, pihak yang menjadikan Chin Peng sebagai ikon perjuangan menuntut kemerdekaan perlu menyorot sejarah keganasan komunis yang telah membunuh ramai anggota keselamatan dan mengakibatkan ribuan lagi cacat anggota.

"Banyak nyawa orang awam juga terkorban selain banyak wang negara dibazirkan bagi membanteras kegiatan dan keganasan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah di bawah Program Baik Pulih Rumah Veteran 1Malaysia di Papar hari ini.

Hishammuddin berkata tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit mengguris perasaan veteran tentera dan bekas polis, anggota keluarga mereka dan majoriti rakyat Malaysia yang memahami dan menghayati sejarah negara.

Mengenai Program Baik Pulih Rumah Veteran 1Malaysia, Hishammuddin berharap lebih banyak golongan belia melibatkan diri dalam gotong-royong membaik pulih rumah veteran tentera sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Menerusi program itu, yang dilancarkan pada 15 Dis lepas, beliau berkata sebanyak 200 rumah seluruh negara dibina dan dibaik pulih sehingga 25 Sept lepas.

- Bernama



  • Liew Nyin Tet · Top Commenter · Bekerja di Chong Hwa Independent High School, Kuala Lumpur
    Siapa kata komunisme menghalang ahlinya tidak mempercayai Tuhan? Chin Peng disemadikan dengan cara agama Buddha. Tak diawetkan pula mayatnya seperti Lenin, Stalin atau Mao. Ketua Rejimen Ke-10 PKM Abdullah CD rakan seperjuangan yg lain seperti Rashid Maiyidin, Samsiah Fakeh dan banyak lagi tidak pernah pun meninggalkan agama Islam. Masalahnya bukanlah tentang kepercayaan cuma ideologi semata-mata. Di Rusia beratus-ratus gereja dan kataderal Kristian yang berusia ribuan tahun masih kekal dengan sempurna. Berjuta-juta rakyat XinJiang beragama Islam, dan jutaan rakyat Tibet beragama Buddha. Ratusan juta lagi agama Tao, Buddha dan Kristian....Kenapa pula dibiarkan wujud jika saudara menganggap komunisme menolak agama atau Tuhan?

28.9.13

Menteri: Penahanan tanpa bicara sama seperti UK, AS


 
Penahanan tanpa bicara dalam pindaan yang dicadangkan dalam Akta Pencegahan Jenayah adalah sama dengan amalan reman di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang, Nancy Shukri, yang menegaskan demikan berkata ini menunjukkan bahawa negara-negara yang menjadi contoh kepada orang lain, juga melakukan amalan yang sama.

Berucap dalam satu forum di Putrajaya hari ini, Nancy berkata ia adalah untuk memberi masa kepada polis mengumpul bukti sebelum  mendakwah pesalah.

TNB perkenal bil elektrik baru mulai 1 Okt


3:04PM Sep 28 2013  
Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenal bil elektrik berwajah baru kepada pengguna di seluruh Semenanjung dengan penambahbaikan rekabentuk dan maklumat, mulai 1 Oktober.
  
Menurut kenyataan TNB hari ini, langkah itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.
  
Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, keterangan lebih jelas mengenai kiraan bil dan reka bentuk bil yang menepati kehendak pelanggan.
  
"TNB bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk bil baru itu selain mengambil kira pandangan dan perspektif pengguna," menurut syarikat utiliti itu.
  
Bil berwajah baru itu melibatkan 7.8 juta pelanggan daripada kategori pelanggan kuasa biasa iaitu kediaman, perdagangan, perindustrian dan lampu jalan.
  
- Bernama

27.9.13

Penjara 12 tahun cuba bunuh ketua Pemuda Umno Kepong


6:09PM Sep 27 2013
Seorang pembantu jualan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang hari ini selepas didapati bersalah atas cubaan membunuh Ketua Pemuda Umno Kepong Datuk Norizan Ali menggunakan sebilah parang, tahun lepas.
  
Hakim Manira Mohd Nor membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Mohd Haswan Hashim, 23, di akhir kes pembelaan.
  
Beliau memerintahkan Mohd Haswan menjalani hukuman itu bermula hari ini.
  
Manira turut menolak permohonan peguam Muhamad Zarif Othman yang mewakili Mohd Haswan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu.

Dalam penghakimannya, beliau berkata pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata malah wujud percanggahan keterangannya dengan saksi pembelaan.

"Saya telah membuat perbandingan sewajarnya antara keterangan mangsa dengan tertuduh dan saksi pembelaan kedua (Mohd Azril Ab Shukor), dan saya memilih untuk mempercayai mangsa," kata hakim itu.
  
Manira berkata tetakan terhadap mangsa secara bertubi-tubi sebanyak lima kali cukup menunjukkan niat pelaku yang ingin menyebabkan kematian mangsa.

Beliau berkata mahkamah turut mengambil kira faktor kepentingan awam dan keterangan impak saksi.
  
Mohd Haswan dan Mohd Azril, 29, didakwa menyerang Norizan, 41, dengan menggunakan parang di bahagian perut, badan dan tangan sehingga boleh menyebabkan kematian.
  
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan Cahaya 2, Ampang pada pukul 2.30 pagi, 24 Sept 2012, mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
  
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie.
  
Mohd Azril, seorang pengawal kelab sedang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas mengaku salah terhadap pertuduhan sama pada 8 November 2012.
  
Sementara itu, Norizan yang hadir ke mahkamah memberi keterangan impaks mangsa berkata akibat kejadian itu, beliau mengalami gangguan mental dan fizikal sebagai seorang ahli politik.
  
"Saya perlu menanggung kesan kejadian itu, luka di bahagian perut masih dirasai terutama hanya dapat makan dalam kuantiti yang sedikit," kata Norizan.
  
- Bernama

15.9.13

Rampas Tanah Yayasan Selangor Pulau Carey Dan Agih Sesama Kroni?


Langkah merapas bak samseng dilakukan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor ketika merampas tanah di Pulau Carey? Objektif Yayasan Selangor nampaknya semakin dilupakan oleh kepimpinan kerajaan negeri Pakatan termasuk Pengurus besar yang dilantik dengan kuasa eksekutif oleh kerajaan negeri.


Siapa Ilham Marzuki? Apa masalah dia? Mengapa Ronnie Liu dan Eli Wong tidak pernah berhenti merompak tanah-tanah di Selangor? Di sini akan dedahkan pada entri yang akan datang jika berkesempatan. Hari ini kita lihat pendedahan ekslusif Team Media Selangor.
"Selamat datang ke Pulau Carey"

Sebuah pulau yang terkenal dengan kebudayaan masyarakat kaum asli terutama kaum Mah Meri.

Kelapa sawit merupakan industri utama dengan penanaman hampir 3/4 di atas muka bumi pulau ini.

Aman damai dan tenteram dapat digambarkan suasana di pulau yang turut menempatkan Kompleks Kampung Budaya Masyarakat Asli suku kaum Mah Meri, sebuah pusat pelancongan yang baru dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sekitar tahun 2011.

Ketenangan ini walau bagaimana pun tidak akan berkekalan.

Pulau yang turut menempatkan sekitar 3,000 ekar tanah milik Yayasan Selangor ini bakal dirobek ketenangannya.

Yayasan Selangor dikenal-pasti antara 'lubuk' harta yang akan di fara'idh kan sesama pemimpin pakatan di negeri tersebut melalui kroni-kroninya.

3,000 Ekar Tanah Pajakan dirampas semula


Kelmarin, satu laporan polis telah dilakukan oleh Ismail b. Abd Rahman, pengurus ladang kepada dua buah syarikat iaitu AGRO SEGAR SDN BHD dan ALAF GIGIH SDN BHD.

AGRO dan ALAF telah menduduki tanah kepunyaan Yayasan Selangor ini secara sah atas perjanjian pajakan yang termeterai antara kedua-dua syarikat tersebut dengan Yayasan bagi tempoh selama 25 tahun.

Dalam laporan polis yang dibuatnya, Ismail dengan terang lagi jelas menamakan Ilham (Ilham bin Marzuki), pengurus besar Yayasan Selangor sebagai pihak yang telah menceroboh dan seterusnya merampas serta mengusir pihak AGRO dan ALAF dari tanah yang mereka duduki secara sah atas perjanjian pajakan terdahulu.

Perjanjian pajakan tersebut difahami adalah bagi membolehkan AGRO dan ALAF menjalankan perniagaan penanaman kelapa sawit bagi mendapatkan hasil dengan keuntungan dibahagi bersama mengikut terma dan syarat yang dipersetujui.

Rampasan dan kaedah street-thugs oleh Yayasan

Apa yang mengecewakan Ismail, kaedah Ilham Marzuki dan konco-konconya bertindak seperti 'samseng jalanan' yang menghalau sewenang-wenangnya para pekerja AGRO dan ALAF.

Walau atas apa alasan sekali pun, Ismail berpendapat perkara ini haruslah diselesaikan secara profesional dengan mengambil kira kaedah perundangan, mahkamah dan sebagainya.

Mengibaratkan Ilham Marzuki seperti 'samseng' yang mengguna-pakai undang-undang rimba, Ismail merasakan perbuatan yang dilakukan oleh pihak Yayasan Selangor ini adalah satu tindakan kurang ajar dan ia tidak menggambarkan langsung apa yang dilaung-laungkan oleh Menteri Besar YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai profesional, telus dan ikhlas dalam membantu rakyat negeri Selanggor.

"Smelling Rotten Fish & Monkey Business"


Dalam satu siasatan yang  lakukan baru-baru ini, Yayasan Selangor sebenarnya telah melakukan perancangan awal bagi merampas semula tanah-tanah di bawah pegangan mereka termasuklah tanah di Pulau Carey tersebut.

Ini bagi membolehkan kepentingan-kepentingan pihak tertentu mengambil alih dan seterusnya merampok hasil dari apa-apa transaksi yang boleh dilakukan di atas aset-aset bernilai tinggi kepunyaan Yayasan Selangor.

Yayasan Selangor terus menjadi 'lubuk' bagi pihak tertentu di sebalik laporan audit negara yang menegur keras kaedah perbelanjaan mereka baru-baru ini.

 

Adakah menteri besar sendiri terlibat dan yang paling utama, adakah penasihat ekonomi kerajaan negeri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam kegiatan 'merampok' aset-aset berkepentingan Yayasan Selangor ini seperti juga sebidang tanah yang baru-baru ini digembar-gemburkan bakal diberi kepada exco pelancongan dan kebudayaan negeri Selangor iaitu YB Elizabeth Wong?

: Yayasan Selangor sedang dirompak oleh Eli Wong dan Ronnie Liu?

12.9.13

Harga barangan mula naik kesan dari kenaikan harga minyak

Assalamualaikum...

Baru beberapa hari kos harga minyak dinaikkan dan dah keluar pun kenyataan dari para pengusaha yang diorang terpaksa menaikkan harga barang gara2 kos yang semakin meningkat.

Macam yang pernah ak sembang sebelum ni...kesan kenaikan harga minyak akan segera dirasai...dan paling terasa kesannya for sure rakyat biasa2 macam ak ni...owhh sadiss...

Kejap td ak buka online news n dpt info harga hartanah aka rumah akan naik dalam 10% lagi...Ya Allah...alamatnya memang generasi yang baru nak mula merangkak dalam dunia mencari rezeki macam ak ni akan jadi generasi yang tak mampu memiliki rumah sendiri ke ape???

Purata harga rumah kos rendah sekarang palinh bodoh pun rm250k...itu pun susah dah nak jumpa...ak bagi contoh untuk area ipoh tu yang saiz rumah dlm 20×70 mcm tu...3 bilik tido...tp masalahnya skrg...hrge yg ak ckp tu da xhado sangat dah...kebanyakan dah rm300k dan ke atas....bila dah dinaikkan lagi 10% harga x ke gila namanya...

Ak bukan ape laa...perumahan dekat area iskandar johor banyak dijual kat rakyat negara jiran...rumah ak ade 1 kat puteri habour sana n jiran memang org negara seberang...x salah pun diorg nak beli rumah..ak x larang pun tp yg jadi masalah bila harga tu sama mcm dijual pada rakyat sendiri..tak ke hampeh namanya tu...

Ak harap sangat kerajaan ambik inisiatif cecepat untuk mengurangkan beban rakyat ni...jangan setakat nak bagi rm500 or rm1000 setahun utk BR1M aje...bukannya rakyat x tau duit tu nt dicekau balik dengan tax bagai...macam mna pulak dengan gaji para menteri..elaun minyak..elaun rumah..elaun kenduri kendara diorg...xde ptong sikit ke???

Ak ni sebahagian dr ribuan belia yg baru aje abis universiti...masih tercari2 langkah dlm kerjaya malah ramai lg antara kami yg memgangur...kalau perkara mcm ni berterusan...alamat kami ni generasi menyewa di negara sendiri jelah sampai ke mati...

Potpetpotpet : rakyat makin celik...tp syg kerajaan makin membelit

Sumber :

http://www.nizamriadzi.com/

Rakyat bertambah beban bila kos barangan & perkhidmatan turut naik

KUALA LUMPUR 3 SEPTEMBER: Rakyat negara ini terpaksa menghadapi tanggungan yang lebih besar mulai hari ini kesan kenaikan harga diesel dan RON95 oleh pemerintah Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, Pakatan Rakyat telah memberi tawaran cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Malangnya, 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat BN dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen,” katanya dalam kenyataan.

barang

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai kenaikan harga petrol RON95 dan diesel RM0.20 mulai tengah malam tadi.

Sivakumar berkata, kerajaan secara bijak mengurangkan subsidi yang dibayar dan memindahkan kos itu kepada rakyat jelata.

Pengerusi DAP Perak itu berkata, Pakatan telah memberi amaran kepada rakyat supaya membuat pilihan secara was-was dalam PRU 13 lalu.

“Kita telah menjangkakan strategi BN yang akan mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel selepas pilihan raya,” ujarnya.

“Terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh Barisan Nasional untuk kepentingan politiknya,” katanya.
Golongan ini, tambahnya telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis BN lantas membuat pemilihan yang salah dalam PRU 13.

Tambahnya, mereka diberi hadiah yang cukup istimewa oleh BN dengan menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter.

“Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU 13,” sinis Sivakumar.

Harga petrol RON95 naik dari RM1.90 kepada RM2.10 seliter manakala harga diesel pula naik dari RM1.80 kepada RM2.00.

Untuk mendapatkan gambaran yang jelas, Sivakumar berkata, pembelian 50 liter petrol RON 95 atau diesel akan menambahkan beban sebanyak RM10.

Sebagai contoh, katanya sebelum kenaikan harga, jumlah yang perlu dibayar untuk 50 liter petrol RON 95 ialah RM95.

Beliau menambah, setelah kerajaan mengurangkan subsidi RM0.20, harga baru yang perlu dibayar untuk kuantiti yang sama ialah RM105 iaitu tambahan sebanyak RM10.

Pada masa ini, ujarnya kerajaan memberi subsidi harga minyak sebanyak RM24.8 bilion setahun.

“Untuk mengurangkan tanggungan ini, kerajaan cuba memindahkan beban ini kepada rakyat jelata.

“Selepas kenaikan harga ini, rakyat terpaksa menanggung lebih kurang RM1.1 bilion setiap tahun,” katanya lagi.

Katanya, ini adalah kesan langsung yang terpaksa dipikul oleh rakyat serta merta.

“Apa yang lebih membebankan rakyat ialah kesan tidak langsung iaitu rantaian yang timbul akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini,” ujarnya lagi.

Katanya, kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini sudah pasti akan mewujudkan kejutan ekonomi.

Tambahnya, kos barangan dan perkhidmatan akan bertambah yang akan menaikan harga semua barangan yang bergantung secara langsung dan tidak langsung kepada bahan api terutamanya petrol dan diesel.
Justeru, katanya kenaikan harga petrol dan diesel akan mengakibatkan inflasi yang tidak boleh dikawal dengan mudah.

“Apabila harga barang-barang lain meningkat, maka beban atau kos hidup akan bertambah juga.

“Inflasi seperti ini akan menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana tidak ada perubahan dalam pendapatan yang diterima,” kata Sivakumar.