Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.7.08

PM jamin Anwar, Saiful selamat

Jul 1, 08 10:31pm
Perdana menteri menjamin keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat pembantunya, dan juga Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu kes tersebut kepada polis.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata undang-undang negara ini pasti akan digunakan untuk menjamin keselamatan mereka yang terlibat.

"Kerajaan akan pastikan sesiapa juga yang terlihat dalam kes ini sama ada pihak yang buat aduan, atau pihak yang dituduh mestilah dipastikan selamat dan (mengikut) undang-undang," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya hari ini.

Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan "akan bertindak profesional" dan "mengikut undang-undang".

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa mereka berdua (Abdul Gani dan Musa) adalah orang profesional, mereka masing-masing ada tugas dan tanggungjawab, mesti tahu menjalankannya dengan betul mengikut undang-undang dan tidak akan menyebabkan apa-apa berlaku yang boleh menjadi pelanggaran kepada undang-undang," Abdullah dipetik sebagai berkata.

Oleh itu, tambahnya, kebimbangan Anwar dan isterinya Wan Azizah "tidak berbangkit."

Abdullah dilaporkan mengakui Wan Azizah menyuarakan kebimbangannya itu susulan pembabitan Abdul Gani dan Musa dalam siasatan kes dakwaan liwat terhadap Anwar pada 1998.

Abdul Gani waktu itu timbalan pendakwaraya kanan manakala Musa pula pegawai penyiasat kes itu.

Ditanya sama mereka berdua turut terlibat dalam siasatan terhadap penasihat PKR kali ini, Abdullah berkata:

"Pada waktu ini saya tidak mendapat kepastian siapa yang akan menjalankan siasatan itu, tetapi yang saya tahu pegawai tertinggi polis daripada Divisyen Jenayah yang mengepalai siasatan yang dijalankan".

Anwar petang ini membuat laporan polis di Shah Alam, mendakwa Abdul Gani dan Musa terlibat dalam pemalsuan laporan siasatan kes beliau ditumbuk ketua polis negara waktu itu Tan Sri Rahim Noor.

Beliau juga mendakwa kedua-duanya berada di Bukit Aman sewaktu kejadian, 20 September 1998, tetapi menyembunyikan peristiwa itu daripada pengetahuan umum.

Dalam sidang media itu, Abdullah turut mencadangkan pemimpin PKR membuat laporan polis jika mereka mendapat maklumat daripada risikan negara jiran yang memberi amaran adanya ancaman bunuh terhadap Anwar.

Ditanya adakah Dr Wan Azizah memohon agar dakwaan terhadap Anwar digugurkan, perdana menteri berkata presiden PKR hanya meminta jaminan terhadap keselamatan suaminya dan siasatan terhadap Anwar dijalankan secara adil, lapor agensi berita itu lagi.

Malaysia Kini

Tiada ulasan: