Adik
kepada seorang lelaki yang membunuh diri bersama isteri dan anaknya di
Pengerang pada hari pertama tahun 2013, telah menafikan bahawa ia
disebabkan oleh pengambilan tanah untuk projek Pembangunan Bersepadu
Petrokimia (Rapid).
Pang Mao Fong, 55, mengadakan sidang akhbar bersama dengan Naib Pengerusi MCA Johor, Jason Teoh semalam selepas memberi penghormatan terakhir kepada abangnya, Jing Rong, 64, kakak iparnya, Wang Ya Yee, 58, dan anak lelaki mereka, Qi Hao, 20, yang mengalami down sindrom.
Menurut laporan China Press, Mao Fong percaya kematian tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan pengambilan tanah kerana kerajaan masih belum memulakan proses pengambilalihan tersebut.
Semalam, Chua Peng Sian, bendahari bagi Gabungan NGO Pengerang yang mengetuai gerakan anti-Rapid, mendakwa, kerana terpaksa berpindah mungkin menjadi salah satu sebab di sebalik tragedi tersebut kerana keluarga berkenaan telah menyewa tanah terbabit, dan oleh itu hanya boleh menerima pampasan sekitar RM20,000.
Fong Mao percaya bahawa Jing Rong, seorang pesakit yang didiagnos dengan kemurungan dan tekanan darah tinggi, tidak dapat menanggung beban yang berat menjaga isterinya kurang upaya kerana angin ahmar dan keadaan anaknya itu.
"Rumah di Kampung Jawa, Pengerang itu dibeli bersama oleh adik-beradik yang lain yang lebih muda untuk keluarga Jing Rong. Kami menolongnya dengan bantuan kewangan setiap bulan.
"Abang saya tidak membunuh diri kerana wang. Beliau tidak pernah mengadu kepada kami," katanya dipetik sebagai berkata.
Mao Fong berkata polis menyoal beliau selama lebih satu jam selepas media melaporkan bahawa Jing Rong membunuh diri berkaitan isu pengambilan tanah.
Oleh itu, beliau menuntut Gabungan NGO Pengerang yang bertanggungjawab atas spekulasi tersebut, dan pihak media supaya menjelaskan isu itu dan meminta maaf.
China Press melaporkan bahawa beberapa penduduk tempatan masih bertanggapan bahawa pengambilalihan tanah mungkin menjadi antara faktor yang membawa kepada tragedi tersebut.
Teoh, yang juga ketua MCA bahagian Gelang Patah, menuntut agar individu dan organisasi yang membuat tuduhan tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka, dan menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu tersebut.
Beliau berkata sesiapa yang membuat kenyataan yang tidak berasas boleh menghadapi tindakan di bawah tuduhan menghasut.
Bagaimanapun, Naib Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Sim Seng San menyangkal dakwaan Mao Fong dan Teoh, dengan berhujah bahawa kedua-duanya tidak dapat memahami kesusahan yang dihadapi oleh keluarga Jing Rong kerana mereka bukan penduduk tempatan.
"Mengapa menuntut kita memohon maaf? Kami tidak akan memohon maaf! Kami hanya berkata bahawa faktor pengambilalihan tanah tidak harus dikesampingkan.
"Teoh terlalu sensitif," katanya, sambil menambah bahawa satu-satunya cara untuk Mao Fong dan Teoh mengetahui kebenarannya ialah untuk 'berdepan dengan kebenaran tentang si mati'.
Bendahari organisasi itu, Chua juga mengulangi bahawa Jing Rong pernah memberitahunya bahawa hanya RM20,000 pampasan akan dibayar kepada keluarga tersebut.
Menurut Chua, Jing Rong tidak selesa tentang masa depan mereka.
Ketua MCA Pengerang, Tan Yong Seng juga mengesahkan laporan China Press bahawa Jing Rong telah meminta bantuan dari MCA kerana bimbang keluarganya akan kehilangan rumah mereka jika tanah itu diambilalih.
Beliau berkata Jing Rong menangis dan berkata dia akan membunuh dirinya dan keluarganya.
"Kami berjanji kepadanya bahawa MCA akan membantunya. Jika mereka terpaksa berpindah, kita akan membantu keluarga itu mendapat sebuah rumah baru, "kata Tan.
Seorang lagi pemimpin MCA tempatan juga memberitahu Sin Chew Daily bahawa parti itu telah membantu keluarga tersebut mendapatkan bantuan RM450 bulanan dari jabatan kebajikan sejak Jun tahun lepas.
Sebaliknya, Johor ketua CID, Hashim Haron menjelaskan dalam satu kenyataan semalam bahawa motif Jing Rong membunuh diri ialah kerana tertekan oleh beban kehidupan untuk mengurus isteri yang telah uzur serta anak yang cacat dengan 'down sindrom'.
Beliau juga berkata bahawa Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Che Mahazan Che Aik telah menafikan kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan "mangsa membunuh diri" bersama keluarga kerana hidup dalam kemiskinan seperti yang dilaporkan dalam sebuah sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris.
"Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak memutar belitkan fakta dalam kejadian ini," kata Hashim.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan