Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

20.3.08

INGATAN NAZRIN : JANGAN ULANGI KESILAPAN

Posted on Thursday, March 20 @ 15:32:39 MYT by greenboc
Artikel Pilihan Oleh tutuhjang

"a
Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah meminta pemimpin negara ini supaya mengambil pengajaran dan iktibar daripada punca kejatuhan empayar, kerajaan malahan raja dan pemimpin, antaranya kerana kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.

Baginda bertitah, melalui sejarah, umum mengetahui ramai telah diberi peluang untuk menjadi pemimpin, namun hanya segelintir sahaja individu yang muncul sebagai pemimpin yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.

"Keadaan ini berlaku kerana ramai yang ketika diberi peluang untuk memimpin kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.

"Ada antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.

"Demikian terdapat himpunan sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin yang sewajibnya dijadikan asas rujukan untuk ummah hari ini mempelajari dari kesalahan dan menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama," titah baginda di majlis sambutan Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah hafazan peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Menurut Bernama, Raja Dr Nazrin bertitah seorang pemimpin bertanggungjawab dalam menentukan arah haluan pengikutnya dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya.

"Memimpin adalah satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan secara amanah," titahnya.

Baginda bertitah sebagai pemimpin yang beragama Islam, pemimpin itu perlu menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama dalam mendapatkan panduan dan bimbingan untuk memerintah.

Bukan sekadar 'ritualistik'

"Sebagai pemimpin, Nabi Muhammad S.A W memiliki kelebihan, memiliki keistimewaan, mendapat panduan dan bimbingan secara langsung dari Ilahi. Panduan dan bimbingan Ilahi itu terkandung di dalam kitab suci al-Quran. Perilaku dan sabda Baginda pula terkandung dalam himpunan Hadis yang telah berjaya dikumpulkan," titahnya.

Raja Dr Nazrin bertitah Islam menetapkan sebagai pemimpin seseorang itu perlulah memiliki sifat-sifat amanah, merendah diri, jujur, ikhlas, berdisiplin, berkorban dan komited, selain gerun kepada Allah serta menyedari sentiasa dinilai oleh para pengikutnya.

"Kepimpinan yang mengutamakan ummah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W telah menarik sokongan ummah kepada Baginda, begitu juga terhadap ajaran yang dirisalahkan oleh Baginda. Hasilnya ajaran Islam berkembang pesat dalam tempoh yang begitu singkat menembusi sempadan budaya, menembusi sempadan geografi dan
menembusi sempadan politik.

"Islam diterima secara universal dan tidak hanya terbatas menjadi agama kepada bangsa Arab, di bumi Arab sahaja. Kepimpinan Baginda juga diterima di alam sejagat dan terus diiktiraf setelah Baginda wafat sekian lamanya," titahnya.

Raja Dr Nazrin turut memperingatkan agar acara-acara sambutan Maulidul Rasul yang dijalankan saban tahun tidak sekadar bercorak 'ritualistik' atau secara rutin sahaja, tetapi sebaliknya perlu memberikan impak kepada masyarakat.

"Setiap acara sambutan yang dianjurkan, melibatkan masa, melibatkan usaha, melibatkan tenaga dan melibatkan perbelanjaan. Oleh itu acara sambutan yang dianjurkan hendaklah memperlihatkan hasil serta bersifat produktif hendaknya," titahnya.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, baginda turut menyeru umat Islam supaya sentiasa bermuhasabah untuk menjadi umat yang terbaik.

"Mulakanlah bermuhasabah ke atas diri sendiri dan keluarga kerana disitulah bermulanya asas-asas kecemerlangan. Hayatilah kehidupan Rasulullah SAW sebagai panduan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat," titahnya.

dari malaysiakini

13.3.08

DAP Tamak Kuasa Sanggup Menyinggung Martabat Sultan.

Posted on Thursday, March 13 @ 20:26:36 MYT by greenboc Oleh peluit

"Tiba-tiba hari ini DAP melalui Penasihat DAP Pusatnya Lim Kit Siang meluahkan rasa terkejutnya berikutan pemilihan Ir. Mohammad Nizar sebagai MB. Dia akan memulaukan upacara angkat sumpah yang bakal berlangsung di Istana Iskandariah esok.

Tak sampai setahun jagung berkuasa. DAP terusan lupa diri. Dari si anaknya hinggalah si apaknya. Memang bikin kecuh seantero dunia Melayu. Belum hilang kejutan tentang DEB kekinian DAP melatah lagi dengan ceritera merajuknya tak lantaran dapat kuasa di Perak.

Kemudian minta maaf. Isk senang!.

Rata-rata rakyat jelata; terutama orang Melayu makin panas telinga, meruap dada, malahan jika diberi kebebasan bersuara entah apalah sumpah & maki hamun terdapat golongan DAP ini yang bagaikan telah Gila Kuasa; Tumbuh Ekor & tak ingat di mana bumi DAP berpijak. Jika saban hari DAP terusan memainkan sentimen perkauman mencabar martabat Melayu malahan menyinggung Kedaulatan Kesultanan Melayu; natijahnya amat naif. Bila-bila masa bakal tercetusnya perbalahan kaum tentunya.

DAP kenalah belajar dari sejarah. Kenapa Datuk Maharajalela sanggup membunuh J.W.W Birch di Pasir Salak. Peristiwa Hitam 13 Mei. Perbalahan kaum di Kg Medan, Berbalahan kaum Melayu & Cina di Sungai Manik, banyak lagi. Bukan tujuan Peluit ingin mengungkit & menakut-nakutkan tetapi api perkauman & mainan nilai martabat di Raja yang DAP mainkan amat bahaya.

DAP haruslah bersyukur dengan DEB yang kononnya menjadi punca banyak penyelewengan dalam agihan harta negara. Dalam masa yang sama kaum Cina masih memegang ekonomi negara. Ada atau tiada DEB sama sekali tidak menyekat kaum Cina mengumpul harta di Tanah Melayu ini. Ini terbukti sejak kita merdeka.

Bacalah sejarah, bagaimana Sultan di Tanah Melayu telah ujud sebelum kita merdeka lagi. Jika di zaman dahulu Sultanlah tempat rakyat berlindung. Sultan berjuang untuk memartabatkan negara & bangsa. Apalah nilai sesuatu bangsa itu jika tiada tonggak agong & kedaulatan Sultan mereka. Ini dunia Melayu kena difahami betul-betul oleh DAP.

Pada asalnya DEB tidak bermaksud Dasar Ekonomi Bumiputera, jauh sekali menjadi Dasar Ekonomi Melayu. DEB dalam semangatnya berbentuk serampang dua mata: Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Senang kata, ia bermatlamatkan membela orang susah supaya jurang antara miskin dan kaya di negara ini dirapatkan, maka dapat diwujudkan masyarakat saksama.

Asasnya DEB cantik perlaksanaannya sahaja yang kecundang. Oleh itu DAP elok rasanya jangan sentuh soal ini.

Kesultanan Melayu

DAP kena sedar ini, Tanah Melayu merdeka atas dasar Yang Dipertuan Agong menjadi tonggak negara. Bacalah tentang Perjanjian Pangkor & sejarah silam. Bayangkan jika DAP tercampak di negara yang tidak mengamalkan demokrasi. Negara yang mendaulatkan Sultan mereka.

Rasionalkah DAP bolehkah sampai memboikot majlis yang Sultan lantaran kononnya hilang kuasa bila pilihan Sultan tidak ke pihak DAP dalam tampuk pemerintahan di Perak.

DAP haruslah mencermin diri sendiri. Nampak sangat tembelang DAP dalam politik Tanah Melayu kini; amat perkauman. Terang lagi bersuluh.

Jangan anggap tindakan DAP yang tidak popular ini; asyik bermain api ini, kononnya satu tindakan berani. Takutnya nanti ianya akan membakar diri sendiri. Terutama di mata hati kaum Melayu kini; Singapura yang keluar dari gugusan Melayu lantaran tindakan kaum Cina pun orang Melayu masih tak lupa lukanya; Tolong jangan darahkan kembali luka yang ada di hati orang Melayu.

DAP jangan merasakan dengan dapat memerintah satu negeri sampaikan kuasa yang ada mencabar dasar negara & berani menggugah pemerintahan di peringkat nasional.

: Peluit; Rasanya jika kalangan DAP ini dari keturunan Cina Muslim di Tanah Besar Cina mesti akur apa yang orang Melayu mahukan. "

12.3.08

Ketuanan Melayu dan Menteri Besar Perak


Thu | Mar 13, 08 | 12:37:16 am MYT

Sekitar 1999 atau mungkin 2000, saya dan rakan-rakan mahasiswa pernah bertemu Dato' Dr Siddiq Fadhil atas nama kunjungan dan ziarah. Kalau tidak salah saya, beliau pernah menjadi ahli Majlis Adat Istiadat Melayu Perak.

Beliau kini adalah Presiden Wadah dan mantan Presiden Abim sekitar 80-an. Rumahnya di Sg Ramal, Kajang. Ziarah kami bertujuan bertukar-tukar pandangan tentang pengalaman lalu dalam gerakan Islam dan pandangan beliau berhubung politik negara serta isu semasa. Ada hal-hal menarik berhubung pandangannya yang ingin saya catatkan di sini.

Antaranya, yang terpenting adalah hal Ketuanan Melayu. Entah bagaimana beliau dengan tiba-tiba berminat bercakap hal tersebut. Tapi, tatkala teringatkan bahawa beliau memang ahli dan dalam hal berkenaan, saya cuma menadah telinga mendengar setiap isi butiran percakapannya.

Jika beliau terbaca coretan saya ini, harapan saya agar beliau dapat membetulkan apa-apa yang mungkin tersalah dan tersilap tentang fakta-fakta yang ditemukan dalam tulisan ini. Ini kerana, hal ini agak lama dan izinkan saya mengoyak cebisan ingatan lama dan tampal semula di coretan ini. Jadi, mana-mana yang masih berlubang di sana-sini haraplah dapat ditampung.

"Saya tidak percaya anak-anak muda masuk Umno di atas niat perjuangan agama, bangsa dan tanahair. Selepas Reformasi, saya percaya ada dua sebab saja mereka ini masuk Umno.

"Pertama, mereka mahukan duit dan projek. Keduanya, � (mereka) bodoh sangat!" kata beliau. Saya dan rakan-rakan cuma tertawa mendengar kata-katanya bersulam kemarahan itu, ditambah pula dengan telor loghat Jawanya.

Baginya, Umno bukanlah pihak yang memperjuangkan Ketuanan Melayu. Dan, beliau ada bukti kukuh berhubung hal itu. Isterinya, Dr Siti Zulaikha cuma mendengar saja perbualan kami, kurang bercakap. Mungkin tidak mahu mengganggu perbualan tersebut.

"Nak tahu buktinya?" soal beliau. Saya mengangguk penuh minat. "Tunggu sekejap, saya ambil tesis disertasi saya." Dan, beliau pergi ke bilik bacaannya seketika.

Sikap kesungguhan beliau berhujah itu menyebabkan saya dapat mengagak inilah tingkah laku seorang ahli akademik; sentiasa berminat dan sanggup mengejar bahan bukti sokongan sebagai cara atau langkah guna menyempurnakan hujahnya.

Saya tidak fikir calon BN Parlimen Pokok Sena mempunyai sikap sedemikian. Agaknya, jika calon BN yang kalah itu dicabar untuk membentangkan semula rumusannya mengenai politik Kedah yang berpuak-puak, beliau sendiri pun tidak berani kerana tesis di UUM itu mungkin bukanlah hasil daripada penyelidikan dan penulisannya sendiri.

Saya rasa PMN, PKPIM, Gamis, SMM, Karisma, dan badan-badan pelajar yang lain dapat menyediakan tempat untuk beliau bersyarah di UUM atas tajuk itu dengan kehadiran NC UUM, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi. Ini perlu sebagai bukti; tesis itu hasil cetusan fikirannya sendiri.

Umno menolak Ketuanan Melayu?

Dr Siddiq kembali kepada kami dengan tesis tebalnya yang saya sudah lupa tajuknya. Penyelia beliau adalah Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang pada saat itu ialah pensyarah UKM. Kajian itu mungkin berkisarkan hal-ehwal Melayu. Mungkin hal politik Melayu dan kebudayaan Melayu.

Yang sempat saya ingat dan catit, menurut tesis itu bahawa hal Umno menolak Ketuanan Melayu memang tercatat di dalam Parliamentary Debates entah volum ke berapa, saya tidak ingat. Tapi, beberapa hal penting adalah sebagai penjelasan di bawah ini:-

Parti yang berusaha keras memajukan usul berhubung Ketuanan Melayu ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang menggesa agar usul itu diperjelaskan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini perlu dibuat bagi menjelaskan negara ini milik Melayu.

Usul tersebut, kalau tidak salah ingatan saya telah dibawa oleh seorang ahli Parlimen PAS Hulu Terengganu, Haji Hassan Adli. Bagaimanapun, usul tersebut ditolak oleh Umno pada ketika itu dengan menggunakan kuasa majoriti 2/3 daripada suara ahli-ahli Parlimen.

"Jadi, bagaimana Umno boleh mendakwa mereka menegakkan Ketuanan Melayu?" soalnya.

Peristiwa dialog perbincangan antara kami dengan Dr Siddiq itu telah berlangsung dalam 8 ke 10 tahun lalu. Tetapi, ia masih tetap kekal relevan untuk didebatkan jika Hishammuddin Tun Hussein melihat dirinya sebagai wira Melayu dengan mengangkat keris Panca Warisan.

Tahun berikutnya ketika Hishammuddin tidak lagi mengangkat keris itu dalam 'Muktamar' Umno, Naib Presiden beliau, YB Khairy Jamaluddin pula bersuara dengan lagaknya: "Jangan risaukan kata orang. Keris sudah terhunus, bila lagi mahu menikam?"

Kedua-dua tokoh muda Umno itu sama saja perangainya. Buta perut dan tak belajar sirah perjuangan Melayu Islam dengan betul, cermat dan niat suci. Agak-agaknya, bagaimana mereka mahu menyanggah hujah yang dibentangkan di dalam tesis Dr Siddiq Fadhil itu? Jangan-jangan, mereka sendiri pun tidak tahu-menahu soal itu!

Bangsa lain akur Ketuanan Melayu secara tersirat

Dr Siddiq menambah, dalam hal Ketuanan Melayu ini, secara tersiratnya, bangsa lain pun sudah mengakui kewujudannya. Beliau menarik perhatian kami berasaskan perbualannya bersama seorang ahli politik DAP di Perak sebelum ini, mungkin di Kinta atau di Ipoh.

"Saya tak tahu apa pendirian kaum Cina dan ahli politik yang lain. Tetapi, yang ingin saya sampaikan di sini adalah pandangan beberapa orang pimpinan DAP di Perak sendiri.

"Mereka sendiri beritahu saya bahawa ini negeri Melayu. Walaupun mereka menang, tapi peluang untuk menjadi Menteri Besar itu mustahil. Semua ini kerana sultan akan memilih orang Melayu sebagai Menteri Besar pada akhirnya," kata beliau.

Saya renung hal itu dalam-dalam. Di India sudah tiada kuasa maharaja seperti zaman dan era yang lalu ketika raja berkuasa dengan hebatnya. Di China, melalui Revolusi Budaya 1911 oleh Dr Sun Yat Sen, sistem beraja Dinasti Manchu telah digulingkan. Semua ini berlaku dengan sebab British menjajah kedua-dua negara itu.

Tapi, hal ini berbeza di Tanah Melayu. British melalui perlembagaan dan desakan orang-orang Melayu telah memutuskan kedudukan raja-raja Melayu sebagai penaung Islam di negeri-negeri. Menurut catatan sejarah, khasnya Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu telah pun mula mendapat kedudukan seperti itu, iaitu sebagai penyelamat dan pelindung agama.

Merah Silu dan lain-lain raja Melayu dilaporkan telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan esoknya mereka menerima kehadiran mubaligh Islam. Serentak dengan itu, apabila rajanya telah menganut Islam, maka seisi negerinya memeluk ajaran Islam.

Tapi, peristiwa istimewa dan kejadian seumpama ini jarang disebut dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain. Kedudukan raja-raja Melayu sebagai pelindung Islam tidaklah boleh disamakan dengan gambaran mengenai pembesar Melayu sebagai pembela Islam walaupun mereka menokok tambah Islam dengan lipstik kosmetik bermodalkan jenama hadhari.

Buktinya, Abdullah Ahmad Badawi sebagai pembesar Melayu tetap kecundang walaupun �kalimah toyyibah� Islam Hadhari tersebut bergema di mana-mana melalui tetuang udara dan tv. Rakyat secara jumhur telah menolak gagasan itu kerana zalimnya pembesar itu berserta angkatan-angkatannya.

Ringkasnya, berbanding pembesar, raja Melayu mempunyai kedudukan lebih jelas sebagai pelindung, penyelamat dan pembela Islam berasaskan susur galur sejarah yang diperjelaskan melalui Sulalatus Salatin.

Bahaya hijau, Hizbul Muslimin di Perak

Ketika mengenangkan kedudukan Dr Siddiq sebagai ahli Majlis Adat Istiadat Melayu Perak, saya teringat ucapan seorang pemimpin Perikatan yang lantang menyebutkan darihal ancaman 'bahaya hijau' dan 'bahaya merah' pada suatu masa dahulu.

"Bahaya merah itu komunis dan bahaya hijau itu datangnya daripada gunung. Gunung itu adalah Gunung Semanggol," kata pemimpin itu lebih kurang yang terlintas di ingatan.

Hizbul Muslimin yang diharamkan British bermuara dari desiran tiupan angin perubahan di Ehya� as-Syarif Gunung Semanggol, Perak. Masyhurnya tempat ini sehinggakan namanya pernah disebut sekilas di dalam filem P Ramlee (Nasib Do Re Mi).

Perjuangan mantan Presiden PAS Dr Burhanuddin al-Hulaimy kebanyakannya bertumpu di negeri Perak. Inilah antara imbuhan saham kredit yang menunjukkan peranan PAS di Perak hadir sebagai pergerakan menentang penindasan penjajahan British di negeri itu.

Kini, PAS telah berjuang membebaskan rakyat daripada cengkaman penjajahan Umno-BN yang terkenal sebagai anak didik British sejak dulu, kini dan mungkin buat selama-lamanya. Melihat hal ini, tidak salah jika diberi ruang kepada PAS untuk mentadbir negeri berkenaan.

Kami akhirnya pulang daripada rumah Dr Siddiq setelah lewat malam, sedangkan beliau masih rancak bercerita darihal pengalaman lalu. Sambil mengucapkan terima kasih di atas penerangan dan perkongsian ilmu, beliau berkata:

"Apa lagi yang boleh kami sebagai orang tua mahu sumbangkan kepada anak-anak muda dalam jemaah kini? Ini saja yang ada," kata beliau, sambil mengiringi kami keluar rumah.

Di luar rumah, sama keadaannya ketika kami tiba awal tadi. Iaitu ada kira-kira 6 hingga 7 ekor kucing sedang menunggu di luar pintu untuk masuk ke dalam rumahnya. Semua ini menarik perhatian.

Sempat juga dia berseloroh mengenai kucing-kucing itu. Gurauan yang penuh bermakna.

"Pintu ini terpaksa ditutup. Kalau tidak, kucing akan masuk. Kalau dibuang, rasa kasihan dan tidak adil pada perjuangan ini. Kita selalu sebut keadilan� keadilan�" ketika ini tangannya diangkat seperti gaya sedang berpidato. Lalu, dia menambah �

"Tapi, kucing kita sendiri pun tidak dapat dibela, diberikan keadilan kepadanya," kata-kata itu membuat saya ketawa sendirian dan hal itu masih melekat di ingatan sehingga kini. Adakah kita sebagai khalifah dapat melaksanakan amanah selepas mandat diberikan rakyat?

Walhal, kalau tidak salah saya, Khalifah Umar al-Khattab r.a pernah berkata, "Kalau ada seekor keldai yang mati kelaparan, maka Umarlah yang akan bertanggungjawab."

Semua inilah yang menjadi bahan renungan fikiran saya dan malah menjadi igauan mimpi ngeri tatkala mengenangkan Barisan Rakyat telah diberi mandat oleh rakyat kini.

Sekolah Pemikiran Pendang,
11:53 p.m, 12 Mac 2008.

8.3.08

Ketua Pengarang Harakah koyak kertas undi, protes pada SPR

Posted on Saturday, March 08 @ 19:55:28 MYT by SongkokPutih
Artikel Pilihan Oleh GearLima

"Ahmad Lutfi OthmanAkibat rasa tidak puas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah gagal berperanan sebaiknya dan menimbulkan kesangsian masyarakat atas beberapa siri tindakannya, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman telah mengoyakkan kertas undi sebagai tanda protes terhadap badan tersebut.



KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh)

Protes pertama dengan cara mengoyak kertas itu telah dilakukan pada jam 3.15 petang di Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Pulau Timbul, Tunjang, Kubang Pasu, Kedah dengan disaksikan oleh wakil-wakil parti PAS, BN dan KeADILan termasuk beberapa petugas SPR dan Ketua Tempat Undi.

Bagaimanapun tiada sebarang bantahan atau teguran yang diterima daripada mereka yang dilihat terpinga-pinga apabila menyaksikan perbuatan Lutfi itu.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Lutfi menyatakan tindakan tersebut telah pun dimaklumkan terlebih dahulu kepada Ketua Tempat Undi tersebut namun pegawai SPR itu menjelaskan bahawa beliau boleh membuat bantahan terhadap SPR mengikut prosedur yang telah ditentukan tetapi bukan dengan cara yang bakal dilakukan Lutfi.

"Saya ambil kertas undi daripada beliau kemudian terus mengoyakkannya dan memasukkan ke dalam tong yang disediakan. Saya tidak mengundi langsung kerana sudah tidak percaya kepada SPR," katanya.

Tindakan tersebut katanya adalah kerana benar-benar kecewa dan kesal dengan sikap SPR yang dilihat berperanan dan bersengkokol dengan parti pemerintah, sehingga cuba mengkesampingkan suara dan pandangan parti-parti pembangkang terhadap proses perjalanan pilihan raya ini.

Sebagai contoh isu dakwat kekal yang dibatalkan SPR di saat akhir sebenarnya telah dibantah pengunaannya oleh kabinet sebelum pembubaran parlimen pada 13 Februari lalu, cuma SPR mengambil masa lama untuk membatalkannnya sehingga membazirkan wang rakyat, menipu dan menyusahkan pelbagai pihak, katanya.

"Menurut sumber dalaman SPR, pengunaan dakwat itu tidak dipersetujui oleh kabinet tetapi kenapa SPR tak umumkan lebih awal?" katanya.

Dalam masa sama SPR dilihat berkomplot dengan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk 'menghalalkan' tindakan pembatalan dakwat tersebut dan supaya rakyat menerima 'keselamatan awam' sebagai alasan.

Begitu juga dengan beberapa siri bantahan yang ditolak SPR semasa hari pencalonan termasuk arahan berbeza terhadap pengesahan duti setem atas borang pencalonan yang melihat peranan SPR itu semakin dipersoalkan rakyat kata Lutfi.

"Bagaimana dengan isu anggota tentera yang dikesan boleh mengundi sebagai orang awam dan pegawai SPR yang mengundi dua kali yang dilaporkan pada hari ini," kata Lutfi

"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mengoyakkan kertas undi tanda protes terhadap SPR yang semakin hilang kepercayaan orang ramai dan diragui kewibawaannya," katanya.

Kawasan tersebut menyaksikan pertandingan Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam di antara KeADILan melawan Barisan Nasional di bawah Parlimen Kubang Pasu yang melihat Dato' Johari Baharom dicabar oleh calon PAS yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kubang Pasu Dr Abdul Isa Ismail.

Lutfi sebelum ini pernah mencadangkan supaya PAS mengetuai kempen besar-besaran menggesa Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan segera khidmat Rashid sebagai Pengerusi SPR memandangkan beliau tidak lagi mendapat kepercayaan awam.

Katanya Perkara 114 (1) dan (2) Perlembagaan menjelaskan: "SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja ... Pada melantik ahli-ahli SPR, Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam."

"Fokuskan tindakan kali ini untuk memecat Pengerusi SPR yang makin hilang kewarasannya itu. Jika Rashid berjaya dipecat, saya kira gelombang kuning baru menunjukkan keberhasilannya," kata Lutfi dalam laman webnya detikdaily.net "

7.3.08

Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai

Posted on Friday, March 07 @ 07:10:21 MYT by SongkokPutih Oleh peluit

"Jika kita tenguk cerita P. Ramlee orang jawa ini sanggup jual anak sebab mahukan harta. Ramai pemimpin kita di Malaysia dari kalangan Jawa. Kuat pengaruh & ilmu Jawa ini. Tenguk sahaja tarian mereka dengan kuku-kuku melentiknya. Memang golongan Jawa kaum yang gigih perkasa, tekun & amat setia dalam mencari harta.

Bagi kalangan mereka yang tinggal di dalam masyarakat Jawa tentunya tahu bagaimana orang Jawa giatnya mengejar harta. Tidak ada tanah terbiar. Malahan kampung mereka menjadi contoh di peringkat kebangsaan. Itu hebatnya golongan MB Khir Toyo. Jangan hairan satu ketika nanti Tanah Melayu akan bertukar jadi Tanah Jawa. Maka itu jika golongan ini telah memegang tampuk pemerintahan jangan harap dapat cepat kita ambil semula kuasa di tangan mereka selagi mereka tidak jadi jutawan. Itu yang terjadi banyak kawasan di Selangor & Johor yang ramai kaum Jawa. Tenguk rumah mereka pun sudah bagaikan istana.

Amat berbeda dengan kaum Melayu yang asalnya memang juga ramai dari seberang. Tetapi jika kita amati sejarah Melayu Asli bukannya dari seberang. Ada yang kata dari India; sebab itu kawin berinai & cerita bangsawan dulu sebut dewata perbagai.

Jawa itu juga Melayu; begitu juga Banjar, Minang, Bugis, Rawa & ramai lagi puak lain. Mana ada di MyKad nak tulis Bangsa itu Jawa atau Melayu.

Lupakan isu Jawa Bugis Melayu semua ini.

Isu Melayu Jawa tak penting; tapi adat & sopan santun itu boleh kita pertikaikan. Itu isu yang boleh didebatkan. Rasanya jika MB Khir Toyo itu benar-benar Melayu dia memang tak tergamak nak hadiahkan penyapu biarpun seseorang itu buat kesalahan. Secara ilusinya peradapan itu yang akan terserlah jika kita angkat seseorang yang wajar atau tidak wajar menjadi pemimpin. Mana ada dalam kamus Jawa bidalan jika mahu menarik benang dari tepung jangan sampai tepung berselerak... MB Khir Toyo pernah dengar ini tapi bukan adat & sentiasa mengamalkannya. Dia bukan Melayu jati. Maka dia lebih suka guna penyapu... jika dah guna penyapu apa akan jadi dengan tepung. Isk!.

Menghambat orang dengan penyapu dikira biadap; seharusnya pemimpin begini kena menyembah maaf. Pemimpin tidak beradab namanya. Malu amat seorang ketua dihadiahkan penyapu. Melampau!. Apakah kita mahu bersalaman wawasan dengan pemimpin sebegini. Ego. Jika enggan mengaku yang dirinya ego; tika pilihan raya inilah rakyat jelata kena mengajar pemimpin yang tidak bersopan ini. Kes penyapu hanya sekelumit sahaja sejarah MB Khir Toyo ini, banyak lagi skandal & rasuah yang didedahkan oleh BA yang melibatkan MB Khir Toyo. Cuba ingat-ingatkan kembali.

Buat jalan RM4.5 juta untuk satu kilometer; tanah tol Dr Hasan Ali yang dipertikaikannya; Orang tua tu nak buat kerja baik dengan tanah tu. kawasan-kawasan tanah yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno, dari Sepang ke Sabak Bernam hingga ke Ulu Bernam termasuk di Bukit Cherakah, Bukit Raja, Sg.Buluh, Rawang, Gombak dan lain-lain lagi... sebahagiannya tentunya milik bangsa kita... nak buat benda apa di tanah itu MB Khir Toyo tak persoalkan .. perobohan rumah setinggan Kampung Beremban & banyak lagi... semak-semaklah di internet!...

Sekali lagi diulangi...rakyat jelata kena mengajar pemimpin yang tidak bersopan & tiada adab ini... Inilah masanya untuk memberi pengajaran kepada Umno@BN. Jika masih bersetongkol dengan golongan yang ego ini nak dipanggil apalah nilai bangsa kita nanti!!!"


"Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai" Configure 4 comments Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai (Score: 1)by xyx123 on Friday, March 07 @ 09:55:45 MYT(User Info Send a Message)

ORANG JAWA ITU RAJIN BEKERJA NAMANYA..BERBUDI PADA TANAH AKAN DAPAT HASILNYA..FAHAM!!!!DALAM BA PUN RAMAI ORANG JAWA TAU..CAKAP TU BERHATI-HATI SIKIT OIII!! AKU NI ORANG JAWA..[ Reply to This ]

Re: Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai by peluit on Friday, March 07 @ 12:40:27 MYT

Re: Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai (Score: 1)by manusia on Friday, March 07 @ 11:17:26 MYT(User Info Send a Message)

x payahla nk berjawa2. Islam sudah.[ Reply to This ]

Re: Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai (Score: 1)by ammerang05 on Friday, March 07 @ 11:34:59 MYT(User Info Send a Message)

dlm byk2 toyol ade satu jenis toyol yg suke keluar tak kira pagi atau mlm.....sape pandai boleh jawabkalau betul hadiahnye penyapu buruk[ Reply to This ]

6.3.08

Jadual aktiviti penerangan di laman web

Posted on Thursday, March 06 @ 17:34:00 MYT by SongkokPutih Oleh peluit

"Saudara Pengarang, Assalamualaikum, Tinggal penghujungnya saat berkempen. Rata-rata rakyat hanya tertumpu menonton TV atau mendengar radio yang dikuasai BN. Kempen pilihan raya tidak semeriah dulu. Parti pembangkang perlu menyiarkan jadual berkempen setiap negeri melalui laman web di TranungKite, Harakah atau mana-mana laman web yang lain.

Tentunya ramai bakal pengundi masih boleh dipujuk pun disedarkan melalui kempen yang tinggal beberapa hari sahaja lain. Seharusnya pembangkang menggunakan kesempatan yang tinggal sekelumit ini berkempen semeriah Anwar ditangkap tahun 1998 lalu. Betapa setiap pelusuk tanah air bagaikan berpesta setiap kali ada kempen atau ceramah untuk menyelamatkan Anwar.

Keadaan sekarang juga amat panas, baru beberapa hari sudah jurugambar yang berkerja dengan Anwar maut dilanggar lari. Esok lusa belum tentu apa lagi akan berlaku. Yang pasti perbalahan dengan anggota polis pasti akan berlaku lantaran jujuran kemasukan bas pengundi hantu ke Kelantan nanti.

Jika Umno@BN tidak mendapat majoriti 2/3 nanti bukan mustahil kumpulan Umno yang memang samseng sejak dulu tidak akan berpuas hati & akan cuba melakukan kekacauan. Ini biasa berlaku jika Umno hilang pengaruh. Jika dulu BN sering melabelkan pembangkang pengganas sementelahnya semua rakyat sedar kini kumpulan mereka jauh lebih ganas dari BA. Siri pembunuhan politik di kalangan mereka semua rakyat nampak. Bukan setakad membunuh pengaruh politik sesama mereka malahan penembak curi dalam kalangan mereka pun memang ujud sejak berzaman.

Nafsu tamak akan duniawi di kalangan BN memang sukar dibendung lagi. Rata-rata kalangan pemimpin mereka hidup mewah; sedangkan penyokong mereka sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Sehari dua ini memang pasar raya penuh pengunjungnya kerana ramai kalangan rakyat makin hilang keyakinan akan keselamatan rakyat kini. Membeli belah jika berlaku darurat. Jika terjadinya perbalahan yang dipuncakan tidak puas hati dari kalangan BN risikonya amat tinggi. Apatah lagi jika ada parti komponen mereka yang bakal berpaling tadah. BA sememangnya telah lali & reda dengan kekalahan. Payahnya golongan BN yang rata-rata kian leka dengan kemewahan ini semakin hari semakin rakus menyalah gunakan kuasa yang ada. Apa akan berlaku jika tetiba mereka ini hilang kuasa?. Terbiasakah mereka menerima kekalahan!.

Mereka tidak sedar rakyat makin jelak diperbodohkan malahan makin ramai terhimpit dengan jola joli pemborosan puak atasan BN. Lagak pemimpin BN tak ubah bagaikan mahu meminang Puteri Gunung Ledang yang memaksa rakyat jelata berkorban segala demi menuruti nafsu serakah mereka.

BA kena terus berjuang, biarpun tidak tercapai matlamat kali ini tetapi kena sedarkan rakyat jelata yang BN kini perlulah ditarik semula kuasa mereka.
Peluit"

6.3.07

Ambil tindakan ke atas Chandra Muzafar yang kurang ajar

Sunday, June 03 @ 14:21:50 MYT by din-cryptos Oleh Nazry Ariffin

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa pihak berkuasa agama di negara ini mengambil tindakan atas Chandra Muzaffar kerana dalam akhbar The Star hari ini Chandra berkata Quran tidak melarang atau menghukum seseorang kerana meninggalkan agamanya.

Apakah Chandra tidak sedar bahawa kesalahan murtad adalah suatu kesalahan besar di dalam Islam. Individu yang murtad mesti dinasihatkan supaya kembali kepada Islam tetapi jika si murtad tersebut ingkar juga maka hendaklah hukuman bunuh dilakukan kepadanya.

Kenyataan yang dibuat oleh Chandra Muzaffar ini adalah kenyataan yang mencabar hukum Allah sendiri. Individu dan orang Islam seperti inilah sebenarnya yang mencemarkan kesucian dan kemurnian Islam kerana gemar sangat bercakap dalam isu yang mereka sebenarnya jahil.

Oleh itu Dewan Pemuda PAS Bukit Katil sekali lagi menggesa pihak berkuasa agama menyiasat kenyataan Chandra ini dan seterusnya mengheret Chandra yang celupar ini ke muka pengadilan.Nazry AriffinKetua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil

TranungKite

1.2.07

APAKAH MENGKRITIK SUATU BUDAYA BARU?

Di dalam arus kemodenan dan suasana komunikasi yang pelbagai cara, orang ramai kini lebih cerdik dan tajam daya pemikirannya. Tanpa mengira peringkat umur dan lapisan masyarakat, mereka kini lebih terbuka di dalam meluahkan pendapat dan cadangan untuk turut sama berkongsi idea terhadap sesuatu perkara.

Fenomena seperti ini sebenarnya bagus jika ianya menjurus kepada percambahan ilmu dan maklumat. Pembangunan minda juga dapat dijanakan agar otak dan akal fikiran lebih bersikap terbuka dan progresif.

Namun mengkritik atau memberi kritikan seolah-olah sudah menjadi arus perubahan yang terkini kepada orang ramai. Ia juga sejajar dengan perkembangan terkini teknologi komunikasi dan maklumat di abad ke 21. Kita turut sama menggunakan dan manfaatkan arus kemodenan ini.

Jika 10 tahun yang lalu, pengkritik lebih terarah kepada orang politik dan media hiburan, kini sesiapa pun boleh menjadi pengkritik. Pelbagai saluran dan medium yang terhidang di depan kita telah menggalakkan orang ramai turut sama berkongsi sesuatu isu. Medium komunikasi seperti internet, e mail, SMS, saluran tv interaktif, media cetak dan blog telah menggalakkan kita menyampaikan analisis dan pandangan sama ada positif atau negatif terhadap sesuatu isu dengan lebih hebat tanpa batasan.

Menurut Kamus Dewan "mengkritik" yang berasal dari perkataan "kritik" membawa dua maksud. Pertama ia bermaksud, "membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera dan sebagainya". Kedua ia bermaksud "memperkatakan (mengulas dan sebagainya) keburukan dan kelemahan sesuatu atau seseorang; mengecam, membidas dan mencela".

Jika dahulu, perkataan "kritik" ini jarang sangat didengar dan juga jarang dinamakan seseorang itu sebagai pengkritik. Kini kritik, pengkritik dan mengkritik sudah menjadi suatu amalan baru di dalam masyarakat kita. Kita kini bebas meluahkan pendapat melalui kritikan dengan berbagai saluran dan cara. Masyarakat kini boleh mengkritik sesiapa sahaja, dari menteri sehinggalah ke artis pujaan mereka. Dari pelajar belasan tahun sehinggalah golongan usia emas bebas mengkritik apa sahaja yang mereka fikirkan.

Apakah kita sudah bersedia apabila orang lain mengkritik kita sehingga kepada hal peribadi?. Apakah tidak merah telinga kita mendengar kritikan pedas terhadap diri kita?. Apakah kita tidak tersinggung jika organisasi yang kita anggotai dikritik hebat sehingga seperti boleh mencetuskan pergaduhan jika tahap kesabaran kita dicabar?.
Apa yang dapat dilihat, akhbar lebih berdisiplin dan bertanggung jawab untuk menyekat kritikan yang boleh mengeruhkan keadaan dan menjatuhkan maruah seseorang dengan menapis artikel-artikel sebelum dicetak dan diedarkan kepada orang ramai.
Bagaimana pula dengan e mail, internet, saluran interaktif tv, SMS dan blog yang berkonsepkan "real time"?. Apakah boleh kita sekat kritikan yang bersifat mengumpat, mencaci dan menghina seseorang?. Apakah boleh ditapis kritikan yang menjurus kepada pergolakan kaum dan penghinaan pegangan agama?.

Budaya mengkritik kini adalah lebih bersifat menghentam, menjatuhkan maruah, pencetus emosi, provokasi dan pencetus kemarahan yang jika tidak di kawal akan mencetuskan keburukan dan huru hara.

Jarang sekali terdapat kritikan yang membina dan mempebaiki kelemahan sesuatu atau seseorang. Kritikan yang baik sebenarnya boleh mewujudkan suatu sistem "check and balance" dalam sesuatu organisasi. Tanpa kritikan kita mungkin tidak tahu kelemahan kita. Kritikan yang produktif amat dialu-alukan kerana kita mungkin tidak dapat mengukur apa yang kita lakukan itu baik atau tidak. Hanya pemerhati sahaja yang boleh mengetahui apa yang kita lakukan dan rancangkan itu berkesan atau tidak.
Yang lebih menonjol masa kini ialah kritikan yang berunsur fitnah, provokasi, mengumpat dan menghina. Lebih malang lagi anak muda belasan tahun telah didedahkan dengan fenomena mengkritik tanpa batasan dan alasan.

Sebagai contoh stesen tv berbayar mengadakan saluran khusus untuk pelanggannya berinteraktif melalui SMS dan masej akan disiarkan di kaca tv. Saluran @ 15 Astro telah menjadi medan kutukan dan umpatan terhadap individu yang mereka tidak sukai.
Walaupun pengendali saluran tersebut masih dapat mengawal perkataan lucah dan sensitif, namun gaya penulisan yang lebih bercorak mengutuk dan menghina, sebenarnya telah menggalakkan remaja lebih terarah kepada budaya kurang ajar dan tidak bersopan. Apakah remaja tersebut bangga dengan hantaran SMSnya yang bersifat kutukan dan kejian itu ditonton oleh berjuta penonton?.

Terdapat juga kritikan politik dan sosial di laman web. Kritikan yang lebih kearah serangan peribadi dengan kata-kata lucah dan mencarut sudah lama berlaku. Namun ianya tidak menjadi tontonan berjuta orang secara serentak atau "real time" kerana hanya seseorang yang akses ke laman web tersebut sahaja yang dapat membacanya.
Hakikatnya saluran dan medium apa pun, mengkritik sudah menjadi budaya terkini masyarakat Malaysia. Percambahan minda dan berkongsi idea sememangnya digalakkan. Akan tetapi jika ianya lebih menjurus kepada menghancurkan dan menjatuhkan air muka sesuatu atau seseorang, ia sebenarnya tidak membina minda.

Mengkritik yang berunsur dan berniat buruk dan negatif semakin ketara. Apakah tiada usaha untuk membenteras sikap sebegini?. Kita akan kecewa dikemudian hati apabila masyarakat sudah tidak dapat membezakan antara kritikan, nasihat, saranan, teguran ataupun pendapat.

Jika budaya mengkritik keterlaluan ini tidak dibendung, tidak mustahil anak kita sendiri mengritik ibu bapanya dengan perkataan mengecam, menghina dan membidas kita sendiri apabila mereka tidak berpuas hati dengan ibu bapanya.

Tidak mustahil juga anak kita sendiri mengkritik kita melalui saluran komunikasi yang terhidang luas di depan mereka sebagai tanda protes dan meluahkan kemarahannya.
Mengkritik biarlah berpada-pada dan jangan sampai melukai perasaan seseorang. Kritikan membina dihargai, kritikan menghina dijauhi.

Tanah Melayu

2.1.07

Lepas rindu pada isteri orang

2010/02/04

MUADZAM SHAH: Tindakan seorang wanita yang juga isteri orang ‘makan luar’ ketika dalam proses penceraian mengundang padah apabila ditangkap berkhalwat bersama pasangannya, kelmarin.

Kadi daerah, Mohd Rizal Mohd Ali Napiah, berkata pasangan itu dicekup di simpang Lebuhraya Keratong-Bahau kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, penguat kuasa Pejabat Agama Daerah (Paid) yang melakukan rondaan terlihat sebuah kereta dengan lampu terpasang dalam keadaan mencurigakan di simpang jalan berkenaan.

“Apabila diperiksa, anggota penguat kuasa menemui pasangan terbabit sedang asyik bermadu asmara sehingga tidak sedar kehadiran anggota penguatkuasa yang mengetuk cermin kereta mereka,” katanya, semalam.

Katanya, kedua-dua pasangan berusia 24 tahun itu sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi dan mengambil kesempatan berjumpa kerana wanita berkenaan perlu menghadiri kursus di Kuantan.

Mohd Rizal berkata, wanita berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan dan bekerja dengan syarikat swasta di Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, suami wanita terbabit juga bekerja di sebuah syarikat swasta di Shah Alam dan mengalami krisis rumah tangga dengan isterinya itu.

“Wanita itu dikatakan dihantar syarikatnya untuk berkursus di Kuantan, namun singgah di sini kerana berdekatan dengan rumah keluarganya,” katanya.