Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.4.10

Masyarakat Melayu tenat


Abdul Khalid Nov 17, 05 3:43pm

Kira-kira 90 peratus penghuni Pusat Serenti adalah anak Melayu. Seks bebas, peratusan jenayah 'muka depan' seperti rogol, samun dan buang anak yang baru lahir adalah angkara orang Melayu. Majoriti graduan yang menganggur juga Melayu.

Kejayaan orang Melayu hanyalah berputar di arena hiburan. Akademi Fantasia. Malaysian Idol. Semuanya didominasi oleh kaum Melayu. Kaum yang menghuni sebahagian besar Pusat Serenti dan penjara ini menangisi kekalahan artis pujaan mereka di medan perjuangan.

Orang Melayu sanggup menghabiskan masa dan wang demi meletakkan artis pujaan mereka di 'puncak kemegahan orang Melayu'. Kaum yang sering diklasifikasikan sebagai kaum yang malas berfikir ini masih terkinja-kinja mencari arus yang boleh meletakkan mereka di tempat yang dianggap mewah dan gagah.

Orang Melayu meletakkan kayu pengukur buatan sendiri dan berusaha mencapainya. Akhirnya kaum ini berjaya menempa nama di arena hiburan dalam negara, di dalam carta jenayah negara, di dalam carta kemiskinan negara. Nah, inilah kejayaan kita.

Media kaum Melayu menyaran bangsanya menjadi lebih bertamadun, mencintai kejayaan, dan menggalakkan bangsanya lebih banyak berfikir. Namun saranan ini hanya mengisi dua peratus daripada kandungan media itu sendiri.

Selebihnya dimuatkan agenda perjuangan asal mereka – hiburan, artis dan gosip.

Profesor dan pensyarah di IPT sibuk membincangkan tentang siapa yang boleh menjadi penyelamat bangsa yang makin parah ini. Akhirnya, yang dipilih adalah mereka-mereka yang lahir dari kancah 'kejayaan' ukuran sendiri.

Hakikatnya, masyarakat Melayu sekarang tidak ubah seperti masyarakat Arab jahiliyah. Hiburan di mana-dimana, artis menjadi pujaan, korupsi, salahguna kuasa, pergaulan dan seks bebas, bunuh, rogol dan buang anak menjadi agenda harian.

Jikalau dulu Allah telah menghantar kekasihNya untuk memimpin umatnya ke jalan bahagia, Allah tidak akan menghantar lagi nabi untuk memperbaiki masyarakat Melayu. Allah hanya akan menghantar malaikat Israfil untuk meniup sangkakala untuk umat ini.

Bagi mereka yang menghidupkan Islam di dalam dirinya dan menyambung perjuangan nabiNya, Allah telah menjanjikan mereka syurga dan keredhaanNYA. Bagi mereka yang terus di dalam kejahilan, Allah telah janjikan neraka dan kemurkaanNya.

Pilihlah, pilihlah wahai bangsaku.

Tiada ulasan: