Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

2.4.08

Sufiah

Maths prodigy who won an Oxford place at 13 is now a £130-an-hour HOOKER

By Keith Gladdis

SHE was a child maths genius who won a place at Oxford University aged just 13—but now the only sums Sufiah Yusof is interested in are the ones she earns as a HOOKER.








For sad Sufiah the daily equation she has to solve is simply sex equals £130 as she sells her body to punters over the internet.



The gifted girl with the winning smile had the world at her feet ten years ago and should be a rich woman by now—but last week she was busy subtracting her underwear for our undercover reporter in her dingy back street flat.



"Would you like to start your half hour now?" said Sufiah, 23, as she danced on the bed, displaying her body for examination.

Then she listed all the sleazy plus points she would throw in for our man if he took up her offer.


Calling herself Shilpa Lee, the former child prodigy still juggles with figures on a hookers' website, describing herself as a "very pretty size 8, 32D bust and 5'5" tall—available for booking every day from 11am to 8pm."

She says she is a "sexy, smart student" who prefers "older gentlemen"— but a former pal who has witnessed her downfall told us: "It is all desperately heartbreaking.


"With her amazing brain she should be able to make money any way she wants. But instead her life has spiralled completely out of control."


Life has never quite added up for Sufiah. Her descent into prostitution in Salford, Manchester, is the latest in a long line of tragedies to have engulfed her since the sunny day when she posed with her university mortar board for the world's press outside prestigious St Hilda's College.

Our shock revelations today come in the week her domineering dad Farooq was jailed for sexually assaulting two 15-year-old girls as he home-tutored them in maths.


And he was always at the root of all her troubles— even as she passed the further maths A-Level she needed for entry to Oxford at the age of 12. In those days Sufia was a strict Muslim child who prayed five times a day and was subjected to her father's famous Accelerated Learning Technique.

Her days involved stretching and breathing exercises in freezing rooms to keep her brain attentive.

Sufiah would then study hard and be forced to play tennis with just as much intensity as fanatical Farooq drove her on. The routine was so effective Sufiah was seeded number eight in the country for under 21s.

But three years into Oxford, the 15-year-old sparked a massive police hunt after running away.

Abuse

At the time her father bizarrely claimed Sufiah had been kidnapped and brainwashed by an organisation seeking the key to her intelligence.

But Sufiah sent an email to her family describing her life under her father as a "living hell".
One message to her sister read: "I've finally had enough of 15 years of physical and emotional abuse. You know what I am talking about."


Sufiah was missing for two weeks before being found in an internet café in Bournemouth where she had been working as a hotel waitress.

She refused to go back to her parents and instead was taken into the care of social services.


It was then revealed that Farooq had been jailed for three years in 1992 for his part in a £1.5m mortgage swindle. Before that—at the age of 19—he had been sent to borstal for his role in a conspiracy involving £100,000.

Free from the spell of her father, Sufiah returned to Oxford to complete the final year of her Masters in Maths.
But she was now more concerned with enjoying herself—and failed to finish the course after meeting trainee lawyer Jonathan Marshall.

They were married in 2004 when Sufiah was just 19 and Jonathan 24. But the strains with her family were still there.
Despite being invited, Sufiah's parents and four brothers and sisters failed to turn up to the wedding.

Her dreams of a happy life with Jonathan were shattered when the couple divorced just a year later.

Now, in her sad little flat, she uses her body to pay the rent. Sufiah met our man, posing as a punter, at the entrance to her building wearing a tiny skirt, leather boots and a tight t-shirt. She was carrying three mobile phones.

She laughed and joked as she led him to her small apartment where a bed was already set out in the lounge.

She told him it was £130 an hour and offered him a glass of water before putting some music on to a cheap portable stereo and nervously stripping down to her red lace bra and knickers.

Sufiah then peeled off her underwear and danced on the bed. She told him she did full sex with a condom and oral sex without protection.

After our man had made his excuses, Sufiah kept him talking by telling him how she was studying for a Masters degree in Economics on a part-time two year course in London.

The former prodigy added: "I've got exams coming up and I'm thinking ‘Oh my God!'"

Once described by her parents as "naïve and unstreetwise", she works alone from her flat without any obvious physical security or protection.

She even admitted to our reporter: "It's always a surprise who you are going to meet."

Cheerful Sufiah gave no indication of any sadness at the jailing of her father the previous day. On Wednesday Farooq, 50, was sentenced to 18 months at Coventry Crown Court for touching two 15-year-old girls when he was home tutoring them at maths.
The court heard how in May last year Farooq arrived at one of the victim's home for a maths lesson.

He started whispering in her ear and kissing her hair and cheek. He also touched her breast and told her she was a genius and pretty before putting her hand on his upper thigh.

Destroyed

Farooq's defence lawyer Tim Hannam said: "He's been back in prison for over five months and knows there'll be no more teaching and any hope he had of gaining an income from the teaching method he had developed to a high degree of success is lost to him. His reputation is destroyed."

Now it's clear the daughter who fled his strict regime has almost been destroyed too.

Her friend said last night: "Sufiah has suffered so many knocks in her life. I just hope she can drag herself out this life she has got herself into.
"She is a good person and deserves a much better life than this. Her gift really has been a curse."

Status PR lebih 10 tahun disemak

PUTRAJAYA 28 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyemak kembali pendekatan yang diguna pakai dalam dasar pemberian status penduduk tetap (PR) dan kerakyatan kepada warga asing yang tinggal di negara ini melebihi 10 tahun.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, langkah itu perlu kerana didapati kira-kira 200,000 pekerja asing yang tinggal di negara ini dalam tempoh tersebut cuba memohon mendapatkan status kerakyatan dan PR.

Sedangkan, tegas beliau, bekerja dalam tempoh berkenaan bukan bermakna mereka berhak menjadi penduduk negara ini.

‘‘Ia adalah satu angka yang besar dan mereka tidak boleh menganggap bila tinggal dalam negara kita selama itu seolah-olah mereka boleh mohon PR atau menjadi rakyat negara ini.

‘‘Soal kita nak beri PR atau kerakyatan adalah soal lain dan pengambilan pekerja asing adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KDN, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap.

Mengikut peraturan, pekerja asing tanpa kemahiran hanya dibenarkan bekerja sehingga maksimum lima tahun, manakala pekerja asing berkemahiran sehingga 10 tahun.

Setakat ini, Malaysia mempunyai seramai 2.1 juta pekerja asing yang sah.

Pada masa sama, Syed Hamid berkata, beliau juga akan menyemak kembali pemberian kemudahan Visa Ketibaan (VOA) kepada pelancong asing yang tiba di negara ini.

Ini kerana, kata beliau, kira-kira 30 peratus pelancong asing yang menggunakan VOA itu didapati tinggal melebihi had tempoh di negara ini.

‘‘Ia memberi banyak masalah kepada soal penguatkuasaan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, proses pencantuman KDN dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) tidak akan membabitkan soal pemberhentian kakitangan sedia ada.

Malah, katanya, proses pencantuman dua kementerian itu tidak akan menjejaskan perkhidmatan kedua- dua kementerian itu kepada orang ramai.

‘‘Dari segi dasar sudah selesai dan kita mungkin mengambil masa untuk menggabungkan kakitangan kita dan menyelaraskan fungsi kedua-dua kementerian berkenaan untuk menjadi satu identiti.

‘‘Saya berikan jangka masa tiga bulan untuk kita selesaikannya tetapi mungkin kita boleh lakukan lebih cepat dari itu,” katanya.

Utusan Malaysia

Re: Aset Khir Toyo... & Pergolakan Semasa. (Score: 1)

(Score: 1)by kayu_cemeti (ahlanwasahlan_wamarhaban@yahoo.com) on Wednesday, April 02 @ 16:27:45 MYT(User Info Send a Message)

Benarlah apa yang dikata olih peluit tuh.....memang lah nak contohi masa zaman Rasullullah atau zaman sahabat tuh payah sekali masa itu pemimpin2 islam bagaikan lilin yang menerangi seluruh rakyat nya tapi zaman sekarang ni walaupun pemimpinnya mendakwa islam tapi cara hidupnya terus berbedza sebaik2 dapat kuasa dan perbezaanya yang ada ibarat langit dengan bumi baik dari segi rumah kediaman atau kereta mewahnya itu belum lagi asetnya yang berupa acct simpanan yang dulu cuma angka ribu saja namun apabila bergelar sahaja menteri acct nya menjangkau angka beratus2 juta banyaknya.

Sehingga perkataan yang mashur dikalangan pemimpin
seperti malam ini kita nak makan dimana ......
berbanding rakyat yang naif berkata....malam ini kita nak makan apa!!!

Kc harap sebaik2 BR dapat memenangi dlm pru12 baru2 ini ingatlah itu adalah amanah dari Allah yang barang pasti akan dicabut juga oleh Allah jika cuba menzalimi rakyat nya yang naif. Bukan sahaja naif dari segi harta benda tapi yang sedih naif dari segi akhlak budaya dan ilmu kerohanian yang makin bertambah2 jahil; Apabila pemerintah yang lalu menzalimi rakyat merobohkan rumah dengan sesuka hatinya menutup sekolah2 agama rakyat menyekat ceramah2 dan kuliah2 dimesjid dan seribu satu lagi kezaliman yang dilakukannya.

Seperti kata peluit Kc juga berharap dan terus mengharap dan mewakili semua rakyat supaya jalankan amanah Allah itu sebaik2 kita merasai kemenangan dan janganlah dilengah2 kan lagi kerana rakyat sebenarnya telah lama menderita disebabkan tekanan hidup yang makin mencabar disebabkan longgarnya undang2 dalam menyekat lubang2 maksiat yang kian parah dengan mat rempitnya bohsianya mabuknya jenerasi kita kian teraba2 melihat masa depannya yang makin terhimpit oleh pendatang2 asing kalau dulu kita cuma dengar pendatang Indonesia tapi sekarang dengan Bangladeshnya Burma Myanmarnya Sri Langkanya tah esok2 pendatang mana lagi yang memenuhi Ibu Kota kita malah di kampung2 peluang remaja2 kita kerja kilang pun telah dipenuhi pendatang2 ini .Ini disebabkan kerakusan pemimpin2 kita yang lalu untuk dijadikan perniagaan melalui pengambilan pendatang2 melalui ejen yang didalangi oleh orang2 politik Umno atau bn.Seperti kata Peluit juga Kc harapkan pimpinan Ba buktikan lah apa yang telah dijadikan manifesto yang lalu janganlah dilengah2 kan kerana 5 tahun adalah satu jangkamasa yang pendek sekali takut dah dekat2 pru13 baru nak buat itu dan ini.

JADILAH KERAJAAN UNTUK RAKYAT BUKAN UNTUK KRONI.

Respon yang menarik. Peluit kerap melalui pekan Meru Klang. Satu yang mengejutkan kumpulan pendatang Bangladesh & Burma di sini ramai yang telah membawa isteri bersama. Isteri Bangladesh memang cantik-cantik belaka macam heroin Hindustan. Ada sekumpulan pendatang mirip wajah cina, Peluit memanggil mereka ini pendatang Tibet, tak pasti mereka ini orang Tibet, Sabah atau dunia mana; pun ramai yang telah membawa isteri ke negara kita.

Jika tidak dikawal bukan mustahil 10 tahun akan datang golongan mereka akan menakluki Meru & Klang. Apatah lagi kerajaan kita memang baik hati dengan memberi mereka MyKad sebagai penduduk tetap (PR) setelah berkerja di sini selama 10 tahun. Peluit tidak arif sangat dengan status PR ini. Tapi salah satu yang pasti tentunya mereka ini layak membeli harta; rumah umpamanya di sini. Sila Klik ini sedikit maklumat tentang PR.

Kita tidak risau sangat jika kalangan mereka dari fahaman satu agama; Islam, jika satu agama pasti masalah sosial itu mudah untuk diselesaikan. Paling kita takuti jika mereka yang membanjiri negara kita ini dari fahaman agama yang berbeda. Bukan maksud Peluit mahu mempertikai kebebasan beragama di negara kita tetapi apa akan jadi jika Islam itu menjadi kaum minoriti; Seperti di Singapura asalnya Tumasik. Semua tahu Tumasik ini dulunya tempat kerabat Sultan Johor rajin bersantai. Sekarang habis dijajah oleh kaum Cina. Cuba kita selidiki pula di Sabah, pasti pandangan biasa di kampung-kampung sana banyak gereja.

Masalah kaum ini amat sensitif untuk disebut apatah lagi diperdebatkan sebab kita punyai sejarah hitam lantaran perbalahan sesama kaum Melayu & Cina. BA yang kini mahu menubuhkan Barisan Rakyat (BR) jika mahu terus meneraju memerintah negara wajar memikirkan stragedi bagaimana menyatukan semua kaum dengan Satu Agama.

Jika mengamati bagaimana media arus perdana BN dahulu menakutkan kaum Cina konon jika BA memerintah siaplah! semua kaum Cina akan disunatkan.

Kita dilahirkan sebagai khalifah oleh Allah Azzawajalla. Bilamana kita punyai kuasa digengaman; inilah masa terbaik kita lancar berdakwah untuk melebarkan sihar Islam. Banyak cara untuk mendekatkan kaum lain agar menyintai Islam. Bukan hanya dengan watak pemimpin tetapi susun cara, kaedah atau terbaik pemerintahan & perundangan sepenuhnya secara Islam. DAP menolak Islam tentunya lantaran silap kita berdakwah. Untuk menjadi negara yang berundangkan Islam memang amat payah & getir. Kemerdekaan yang kita nikmati ini pun berlandaskan sistem perundangan British.

Golongan muda ramai yang tidak terdedah dengan konflik perjuangan kemerdekaan. Bila ditanya kenapa ramai orang Melayu masuk komunis. Pasti di benak mereka mengatakan mereka ini pengganas tetapi bila kita membaca pengalaman Shamsiah Fakeh di Mastika jelas menunjukkan kaum Melayu yang terjerumus ke fahaman komunis juga asalnya memang pejuang kemerdekaan. Lantaran tidak bersetuju dengan pra syarat British menobatkan bumi Tanah Melayu merdeka dengan cara mereka. Mereka sanggup masuk ke hutan. Moralnya mereka mungkin ditolak sebagai pewaris bangsa tetapi bagaimana antara kita anak merdeka yang sanggup menggadai tanah air sendiri dengan tuntutan duniawi & kemewahan yang cacamerba. Pengganaskah kita? Ramai geladangan ini kita angkat & puja sebagai pejuang bangsa. Alahai!.

Seandainya kita dapat menyatukan warga yang berbagai eknik dengan Satu Agama rasanya pasti tidak timbul lagi masalah sempadan minda, wilayah jajahan & fahaman yang berbeda-beda. BA dengan sokongan majoriti rakyat tentunya boleh buktikan di mata dunia dengan politik juga kita boleh berdakwah menyebarkan sihar Islam. Mesti ada langkah atau agenda terbaik untuk Biro Agama dalam BA, PAS terutamanya bagi menggamit mereka yang bukan muslim mendekatkan diri dengan Islam. Jadikan visi ini sebagai satu visi utama & murni.

Peluit: Islam lahiriah terlalu banyak dosa bila dijajah masa.

1.4.08

Komen RadenJowo

Hari ni wak hantar comment pada blog drkhir toyo lagi. Berunsur pertanyaan dan kononnya nak dapat jawapan. Tengok lah, kalau Khir Toyo rajin jawab, dia jawab. Kalau tak rajin, tak per. Itu dah biasa. Berikut adalah komen yang wak hantar. Ikut tekak sendiri ......
-----------------
Assalamualaikum Dato Seri,

Kalau blog ni ada ketika Dato' menjadi MB dulu, kan mudah. Memandangkan nombor tel Dato' yang terdapat di 'Billboard' persimpangan jalan di bandar Selangor, kerap gagal di hubungi. Beberapa kali panggilan dibuat oleh rakyat seperti saya sendiri, untuk mengadu tapi tak pernah berjaya. Mungkin masa tu sibuk kot. Alamat Email yang turut tertera di "Billboard" pun macam tak aktif kerana tidak pernah berbalas.

Jangan pulak blog ni menjadi sebagai syarat hanya untuk menghentam Kerajaan Selangor. Memandangkan Dato masih lagi menjadi ADUN di kawasan Dato', maka Dato' masih mempunyai tanggung jawab kepada keadaan di sana dan sekitar kawasan yang dimenangi oleh BN.

Pelayar laman blog saya dari Sungai Besar mempunyai banyak kemusykilan tetapi untuk bertanya kepada YB Noriah Kasnon, sukar kerana beliau tidak mempunyai BLOG, jadi saya mencuba nasib untuk memberitahu kepada Dato Seri tentang keadaan di sana yang saya rasa Dato sendiri pun perlu tahu atau mungkin sudah tahu.

Saya rasa bukan saya sahaja yang ingin bertanya kepada Dato tentang isu isu POCKET LAND di Pekan Sungai Besar, malahan ramai lagi. Nampaknya banyak perubahan yang berlaku. Seperti ianya sebuah kemajuan tetapi saya rasa macam ada yang tak kena. Desas desus pun banyak yang berlegar, tapi tak tau lah sejauh mana kebenarannya kerana sukar untuk menyelidik masuk ke tempat tempat penting dan membongkar semua fail di jabatan jabatan kerajaan.

Terutama di Pejabat Daerah Sabak Bernam yang terletak berhadapan stesyen minyak Shell dan Petronas.

Apa yang saya mahu bertanya, adalah tentang,

1. Pemindahan Pasar Basah di Pekan Sungai Besar ke lokasi baru sementara lokasi lama. Hotel telah dibina. Khabarnya bertaraf 3 bintang. Untuk apa hotel itu dibina di tengah pekan sedangkan produk perlancungan banyak sepatutnya berada di tepian laut seperti di Sungai Haji Dorani. Soalnya, adakah tanah itu masih tanah kerajaan atau dah tukar nama? Siapa pula penama tanah tersebut?

2. Terdapat beberapa lot pasar baru yang dimiliki oleh orang kaya disana. Benarkah dakwaan ini dan siapa orang berkenaan? Mungkinkah ianya akan disewa pula kepada peniaga lain atau beliau menggunakan sendiri?

3. Saya diberitahu, Nama Dato' Ramli Norani (Pemimpin Pekida Kampung) dah semakin tak baik nampaknya. Dah lama tak jadi wakil rakyat tapi masih lagi mempunyai kuasa sehingga membabitkan beberapa isu berkaitan tanah di Sungai Besar. Banyak 'Pocket Land' yang sudah bertukar pemilik. Apakah semua itu benar?

4. Diberitahu juga tentang pembabitan kakitangan Pejabat Tanah yang turut bersekongkol dengan beliau, Betul ke tok?

5. Selain dari itu, masih terdapat aktiviti penyeludupan di Sungai Besar melalui pelabuhan nelayan disana dan dikatakan kain baju dan barangan murah banyak dibawa masuk secara haram. Polis atau pihak berkuasa di sana tak bertindak ke Dato'?

6. Akhir sekali, Rumah Penghulu berhadapan dengan Masjid Sungai Besar yang kononnya ingin dijadikan sebagai 'Galeri' sehingga sekarang masih kosong dan tidak digunakan. Apa kah itu projek penting atau projek yang mempunyai tujuan lain? Apakah benar dan kenapa dibiarkan sehingga sekarang? Sudah lama bangunan tu Dato'.Baru sekarang saya dapat mengutarakan semua ini, memandangkan betapa sukarnya untuk berurusan terus dengan Dato selama 8 tahun Dato menjadi MB. Terpaksa melalui sistem kroni Dato hanya untuk bertemu. Kalau tak kenal dengan Ketua Pemuda atau YB BN, maka tak dapat lah jumpa. Nak pamirkan muka kat pintu LIF menanti Dato masuk pejabat, bukan cara kitorang.

Mohon Dato' boleh perjelaskan semua ini. Orang kampung ramai dah tahu, dan kalau Dato' nak biarkan semua ini tanpa penjelasan, itu terserah kepada Dato'. Semua isu ini adalah masa depan Dato' dan gunakan lah blog ini untuk pulihkan nama baik BN dan UMNO.
Wasalam.

Radenjowo

WAJIB ISTIHAR HARTA:

PAK LAH PATUT SURUH ANAK-BERANAKNYA DAHULU

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) menyokong penuh cadangan Presiden Transparency International Malaysia (TIM), Tan Sri Ramon Navaratnam yang mencadangkan supaya bukan sahaja menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta, tetapi seluruh ahli keluarga mereka. DPP Pusat berpandangan cadangan TIM ini akan membantu meningkatkan integriti dan menghapuskan rasuah di negara ini, selain akan mewujudkan sebuah kerajaan yang telus dan bebas amalan kronisme dan nepotisme.

Arahan Kabinet pada 19 Mac lalu mahukan semua menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta masing kepada rakyat. Namun begitu, satu persoalan besar dalam kepala rakyat ialah ‘kecekapan’ para menteri dan timbalan menteri untuk membolot kekayaan negara melalui proksi atau kroni mereka. Kita dapati jarang-jarang menteri yang berniaga dan kaya-raya melalui perniagaannya, tetapi kita akan menemui hamper semua menteri yang mempunyai anak menantu dan kroni yang kaya raya melalui perniagaan belakang tabir.

Kita pernah mendengar bagaimana menantu bekas Menteri MITI, Datuk Seri Rafidah Aziz mendapat saham yang besar di MITI ketika mertuanya mengetuai kementerian itu. Begitu juga dengan beberapa orang yang rapat dengan beliau turut menguasai permit import (AP) kereta mewah ketika beliau masih di kementerian itu.

Ini belum diambil kira kroni dan kaum keluarga pemimpin BN yang lebih tinggi seperti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Rakyat tertanya-tanya bagaimana dengan tiba-tiba Nazir Razak muncul dalam dunia perbankan dan menguasai bank yang asalnya milik kerajaan, BBMB yang kini dikenali sebagai CIMB. Lebih mengejutkan lagi apabila Kamaluddin Abdullah dengan tiba-tiba menjadi antara 10 individu terkaya di Malaysia dan dalam masa yang sama Khairy Jamaluddin menguasai saham di ECM-Libra.

Rakyat negara ini juga dikejutkan oleh kemunculan tokoh korporat baru, Patrick Lim ‘Badawi’ yang merupakan bapa saudara kepada menantu Perdana Menteri itu dengan menguasai projek-projek raksasa di Pulau Pinang dan Terengganu. Ini belum termasuk pengagihan projek-projek kerajaan kepada syarikat Brahim dan Dwwina Food milik Ibrahim Ahmad Badawi.

Kerana itu, DPP Pusat mendesak Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, semua menteri dan timbalan menteri supaya mengisytiharkan harta masing-masing diikuti oleh seluruh kaum keluarga dan kroni terdekatnya. Bagi Perdana Menteri, beliau hendaklah mengisytiharkan harta yang dipungut oleh anaknya, menantunya, adiknya dan juga Patrick Badawi selepas 31 Oktober 2003 untuk memastikan ketelusan benar-benar wujud di negara ini. Harta negara adalah milik rakyat bukannya untuk diagih-agihkan kepada anak menantu dan kroni pemimpin BN.

SALAHUDDIN HAJI AYUB Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
02.04.2008

M@rhaen

Filem Fitna - PPIM ajak boikot.

Posted on Wednesday, April 02 @ 08:37:15 MYT by SongkokPutih Oleh remboe

"Boikot terpilih ini diharapkan akan berjaya menghantar isyarat yang jelas kepada pihak yang berkenaan agar tidak melakukan perkara yang biadap ini kepada sesiapapun dan belajar menghormati sesama manusia demi mewujudkan masyarakat dunia yang cintakan keamanan.

Kempen Boikot 3 produk, terpilih ini Shell, Dutch Lady, Philips akan membolehkan semua masyarakat pengguna Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyuarakan bantahan secara aman dan melakukan sesuatu bagi mengutuk serta membantah tindakan biadap serta terkeji ini.
Monday 31 March 2008 - 12:04:31

Kenyataan Akhbar Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia Berhubung Isu Penayangan ‘FITNA’ Yang Menghina AL-Quran.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan penayangan filem FITNA oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang secara terang – terangan menghina Al – Quran. Tindakan biadap dan keji ini merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia dan perlu dikutuk oleh semua masyarakat Islam di negara ini. Tindakan tidak bertanggungjawab serta boleh mengeruhkan keamanan dunia dan perhubungan di antara agama ini perlu dibantah oleh masyarakat pengguna Islam.

PPIM bersama dengan ahli Majlis Permuafakatan Antara NGO (MAPAN) menggesa masyarakat pengguna Islam di negara ini melancarkan boikot terpilih produk keluaran Belanda bagi menyuarakan bantahan secara aman terhadap penghinaan serta provokasi ke atas agama Islam.

Kempen boikot terpilih ini adalah juga sebagai tanda protes terhadap Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang jelas menghina Islam secara terang – terangan. Tiada gunanya kita bersikap agresif bagi menyuarakan bantahan tetapi PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas bahawa jangan mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam.

Justeru, masyarakat pengguna Islam di Negara ini perlu bangkit dan lebih bijak mempertahankan hak dan maruah kita dengan bijaksana. Masyarakat pengguna Islam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung produk keluaran Belanda dengan melayari laman web PPIM www.muslimconsumer.org.my atau menghubungi talian hotline kami di 019-3591000.

TranungKite

Najib bukan lagi calon PM terbaik, kata Dr M

Posted on Tuesday, April 01 @ 18:51:31 MYT by SongkokPutih Oleh SA'ODAH ELIAS

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah berubah fikiran dan tidak lagi berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah calon paling layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan datang."Walaupun dahulu saya kata Najib tetapi tidak tahulah mengapa, saya ubah fikiran," katanya apabila ditanya sama ada beliau masih kekal dengan pendirian bahawa Timbalan Perdana Menteri itu adalah calon terbaik untuk mengambil alih jawatan nombor satu negara.

Dr Mahathir berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Umno Pasca Pilihan Raya ke-12, Satu Penilaian anjuran portal mykmu.net di sini, Selasa.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata Kabinet dan majlis tertinggi (MT) Umno sudah tidak lagi relevan kerana keputusan penting melibatkan negara dan parti dibuat oleh pihak lain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Kabinet dan MT kini dianggotai hanya oleh orang yang hanya akan mengangguk dan mengiyakan keputusan, walaupun keputusan itu dipengaruhi oleh kaum keluarga Perdana Menteri.

Sambil mengulangi permintaannya agar Abdullah meletak jawatan kerana dikatakan bertanggungjawab terhadap pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu, Dr Mahathir berkata peralihan kuasa itu perlu kerana pemimpin hari ini sudah tidak tahu memimpin.

Dr Mahathir berkata Umno perlu dipulihkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu terhadap perjuangannya dan Abdullah, katanya, perlu faham mesej daripada rakyat yang mahukan beliau mengundur diri.

"Jika sampai hancur baru hendak sedar, masa itu sudah tidak berguna lagi," katanya sambil menambah Abdullah juga telah silap mengadakan pilihan raya pada masa yang tidak sesuai.
Selain itu, Dr Mahathir mendakwa, pencapaian buruk BN dan Umno juga berpunca daripada pemilihan calon yang tidak menepati kehendak pengundi.

"Senarai calon bukan seperti yang dikemukakan negeri, tetapi apabila di bawa ke Pejabat Perdana Menteri, ia disemak oleh pihak tertentu di bilik sebelah. Kesannya, ramai jaguh Umno disingkir, orang baru diberikan tempat. Inilah pembaharuan ala KJ (menantu Abdullah Khairy Jamaluddin). Ini antara sebab kita kalah lima negeri.

"Janganlah cuba kita bagi alasan yang tidak benar. Terimalah hakikat bahawa kekalahan ini disebabkan oleh pihak tertentu yang memberi ruang kepada kaum keluarga memerintah negara kita," katanya.

Beliau juga terus mengulangi sokongannya terhadap cadangan supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan keadaan parti masakini, terutama bagi meminda perlembagaan Umno bagi menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan jawatan tertinggi.

"Saya mengaku, soal undi bonus saya yang buat, tetapi pada masa itu ahli dan bahagian berani mencalonkan sesiapa sahaja. Hari ini ia sudah disalah gunakan," tambahnya.

Dr Mahathir berkata, jika usaha mengadakan mesyarat agung luar biasa itu berjaya, ahli Umno mesti memastikan ia tidak di manupalasi oleh MT dan perwakilan tidak akan "dibeli".

"Ahli Umno mesti berani. Jangan kerana takut pada pemimpin kita tidak sayang Umno. Tidak guna kita cakap sayang Umno tetapi takut. Kita mesti tolak kepimpinan yang membawa mala petaka," katanya lagi.

Beliau juga mencadangkan agar dikembalikan sistem majlis presiden dalam Umno bagi mengimbangi kuasa Presiden dan menasihati beliau agar beliau tidak lagi perlu mendengar nasihat daripada keluarga sendiri.

Melalui sistem itu, katanya, kuasa presiden akan dapat dikekang agar ia tidaklah terlalu besar sehingga menyebabkan apa yang berlaku hari ini. Di minta mengulas tahap pengaruh Khairy di dalam pentadbiran Abdullah, Dr Mahathir berkata beliau sendiri tidak faham mengapa kebanyakan pemimpin Umno begitu takut kepada menantu perdana menteri itu.

Katanya, Khairy juga begitu berkuasa sehingga pernah mencadangkan agar beliau (Dr Mahathir) dipecat daripada Umno.

Ahli panel lain yang bercakap di forum itu anak beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz, ahli MT Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Ketua Penerangan Umno Johor dan ahli Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi.

....http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_92d2ec10-c0a85062-280bca00-e2c26c76

Aset Khir Toyo... & Pergolakan Semasa.

Posted on Wednesday, April 02 @ 08:44:46 MYT by SongkokPutih Oleh peluit"

Akta Kanun Tanah Negara @ Akta Tanah Persekutuan kenalah dipinda. Jika perlu hak milik kerajaan & rizab Melayu kenalah dipelihara agar jangan sampai jatuh ke tangan bangsa asing. Kekalkan hak milik Bumiputera.Begitu juga tanah tol, seharusnya semua kerajaan negeri memastikan tidak memberi hak milik kepada pemajak terutama bukan Bumiputera.

Peranan Agong, Sultan & Raja-Raja sebagai tunggak negara memang amat penting menjaga akta ini terpelihara. Negeri-negeri yang tiada beraja memang kritikal, terpaksa berlindung di Akta Kanun Tanah Negara @ Akta Tanah Persekutuan Mungkin mereka yang tahu taraf pegangan tanah di Pulau Mutiara boleh memberi maklumat; berapa peratus kini kekal menjadi tanah rizab atau simpanan Melayu.

Tanah tidak boleh kita nilaikan dengan wang ringgit. Ianya pemberian Ilahi. Politik sekadar sandaran mainan manusia. Yang empunya hak milik bumi ini memang asalnya bernama Tanah Melayu seharusnya dikekalkan. Alahai Melayu. Jika memang orang Melayu jati yang sayangkan bumi ini memang tidak tergamak menjualkan tanahnya kepada bangsa lain.

Peluit pernah membahaskan masalah mengumpul harta ini di kalangan bukan Melayu jati. Kaum ini memang tidak sayang bumi ini sebab mereka memang asal kejadiannya pendatang ke negara ini. Mereka lebih memandang wang ringgit demi kemewahan duniawi. Jadi tak hairan Khir Toyo boleh agih-agihkan tanah kemudian mereka jual kepada pedagang Cina.

Kaum Melayu jati juga nampaknya memang kian hilang keMelayuannya lantaran mengejar dunia. Ceritera ini memang ada kaitannya dengan sindiran kisah Pak Kaduk. Asyik berjudi kampung halaman tergadai. Kemudian bergantung dengan keajaiban si Ikan Tapah untuk kembali menjadi senang.

Tan Sri MB Selangor dan Dato Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor; sebelum menjadi pejuang BA memang orang korperat. Jadi mereka memang punyai harta & kemewahan mereka sebelum menjadi ADUN. Sebanyak mana harta mereka memang kita tidak tahu, tetapi memang mereka dari kalangan orang berharta.

Mengisytiharkan harta bagi semua pemimpian Umno@BN mahupun BA apakah benar-benar telus. Semua tahu jika pun Khir Toyo kita tahu asetnya. Bukan mustahil banyak asetnya yang terselindung di penama lain. Itu yang terjadi kepada semua pemimpin sebelum ini. Kroni mereka rata-rata jutawan. PM dulu & sekarang pun sama. Baik anak, adik beradik, pun menantu semua jutawan belaka. Dari mana mereka mendapat peluang berniaga yang begitu terbuka. Tentunya lantaran mereka adalah kroni & orang rapat dengan pemimpin yang memegang kuasa.

Rakyat boleh mengkaji, memerhati & melihat sendiri siapakah kalangan pemimpin yang benar-benar membela rakyat & tidak punya agenda kepentingan diri sendiri. baik di pihak Umno@BN maupun BA. Pemimpin inilah yang harus kita kekalkan di PR13 nanti.

Kita memang degil pun tidak mahu berpandu kepada agama Islam & sunnah Rasulullah. (kecuali bab kawin) Kita tahu kisah sahabat Rasulullah yang pada asalnya kayaraya tetapi demi membangunkan ummah habis harta mereka dibelanja & sedekahkan untuk Islam. Contoh pimpinan ini memang payah kita ikut. Tahu sejarah segan nak ikut.

Bila melihat kenderaan pemimpin kita pun telah boleh kita persoalkan. Jangan bandingkan kita yang pakai kapcai; sedihlah amat. Belum lagi kediaman, cara hidup & kemewahan mereka. Pemimpin kita bercuti terbang dengan jet peribadi seantero dunia. Kita pula bercuti sekadar balik kampung jenguk Opah; naifnya kita. Jauh sekali pemimpin yang kita nobatkan jadi jutawan ini mahu menjenguk kita yang terhimpit dengan kemiskinan ini.

Rakyat jadi warga yang setia membayar cukai, pemimpin yang datang & pergi gah memperagakan kemewahan dunia.

BA yang makin berkuasa kenalah menunaikan janji untuk menjadikan negeri yang diperintahnya penuh dengan kebajikan. Umno@BN yang menjadi pembangkang di negeri yang diperintah BA kenalah bersuara lantang, berani & tidak kedekut memberi pengalaman mereka yang katanya sentiasa membangun, cemerlang, gemilang & terbilang.

Jika SPR telus memang kuasa undian rakyat boleh merubah segala.BA kena terusan mengembangkan sayap kuasanya dengan benar-benar melindungi rakyat. Jika tidak PR13 belum tentu lagi. Benarkah DS Anwar akan membuat kejutan dalam kepimpinan negara dalam masa terdekat ini. Rakyat jelata memang tidak sabar menanti perubahan yang lebih besar!. : Peluit kian hilang kampung halaman lantaran merantau & tanah pusaka terbiar."

Terbit Dalam TranungKite

Pembangkang tubuh Pakatan Rakyat

Apr 1, 08 2:15pm

Tiga parti pembangkang utama - PAS, DAP dan PKR - hari ini bersetuju untuk menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Pakatan RakyatPenubuhan pakatan tersebut turut menyaksikan PAS dan DAP memulihkan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.

Sebelum ini, DAP, PKR dan PAS, menganggotai Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada tahun 1999.Bagaimanapun, DAP bertindak keluar dari barisan tersebut dua tahun kemudiannya kerana membantah agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Keputusan menubuhkan pakatan tersebut dibuat dalam satu perjumpaan hari ini yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail; pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Dalam perjumpaan hari ini, kami telah mencadangkan untuk menggabung kerjasama antara ketiga-ketiga parti tersebut di bawah nama Pakatan Rakyat," kata para pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan bersama hari ini.Mereka berkata, nama tersebut dicadangkan sementara menunggu pengesahan parti-parti terbabit.

Majlis KepimpinanMenurut kenyataan itu lagi, Pakatan Rakyat berikrar untuk melindungi hak-hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.Berikutan itu, kata mereka, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat."Dasar-dasar kerajaan-kerajaan negeri berkenaan akan dijalankan mengikut dasar-dasar yang dipersetujui Pakatan Rakyat," kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya lagi, bagi mengukuhkan lagi kefahaman bersama mengenai dasar-dasar berkenaan, satu konvensyen wakil rakyat Pakatan Rakyat akan diadakan pada 27 April depan.

Bagi mengukuhkan struktur Pakatan Rakyat, sebuah Majlis Kepimpinan ditubuhkan, yang dianggotai pemimpin tiga parti berkenaan.

Di samping itu, kata kenyataan itu lagi, Urusetia Bersama, yang dianggotai tiga pemimpin dari setiap parti terbabit, turut ditubuhkan dengan tugas untuk membina asas dan rangka kerja Pakatan Rakyat untuk disahkan oleh Majlis Kepimpinan.

MalaysiaKini