Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.4.08

Noritta ooo Noritta

Selain Ilahi yang tahu segala tentang misteri pembunuhan Noritta ini, tentunya arwah Noritta sendiri. Pembunuhan yang tanpa saksi kukuh, jika ada pun berselindung dengan perundangan yang tidak telus memang memeningkan kita.

Kes yang dah melarat berlarutan terlalu lama kini mahu dibuat rayuan kembali pasti tambah rumit. Apatah lagi ada mereka yang terlibat dalam penyiasatan tidak jujur & amanah. Bahan bukti pun telah ada dimusnahkan. Memang Geladangan.

Seperti pengakuan Hanif Basree; dia pernah berzina dengan Noritta pun Pej. Agama kita tidak bertindak. Bertindak pun apakah hukuman itu adil & mengikut hudud agama Islam.

Memang kita ini duduk di negara Islam yang serba serbi bagaikan mempermainkan perundangan Islam. Bab hukuman zina ini terutamanya. Kita denda si penzina memang tidak memberi kesan. Maka itu memang namanya saja kita ini muslim, ramai sangat tak takut berzina. Semua tahu bagi mereka yang telah berumah tangga hukumannya rejam sampai mati. Berapa ramai@banyak bangkai bernyawa di dunia ini, penzina yang sekadar didenda; Yes! sebab kita perlekehkan perundangan Islam.

Perlulah diingat janji Allah SWT itu memang tepat, pembalasan penzina itu memang terusan terlaksana dalam tanpa kesedaran kita. Di dunia Allah SWT telah menjanjikan perbagai pembalasan penzina. Di akhirat apatah lagi. Sila rujuk ini dalam ajaran Islam agama kita.

Yang paling kita takut sekarang ini, jika negara kita terusan tidak telus dalam perundangannya; Bala akan menimpa kita. Bala itu buat semua tak kira kita ini ummah bagaimana. Bala tsunami yang melanda Acheh umpamanya memang banyak berkait dengan zina. Ini pengakuan dari sahabat saya yang ramai di sana. Malahan kawan saya sendiri menceritakan; jenazah perempuan yang jadi mangsa tsunami kebanyakkan kemaluan mereka tersumbat kayu & bahan tajam yang lain.

Jangan risaulah jika memang kita ini orang beriman & ingin tahu sangat siapa dia manusia misteri yang berlindung di sebalik perundangan kita yang boleh dibeli ini. Tunggulah di Hari Pembalasan. Yang penting kita jadi manusia baik, jangan pula nanti keaiban kita pula jadi bahan tontonan orang beriman. Nazak.

Kita yang lupa mati sahaja yang selalu suka berselindung. Baling batu sorok tangan. Buat dosa mengaku baik. Pura-pura alim kucing. Tak sedar diri, ego, tamak, salah guna kuasa, kaya tak sedar diri & perbagai lagi perangai buruk kita miliki; langsung tak mahu muhasabah diri. Maka itu memang penat... saban hari ada saja perkara karut marut, bunuh rogol, ragut rompak; culik, dadah, tak tertahan hati melihatnya.

Oleh itu terlalu banyak yang kita kena perbetulkan negara ini; yang agama rasminya memang Islam. Daripada Rakyat ke pemimpin, alim ulamak, puak kiri kanan, semua bangsa, memang kena didekatkan dengan Islam. Diperbaiki akhlak kita dengan Islam. Memang tiada cara lain.

Jika kita mengkaji ajaran agama kita pun jelas; satu ketika nanti semua agama di dunia ini akan sedar, yang Islam itulah satu-satu agama yang betul & terakhirnya buat ummat manusia; setelah turun Nabi Isa AS ke bumi menyatakan hak Islam sebenar. Kenapa kita tidak sedarkan penganut agama lain tentang kesahihan ini?. Mana Dakwah kita, apa taraf khalifahnya kita ini.

Bayangkan memang Islam memberikan kebebasan beragama kepada ummatnya. Tapi apa jadinya negara ini. Contoh terdekat patung gah di Batu Cave. Kalau ke Perak Bagan Datuk semua tahu apa bangunan ibadah banyak di sana. Apa jadi Pulau Ketam. Apa jadi Pulaunya Pinang, Sabah dengan agamanya kita tahu. Kalau ke Serdang Selangor, bayangkan dua kuil gah indah dibangunkan bersebelahan dengan masjid kita beribadah. Loceng kuil & azan bergandingan. Isk!.

Terlalu banyak yang kena kita betulkan. Takutnya anak cucu kita mudah amat di murtadkan lantaran terlampau bebasnya kita memberi hak beragama. Ini memang terjadi. Bila kita nak sedar!. Noritta ini memang hanya kes dalam selimut bagi kita. Prasarana dan persekitaran sekeliling yang mencorakkan segala; ianya terlalu banyak kena diperbetulkan.

Peluit : Imbasan dari dai Forum ini Sila Klik


Re: Noritta ooo Noritta (Score: 1)by mey70 on Friday, April 04 @ 21:57:47 MYT

apa pun yang dah pergi tu biarlah pergi....bagi aku, aku hormati ibu bapa Noritta ni yang suatu masa dulu adalah kawan baik aku semasa sama-sama bertugas di Jeli (masa tu Noritta masih bersekolah) dan aku amat terkilan sekali kerana tidak dapat berjumpa lagi dengan abang 'Sam' yang kini ku diberitahu telah kembali ke rahmatullah, mungkin juga beliau derita oleh insiden ini, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.....amin

Re: Noritta ooo Noritta (Score: 1)by musamusang (musa@yahoo.com) on Friday, April 04 @ 22:56:55 MYT(User Info Send a Message)

Aku pun turut bersedih dengan kisah norita. Lebih sayu lagi apabila mendapat tahu yang bapanya sudah meninggal dunia kerana kami sama-sama menuntut di UPM Serdang pada awal tahun 70an. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.....amin[ Reply to This Parent ]

Tak siapa inginkan zuriatnya menjadi cacian. (Score: 1)by peluit (peluit@yahoo.com) on Friday, April 04 @ 23:13:00 MYT(User Info Send a Message) http://rangbulan.blogspot.com

Tak dinafikan dalam adik beradik kita pun ada yang salah bawaan, biarpun dalam asuhan sebumbung ibu bapa kita.

Apa yang terjadi kepada abg "sham" tentunya amat pahit. Terkadang memang persekitaran yang menjadi punca segala; seperti kalangan penagih dadah. Rakan terkadang yang menghasut. Tak semestinya salah asuhan.Begitu juga perempuan, lelaki yang sepatutnya menjaga maruah perempuan sering menjadikan bagai harapkan pagar... pagar makan padi.

Bukan sedikit gadis yang baik-baik terjebak diperangkap buaya darat. Di mata masyarakat tentunya arwah Noritta perempuan murahan tetapi apa pula pandangan masyarakat kepada lelaki yang mengambil kesempatan terhadap wanita yang lemah asal kejadiannya; semua tahu 9 nafsunya & 1 pertimbangannya@akalnya.

1 nafsu lelaki pun terkadang tidak dapat mengawalnya biarpun akal lelaki itu 9, apatah 9 nafsu perempuan yang tentunya payah diladeni; boleh & mudah dipermainkan lelaki geladangan.

Maka itu seharusnya pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes pembunuhan sebegini. Tak kiralah yang mahu dibela itu siapa. Yang pasti di dalam Islam jika darah pertaruhannya mestilah darah juga pembalasannya. Jika tidak bagaimana roh si mati akan aman. Apatah lagi roh Noritta yang terpalit dengan noda.

Kes Nurin tentunya dia aman di sana. Sebab Nurin anak kecil yang terinanya. Tapi Kes Noritta memang bebanannya amat gurur & perit buat dia mungkin... buat warisnya tentunya.

3.4.08

Abdullah minta Guan Eng hati-hati buat kenyataan

ABDULLAH Ahmad Badawi menyambut Lim Guan Eng yang mengunjungi beliau di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 3 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana pemimpin DAP itu kini adalah ketua sebuah kerajaan negeri.

“Beliau tak seharusnya cuba meraih populariti,” kata Perdana Menteri kepada Bernama selepas pertemuan selama 30 minit dengan Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP di pejabatnya di sini.

Abdullah berkata: “Saya memberitahu beliau yang kita sedang mengawasi dengan teliti apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Saya nasihatkan beliau bahawa beliau kini menerajui sebuah kerajaan negeri dan beliau seharusnya berhati-hati ketika membuat kenyataan.”

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng baru-baru ini mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perdana Menteri berkata, Guan Eng tidak sepatutnya membuat kenyataan tidak berasas yang mengaitkan dasar itu dengan rasuah.

Abdullah berkata, beliau tidak dapat menerima kenyataan liar seperti itu kerana ia boleh mencetuskan kemarahan dan salah faham yang sukar dibendung.

Mengenai sistem tender terbuka yang dicadangkan oleh Guan Eng, Abdullah berkata, ia mungkin tidak adil kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Perdana Menteri berkata, proses tender hendaklah saksama.

Guan Eng pula memberitahu pemberita selepas pertemuan itu bahawa Kerajaan Pusat memberi jaminan semua projek utama di Pulau Pinang, termasuk jambatan kedua akan berjalan mengikut jadual.

“Semua pihak yang terlibat berharap jambatan itu akan siap mengikut jadual pada 1 Jan 2011,” katanya.

Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan projek itu tidak menghadapi sebarang masalah.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Pusat tidak akan membiayai pembinaan jambatan itu dengan menggunakan dana Petronas.

“Saya membuat cadangan, jika tidak sepenuhnya, sekurang-kurang sebahagian (guna dana Petronas), tetapi beliau (Perdana Menteri) berkata itu tidak mungkin.

“Walaupun saya berpendapat Petronas boleh membiayainya, beliau memberitahu saya bahawa disebabkan oleh subsidi dan komitmen lain, itu tidak mungkin pada masa ini walaupun mereka inginkannya,” kata Guan Eng.

Beliau berkata, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa projek itu tidak akan menghadapi sebarang masalah.

Pada pertemuan itu, Guan Eng turut menyerahkan surat menyenaraikan beberapa cadangan bagi kemajuan Pulau Pinang.

“Kita juga meminta agar peruntukan kepada Pulau Pinang daripada Kerajaan Pusat dinaikkan ke jumlah asal,” katanya merujuk kepada peruntukan yang berkurangan kepada Pulau Pinang tahun lepas.

Guan Eng berkata bahawa pada pertemuan itu, mereka membincangkan bukan saja projek akan datang tetapi juga “perkara-perkara yang lepas”.

Guan Eng berkata, beliau telah membangkitkan beberapa isu politik tetapi “saya tidak mahu menyebutnya di sini.”

“Mengenai Dasar Ekonomi Baru, kami bertukar-tukar pendapat dan penjelasan mengenai apa yang telah disebut dan apa yang tidak disebut. Ada perkara didakwa disebut oleh saya yang saya tidak sebut tetapi ada perkara yang saya sebut tidak disiarkan langsung.

“Tetapi yang penting ialah kami akur dengan situasi baru politik. Beliau adalah PM bagi negara ini dan saya mewakili penduduk Pulau Pinang,” katanya.

Guan Eng juga berkata, kerajaan Pulau Pinang inginkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat supaya semua projek pembangunan yang dirancang dapat diteruskan demi manfaat rakyat.

“Rakyat telah membuat keputusan untuk menyokong kerajaan baru di Pulau Pinang dan juga menyokong Kerajaan Pusat. Adalah perlu bahawa kami masing-masing menjalankan mandat yang diberikan untuk meneruskan projek-projek yang telah ditetapkan,” katanya.

Guan Eng juga berharap semua kementerian tidak akan mengamalkan sikap diskriminasi terhadap kerajaan Pulau Pinang walaupun ia kini ditadbir oleh pembangkang.
– Bernama

MTUC sokong, MEF anggap CUEPACS kurang matang

KUALA LUMPUR 3 April - Kerajaan perlu menimbang dan membuat keputusan positif terhadap kesemua tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebagai tanda menghormati sumbangan dan bakti kakitangan dalam sektor awam.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud berkata, jika kerajaan mengiktiraf sumbangan kakitangan awam dengan mengadakan Hari Pekerja maka adalah wajar juga menimbangkan tuntutan CUEPACS yang dilakukan untuk kebajikan pekerja.
Menurutnya, MTUC akan menyokong segala usaha dan keputusan yang diambil oleh CUEPACS jika tuntutan mereka itu munasabah dan adil untuk kebajikan pekerja.

Syed Shahir menegaskan, pemimpin CUEPACS sudah tentu berbincang dan menimbangkan kesemua tuntutan mereka dengan panjang lebar dan inginkan tindak balas dan keputusan yang positif daripada kerajaan.

“Kerajaan sebagai majikan terbesar di negara perlulah memberi jawapan yang positif terhadap tuntutan CUEPACS itu sebagai mengiktiraf dan menghormati mereka sebagai kakitangan awam,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syed Shahir berkata demikian sebagai reaksi kepada ancaman CUEPACS yang akan memboikot dua sambutan Hari Pekerja Mei depan jika lima tuntutan mereka tidak dipenuhi kerajaan.
Sehubungan beliau berkata, MTUC akan menyokong tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak pekerja sama ada dari sektor swasta dan awam demi keadilan dan kebajikan pekerja.

Sementara itu Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyifatkan tindakan CUEPACS memboikot sambutan Hari Pekerja Mei ini sebagai kurang matang.

Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan berkata, sambutan Hari Pekerja itu diadakan sebagai meraikan sumbangan pekerja kepada negara, maka itu tidak patut acara itu diboikot.
Menurut beliau, jika CUEPACS tidak puas hati mereka masih boleh bertemu dan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

‘‘Tidak semestinya semua tuntutan akan diterima dan dilaksana oleh kerajaan tetapi saya yakin mereka (kerajaan) tidak menolak untuk mendengar dan membincangkan mengenai lima tuntutan CUEPACS itu,’’ jelasnya.

"Saya tidak sekat pihak lain beri pandangan semasa jadi PM" - Mahathir

Posted on Friday, April 04 @ 11:40:00 MYT by SongkokPutih Oleh kelantankini

"TUN Dr Mahathir Mohamad yang tidak henti-henti mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan mendakawa beliau sering memberi peluang kepada pihak lain menyampaikan pandangan mereka semasa menjadi perdana menteri. Menurut mantan perdana menteri itu sekalipun banyak pandangan diberikan bertentangan dengan pendapatnya sendiri beliau tetap memberi peluang orang lain mengemukakan pendapat mereka.

"Misalnya apabila Dato' Musa Hitam (kini Tun) letak jawatan sebagai timbalan perdana menteri, saya beri peluang kepada semua untuk bercakap mengenainya dan walaupun saya tidak suka perkara itu, mereka mencadangkan supaya menghantar satu delegasi untuk berjumpa beliau di London bagi cuba mengubah pemikirannya.

"Apabila dia (Musa) mengambil keputusan untuk menjadi timbalan presiden (Umno), dia dapat jawatan itu. Saya tidak cuba menghalangnya kerana ia adalah kehendak MT dan bukan saya," dakwa Mahathir yang dipetik Bernama.

Bagaimanapun Mahathir mengakui bahawa ada 'Pak Turut' semasa beliau memegang jawatan tetapi mereka yang menentangnya secara keras-keras tidak pernah disingkirkan dari Umno atau dihalang daripada bersuara.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas sikapnya yang mendesak Abdullah berundur walaupun beliau sendiri yang melantik Abdullah sebagai pengganti perdana menteri.
Bekas perdana menteri itu bersikap demikian ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum lalu dan meminta Abdullah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi buruk parti pimpinannya.

Antara lain kata Mahathir Umno perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) demi kesejahteraan parti serta membincangkan persembahan buruk parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Mahathir berkata EGM boleh diadakan jika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno menyokong idea itu dan boleh menjadi medan untuk ahli-ahli menyuarakan pandangan masing-masing.

Antara lain, katanya, mesyuarat EGM itu boleh membincangkan pindaan perlembagaan parti termasuk soal penghapusan sistem kuota yang boleh memberi ahli-ahli bertanding jawatan tinggi pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Disember ini tanpa memperoleh pencalonan minima seperti yang disyaratkan sekarang.

"Jika kita mengabaikan pandangan ahli-ahli Umno dan angkuh dengan menolak permintaan maka ia boleh mendorong kepada penolakan Umno secara menyeluruh khususnya jika pakatan pembangkang menunjukkan mereka boleh menyediakan pentadbiran lebih baik. Jika sesuatu tidak dilakukan, kebimbangan saya bahawa Umno akan hilang semua," tambahnya.

kelantankini.com"

Nama Anwar Ibrahim menjadi buah-mulut di Madinah

Posted on Thursday, April 03 @ 14:02:39 MYT by greenboc Oleh mayasi

"Saya baru balik dari mengerjakan ibadat Umrah di Tanah Suci Mekah. Sewaktu berada di Madinah selama 3 hari, boleh dikatakan sebahagian besar penduduk Madinah, terutamanya para pemuda dan peniaga yang terjumpa kita akan menyapa dengan mesra, dan saya suka memperturunkan sebahagian dari percakapan umum mereka apabila menyapa kita:

"Anta...Indonesia....Malaysia?" (Awak dari Indonesia atau Malaysia?)

"Malaysia."

"Masya Allah, Malaysia..! Abdullah Badawi..? ...Anwar Ibrahim...?"

"Anwar Ibrahim".

"Masya Allah...! Alhamdulillah! Anwar Ibrahim baguuusss!!" Sambil menunjukkan ibu jari kanannya.

Mereka terus memeluk saya dengan erat sambil menepuk-nepuk belakang saya. Dari wajah dan cara mereka, tergambar kegirangan dan kegembiraan yang sebenar, dan bukannya sengaja dibuat-buat.

Dan kebiasaannya, mereka akan segera berteriak memanggil kawan-kawan yang berada di persekitaran mereka, atau para peniaga yang berada di kedai berdekatan kedai mereka, lalu memperkenalkan saya kepada mereka, dengan nada suara yang sungguh gembira, memberitahu bahawa saya dari Malaysia, dan saya adalah penyokong Anwar Ibrahim, bukannya penyokong Abdullah Badawi!

Maka kebiasaannya suasana akan menjadi riuh-rendah apabila kawan-kawannya datang dan menjabat tangan lantas memeluk saya, sambil mengucapkan tahniah dan syukur. Itu bukan satu-satunya kejadian seumpama itu, malah ianya berlaku setiap hari, pagi-petang dan siang-malam, ke mana sahaja saya pergi dan di kedai mana sahaja saya singgah, bahkan ianya juga berlaku di dataran lapang di sekitar Masjid Nabawi.

Para penduduk Madinah seperti sangat mengikuti perkembangan politik di Malaysia dan amat mengambil berat tentang perjuangan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya dalam Barisan Alternatif.

Hampir kesemuanya akan mengatakan :"Anwar Ibrahim, bagus! Abdullah Badawi, tidak bagus! Mahathir, kurang bagus!"

Dan selalunya saya akan membeli barang-barang di kedai mereka dengan mendapat harga yang jauh lebih murah dari biasa, sebagai tanda kegembiraan dan ucapan terima kasih mereka!"

Peluit: Madinah jua Mekah bukanlah tempat pura-pura & mainan. Jika memang benar ceritera ini berlaku di sana bermakna memang aura DS Anwar begitu gah & diterima dunia. Semoga apa yang diceriterakan ini menjadi satu pedoman & renungan buat semua. Betapa dulu DS Anwar diaibkan didera difitnah; belum pun dia pergi kenyataannya telah nampak bagi mereka yang prihatin tentang politik semasa. Bagaimana pula mereka yang masih tertutup keprihatinannya.

Geran Online (Score: 1)

Geran Online (Score: 1)

by peluit (peluit@yahoo.com) on Wednesday, April 02 @ 09:29:11 MYT(User Info Send a Message) http://rangbulan.blogspot.com/

Sy pernah terklik laman web@situs .. mungkin Pej Daerah di Negeri Sembilan (NS). Melalui situs tersebut dapat diakses semua lakaran geran seluruh tanah di Negeri Sembilan, siap dengan Nombor Lot geran tersebut!

Sy tak pasti apakah negeri lain punyai situs selengkap NS. Bukannya apa bagi mereka yang bermasalah dalam mendapatkan salinan geran tentunya melalui situs sebaik NS ini mudah mengesan tanah sendiri.

Masalah tanah terbiar bilamana waris merantau seperti keluarga kami alami, tentunya lebih cepat & mudah diselesaikan jika ada situs sebegini. Agar kecanggihan ICT akan dapat merubah masalah menjadi mudah. Syabas NS!.


Tentu berkaitan dengan Ini

(Score: 1)by peluit (peluit@yahoo.com) on Wednesday, April 02 @ 14:31:36 MYT(User Info Send a Message) http://rangbulan.blogspot.com
TEORI 100 HARI : ANWAR KE PUTRAJAYA

Lagkah Awal (Score: 1)

Lagkah Awal (Score: 1)by peluit (peluit@yahoo.com) on Wednesday, April 02 @ 09:11:35 MYT(User Info Send a Message) http://rangbulan.blogspot.com

Baguslah tu Dr Ini baru langkah permulaan agar senang rakyat dapat berkomunikasi dengan pemimpin. Pahit & manis respon dari pelayar internet ini biasa.

Harap-harapnya bukan ada orang perantara yang mengemaskini blog Dr. Jadikan milik peribadi & mendapat pandangan secara terbuka. Berpolitik sebenarnya kenalah rapat dengan semua golongan; penyokong mahu pun lawan.Musuh selalunya akan menyelongkar segala kelemahan kita. Rakan biasalah membodek, mengampu demi sesuatu.

Setidak-tidaknya melalui blog@jurnal Dr dapat meluahkan kenyataan & menjawab tohmahan atau kritikan secara terbuka. Ianya lagi telus, pantas & pasti ada baik buruknya.Agar langkah awal ini berkesan. Saya teringat telah 3 e-mel saya kirim melalui laman terbuka PM kita. Langsung tiada respon e-mel itu terpengap entah di mana. Agar tidak jadi sedemikian respon diterima melalui blog Dr.

: Peluit... Blog politik sekadar memenuhi wadah isu semasa, lebih banyak menumpukan blog peribadi sendiri.

Re: Idris tidak tahu apa `dosanya’ terhadap Sultan - Utusan (Score: 1)

- Utusan (Score: 1)by peluit (peluit@yahoo.com) on Wednesday, March 26 @ 21:30:11 MYT(User Info Send a Message) http://rangbulan.blogspot.com

beliau sedia menghadap Seri Paduka jika diberi peluang untuk memohon maaf terhadap sebarang kesalahan yang telah dilakukannya kepada pihak istana.- Utusan

Jika itu jangan gunalah!, cuba kita amat ayat yang ada jika... Sedapkah bunyinya?Si anak Derhaka "Emak ampunkan saya jika saya bersalah!"Si anak Yang Mulia "Emak ampunkan saya memang saya bersalah"Skrip Si anak Yang Mulia itu lebih baik, ikhlas & akur; si Ibu pasti menangis & akan luruh hati lalu mengampunkan anaknya.Kalau ayat Si anak Derhaka pasti Ibunya akan menjawab!! "Oiii tak sedor lagi ke? tak ngaku ke buat salah.." Mungkin si Ibu akan lebih trauma jika ada perkataan berjika-jika@kalau dalam memohon maaf.Isk! macam buat skrip drama radio pulak.[ Reply to This ]

Kempen Selamatkan Sufiah …. Antara Realiti Dan Imaginasi

Posted on Thursday, April 03 @ 14:07:33 MYT by greenboc
Pendapat Oleh BuahBeluluk

"

Assalamualaikum

Saya tertarik dengan kempen “Selamatkan Sufiah” yang di taja oleh Dr Mashitah dan Zaid Hamidi melalui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Syabas diucapkan kepada mereka kerana mengambil initisiatif ini.


Namun saya tertanya bagaimanakah caranya untuk menjayakan kempen ini memandangkan beliau (Sufiah Yusof) adalah warganegara Britain dan berumur lebih 21 tahun.

Adakah Dr Mashitah, akan kesana bersama Zaid Hamidi atas tiket YADIM kemudian akan memanggil saudari Sufiah, menasihatkan beliau. Adakah ia semudah itu? Adakah ini tidak dinamakan mencampuri urusan politik Negara U.K.

Ataupun YADIM akan bekerjasama dengan Organisasi Dakwah U.K kemudian mereka akan membuat sessi kaunseling kepada saudari Sufiah bagi pihak YADIM. Persoalannya adakah Sufiah ingin berjumpa dengan organisasi ini? Kaunseling yang diadakan bukan 1 sessi tetapi kemungkinan sessi kaunseling bersiri. Adakah dia akan turut mengikuti sessi kaunseling atau melagkah pergi atas dasar kebebasan beliau lebih 21 tahun.

Walauapa pun cara saya berharap Mashitah akan berhati-hati dalam tindakannya. Beliau harus menerangkan

a) strategi dan caranya,

b) Badan dakwah U.K yang akan bekerjasama

c) berapa kali beliau dan rombongan akan ke U.K.

d) Berapa lama tempoh setiap lawatan.

e) Apa kemajuan dicapai.

f) Berapa perbelanjaan kerajaan dan perbelanjaan derma yang digunakan


Kita tidak mahu projek atau kempen ini mencapai kegagalan, apatah lagi banyak kempen-kempen kerajaan yang tidak berjaya. Contoh yang paling mudah kempen yang selalu diwar-warkan oleh Dr. Mashitah sendiri iaitu “Kempen Rumahku Syurgaku” dan slogan lihatlah, pandanglah, keluargaku keluarga contoh" yang kita masih tertanya tentang strategi dan keberkesannya.

Kita juga berharap janganlah kempen tertumpu kepada saudari Sufiah sahaja, tetapi tumpukanlah kempen menyelamatkan anak-anak Malaysia yang lebih mudah dan lebih senang untuk diawasi.


Banyak rumah kebajikan, rumah anak2 yatim, “child home shelter” yang dimiliki oleh beberapa inidividu ( perseorangan) yang boleh dibantu. Mereka ini dalam keadaan tercungap-cungap dalam operasi seharian dengan perbelanjaan yang semakin meningkat. Saya ingin mengambil contoh Rumah Pernim yang menjaga anak2 HIV. Untuk makluman boleh lawati
www.pernim.com.

Telah tiba masanya untuk semua mula bekerja dan tidak lagi membincangkan tentang kekalahan atau kemenangan PRU12, dan tidak lagi membincangkan perkara remeh temeh dalam memikirkan cara menyelamatkan survival politik individu2 tertentu.


Hanya keampunan Allah kupinta….
"