Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.10.09

MENGAPA PAS SERTAI PILIHANRAYA

Oleh Ibnu Hasyim

 Sebagai sebuah parti politik yang jelas bercita-cita untuk menegakkan negara Islam yang mengamalkan Islam secara menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan rakyatnya, PAS menggunakan landasan pilihan raya sebagai salah satu cara untuk mencapai cita-cita tersebut.

PAS menyertainya, berdasarkan kaedah fiqh yang mengatakan:

“Apabila bertemu dua mudharat, maka hendaklah dipilih yang lebih ringan.”

Tanpa menyertai pilihan raya umat Islam akan lebih mudah dikuasai oleh musuh-musuh Islam dan kuncu-kuncunya, yakni ditimpa oleh mudarat yang lebih besar dan berat. Oleh itu PAS akan tetap menyertai pilihan raya samada menang atau kalah dan belum bercadang akan memboikotnya.

Ada juga yang mengatakan tujuan PAS menyertai pilihan raya persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955, dengan harapan mempercepatkan langkah-langkah kemerdekaan Tanah Melayu sebagaimana yang diperjuangkan oleh UMNO pada masa itu. Hal ini juga berlaku hasil usaha PAS bersama National Convention pada 1954, maka British telah bersetuju supaya pilihan raya diadakan pada 27 Julai 1955 iaitu satu tarikh di antara 1954 yang dicadangkan oleh National Convention dan 1956 cadangan National Conference.

PAS pada 23 Januari 1955 telah membentuk Jawatankuasa Khas Pilihanraya dianggotai Dr Haji Abbas (Pengerusi), Abdul Hamid Sharif (Setiausaha), Cikgu Ahmad Awang, Abdullah Akin, Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Othman Yunus, Ustaz Abdul Wahab Nor, Ustaz Hassan Adli dan Haji Mansor JP (ahli-ahli) untuk mengendalikan gerak kerja PAS dalam pilihan raya tersebut.

PAS terus terjun mengharungi pilihan raya dengan merebut 11 dari 52 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Iaitu satu di Pulau Pinang, Pahang dan Kedah. Dua di Selangor, tiga di Kelantan dan Perak. Calon PAS yang bertanding ialah Haji Zabidi Ali (Wellesley South atau Seberang Perai Selatan), Hassan Adli (Teluk Anson), Abdul Wahab Nor (Dinding), Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin (Krian), Zulkifli Mohamed (Selangor Tengah), Othman Abdullah (Kuala Selangor), Mohd Yassin Salleh (Semantan), Tuan Guru Haji Mokhtar Ahmad (Pasir Mas), Mohd Asri Muda (Kelantan Timor), Haji Nor Yusof (Kelantan Selatan) dan Mohd Salleh Shafie (Kedah Selatan).

Tetapi hasilnya, PAS cuma dapat satu kerusi parlimen sahaja, iaitu di kawasan Kerian Perak, melalui calonnya Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin. (Juga satu lagi kerusi Perbandaran, atau Dewan Undangan Negeri Perak, di Parit Buntar atau dalam daerah Kerian. Calonnya yang menang ialah Encik Ahmad Kamal dari Kawasan Kerian Laut.)

Selebihnya di kerusi parlimen, dimenangi oleh Parti Perikatan melalui 34 calon Melayu UMNO, 15 calon Cina MCA dan 2 calon keturunan India MIC (Perikatan adalah gabungan dari 3 parti-parti tersebut). PAS berjaya memperolehi 3.9% undi parlimen dari jumlah 84.46% pengundi yang keluar mengundi. Maka tinggallah Tuan Haji Ahmad Tuan Husin, sebagai satu-satunya wakil pembangkang tunggal di parlimen, atau pada waktu itu disebut Dewan Perundangan Persekutuan.

Beberapa pandangan sebab-sebab kekalahan PAS dalam pilihan raya itu telah dikemukakan.

ibnu hasyim
Posted on Thursday, October 15 @ 06:57:56 MYT by KetamBatu

WAJAH PEMIMPIN

| | Comments (83) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share
1. Di zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi seluruh negara disalut dengan sepanduk dan papan tanda besar yang menunjuk wajah Perdana Menteri bersama Menteri-Menteri tertentu, Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri.

2. Seorang Menteri pelancongan mempamerkan sepanduk dan papan tanda yang mempunyai gambarnya bersama Perdana Menteri diseluruh negara seolah-olah pelancong akan tertarik melawat Malaysia untuk melihat sepanduk berkenaan.

3. Setelah Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri semua sepanduk dan iklan yang lama telah diturunkan.

4. Saya harap amalan seperti ini tidak diadakan lagi. Jauh daripada mereka yang menaikkan gambar mereka menjadi popular, rakyat sebenarnya jelak dan bosan melihat sepanduk-sepanduk ini mencemarkan kecantikan alam.

5. Saya akan ditegur bahawa di masa saya dulu ada juga sepanduk seperti ini yang dinaikkan oleh Menteri Besar tetapi tidak oleh Menteri Kabinet. Saya akui saya tidak ambil tindakan yang tegas menghentikan amalan ini. Tetapi tidak semua Menteri Besar yang mencuba tunjuk betapa dekatnya mereka dengan Perdana Menteri melalui cara ini.

6. Saya harap Barisan Nasional tidak memulakan semula amalan ini. Ia hanya akan menimbul kebencian kepada mereka.

Kenyataan Media tentang Tindakan Disiplin terhadap Mahasiswa UM

Ketiga-tiga mahasiswa ini dihadapkan ke perbicaraan oleh Tribunal Universiti. Mereka telah dituduh melakukan kesalahan disiplin dibawah seksyen 16 (c) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
Oleh Nik Nazmi

 Saya kecewa dan sedih apabila dimaklumkan bahawa terdapat beberapa orang mahasiswa Universiti Malaya yang diambil tindakan disiplin kerana melakukan "jenayah" mengundang pimpinan Pakatan Rakyat termasuk saya bagi mengisi undangan mereka di kampus.

3 orang pimpinan mahasiswa yang cuba didakwa melakukan jenayah tersebut adalah Haafizuddin Abirerah, 24 dan Abu Ubaidah Amir Abd Malek daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) serta Chang Keng Fai, 21 daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PMCUM).


Dakwaan ini adalah rentetan daripada keputusan PMIUM menjemput saya bagi merasmikan Program Muktamar Tahunan mereka pada Februari lepas, manakala PBCUM telah menjemput Ahli Parlimen Seputeh DAP, YB Teresa Kok sebagai pengadil debat mereka pada Ogos lepas bersama-sama bekas Ahli Parlimen Kota Melaka MCA Wong Nai Chee dan wartawan Koh Kok Wee.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti ini adalah amat mengejutkan dan mengecewakan, apatah lagi di ambang peperiksaan universiti. Tindakan ini secara jelas bercanggah dengan kebebasan akademik dan juga hak untuk berpersatuan.Saya secara telus menyatakan bahawa tidak ada yang saya sampaikan dalam ucapan saya yang menggangugugat keselamatan awam dan negara.

Tindakan yang diambil oleh pentadbiran universiti ini adalah mungkin disebabkan pandangan mereka yang merasakan bahawa saya dan YB Teresa tidak layak untuk menyertai program universiti tersebut. Namun demikian sentimen ini adalah meleset apabila universiti lain bersedia untuk menerima kehadiran saya untuk memberi ucapan dengan tangan terbuka termasuklah Universiti California di Berkeley, Universiti Stanford, Universiti Essex dan the School of Oriental and Asian Studies, London, selain IPT UNISEL dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Insiden ini menyentuh saya secara peribadi memandangkan sebelum ini berlaku sabotaj dalam program tersebut dan kini PMIUM berhadapan dengan risiko didakwa jenayah universiti membabitkan saya. Ini secara jelas bercanggah dengan prinsip keadilan.

Saya kemudiaannya terpaksa membuat sidang media dengan harapan umum mengetahuinya dan pada masa yang sama saya telah menulis surat secara peribadi kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor Universiti Malaya. Selain dari jawapan daripada Kementerian bahawa mereka akan menyiasat aduan saya, tiada tindakan lanjut. Peristiwa ini membuktikan keadaan pendidikan Malaysia masih tidak banyak berubah di sebalik keyakinan yang digambarkan oleh Kerajaan Persekutuan.


Adalah menjadi sesuatu yang merugikan bagi sebuah universiti seperti UM yang diterima kembali sebagai salah sebuah 200 universiti terbaik dunia dalam senarai pendidikan tinggi Times berkelakuan seperti ini.


Tidak kira apakah perasaan peribadi pihak berkuasa terhadap saya dan rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat dan perjuangan kami, tidak wajar mereka menjejaskan masa depan tiga mahasiswa berpotensi ini.

Saya dengan ini menggesa dan menyeru pihak pentadbiran universiti untuk menggugurkan segala tuduhan terhadap ketiga-tiga mahasiswa ini. Saya juga ingin merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi YB Dato’ Seri Khaled Nordin untuk campur tangan dalam hal ini atas nama keadilan dan kebenaran.

NIK NAZMI NIK AHMAD

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor / Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia / Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Calon Rasuah: Kenapa Takut Hukuman Rakyat

Oleh Zawawi Hassan

 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong kenyataan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang berpandangan bahawa kemenangan yang diperolehi oleh UMNO / Barisan Nasional (BN) sebagai kemenangan rasuah kerana calon yang telah diberikan mandat untuk bertanding oleh UMNO / BN telah didapati bersalah kerana melakukan rasuah oleh UMNO sendiri.



DPPN Pk mencabar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir membuktikan tuduhan beliau bahawa PAS melakukan rasuah sepertimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini. DPPN Pk menyediakan pentas untuk Zambry untuk berdebat isu rasuah bersama Nizar jika beliau benar-benar berani dan mempunyai bukti.

DPPN Pk meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan Zambry yang mengatakan mempunyai bukti bahawa PAS telah melakukan rasuah. DPPN Pk meminta supaya Zambry kemukakan tuduhan beliau berkaitan rasuah yang pernah dilakukan oleh PAS semasa memerintah.

Dimanakah laporan yang telah disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah oleh PAS. DPPN Pk menganggap Zambry sekarang telah tersepit dan cuba memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) yang telah diterima oleh rakyat untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun lepas.

DPPN Pk melihat UMNO / BN yang telah serasi dengan budaya rasuah politik masih cuba menafikan hakikat sebenarnya mereka dan akan cuba menuduh orang lain pula melakukan rasuah. Budaya rasuah politik ini yang tidak terpengaruh di dalam PAS kerana adalah menjadi satu kesalahan besar bagi orang yang melakukannya.

ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Posted on Thursday, October 15 @ 19:22:45 MYT by KetamBatu

Khairy Yang Tidak Cerdik

Kiriman bilahrotan

Perasuah merangkap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah menyampaikan ucapan sulungnya dalam Perhimpunan Agung Tahunan UMNO 2009 di PWTC. Retorik yang disampaikannya enak didengar tetapi dilontarkan secara hentam kromo, yakni tanpa bukti dan fakta yang autentik. Hal ini biasanya dilakukan oleh mahasiswa universiti yang gred puratanya 2.0 sahaja. Dia langsung tidak membuat homework bagi mempertahankan wibawanya sebagai ketua pemuda.

Mungkin dia beranggapan bahawa semua perwakilan pemuda yang berada di hadapannya setaraf atau lebih rendah daripada kebolehannya. Inilah masalah yang dihadapi oleh pemimpin UMNO. Mereka tidak cukup cerdik untuk memimpin. Oleh sebab itu, Malaysia selalu kecundang dalam mempertahankan hak, sekalipun dengan negara kecil seperti Singapura.

Kita ikuti inti ucapannya di bawah.

Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN kerana mereka tidak pun berpegang kepada Perlembagaan.

Pernyataan di atas adalah satu tuduhan. Tuduhan itu amat berat dan berniat jahat. Sebagai ahli politik, dia pasti tahu semua organisasi politik di seluruh pelosok dunia mempunyai prinsip dan ideologi yang telah ditetapkan. Dia sepatutnya memberi contoh parti yang tidak berprinsip itu. Rakyat Malaysia semuanya tahu prinsip perjuangan PAS, iaitu Islam. Rakyat Malaysia semuanya tahu prinsip perjuangan DAP, iaitu sosialisme. Rakyat Malaysia semuanya tahu prinsip perjuangan PKR, iaitu keadilan sosial. Hanya orang yang cetek pengetahuan seperti Khairy sahaja yang tidak mengetahui perkara itu.

Khairy menyerang pakatan pembangkang dengan tuduhan liar apabila mendakwa mereka tidak berpegang kepada Perlembagaan. Dia bermaksud, pembangkang menentang satu daripada lima prinsip Rukunegara, iaitu keluhuran perlembagaan. Adakah dia bermaksud pembangkang menjadi penderhaka kepada negara kerana melanggar prinsip Rukunegara itu? Jika demikian, mengapa dia mengambil keputusan untuk melalak di pentas? Sepatutnya dia memohon semua pemimpin pembangkang disumbat ke penjara. Hakikatnya Khairy tidak bermaksud demikian. Sebagai badut politik yang ketandusan idea, dia sendiri tidak faham apa-apa yang diucapkannya.

Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?


Ada gaya Ezam dalam pernyataan itu. Khairy bertambah tidak rasional apabila melontarkan kata-kata di atas. Jika benar DAP tidak henti-henti menyerang kedudukan Raja-Raja Melayu, mengapa tidak kedengaran perbuatan itu sekarang ini dan tiada mana-mana pemimpin DAP yang dihukum? UMNOlah yang telah berkali-kali menghina raja. Dia sengaja melupakan fakta ini kerana terlalu ghairah hendak menghentam pembangkang. Itu taktik orang gila namanya. Parti-parti pembangkang dan NGO bersatu hati melancarkan demonstrasi menentang PPSMI. Adakah perbuatan itu menentang Bahasa Melayu? UMNOlah yang menyebabkan 3 juta murid di Malaysia terkandas pelajarannya kerana PPSMI. Ungku Aziz kata PPSMI projek gila.

PAS sentiasa memimpin orang bukan Islam dalam DAP dan PKR untuk memahami Islam. Itu yang dikatakan PAS membantu DAP dan PKR menolak ke tepi asas negara? Jangan jadi bodohlah. Hakikatnya UMNO bukan sahaja tidak pernah sekalipun mengajak orang bukan Islam dalam BN mengenal Islam secara lebih dekat malahan menolak Islam dan menakut-nakutkan mereka tentang hukum hudud. UMNOlah yang sebenarnya menolak ke tepi prinsip asas negara.

UMNO dan Pemuda UMNO tetap akan menjadi pejuang bangsa, mempertahankan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, dan Bahasa Melayu.

Setelah terperangkap dengan sanggahan di atas, inilah pernyataan tidak cerdik dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pernyataan itu bukan sahaja sesat malahan juga menyesatkan. Rakyat Malaysia sudah tahu Tanah Simpanan Melayu dirompak oleh UMNO. Rakyat Malaysia sudah tahu UMNO tidak mahu menjadikan Islam sebagai prinsip perjuangannya. Para pemimpin UMNO masih menyatakan kepada media bahawa parti mereka ialah parti nasionalis sehingga hari ini. UMNOlah yang menyebabkan Bahasa Melayu tidak boleh menjadi bahasa dunia.

Khairy tidak lebih daripada ayam laga yang hanya pandai berkokok tetapi ekor bergelumang taik. Imej sedemikian adalah sesuatu yang lumrah. Setelah MCA menolak rasuah dan pemimpin tidak bermoral, UMNO menjunjung tinggi perasuah. Sudahlah begitu, ada hati pula hendak membanteras rasuah. Begitu sekali bercelarunya pemikiran dan paradoksnya orang UMNO. Tidak payahlah berselindung di sebalik sehelai lalang.-bilahrotan.blogspot

Posted on Thursday, October 15 @ 13:55:45 MYT by aya

14.10.09

PR Perlu Segera Mengujudkan Saluran TV Sendiri.

Kiriman peluit

Hari ini Persidangan Agung UMNO mendapat liputan meluas oleh media massa arus perdana di seluruh negara. Semua rakyat marhaen di Malaysia diwar-warkan dengan gagasan pemulihan UMNO untuk mendapat pengaruh yang lebih gah setelah kemenangan mereka di Bagan Pinang.

Bagi penyokong Pakatan Rakyat (PR) pastinya panas cuping telinga lantaran buka mana jua stesen TV terutama TV1, TV2 & TV3 tiada ceritera lain selain dari UMNO.

Maka itu sudah tiba masanya PR berusaha agar mendapatkan ruang untuk mengujudkan stesen TV sendiri yang berpengaruh tidak hanya bergantung dengan internet (Dunia Maya) semata.

Pengaruh TV amat besar berbanding radio atau akhbar. Bayangkan rakyat marhaen sanggup mengeluarkan duit untuk mendapat khidmat Astro semata-mata mahu bersantai atau mencari maklumat secara terbuka.

Semua tahu PR amat terhad dalam mengeluarkan pandangan atau wasasan di media massa arus perdana negara ini lantaran ianya dikawal oleh pemerintah Barisan Nasional (BN) kini. Jika PR yakin dengan hanya bergantung dengan sebaran maklumat di dunia maya atau akhbar semata rasanya pilihan raya umum akan datang (PR13) belum ada jaminan kukuh PR dapat mempengaruhi jiwa rakyat marhaen terutama mereka yang berada di luar bandar.

BN mempunyai kuasa kukuh dalam bajet pembangunan mereka. Serangan wawasan kemajuan atau pembangunan yang mereka laungkan sering mendapat perhatian rakyat marhaen yang rata-rata amat takut dengan kemiskinan. Kelantan diambil contoh di mana PR lama memerintah tetapi sering diwar-warkan sebagai sebuah negeri yang mundur. Tanpa saluran TV yang berpengaruh di mana PR mahu mencelikkan mata umum yang dakwaan BN ini provokasi belaka.

Apa yang digusarkan jika PR asyik sibuk dengan tugasan baru kini tanpa menunjukkan perubahan yang drastik ketika memegang pucuk pimpinan sesebuah negeri yang diperintah; Rakyat marhaen akan tertanya-tanya apa bedanya semasa BN memerintah berbanding PR memerintah. Perubahan corak pemerintahan ini seharusnya menjadi daya tarikan untuk mencari sokongan baru terutama kepada generasi muda yang akan mula memangkah undi. Jika perubahan ini nampak jelas & bertepatan dengan jiwa rakyat marhaen dipaparkan di skrin TV pastinya sokongan rakyat akan bertambah.

Note:
Posted on Thursday, October 15 @ 09:28:51 MYT by aya

SOUND BITES - BAGAN PINANG



Dr. Mahathir Mohamad

1. Saya gembira kerana saya salah dalam masalah calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang. Saya percaya Barisan Nasional akan menang walau siapa pun jadi calon, tetapi mungkin kemenangan yang tidak sebaik 2008. Tetapi kemenangan yang diperolehi oleh Isa (bukan ISA) amatlah mengkagumkan.

2. Tetapi saya berpendapat ada baiknya jika kajian yang mendalam dibuat berkenaan dengan sebab-sebab kemenangan yang luar biasa ini tercapai.

3. Jangan pula ada yang mendakwa walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan, bahkan jika mereka dilantik menjadi Menteri Kewangan.

N31 Bagan Pinang : Kalah tidak jejas reputasi Pakatan

Oleh ZulMamak

 ALOR SETAR
- Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Ahad lalu tidak menggugat kedudukan Pas kerana jumlah undi Pas melebihi 2,000 undi, iaitu jumlah yang melebihi jangkaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, jumlah undi terhadap calon Pas yang melebihi daripada jumlah jangkaan itu adalah satu pencapaian yang baik dan beliau turut berasakan rakyat di kawasan itu juga telah memberikan kepercayaan terhadap Zulkefly Mohamad Omar termasuklah kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Pas.

Menurutnya, kemenangan yang berpihak kepada BN itu bukanlah kerana kelemahan pada calon mahupun Pas itu sendiri tetapi kemenangan yang diperoleh itu disebabkan kawasan itu adalah kawasan yang melibatkan jumlah pengundi pos yang ramai.

“Saya tidak berasakan ini kekalahan yang disebabkan oleh kelemahan Pas tetapi BN menang di kawasan itu kerana kawasan itu ramai pengundi pos sebab itulah mereka menang.

“Bagi saya juga, kekalahan ini bukanlah kekalahan yang mematahkan semangat Pas malah ia akan memberikan semangat kepada Pas dan kekalahan tempoh hari juga bukanlah satu kekalahan yang akan berterusan untuk pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata, Pas langsung tidak berasakan kekalahan ini bersifat kekal kerana setelah tujuh pilihan raya kecil diadakan ini adalah kekalahan yang pertama Pas sekali gus memberikan kemenangan kepada BN.

Azizan berkata, sekiranya pilihan raya kecil Kota Siputeh diadakan nanti, beliau akan memastikan kemenangan BN di Bagan Pinang itu akan dirampas semula oleh Pas.
Posted on Thursday, October 15 @ 07:03:19 MYT by KetamBatu

Rahsia Alamat E-mel...

Oleh zailina88

 Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat e-melnya dengan nama penuhnya, contohnya adysyammohdsaid@ yahoo.com . Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.


Nama Depan Dan Tengah
Contoh: Ady Syam Mohd Said Dia menggunakan alamat e-melnya sebagai adysyam@yahoo. com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
Contoh: adysyam2001@
yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.


Nama Samaran
Hehheh... ramai yg suka buat email begini..Contohnya tuntul_comel@
yahoo.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
Contoh: abc123@yahoo. com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..

http://zailina88.blogspot.com