Kiriman peluit
Hari ini Persidangan Agung UMNO mendapat liputan meluas oleh media massa arus perdana di seluruh negara. Semua rakyat marhaen di Malaysia diwar-warkan dengan gagasan pemulihan UMNO untuk mendapat pengaruh yang lebih gah setelah kemenangan mereka di Bagan Pinang.
Bagi penyokong Pakatan Rakyat (PR) pastinya panas cuping telinga lantaran buka mana jua stesen TV terutama TV1, TV2 & TV3 tiada ceritera lain selain dari UMNO.
Maka itu sudah tiba masanya PR berusaha agar mendapatkan ruang untuk mengujudkan stesen TV sendiri yang berpengaruh tidak hanya bergantung dengan internet (Dunia Maya) semata.
Pengaruh TV amat besar berbanding radio atau akhbar. Bayangkan rakyat marhaen sanggup mengeluarkan duit untuk mendapat khidmat Astro semata-mata mahu bersantai atau mencari maklumat secara terbuka.
Semua tahu PR amat terhad dalam mengeluarkan pandangan atau wasasan di media massa arus perdana negara ini lantaran ianya dikawal oleh pemerintah Barisan Nasional (BN) kini. Jika PR yakin dengan hanya bergantung dengan sebaran maklumat di dunia maya atau akhbar semata rasanya pilihan raya umum akan datang (PR13) belum ada jaminan kukuh PR dapat mempengaruhi jiwa rakyat marhaen terutama mereka yang berada di luar bandar.
BN mempunyai kuasa kukuh dalam bajet pembangunan mereka. Serangan wawasan kemajuan atau pembangunan yang mereka laungkan sering mendapat perhatian rakyat marhaen yang rata-rata amat takut dengan kemiskinan. Kelantan diambil contoh di mana PR lama memerintah tetapi sering diwar-warkan sebagai sebuah negeri yang mundur. Tanpa saluran TV yang berpengaruh di mana PR mahu mencelikkan mata umum yang dakwaan BN ini provokasi belaka.
Apa yang digusarkan jika PR asyik sibuk dengan tugasan baru kini tanpa menunjukkan perubahan yang drastik ketika memegang pucuk pimpinan sesebuah negeri yang diperintah; Rakyat marhaen akan tertanya-tanya apa bedanya semasa BN memerintah berbanding PR memerintah. Perubahan corak pemerintahan ini seharusnya menjadi daya tarikan untuk mencari sokongan baru terutama kepada generasi muda yang akan mula memangkah undi. Jika perubahan ini nampak jelas & bertepatan dengan jiwa rakyat marhaen dipaparkan di skrin TV pastinya sokongan rakyat akan bertambah.
Note:
Posted on Thursday, October 15 @ 09:28:51 MYT by aya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan