Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.10.09

Khairy Yang Tidak Cerdik

Kiriman bilahrotan

Perasuah merangkap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah menyampaikan ucapan sulungnya dalam Perhimpunan Agung Tahunan UMNO 2009 di PWTC. Retorik yang disampaikannya enak didengar tetapi dilontarkan secara hentam kromo, yakni tanpa bukti dan fakta yang autentik. Hal ini biasanya dilakukan oleh mahasiswa universiti yang gred puratanya 2.0 sahaja. Dia langsung tidak membuat homework bagi mempertahankan wibawanya sebagai ketua pemuda.

Mungkin dia beranggapan bahawa semua perwakilan pemuda yang berada di hadapannya setaraf atau lebih rendah daripada kebolehannya. Inilah masalah yang dihadapi oleh pemimpin UMNO. Mereka tidak cukup cerdik untuk memimpin. Oleh sebab itu, Malaysia selalu kecundang dalam mempertahankan hak, sekalipun dengan negara kecil seperti Singapura.

Kita ikuti inti ucapannya di bawah.

Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN kerana mereka tidak pun berpegang kepada Perlembagaan.

Pernyataan di atas adalah satu tuduhan. Tuduhan itu amat berat dan berniat jahat. Sebagai ahli politik, dia pasti tahu semua organisasi politik di seluruh pelosok dunia mempunyai prinsip dan ideologi yang telah ditetapkan. Dia sepatutnya memberi contoh parti yang tidak berprinsip itu. Rakyat Malaysia semuanya tahu prinsip perjuangan PAS, iaitu Islam. Rakyat Malaysia semuanya tahu prinsip perjuangan DAP, iaitu sosialisme. Rakyat Malaysia semuanya tahu prinsip perjuangan PKR, iaitu keadilan sosial. Hanya orang yang cetek pengetahuan seperti Khairy sahaja yang tidak mengetahui perkara itu.

Khairy menyerang pakatan pembangkang dengan tuduhan liar apabila mendakwa mereka tidak berpegang kepada Perlembagaan. Dia bermaksud, pembangkang menentang satu daripada lima prinsip Rukunegara, iaitu keluhuran perlembagaan. Adakah dia bermaksud pembangkang menjadi penderhaka kepada negara kerana melanggar prinsip Rukunegara itu? Jika demikian, mengapa dia mengambil keputusan untuk melalak di pentas? Sepatutnya dia memohon semua pemimpin pembangkang disumbat ke penjara. Hakikatnya Khairy tidak bermaksud demikian. Sebagai badut politik yang ketandusan idea, dia sendiri tidak faham apa-apa yang diucapkannya.

Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?


Ada gaya Ezam dalam pernyataan itu. Khairy bertambah tidak rasional apabila melontarkan kata-kata di atas. Jika benar DAP tidak henti-henti menyerang kedudukan Raja-Raja Melayu, mengapa tidak kedengaran perbuatan itu sekarang ini dan tiada mana-mana pemimpin DAP yang dihukum? UMNOlah yang telah berkali-kali menghina raja. Dia sengaja melupakan fakta ini kerana terlalu ghairah hendak menghentam pembangkang. Itu taktik orang gila namanya. Parti-parti pembangkang dan NGO bersatu hati melancarkan demonstrasi menentang PPSMI. Adakah perbuatan itu menentang Bahasa Melayu? UMNOlah yang menyebabkan 3 juta murid di Malaysia terkandas pelajarannya kerana PPSMI. Ungku Aziz kata PPSMI projek gila.

PAS sentiasa memimpin orang bukan Islam dalam DAP dan PKR untuk memahami Islam. Itu yang dikatakan PAS membantu DAP dan PKR menolak ke tepi asas negara? Jangan jadi bodohlah. Hakikatnya UMNO bukan sahaja tidak pernah sekalipun mengajak orang bukan Islam dalam BN mengenal Islam secara lebih dekat malahan menolak Islam dan menakut-nakutkan mereka tentang hukum hudud. UMNOlah yang sebenarnya menolak ke tepi prinsip asas negara.

UMNO dan Pemuda UMNO tetap akan menjadi pejuang bangsa, mempertahankan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, dan Bahasa Melayu.

Setelah terperangkap dengan sanggahan di atas, inilah pernyataan tidak cerdik dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pernyataan itu bukan sahaja sesat malahan juga menyesatkan. Rakyat Malaysia sudah tahu Tanah Simpanan Melayu dirompak oleh UMNO. Rakyat Malaysia sudah tahu UMNO tidak mahu menjadikan Islam sebagai prinsip perjuangannya. Para pemimpin UMNO masih menyatakan kepada media bahawa parti mereka ialah parti nasionalis sehingga hari ini. UMNOlah yang menyebabkan Bahasa Melayu tidak boleh menjadi bahasa dunia.

Khairy tidak lebih daripada ayam laga yang hanya pandai berkokok tetapi ekor bergelumang taik. Imej sedemikian adalah sesuatu yang lumrah. Setelah MCA menolak rasuah dan pemimpin tidak bermoral, UMNO menjunjung tinggi perasuah. Sudahlah begitu, ada hati pula hendak membanteras rasuah. Begitu sekali bercelarunya pemikiran dan paradoksnya orang UMNO. Tidak payahlah berselindung di sebalik sehelai lalang.-bilahrotan.blogspot

Posted on Thursday, October 15 @ 13:55:45 MYT by aya

Tiada ulasan: