Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

9.1.14

Jangkitan Cacing Dalam Tubuh Kita



Jangkitan cacing ini kalau tidak dirawat, ia boleh menyebabkan anda kekurangan darah. Sebabnya, cacing akan menghisap darah dalam usus. Lebih teruk lagi, cacing kerawit menjadi penyebab tertinggi terhadap kes kekurangan darah ni berbanding jenis cacing lain.
Kesannya, masalah kurang darah ni akan menganggu tumbesaran dan pembelajaran anak-anak. Kalau dah sampai tahap yang agak serius, ia boleh menyebabkan kegagalan jantung tu. Telur cacing masuk ke tubuh menerusi tangan, makanan kotor. Protozoa dan cacing adalah dua punca utama penyakit manusia di kebanyakan negara tropika. Ia bukan saja menjejaskan kesihatan berbilion orang malah membunuh jutaan yang lain setiap tahun. Jangkitan cacing misalnya, boleh berlaku pada semua kumpulan usia masyarakat. Bagaimanap un, ia lebih kerap terjadi pada kanak-kanak. Pada 2006, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jangkitan cacing di seluruh dunia melebihi 1.5 bilion.


Komplikasi Masalah Cacing

Masalah cacing yang tidak dirawat menyebabkan pelbagai komplikasi, antaranya masalah kekurangan darah kerana cacing boleh menghisap darah dalam usus.
Cacing kerawit sebagai contoh, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus. Masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Masalah jangkitan cacing bagaimanapun, tidak terhad pada sejenis cacing saja. Jangkitan cacing lain yang kerap berlaku adalah cacing gelang dan cemeti.

Menurut WHO, jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah jangkitan yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilion jangkitan, cacing cemeti (triciuris trichiura) pula 795 juta jangkitan manakala cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum) 740 juta jangkitan.

Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak yang kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cergas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran.
Kalau dilihat kajian tempatan yang dilakukan pada masyarakat luar bandar pula, ada antara 40 hingga 60 peratus kanak-kanak dijangkiti cacing. Jangkitan cacing gelang adalah jangkitan yang paling kerap berlaku (50%), diikuti cacing cemeti (40%) dan 10% lagi jangkitan disebabkan cacing kerawit.

Semua Peringkat Usia
Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara 6 hingga 7 tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan WHO pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.


Cacing dan Jangkitan Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.

Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan.
Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.
Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.
Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.

Komplikasi Jangkitan Cacing Cacing gelang
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A  kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.

Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.

Cacing cemeti
Masalah usus tersumbat menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan ‘prolaps rectum‘ atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.

Cacing kerawit
Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

8.1.14

Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?


Tokoh wartawan A Kadir Jasin mempertahankan siri kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya boros, cemerkap menguruskan kewangan dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat.

Ini kerana, menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu, masih banyak masalah membimbangkan dalam pentadbiran Najib, selain kesan negatif rasionalisasi terhadap ekonomi.


“Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

“Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?” sindir Kadir.

Menulis di blognya semalam, Kadir juga membangkitkan langkah Najib dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara dan kemudian “menjanjikan khabar buruk” kepada rakyat dengan memansuh dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Dalam tulisan panjang itu, Kadir juga membangkitkan soal kemerosotan nilai ringgit, masalah defisit belanjawan, hutang negara yang makin meruncing serta penjualan aset bagi mengatasi masalah kewangan negara.

“Ini bukan cerita khayalan rekaan saya. Bukan fitnah. Ini adalah kata Bank Dunia yang kita menjadi anggotanya,” katanya lagi.

 Nusantara Raya · Top Commenter · Liverpool


Itu pasal sampai hari ini orang ramai tak Q panjang tuntut/semak BR1M RM650.00 sebab orang marah.. janji RM1200.00 sebelum PRU 13. Jika di tipu oleh ahli silap mata kita masih boleh terima kerana kita mahu menontonnya tapi Najib kita tak mahu tonton !! kemudian tipu pulak !!!

Tiga anggota polis antara diberkas dalam kes samun

Tiga anggota polis adalah antara lima yang ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes samun di sebuah rumah di Taman Impian dekat Kuantan malam tadi.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, anggota tersebut bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri.
  
Beliau berkata kelima-lima suspek yang berusia antara 19 hingga 37 tahun itu kini direman dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
  
"Suspek telah mendatangi rumah mangsa kira-kira jam 10 malam ketika dia yang berusia 28 tahun dan empat yang lain sedang menonton televisyen.
  
"Tiga daripada suspek memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang kemudiannya bertindak menggeledah rumah mangsa dan dilaporkan turut membelasah mangsa.
  
"Suspek kemudiannya melarikan sebuah komputer riba dan dua buah jam tangan," katanya.
  
Mohd Zakaria berkata mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan tidak lama selepas itu kesemua suspek berjaya diberkas di kawasan berhampiran rumah mangsa.
  
Beliau berkata polis menemui semula barangan yang dilarikan itu.
  
Pihak polis turut menyiasat sama ada mereka juga terbabit dalam kes samun lain di sekitar Kuantan, katanya.
  
- Bernama

K'jaan negeri tolak iktiraf 'sultan Melaka'

Kerajaan Negeri Melaka hari ini menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka', kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
  
Sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu, beliau berkata tuntutan Raja Noor Jan Shah mencabar Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan Melaka satu daripada negeri ditadbir dan diurus wakil Persekutuan selaku ketua negeri iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka akan meneliti perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan dakwaan mengelirukan terhadap status kesultanan negeri itu.  
  
"Tuntutan sebegini dibuat semasa Melaka menjadi antara negeri termaju di Malaysia... ini tidak lain cubaan mengambil kesempatan terhadap kemakmuran dan keharmonian Melaka," katanya dalam sidang berita di Seri Negeri hari ini.
  
Baru-baru ini, Idris menerima surat daripada Raja Noor Jan Shah yang mahu perbincangan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka' kerana mendakaw beliau telah mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
  
Idris turut kesal dengan tindakan Raja Noor Jan Shah yang cuba mengelirukan rakyat Melaka dan meminta semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya percaya dengan dakwaan tidak berasas melibatkan sejarah kesultanan di Melaka.
  
"Saya juga memohon pihak media supaya melaporkan isu sebegini dengan penuh hati-hati dan bertanggungjawab supaya rakyat tidak terkeliru dengan dakwaan seperti ini," katanya.
  
Menurutnya Melaka hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran yang diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.
  
"Kita tidak mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan oleh pihak lain. Dalam isu Lembaga Adat Naning memberikan pingat baru-baru ini, kita mengiktiraf lembaga itu hanya sebagai sebuah kumpulan adat sahaja, kita tidak iktiraf mereka memberikan pingat-pingat sedemikian," katanya.
  
Selain Lembaga Adat Naning, kerajaan negeri turut menerima laporan adanya individu dikenali sebagai 'Bonda Ratu Kerajaan Melayu Melaka' memberikan pingat kebesaran di negeri ini.
  
"Mereka yang menerima pingat daripada pihak ini, kita akan pastikan tidak akan menerima pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka... yang telah menerima (pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka) kita akan lihat kemungkinan untuk tarik balik (pingat itu)," katanya.
  
- Bernama
Fauzi Othman · Top Commenter · Maktab Perguruan Lembah Pantai (MPJRM)
BOLEH di pertimbangkan...
Melaka negeri yang tersohor sejarah kerajaanya.
tapi sekarang tiada bersultan...
sungguh malang anak cucu parameswara...

7.1.14

Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat

MAPIM berpendapat sangat penting para ulama berperanan menjernihkan keadaan ketika umat menghadapi kemusykilan menghadapi isu kenaikan kos sara hidup dan pelbagai kemelut hidup akibat kepincangan urustadbir pemerintah.

Di kala umat sangat mengharapkan kefahaman dan keprihatinan dari pemerintah dan bila umat hilang arah untuk menyalurkan aduan agar masalah mereka didengari, ulama adalah tempat umat mengharap dan mengadu.

Rakyat mengharapkan ulama menegur umara supaya tidak terus mengenepikan keresahan rakyat.

Untuk mendakwa penyaluran maklumat mengenai isu kos sara hidup kepada perdana menteri tidak diusahakan adalah tidak tepat.

Suara rakyat, termasuk ahli akademik dan pemimpin politik dalam dan luar kerajaan yang dikumpul dan disiar dalam media sepatutnya sudah cukup untuk perdana menteri memberi respon yang wajar terhadap keresahan rakyat.

Tidak timbul isu mahu menggulingkan kerajaan kerana rakyat hanya menuntut agar kos sara hidupkan diturunkan.

Sudah banyak pengajaran dari negara-negara di seluruh dunia bila rakyat bangkit kerana pemerintah tidak telus dalam membuat keputusan dan akhirnya menambah beban rakyat .

Lagi pun perkataan mengguling kerajaan telahpun dinafikan oleh pihak yang penganjur perhimpunan dan siasatan telahpun dijalankan oleh pihak polis.

Ternyata yang menjadi arahan polis ialah perhimpunan haram tidak boleh diadakan bukan soal hendak menggulingkan kerajaan.

'Persepsi perlu dibuktikan'

Jika tuduhan niat asal untuk menggulingkan kerajaan masih diungkit maka ia hanya persepsi yang perlu dibuktikan.

Perhimpunan Turun yang diadakan oleh pihak penganjur jelas bermakna mendesakkan pihak kerajaan menurunkan kos sara hidup bukan menggulingkan kerajaan.

Pilihan menubuh atau menukar kerajaan melalui pendekatan demokrasi masih menjadi pilihan rakyat.

Rakyat sudah biasa dengan terlibat beramai-ramai dalam perhimpunan yang tidak dibenar oleh pihak keselamatan namun tidak berlaku usaha penggulingan kerajaan seperti yang diuar-uarkan.

Kerap ditegaskan bahawa perhimpunan yang hendak diadakan adalah perhimpunan aman.

Namun jika ada pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk melakukan provokasi ganas dengan bertindak liar atau membawa senjata maka ia harus disiasat dan bukan terus didakwa ia bukti pihak penganjur mahu melakukan kekerasan.

Oleh yang demikian adalah tidak wajar ulama bersikap simplistik dengan membuat rumusan dari maklumat yang tidak tepat dengan hanya bersandar kepada media lalu mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan umat dan menegangkan suasana.

Kami sangat mengharapkan ulama dan pemimpin politik menyantuni resah rakyat agar penyelesaian yang lebih bermakna dapat dicapai dan supaya mengelakkan emosi saling mencabar dan menuding  berterusan.

MOHD AZMI ABDUL HAMID adalah presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

TPM: Sasterawan bukan bersama pembangkang

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini menegaskan bahawa golongan sasterawan sentiasa bersama kerajaan, dan tidak pernah bersama pembangkang dalam membangunkan negara Malaysia.

Tegasnya, beliau yakin golongan tersebut mampu meyakinkan rakyat untuk bekerjasama secara intim dengan kerajaan dalam menjayakan misi nasional negara.

"Keterikatan dan kerjasama erat sasterawan dan kerajaan dalam merealisasikan misi nasional negara adalah kemuncak usaha kita untuk membina tamadun bangsa.

"Sekiranya ada pihak yang mendakwa golongan sasterawan berada di haluan sana, manakala pemimpin negara berada di haluan sini, ia adalah dakwaan yang tidak benar," katanya dipercayai memaksudkan "haluan sana" sebagai pembangkang, dan "haluan sini" sebagai kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu majlis penyampaian hadiah Sayembara Penulisan Cerpen-Puisi dan Novel ITBM-PENA-BH di kediaman rasmi beliau, Seri Satria, Putrajaya.

Dalam majlis sama, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan tambahan RM5 juta kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bagi penerbitan buku terutamanya karya penulis muda.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau berpuas hati dengan ITBM yang berjaya mencapai sasaran penerbitan 240 judul dalam tahun 2012 sehingga 2013 dengan menggunakan peruntukan RM5 juta yang diumumkan perdana menteri sebelum ini.

"Pada tahun 2011, YAB Perdana Menteri meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada ITBM untuk menerbitkan karya asli penulis tempatan. Jadi bolehlah ditokok RM5juta lagi," katanya.

Beliau kemudian menyampaikan hadiah kepada 30 pemenang sayembara bagi kategori novel, cerpen dan puisi dengan hadiah tertinggi berupa wang tunai RM15,000 dan jumlah hadiah keseluruhan RM129,000.

Turut hadir pada majlis itu adalah Sasterawan Negara, Profesor Dr Muhammad Haji Salleh, pemenang SEA Write Awards 2011, penulis S M Zakir, serta aktivis sastera Khalid Salleh.

Khalid turut mendeklamasikan sajak 'Kalau Aku Jadi PM' pada majlis itu.

6.1.14

PM minta penjawat awam tenang hadapi isu sensitif

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa penjawat awam mengambil sikap bertenang dalam menghadapi isu melibatkan perbezaan di antara kumpulan masyarakat.

Dalam ucapannya di perhimpunan bersama warga Jabatan Perdana Menteri pagi ini, Najib berkata isu berkenaan tidak boleh dibiarkan menjadi ancaman kepada keharmonian di negara ini.

“Apabila saya bertemu pemimpin dunia, mereka rasa bangga dengan kita dan bertanya bagaimana Malaysia boleh mengekalkan situasi aman walau dengan perbezaan yang kompleks.

“Maka apabila ada isu timbul, kita mesti menanganinya bukan dengan perasaan atau emosi tetapi dengan kematangan dan ketenangan berdasarkan undang-undang dan dialog,” katanya di Dataran Perdana di kementeriannya itu. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib sebagai berkata, setiap isu yang berbangkit dari semasa ke semasa perlu ditangani dengan berdasarkan penyelesaian berasaskan peraturan
undang-undang dan dialog dengan semua pihak.

Najib berkata apabila semua pihak dapat duduk semeja, ia dapat mengurangkan sebarang ketegangan yang timbul daripada apa jua isu yang berbangkit.

Dalam ucapan pada perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri tahun ini, Najib turut menyentuh soal kesungguhan negara untuk melaksanakan agenda yang digariskan dalam Dasar Transformasi Negara.

Beliau berkata ramai yang melihat tahun 2014 sebagai tahun yang cukup mencabar yang menuntut banyak negara melakukan perubahan terhadap struktur dasar ekonomi masing-masing.

"Pada hemat saya, mana-mana negara yang sanggup melakukan reforms kepada ekonomi dari segi struktur, dasar yang lebih tepat yang dikemas kini dari semasa ke semasa, maka negara itulah yang akan dapat melihat pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan," katanya, seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Najib berkata sebab itulah Dasar Transformasi Negara akan terus diusahakan dengan gigih tahun ini untuk mencapai matlamat status negara maju memandangkan tempoh untuk mencapai matlamat itu semakin pendek.

Tiada negara subsidi RM42b

Bagaimanapun menurutnya apa jua dasar yang dilaksanakan, negara tidak pernah mengenepikan soal kesejahteraan rakyat.

"... umpamanya rasionalisasi subsidi, ia bukan bermakna kita hapus subsidi secara mengejut. Tidak ada negara dalam dunia di mana peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion, manakala subsidi dan insentif berjumlah RM42 bilion," Najib dipetik sebagai berkata.

"Kadar ini dalam satu segi mencerminkan kerajaan memang prihatin kepada beban rakyat, tapi keadaan seperti ini tidak boleh kita teruskan sebab ia tidak sustainable.

“Cuma cara kita kurangkan subsidi ini, mesti dilaksanakan secara berperingkat, mana yang boleh kita lakukan bagi menolong pelbagai golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah, kita mesti lakukan," katanya.

Akujanji PRU tak dilupakan

Najib berkata beliau yakin sekiranya ekonomi bertambah kukuh dan hasil negara bertambah mantap, maka projek-projek pembangunan boleh ditambah, dan segala kemudahan serta kebajikan pelbagai golongan, termasuk penjawat awam, boleh dipertimbangkan dari semasa ke semasa.

"Tapi ini semua mesti berasaskan kepada ekonomi yang semakin kukuh dan semakin mantap. Ini yang saya nak jelaskan," katanya.

Najib berkata aku janji semasa pilihan raya juga tidak pernah dilupakan, termasuk hasrat menentukan peningkatan kesejahteraan rakyat, ekonomi negara yang tumbuh pada kadar lima peratus atau lebih, pembaharuan ekonomi yang bersifat strategik dan pembangunan modal insan, yang merupakan satu daripada faktor penting dalam usaha mencapai status negara maju.

Borud Lumoh · Top Commenter · Unitoboh piras
Sudah muak dengan saranan dan janji semuanya hanya gula-gula, elaun perumahan golongan Pelaksana RM 180 sebulan tidak cukup bayar sewa Bilik, APA KATA Najib?

4.1.14

Perdamaian

 

"Wahai orang2 beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantahan dalam suatu apa pun,maka hendaklah kamu mengembalikan kepada Allah dan RasulNya, jika kamu benar2 beriman kepada Allah dan hari Akhirat" (An-Nisa:59)

Ustaz Abdul Kadir Audah dalam kitabnya `Al-Mal Wal Hukmu Fil Islam' menyatakan "...dan untuk merujukkan soal yang diperbantahkan itu kepada Allah tentu sekali memerlukan pihak pemerintah itu sentiasa patuh dan tegas melaksanakan hukum dan perintah Allah, demikian juga sikap memberi hak kepada rakyat untuk membantah pemerintah dan mendesak supaya dirujukkan perkara yang diperselisihkan kepada Allah,memerlukan pemerintah itu terikat dengan perintah dan hukum Allah dan tidak mengizinkan mereka menyelewing dari hukum yang diturunkan oleh Allah".

Maknanya ketaatan kepada pemerintah bukan mutlak,sebab itu kepada pemerintah Allah tidak letak perkataan ``ati' sebaliknya hanya `wau' (dan) sahaja. Kerajaan BN tidak termasuk dalam perintah Allah di atas kerana BN tidak melaksanakan hukum2 Allah. Jika hendak juga diadakan muzakarah atau debat maka rujukkannya mestilah Al-Quran dan Sunnah dan mesti diadakan secara terbuka. Jika umno tidak mahu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah maka ianya sekadar mengesahkan bahawa umno tidak termasuk dalam golongan orang2 beriman dan umno itu sendiri adalah terkeluar dari Islam.

"Dan jika dua puak dari orang2 yang beriman berperang, maka damaikanlah diantara keduanya, maka jika melampaui batas salah satu golongan dari keduanya atas yang lain, maka lawanlah puak yang melampaui batas itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang berlaku adil" (Al-Hujurat:9)

Melampaui batas membawa maksud `zalim' iaitu tidak melaksanakan hukum2 Allah jika ianya pemerintah itu maksud pertama dan yang kedua salah satu puak menzalimi puak satu lagi. Di negara kita yang berselisih ialah antara PAS dan umno sejak dulu lagi, maka pihak yang ketiga (pendamai) mesti mencari punca perselisihan PAS dan umno dan juga melihat secara adil siapa yang menzalimi siapa. PAS dasarnya Islam yang bercita-cita untuk menegakkan sebuah negara yang berjalan dalamnya sistem2 Islam dan PAS sentiasa dizalimi oleh umno antaranya:- Menukarkan kakitangan awam yang aktif dalam PAS, menafikan royalti minyak bila Terengganu ditadbir oleh PAS,menafikan royalti minyak kepada Kelantan,menahan aktivis PAS dibawah ISA,tidak membenarkan PAS keluarkan akhbar harian,tidak membenarkan PAS muncul di kaca TV (RTM), RTM itu berfungsi dari wang pembayar cukai (wang rakyat termasuk PAS), melaksanakan pilihanraya secara tidak bersih dan telus dan banyak lagi, tetapi kezaliman yang maha besar ialah bila umno tolak Islam dengan tidak melaksanakan hukum2 Allah dan menghina hukum Allah.

Punca pergaduhan antara PAS dan umno ialah kerana umno tolak Islam dan menzalimi ahli2 PAS, maka perkara ini mestilah diselesaikan dahulu termasuk tuntutan Bersih, jika umno enggan maka umno wajib DILAWAN itu perintah Allah sehingga umno tolak sekular dan kembali kepada Islam, tidak menzalimi ahli2 PAS dan tunaikan 8 tuntutan Bersih yang tuntutan itu tidak bercanggah dengan syarak.

Jika tidak....,umat Islam di negara ini wajib lawan umno!!!, samada umno kembali kepada Islam atau umno.......?!!??!

(Hujurat ayat 9 sila rujuk Tafsir Al-Azhar)

Harusani putar belit ayat 9 surah Hujurat, jika dia nak jadi pendamai maka dia mesti cari punca rakyat marah kepada kerajaan dan selesaikan dulu punca itu, selepas itu tegah umno/BN yang menzalimi rakyat terutama ahli dan penyokong PR, selepas itu Harusani mesti pastikan umno/BN kembali kepada ayat Allah (Quran dan Sunnah) selepas itu barulah boleh didamaikan antara rakyat dan BN. Jika dalam konteks hukum pastikan umno/BN kembali kepada Islam yang sebenar, bila umno/BN dah laksanakan kehendak Allah dan Rasul dalam memerintah negara, maka ketika itu barulah Harusani ajak PAS berdamai dengan umno/BN. Harusani jangan mike jadi BABI DAGING umno dan jangan mike umpama ANJING YANG MENJELIRKAN LIDAHNYA.

1.1.14

DOA BURUK



Dalam sahih Muslim diriwayatkan kisah seorang lelaki yang makan dengan tangan kiri di sisi Nabi s.a.w., bila Nabi s.a.w. mengarahkannya makan dengan tangan kanan, lelaki tersebut menyatakan tidak mampu makan dengan tangan kanan (kerana sombong) lalu Nabi s.a.w. bersabda "kalau begitu kamu tidak akan mampu (makan dengan tangan kanan)" setelah Nabi s.a.w. bersabda demikian, lelaki tersebut tidak lagi boleh mengangkat tangan kanan ke mulutnya" (sahih Muslim).

Ibnu Hajar dalam Fathul Bari mengatakan hadis ini menunjukkan keharusan mendoakan keburukan ke atas orang yang melanggar hukum syarak (Fathul Bari- Ibnu Hajar).

Bersumber dari Khuffaf bin Ima' Al-Ghiffari dia berkata; Rasullah s.a.w. berdoa dalam suatu solat "Ya Allah, laknatilah Bani Lahyan, Bani Ri'la dan Bani Dzakawan serta Bani Ushayyah, kerana mereka telah berbuat durhaka kepada Allah dan RasulNya......." (Sahih Muslim).

Dari Abu Hurairah sesungguhnya dia pernah mendengar Rasullah s.a.w. bersabda "Ya Allah, setiap hamba mukmin yang aku caci-maki, maka jadikanlah hal itu sebagai suatu pendekatan yang boleh mendekatkan kepada Mu pada hari kiamat nanti" (Sahih Muslim).

Nabi s.a.w. pernah memarahi seorang lelaki (sahabat) dengan ungkapan "celaka" (Fiqh Sunnah jil.5/215) dan pernah memarahi dengan ungkapan "kera" (Tafsir Al-Azhar Juz 21/290, Fiqh Sirah oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali jil 2/572).

umno/BN memerintah negara 55 tahun dengan tolak Islam dan menghina hukum Allah dan Sunnah Nabi s.a.w., maka umno/BN wajar didoakan supaya dilaknat Allah dan dibinasakan seperti mana Allah binasakan firaun, namrud dan qarun.

CELAKA UMNO/BN, LAKNATULLAH UMNO/BN.......