Pengerusi
Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa
penganjur tidak akan mengadakan perarakan ke Stadium Merdeka bagi
perhimpunan 12 Januari.
"Tidak ada perarakan, cuma berjalan lenggang lenggok secara bersantai ke sana," katanya sambil diiringi ketawa kecil wartawan.
Tambahnya,
penganjur akan memaklumkan kepada ketua polis negara Tan Sri Ismail
Omar mengenai kesediaan Stadium Merdeka untuk membenarkan lokasi itu
digunakan bagi perhimpunan tersebut.
Selain itu, penganjur juga
akan menghantar wakil untuk bertemu ketua polis daerah Dang Wangi
Zainuddin Ahmad esok bagi menyelaras kerjasama berhubung perhimpunan
tersebut.
"Hasrat IGP mahukan perhimpunan ini himpunan yang
bersejarah, aman, teratur sebelum pilihan raya umum kerana selepas ini
Pakatan Rakyat akan mengambil alih melalui proses demokrasi.
"Himpunan
ini akan menjadi rekod kepada negara dunia ketiga dengan memberi
isyarat kepada SPR dan pengamal media kerajaan supaya menunaikan
tuntutan rakyat.
"Kita tak mahu ambil alih (negara) melalui pertumpahan darah," katanya.
Selain
itu, pihaknya akan menghantar delegasi itu bertemu dengan OCPD Dang
Wangi Zainuddin Ahmad esok untuk menyelaraskan kerjasama bagi menjaya
perhimpunan tersebut, katanya.
Seorang lagi anggota jawatankuasa
penganjur, Tian Chua berkata beliau tidak melihat bahawa kekacauan akan
berlaku dalam perhimpunan berkenaan.
"Pihak penganjur dan polis sentiasa mengadakan perbincangan dan dialog untuk memastikan ia berjalan dengan lancar," kata Tian.
Polis
juga tidak meletakkan syarat yang melarang orang membawa kain rentang
pada perhimpunan tersebut dan pihaknya memberi jaminan akan bekerjasama
dengan pasukan keselamatan pada hari tersebut.
"Polis tidak akan
membuat sekatan jalan raya. Polis memberi jaminan tidak akan ada
halangan. Dan kita ada wakil untuk bantu orang ramai ke stadium.
Seorang
lagi anggota jawatankuasanya, Hishamuddin Rais berkata, perhimpinan
berkenaan antara lainnya akan diisi dengan ucapan pemimpin parti
politik, NGO dan diselang seli dengan lagu dan bacaan puisi oleh
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Pihak penganjut juga akan
membaca deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan diakhiri dengan bacaan
doa oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan