Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

28.7.08

Bukti Laporan Doktor, Saiful Tidak Diliwat

Dilulus terbit pada Monday, July 28 @ 15:59:23 MYT oleh reformis


Oleh Truckster

"

Terjemahan RPK: Doktor Dlm Pelarian, Polis Mahu Beliau Membuat Laporan Palsu Liwat Terhadap Anwar

Sebelum membuat satu report Polis Mohd Saiful Bukhari telah membuat satu medical check-out pertama di Hospital Pusrawi Jln Tun Razak KL seorang doktor telah membuat pemeriksaan. Doktor itu dalam laporannya,dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini.

Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya. Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat Saiful, walau apa pun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawidan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporan perubatan yang dibuatnya.

Pada 2.00 petang, 28 June 2008, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, samaada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan di duburnya, seperti yang didakwa.

Pemeriksaan doktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat. Dengan lain perkataan,Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitan di duburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.

Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantas Dr. Mohamed Osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuat pemeriksaan kedua di hospital kerajaan. Saiful kemudiannya pergi ke hospital kerajaan dan doktor di situ juga mendapati perkara yang sama. Walaubagaimana pun, Saiful masih membuat laporan polis di pondok polis yang terdapat di hospital.

Di sebalik semua pengesahan doktor yang mengatakan Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes ini.Anwar Ibrahim kemudiannya telah ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTK yang bersenjata dan memakai topeng di hadapan rumahnya walaupun dia telah bersetuju untuk melapur diri kebalai polis pada pukul 2.00 petangseperti yang dijanjikan.

Polis kemudiannya telah menahan Anwar di dalam lokap sehingga keesokan harinya, malah telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan dan mencuba untuk memperolehi sampel untuk tujuan profil DNA walaupun polis sudah pun mempunyai profil DAN Anwar padatahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah hospital telah mengesahkan Saiful tidak diliwat.

Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar dan mencuba untuk membuktikan Anwar bersalah, melalui tuduhan liwat palsu. Dan siapakah dibelakang konspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua pelakon yang sama dengan konspirasi 1998.

Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernah diliwat, sama ada oleh Anwar atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar? Dan mengapa mereka masih mencari doktor itu bersama keluarganya yang sekarang terpaksa bersembunyi?

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat, NGO dan Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri. Polistelah pun menahan doktor tersebut selama tiga hari tetapi masih enggan memalsukan laporannya. Anwar tidak meliwat Saiful dan laporan doktor melaporkan dengan begitu jelas dan polis juga mempunyai salinan laporan yang sama supaya mereka tahu apa yang aku tahu. Dan sekarang, rakyat Malaysia sudah pun mengetahui apayang polis dan aku tahu.... iaitu Saiful tidak pernah diliwat olehse siapa pun.

TranungKite

16.7.08

Musa: Penahanan Anwar ikut undang-undang

Jul 16, 08 6:27pm
Penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membantu siasatan polis berhubung tuduhan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, adalah sesuatu amalan biasa dalam siasatan kes jenayah dan
dibuat mengikut proses undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata adalah menjadi amalan kepada semua pihak termasuk Anwar, selaku tertuduh untuk tampil dan memberikan keterangan bagi membolehkan polis membuat siasatan secara adil.

"Polis tahu apa yang mereka lakukan dan polis hanya jalankan tanggungjawab bagi menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang petang ini dari Brunei.

Menurut Bernama, Musa pulang ke tanahair selepas menerima anugerah pingat kebesaran Sultan Brunei bergelar Datuk Seri Pahlawan semalam.

Musa juga menasihati penyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya tidak membuat sebarang kekecohan ekoran perkembangan terbaru itu.

"Saya amat berharap mereka (penyokong PKR) tidak akan melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang.

"Jika ada pihak yang sengaja membuat kekacauan, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.

Polis pantau keadaan

Musa juga telah mengarahkan anggotanya untuk membuat pemantauan bagi memastikan keadaan terkawal.

Sementara itu, PKR menerusi Biro Penerangannya mengeluarkan kenyataan meminta supaya penyokong parti itu bertenang berikutan penangkapan Anwar.

Terdahulu, peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu wartawan bahawa Anwar kini ditahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat.

Katanya jika perlu Anwar akan dikenakan perintah reman selam 24 jam atau tidak melebihi 14 hari bagi membantu siasatan.

Anwar menghadapi tuduhan itu selepas bekas pembantunya, Mohd Saiful, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lalu mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar telah memfailkan saman terhadap Mohd Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lalu.

Malaysia Kini

Kami dikepung, kata peguam

Jul 16, 08 6:12pm
"Saya berada di dalam kereta bersamanya ketika apabila beliau ditahan. Kami dikepung. Mereka (pasukan polis) berkata 'anda ditahan'"

Peguam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - N Sankara Nair - memberitahu pemberita demikian ketika menceritakan apa yang berlaku ketika Anwar ditahan tengahari tadi.

Katanya, anggota polis tidak menunjukkan sebarang waran tangkap ketika mereka menahan Anwar dekat rumahnya di Segambut Dalam.

Bagaimanapun, katanya, Anwar tidak digari ketika dibawa masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda yang bercermin gelap.

Menurut Sankara, penahanan Anwar tiada kena mengena dengan keengganannya hadir di IPK KL Isnin lalu.

"Malah, beberapa minit sebelum beliau ditahan, pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menelefon kita bertanyakan sama ada kami akan datang. Kami jawab, kami akan berada di sana tepat jam 2 petang," katanya.

"Jika Anwar tidak hadir pada jam 2 petang, maka saya faham mengapa beliau perlu ditahan. Pihak polis telah melanggar kepercayaan dan keyakinan kami sebelum ini terhadap mereka," katanya.

Pada 28 Jun lalu, bekas pembantu Anwar - Mohd Saiful Bukhari Azlan - telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah diliwat oleh ketua umum PKR itu.

Manakala Anwar pula mendakwa, ia merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi ia dinafikan oleh pemimpin kerajaan.

Sankara berkata, pihak polis mesti menjelaskan tujuan Anwar ditangkap secara begitu.

Beliau juga menegaskan bahawa mengikut undang-undang, Anwar tidak perlu memberi contoh DNA kepada pihak polis.

Polis mula merakam kenyataan Anwar pada kira-kira 2.50 petang mengenai dakwaan liwat terhadapnya.

Adalah dipercayai Naib Presiden PKR, R Sivarasa - yang juga seorang peguam - hadir bersama Anwar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar mengesahkan bahawa Anwar telah ditahan, dan berkata mantan timbalan perdana menteri itu adalah suspek dalam kes liwat dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurut AFP, beliau berkata, Anwar belum didakwa dengan apa-apa tuduhan lagi dan oleh itu, meminta supaya jangan dibuat sebarang kesimpulannya.

Beliau berkata, pihak polis perlu merakamkan kenyataan Anwar bagi menyiapkan siasatan.

Menurut Ismail lagi , sebaiknya semua fakta dikumpulkan, maka pihak polis akan membuat keputusan mengenainya.

Polis boleh menahan Anwar selama 24 jam dan selepas itu mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk tahanan reman sehingga 14 hari.

Tidak dapat dipastikan mengapa Anwar ditahan walaupun beliau telah bersetuju untuk disoalsiasat oleh pihak polis.

Anwar sepatutnya hadir di IPK Kuala Lulmpur pada hari Isnin untuk memberi kenyataan.

Bagaimanapun, beliau enggan berbuat demikian, dengan mendakwa pihak polis bertindak secara tidak profesional dan mengugut kakitangan dan anggota keluarganya, ketika hendak menyerahkan perintah mengikut Seksyen 111, Kanun Prosedur Jenayah, Ahad lalu.

Semalam, pihak polis memberi kata dua kepada Anwar supaya hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang atau menghadapi kemungkinan ditahan.

Malaysia Kini

Debat Anwar-Shabery : Satu Perspektif Peribadi.

Dilulus terbit pada Wednesday, July 16 @ 09:16:51 MYT oleh greenboc

Oleh AdukaTaruna

"Oleh : AdukaTaruna
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Pendahuluan.

Pertamanya tahniah kepada Agenda Daily. Selepas MyKMU, kini giliran Agenda Daily memacu satu elemen demokrasi sihat dari arena maya ke dunia terbuka. Entah bila lah kita dapat melihat TKO di bawah Pemuda PAS ini mempunyai satu elemen peneraju seperti ini. Satu ketokohan mencipta arus berbanding mengikut arus.


Tahniah kepada semua pihak.
Selepas penganjur, tahniah juga kepada penyokong kedua pihak yang matang, moderator (ada sedikit insiden lucu yang akan diulas), dan kepada pendebat sendiri. Anwar dan Shabery. Secara peribadi Shabery jauh lebih berkeupayaan dari Paklah atau Najib yang hamba ramalkan bakal menjadi budak belasahan sekiranya berdepan dengan Anwar.

Hamba menontonnya di sebuah restoran. Suasana seumpama melihat bola. Yang membezakannya ialah jika bola dipenuhi golongan muda, tetapi debat ini dipenuhi oleh golongan pertengahan.

Ketokohan Anwar.

Peristiwa debat ini, pada hamba, telah memperbaiki imej liwatnya, malah melonjakkan lagi popularitinya. Secara demokrasi, ianya adalah sesuatu peluang yang sihat. Tetapi secara peribadi, ianya (debat itu) membuatkan Anwar berada satu langkah di hadapan (berbanding taktikal peribadi).

Shabery semakin tenggelam apabila menghampiri hujung.

Pada hamba secara peribadi, Shabery semakin lari dari tajuk atau isu menjelang ke akhir. Dia banyak mempersoalkan kaedah politik Anwar berbanding tajuk debat minyak. Gerakan jalan raya, menentang Tun Razak, etc, adalah kaedah politik Anwar, bukan soal pokok isu minyak.

Ini yang hamba lihat lah. Berkenaan dengan inflasi, jumlah dan nilai, tidak berani hamba ulas kerana berada di luar kemampuan. Cuma, alangkah cantik sekiranya Anwar mempersoalkan, mengapa hasil minyak perlu dilacurkan untuk satu alasan pasarana sekolah / pembangunan? Di manakah sumber Malaysia lain seperti barangan elektronik, komoditi dan sebagainya?

Apabila itu dilakukan, maka, hampir setengah masa perdebatan yang berkisar subsidi minyak dipotong untuk perbelanjaan lain dapat dijimatkan. Pandangan peribadi lah.

Moderator yang lucu.

Dalam menilai dan melihat satu suasana Malaysia negara dunia pertama, perbahasan yang bukan diwakili pendebat bertaraf YB Kinabatangan, tiba-tiba datang satu unsur lucu dari moderator berkenaan.

Soalan untuk Anwar. Mengapa perlu menjadi PM? Mengapa tidak diberi idea-idea kepada kerajaan sahaja? (lebih kurang maksud)

Hahahaha. Tertawa sebentar penonton di restoran. Sangat melucukan. Tidak perlu susah payah berarak di jalananlah kalau idea di dengar kerajaan. Hahahahaha. Malah Anwar menjawab dengan sinis bahawa kehadiran dia di situ adalah untuk menyampaikan idea lah. Hahahahaha.


(Sebentar, hamba berhenti menulis sebentar untuk sambung ketawa. Hahahaha)

Masalah PAS ialah dalam tajuk ketokohan.

Sekali lagi, dalam persaingan sihat, masalah terbesar PAS ialah masalah ketokohan untuk menawarkan jawatan pesaing. Apa yang berlaku adalah sesuatu yang sihat apabila di nilai dalam tajuk gelanggang yang sedang dipersiapkan. Tetapi adalah pukulan kepada PAS apabila di nilai dalam sebuah persaingan sihat tajuk tertentu. Hamba memilih untuk tidak menghuraikan.

Apa pun, tahniah kepada semua pihak. Tahniah kepada penonton BN dan BR yang profesional, baik di dalam dewan mahupun di hdapan kaca TV. Masalah minyak adalah masalah kita semua. Ini bukan masalah politik peribadi.

Syabas. Penonton BN dan BR duduk semeja menonton satu suasana negara kelas pertama.

Terima kasih Menteri Penerangan.

Terima kasih semua.

Izinkan hamba sambung gelak yang tadi. Hahahahahahahahaha.

Wallahualam.

http://www.adukataruna.blogspot.com/

Raja Petra terima waran tangkap

Jul 16, 08 4:43pm
Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin berhubung siasatan akaun berkanunnya yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra dikehendaki hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 10 pagi esok.

Peguam pengendali Malaysia Today menerima waran itu pagi ini dan
Raja Petra mengesahkan perkara itu dengan polis petang ini, kata isterinya Marina Lee Abdullah.

Dalam akuan berkanunnya bertarikh 18 Jun lalu, Raja Petra menuduh Rosmah antara tiga individu yang berada di tempat kejadian ketika wanita Mongolia itu dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat dua orang lagi di tempat kejadian.

Beliau menamakan dua individu itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya pakar bom 'C4' dan isterinya yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.

Laporan perisikan

Mayat Altantuya ditemui telah hancur dibom dengan 'C4' di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam. Kes perbicaraan pembunuhannya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa kolonel itu yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya.

Raja Petra mendakwa lagi, beliau membuat akuan itu kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembabitan orang-orang berkenaan yang sehingga ini belum dikaitkan atau dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan kes tersebut.

Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah.

Datuk Seri Najib Razak dan isterinya menafikan pembabitan mereka dengan Altantuya dan kes tersebut seperti dakwaan Raja Petra.

Malaysia Kini

Anwar minta penyokong bertenang

Jul 16, 08 4:41pm
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta para penyokongnya dan rakyat Malaysia supaya bertenang ekoran tindakan polis menahannya hari ini.

Beliau juga meminta mereka supaya menolak sebarang percubaan provokasi, yang boleh dijadikan alasan untuk mengisytiharkan keadaan darurat.

Mantan timbalan perdana menteri itu menyatakan demikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau petang ini.

Pagi tadi, Anwar memberi kenyataan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden 'mata lebam' pada 1998.

Menurut kenyataan itu lagi, semua ini merupakan ulangan episod yang berlaku terhadap Anwar pada 1998.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tidak akan bertolak ansur jika sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap Anwar.

"Kami ingin mengingatkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai janjinya untuk memastikan Anwar diberi perlindungan," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Anwar ditahan di luar rumahnya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada jam 1.05 tengahari tadi.

Mantan timbalan perdana menteri itu dijadual memberi kenyataan kepada ibu pejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada jam 2 petang berasaskan kepada persetujuan yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa.

Kenyataan itu berkata, Anwar baru pulang ke rumahnya dari ibu pejabat BPR selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang difailkan berhubung kes penyembunyian fakta, yang membabitkannya pada 1998.

Menurutnya, ketika beliau menghampiri rumahnya, 10 kereta polis, separuh daripadanya tidak bertanda, memintas kereta yang dinaiki Anwar.

Sekumpulan 20 orang anggota komando menghampirinya, sekaligus mengingatkan kembali insiden ketika Anwar ditahan di rumahnya pada September 1998.

Seorang pegawai mendatangi Anwar dan mengarahkannya menaiki kereta polis yang tidak bertanda untuk dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Peguam beliau tidak dibenarkan ikut bersamanya dalam kereta polis tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, Anwar ditahan kurang 15 jam selepas beliau mengambil bahagian dalam perdebatan mengenai kenaikan harganya minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Malaysia Kini

Anwar ditahan polis bertopeng




Jul 16, 08 1:15pm
kemaskini 3:59pm Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur, sementara lebih 200 orang berada di jalan utama menuju bangunan itu, depan bekas Penjara Pudu.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Kelihatan sepasukan anggota polis memantau pergerakan para penyokong yang berhimpun di situ. Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air.

Ahli Parlimen PKR, Wee Choo Keong, yang berada di dalam bangunan itu berkata, Wan Azizah dan dua anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Nuha - dibenarkan menemui Anwar di tingkat tujuh pada kira-kira jam 2 petang.

Pada jam 2.35 petang, Wan Azizah dan anak-anaknya, serta peguam Sankara Nair muncul dari bangunan tersebut.

Pada jam 2.40 petang, ahli Parlimen DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Anthony Loke juga kelihatan meninggal dari bangunan tersebut.

Loke berkata, mereka hanya dibenarkan menunggu di kantin, dan semua ahli Parlimen Pakatan akan balik ke Parlimen untuk "membangkitkan isu tersebut".

Pada jam 2.50 petang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar berkata, pihak polis sudah mula menyoalsiasat Anwar.

Katanya, perhimpunan sokongan kerdipan lilin akan diadakan di luar bangunan tersebut jika Anwar tidak dibebaskan hari ini.

Peguam Latheefa Koya pula berkata, Anwar ditahan sebagai suspek, tetapi pihak polis mahu merakamkan kenyataannya sebagai saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

"(Pada kira-kira jam 2.40 petang, peguam) Sulaiman Abdullah masuk bersama peguam Param Cumaraswamy. Anwar akan diwakili oleh tiga peguam termasuk Sulaiman. Param berada di situ sebagai tokoh antarabangsa," katanya.

(Param merupakan bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi kebebasan hakim dan peguam).

Sementara itu, pada jam 5.40 petang, peguam N Sankara Nair memberitahu, Anwar masih lagi memberi kenyataan kepada pihak polis.

Malaysia Kini

Pemenang debat isu minyak ialah...

Jul 16, 08 2:49pm
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai "pemenang" debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Malaysiakini.

Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.

Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.

Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.

Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penalis.

Diminta memberi mata 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.

Perdebatan selama sejam itu merupakan yang pertama membabitkan seorang menteri dengan seorang tokoh pembangkang yang disiarkan secara langsung di TV.

Malaysia Kini

12.7.08

KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 12, 2008 11:27 AM

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) di mana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu digunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.


--------------------------------------------------------------------------------
Saya tidak hanya menerima begitu sahaja apa yang dilihat, anda tidak boleh percaya sepenuhnya apa yang anda lihat atau dengar. Jangan terburu-buru membuat kesimpulan tanpa berfikir...TUN M

3.7.08

Janna Syariza @ blogger?

Dilulus terbit pada Thursday, July 03 @ 15:39:24 MYT oleh greenboc

Oleh geromal

"Tertarik dengan perkembangan kes liwat anwar ibrahim, saya cuba mengenali dengan lebih dekat profil saudara Saiful Bukhari. saya dapat rasakan semua pembaca menerima byk bahan bacaan yang sama, terutamanya berkaitan dengan komen keluarga,kawan serta tunangnya.

Cuma yang menariknya saya melihat tunang saudara saiful mungkin hanya "aktif" menjadi blogger setelah tunangya mendedahkan kejadian yang berlaku. Saya agak musykil kerana blog ini http://www.jannamohdzaki.blogspot.com/ hanya didafatarkan pada June 2008 dan posting yang pertama pada 30 June 2008 iaitu sehari selepas kes ini diumumkan oleh media.

Mungkin saya terlepas pandang pada blog Janna yang lain tapi pautan blog ini menjadi platform yang utama bagi pelayar internet membaca bagaiman Janna menyampaikan pendiriaanya. Persoalan yang menarik disini adakah blog ini telah siap disediakan terlebih dahulu dan menanti untuk mensensasikan lagi isu ini ataupun sememangnya luahan perasaanya semata-mata. Kalau Janna menulis berdasarkan perasaan dan pedirianya terhadap isu ini.. well i have to salute u janna...cool and calm. Still ada masa untuk create blog dan menulis rasa hati.

Uncle Pat pulak masih boleh tersenyum lebar dengan reporters..Saya cuma hairan melihat senario seperti ini dari segi psikologi seorang manusia normal sekiranya menerima sesuatu musibah yang tak terjangka. Tidak perlu saya ulas panjang dengan lebih lanjut lagi. Bak kata Nabil... Lu pikirlah sendiri....l u tengoklah sendiri...

TranungKite

2.7.08

Gambar Anwar

http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/07/02/gambar-ceramah-anwar-di-stadium-melawati-semalam/

Nafikan Penglibatan, Najib Berbohong!



Dilulus terbit pada Wednesday, July 02 @ 20:26:03 MYT oleh SongkokPutih
Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat penafian yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak adalah merupakan satu pembohongan di sebalik penafian yang sangat dangkal dan langsung tidak mencerminkan wujud kesahihan di sebalik kenyataan beliau.

Pembohongan beliau bahawa beliau tidak terlibat di dalam laporan songsang yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan tergambar jelas melalui fakta-fakta di sebalik kenyataan bercelaru yang dibuat Najib semalam.

Kenyataan Najib bahawa kehadiran Saiful bertemu Pegawai Khasnya pada 12 Februari lepas 'untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran' juga menimbulkan pertikaian besar. Bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal boleh memohon biasiswa?

Dalam keadaan pertemuan tersebut dibuat sehari sebelum pembubaran Parlimen (13 Februari 2008), dan Saiful juga mula bertugas sewaktu kempen Pilihanraya Umum Ke-12 bermula, apakah 'sekadar satu kebetulan' pertemuan tersebut berlaku di Pejabat Timbalan Perdana Menteri?

Apakah wujud elemen rasuah di sebalik 'ganjaran biasiswa' yang ditawarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri ke atas Saiful sehingga sanggup melacurkan maruah diri untuk membuat laporan songsang sebagaimana yang didakwa?

AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008.

AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamaruddin melalui Perakuan Sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

AMK secara terbuka juga membuat tawaran kepada mana-mana pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara yang berjiwa besar untuk tampil ke hadapan memberikan informasi-informasi berkaitan dengan komplot konspirasi terancang yang melibatkan Najib, Musa Hassan dan Abdul Gani Patail untuk merencana laporan songsang ini yang bertujuan untuk mewujudkan provokasi yang boleh memberikan keuntungan politik kepada Umno-BN.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

TranungKite

Najib dicabar nafi bertemu Saiful



Abdul Rahim Sabri | Jul 2, 08 4:54pm
Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dicabar menafikan pertemuan sulit beliau bersama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan beberapa orang lain tidak lama sebelum laporan polis dakwaan liwat dibuat Sabtu lalu.

"AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamarudin melalui perakuan sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu," kata ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini.

"AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008."

Kelmarin, Najib telah membuat penafian beliau terbabit dengan laporan kes liwat Mohd Saiful terhadap ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul Iskandar menyifatkan penafian menteri pertahanan itu sebagai "pembohongan" dan "sangat dangkal".

Dalam kenyataannya hari ini, beliau juga berkata kenyataan pemimpin negara itu "bercelaru".

"Kenyataan Najib bahawa kehadiran Saiful bertemu pegawai khasnya pada 12 Februari lepas 'untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran' juga menimbulkan pertikaian besar," kata Shamsul Iskandar.

"Bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal boleh memohon biasiswa?"

Angkatan Muda PKR juga menyeru pegawai polis dan kakitangan Jabatan Peguam Negara tampil untuk memberikan maklumat-maklumat berkaitan dengan dakwaan wujud usaha terancang yang melibatkan Najib.

Malaysia Kini

1.7.08

PM jamin Anwar, Saiful selamat

Jul 1, 08 10:31pm
Perdana menteri menjamin keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat pembantunya, dan juga Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu kes tersebut kepada polis.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata undang-undang negara ini pasti akan digunakan untuk menjamin keselamatan mereka yang terlibat.

"Kerajaan akan pastikan sesiapa juga yang terlihat dalam kes ini sama ada pihak yang buat aduan, atau pihak yang dituduh mestilah dipastikan selamat dan (mengikut) undang-undang," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya hari ini.

Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan "akan bertindak profesional" dan "mengikut undang-undang".

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa mereka berdua (Abdul Gani dan Musa) adalah orang profesional, mereka masing-masing ada tugas dan tanggungjawab, mesti tahu menjalankannya dengan betul mengikut undang-undang dan tidak akan menyebabkan apa-apa berlaku yang boleh menjadi pelanggaran kepada undang-undang," Abdullah dipetik sebagai berkata.

Oleh itu, tambahnya, kebimbangan Anwar dan isterinya Wan Azizah "tidak berbangkit."

Abdullah dilaporkan mengakui Wan Azizah menyuarakan kebimbangannya itu susulan pembabitan Abdul Gani dan Musa dalam siasatan kes dakwaan liwat terhadap Anwar pada 1998.

Abdul Gani waktu itu timbalan pendakwaraya kanan manakala Musa pula pegawai penyiasat kes itu.

Ditanya sama mereka berdua turut terlibat dalam siasatan terhadap penasihat PKR kali ini, Abdullah berkata:

"Pada waktu ini saya tidak mendapat kepastian siapa yang akan menjalankan siasatan itu, tetapi yang saya tahu pegawai tertinggi polis daripada Divisyen Jenayah yang mengepalai siasatan yang dijalankan".

Anwar petang ini membuat laporan polis di Shah Alam, mendakwa Abdul Gani dan Musa terlibat dalam pemalsuan laporan siasatan kes beliau ditumbuk ketua polis negara waktu itu Tan Sri Rahim Noor.

Beliau juga mendakwa kedua-duanya berada di Bukit Aman sewaktu kejadian, 20 September 1998, tetapi menyembunyikan peristiwa itu daripada pengetahuan umum.

Dalam sidang media itu, Abdullah turut mencadangkan pemimpin PKR membuat laporan polis jika mereka mendapat maklumat daripada risikan negara jiran yang memberi amaran adanya ancaman bunuh terhadap Anwar.

Ditanya adakah Dr Wan Azizah memohon agar dakwaan terhadap Anwar digugurkan, perdana menteri berkata presiden PKR hanya meminta jaminan terhadap keselamatan suaminya dan siasatan terhadap Anwar dijalankan secara adil, lapor agensi berita itu lagi.

Malaysia Kini

Liwat: Ujian Ke 2 Perundangan Malaysia dalam tempoh Sedekad

Baru sahaja kira-kira 10 tahun lalu; 1998/99 negara digemparkan dengan masalah moral pemimpin kita. Liwat. Memang payah kita mahu berceritera dengan anak-anak tentang perkataan ini. Perkataan ini kembali meniti dari bibir ke bibir kita lagi.

Beginilah jika negara kita mengikut undang-undang barat. Mudah tersebar perkara yang jelik lagi aib buat bangsa kita sendiri. Bagaikan kita meludah ke langit. Seantero dunia tergelak memperlekeh bangsa kita sendiri. Yang sedihnya maruah Islam juga tergadai. Melayu; Saling bertuduhan; bilamana tiada bukti nyata; senang sahaja mengaku ceritera itu adalah rekaan semata. Tiada yang berhubung kait dengan yang hidup atau yang telah mati. Senanglah amat.

Sedangkan telah jelas di dalam Islam, perlukan empat orang saksi dalam masalah tuduhan liwat yang sama hukumannya berzina.

Maka itu memang benar; langkah yang sebaiknya; kita jangan buat keputusan sendiri. Dengar apa kata perundangan barat yang kerajaan kita laksana ini. Yang pasti sedekad lalu memang semua rakyat jelata menolak keputusan mahkamah kita. Tuduhan terhadap DS Anwar sengaja diada-adakan bermotif politik. Cumanya jangan sampai bagai sejarah lalu; sampai ada yang jadi mangsa; lebam perbagai. Jika dulu Ketua Polis Negara juga dikaitkan; sekarang pun sama. Jangan sampai nanti DS Anwar akan dibelasah lagi. Nantinya makin bergolak negara. Hinggakan dunia barat pun terhidu betapa songsangnya politik kita. Sampaikan memberi amaran kepada kita tentang kes liwat ini.

Janji PM tentang keselamatan kedua-dua pihak tetap janji tetapi perlu diingat musuh politik DS Anwar teramat ramai. Semua rakyat jelata tahu tentang konspirasi yang berlarutan ini.

Bertimpa-timpa musibah rakyat marhaen kini; belum pun reda krisis minyak naik; barangan naik menggila. Timbul pula masalah politik Melayu kita kian nazak & makin gurur.

Gurur & lemas dengan isu yang tak selesai sebab perundangan kita memang tidak telus. Banyak sangat kes kita masih tergantung dari kes bertaraf nasional, kes sosial, kes berbunuhan sesama ummah, Altantuya umpamanya masih kabur. Malahan kes terlampau umpamanya Kes Nurin masih kabur hinggalah kes remeh-temeh masih tertunda & umum tertanya-tanya hukumannya. Negara kita bagaikan negara Koboi jadinya jika memang terusan begini.

Apakah martabat & unggulnya lagi bangsa kita Melayu. Saling bertuduhan. Saling berpuak-puak. Saling mengaku jaguan tapi tak segagah mana pun; saling bergelut dengan Samseng Kampung Dusun pun mafia ganas geladangan. Terutama bila musim pilihanraya. Serba serbi ada dalam politik kita & slogannya gah amat Malaysia boleh. Huh!.

Bila agaknya mahu terhenti semua ini?. Memang benar ramai kalangan kita yang Islam bermoral naif. Berlaku seks luar tabie. Peluit sendiri pernah melihatnya ketika ke Genting Highland; sama satu kereta kabel menuju ke puncak; bagaimana aibnya bangsa kita. Lelaki bersama lelaki bercumbuan. Tak pastilah kot yang perempuannya menyerupai lelaki. Tapi apakah ianya harus kita war-warkan tanpa mencegahnya. Mahukah kita jadi ummat Nabi Lut AS ditimpa bala seluruh alam. Diredah angin ribut pun dihujani dengan batu, diterbalikkan seluruh petala bumi ini. Ranap.

Kenapa kita tidak berfikiran aman. Jika benar satu pihak ingin membuktikan kemungkaran; berikan bukti!. Punggah segalanya. Berkata benar biar pahit sekali pun. Memang Islam mahukan kita bersikap amar makruf nahi mungkar.

Kenapa pula ada pihak asyik mengambil kesempatan dengan kuasa yang ada, asyik menyerang sebelah pihak sahaja, tidak langsung memberi peluang pihak yang tertuduh membela diri. Terusan memperbodohkan rakyat jelata dengan dakyah yang tidak-tidak. Terusan menangguk di air keruh demi politik diri & kroni. Sampai bila ceritera ini akan berakhir!.

Peluit: Impikan semua ummah sebangsa & seagama aman sentosa.

Artikel berkait:

Thursday, July 12, 2007
KEMBALINYA ZAMAN NABI LUT a.s.

Agak lama juga tidak menghasilkan sebarang tulisan kerana kesibukan dalam kehidupan alam ini samada kesibukan dunia mahupun akhirat. Dunia yang semakin tua usia ini semakin hari semakin menuju ke akhirnya dengan perbuatan-perbuatan tangan manusia itu sendiri yang alpa sehinggakan kadangkala tidak nampak yang mereka ini mempunyai tuhan yang Maha Agong yang memandu arah kita. Pilihannya adalah di tangan mereka sendiri. Perbuatan-perbuatan manusia mengundang kemurkaan penciptanya dan hanya masa yang menentukan..Apa yang penting ialah apa tindakan dan peranan kita untuk menjaga diri kita, keluarga kita, jiran kita, masyarakat sekililing kita yang kini berada dalam zaman yang penuh dengan kepincangan..adakah kita juga hanyut sama??? Berikut adalah sebuah artikel untuk sama-sama kita renungkan yang di nukilkan oleh seorang ulama':-

INGATAN ULAMA UNTUK SEMUA

Menurut laporan, pada 30 Jun 2007, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropah menghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay dan lesbian. Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah SAW.

Menurut islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud: “dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".(Surah Al-‘Araf : 80 - 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210). Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW yang bermaksud:“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesama lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

HUKUMAN MEREKA YANG MELAKUKAN AMALAN SEKS SEJENIS

Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini. Didalam kitab qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37)

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW yang bermaksud:“Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)Begitujuga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW yang bermaksud:“Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat”(Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)

AMALAN SEKS SEJENIS BOLEH MEMBINASAKAN NEGARA

Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.Firman Allah yang bermaksud:“ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”(Surah Al-Qamar : 33-36).
Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Firman ALLAH yang bermaksud:“maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu”(Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras. Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme. Amat menyedihkan, pengamalan hidonisme dan seks sejenis ini, bukan sekadar menimpa kepada dunia-dunia barat, tetapi ianya sudah menimpa di dunia-dunia umat Islam sendiri, yang tidak ketinggalan adalah Malaysia.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar.

PENUTUP

Memerhatikan segala kejadian yang telah menimpa dan yang sedang menimpa umat, memberi satu peringatakan kepada umat Islam agar segera kembali kepada Islam.Tindakan meninggalkan pengamalan Islam merupakan punca utama, manusia akan melakukan perkara-perkara yang menjijikkan. Maka dengan keadaan ini maka kami menyeru kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia agar segera kembali kepada Islam dan pengamalannya, agar umat ini tidak akan ditimpa penyakit sosial yang membimbangkan.

http://bagindoali.blogspot.com

Isu Anwar: Abim kongsi kebimbangan

Jun 30, 08 7:19pm
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkongsi rasa terkejut, sedih dan bimbang dengan rakyat Malaysia berikutan timbulnya isu terbaru yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Presidennya, Yusri Mohamad.

"Negara kita telah dan masih merasa perit dan pedih kesan krisis yang berpanjangan dan kompleks, melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

"Jika kita tidak berhati-hati, isu terbaru ini mungkin mengheret negara ke kancah krisis yang akan membawa akibat buruk kepada rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, Abim berharap semua pihak yang terlibat menangani isu ini, benar-benar mengambil pengajaran dari episod gelap krisis yang lalu, untuk bersiap menanganinya dengan penuh kewaspadaan, teliti dan berhemah.

"Isu terbaru ini merupakan ujian dari Tuhan. Umat Islam diajar oleh junjungan besar, Nabi Muhammad SAW agar kembali merujuk kepada Tuhan Rabbul Jalil ketika menghadapi situasi yang berat sebegini.

"Kita dituntut merujuk kembali kepada Tuhan dengan memperbanyakkan istirja', istighfar, solat dan bermunajat kepadanya.

"Kita juga dituntut untuk kembali kepada Tuhan dengan merujuk kepada ajaran-Nya dalam menangani persoalan yang timbul," kata Yusri.

Jangan jadi 'hakim'

Sesuai dengan semangat tersebut, katanya, Abim menganjurkan seluruh Umat Islam di Malaysia segera menumpukan permohonan kehadrat Allah "agar kita semua dikurniakan rahmat, panduan dan kekuatan untuk melalui ujian terbaru ini dengan selamat dan sejahtera".

Abim juga, kataya, mencadangkan agar semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan majlis solat hajat dan munajat untuk maksud ini.

"Seterusnya Abim berharap agar pihak berkuasa, media, pemimpin politik, turut merujuk kepada prinsip keadilan dalam memilih langkah dan tindakan terbaik sepertimana yang dianjurkan dalam Islam.

"Merujuk kepada pengalaman yang telah dilalui dalam krisis yang lepas, adalah wajar jika semua pihak lebih berhati-hati dan berwaspada dalam setiap langkah yang diambil," katanya.

Menurut Yusri lagi, pihak berkuasa harus memastikan setiap prosedur perundangan yang terlibat, dilaksanakan secara adil untuk meredakan kebimbangan di kalangan masyarakat awam.

Pihak terbabit juga, tambahnya, perlu mempertimbangkan faktor keselamatan Anwar sepertimana yang layak diterima olehnya.

"Pihak media juga diingatkan agar mengelak daripada menjadi 'hakim' yang membicarakan kes ini di luar mahkamah dalam setiap laporan serta liputan yang dijalankan.

"Oleh kerana kes ini membabitkan individu dan isu yang boleh membawa kesan dan akibat yang besar, justeru pihak media juga haruslah mengelak membuat laporan yang mengelirukan serta mensensasikan isu ini secara keterlaluan," tambahnya.

Peluit: Ujian ke dua dalam tempoh sedekad bagi perundangan Malaysia. Memang benar jangan kita cepat melatah & pandai-pandai menjadi hakim

Fakta Pelik

Tuesday, July 1, 2008


email dari : ahmad zamri


Yang lagi pelik, cuba perhatikan kronologi kes budak ni :-

1) Dia ni drop out dari UNITEN, exam fail giler, score 1.0 CGPA je sebab menurut member-member sekampus, dia ni giler glamour, kaki perempuan dan tak belajar langsung, sebab tu kantoi exam. Dia kata kalau nak sambung balik belajar pun kena repeat banyak paper dan makan banyak tahun lagi baru nak grad (itupun kalau pass) So, dia pilih utk keluar U dan cari kerja.

2) So, dia landed kat head office PKR about 8 months ago (menurut Dr Wan Azizah) utk bantu kerja-kerja pilihanraya dan lepas tu jadi pembantu Anwar, pemimpin idola dia sejak dari kampus.

3) Najib kata semalam, gambar budak tu dgn pegawai kanan dia di opis TPM diambil 3 bulan lepas dan dia datang pejabat TPM sebab nak mohon biasiswa (pleaselahh...,takde alasan lain ke). So, yang menjadi persoalan dan misterinya ialah :-

i) Dia kan drop out dari U, dah tak nak belajar lagi, sebab tu dia cari kerja, SO apakejadahnya dia nak mohon BIASISWA plak...nak masuk U mana? Bila nak sambung belajar?. Pejabat TPM ada keluar biasiswa ke selama ni? Tak tahu pun...

ii) Masa dia pegi pejabat TPM tu, dia MASIH lagi bekerja di pejabat PKR !! Apa dia buat kat situ? 3 bulan lepas (kata Najib) bukan ke tengah sibuk PRU 12. Wahh..time tengah sibuk-sibuk Pilihanraya, kau pegi lawatan sambil belajar ke pejabat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional yg merupakan seteru ketat bos di tempat kerja kau i.e Ketua Umum PKR, utk kau mohon Biasiswa !!! Pleaselahhhh......org Malaysia bukannnya bodoh sangat kau nak tipu mcm tu!.

iii) Menurut sumber rapat yg amat dipercayai, si pegawai kanan Najib yg bergambar dengan budak liwat tu, dia memang org kanan/rapat sungguh dgn Najib, budak lulusan UIA dan jadi speechwriter Najib. So, boleh mintak biasiswa kat dia ke, dia boleh bagi recommendation ke, macam mana kau boleh kenal dia sebelum ni, kau drop out UNITEN baru je lagi, dia grad UIA dah lebih sepuluh tahun!

Jadi, apa sebab sebenarnya budak liwat ni ada kat situ, masa (timing) kejadian tu tengah sibuk pilihanraya dan motif sebenar dia kat pejabat TPM tu ??? Sama-sama kita tunggu laporan siasatan POLIS DIRAJA MALAYSIA yang sangat-sangat kita cintai dan boleh dipercayai !!!

Berjuang,berjuang,berjuang & terus berjuang!!!

http://perisikrakyat1.blogspot.com

Blog Tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan

Sila Klik sini

http://jannamohdzaki.blogspot.com

Anwar syak laporan dipalsukan

Jul 1, 08 12:02pm
kemaskini 5:59pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini bergelut dengan isu panas didakwa meliwat pembantunya, membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis kontinjen Selangor hari ini.

Penasihat PKR sampai kira-kira jam 2.50 petang, diiringi peguamnya Sankara Nair.

Laporan polis berhubung laporan siasatan kes beliau ditumbuk oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya.

"Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," kata Anwar dalam laporan polis itu.

"Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan laporan kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti 'the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow' [bentuk dan ciri kecederaan tidak konsisten dengan pukulan secara langsung], 'accidental nature of the injuries could not be ruled out' [kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak] dan 'self-inflicted nature of the injury should be considered [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan].

"Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan laporan kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah."

Abdul Gani waktu itu bertugas sebagai timbalan pendakwaraya kanan, antara pegawai paling kanan selepas Mokhtar.

Sebelum itu beberapa peguam dan pemimpin PKR tiba di IPK tersebut di Shah Alam - naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, bendahari parti William Leong dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Md Akin.

Turut hadir, exco kerajaan Selangor dan juga ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Dr Xavier Jayakumar.

Kira-kira 30 orang penyokong Anwar berada di luar pintu masuk IPK.

Mereka tidak dibenarkan masuk sehingga menimbulkan sedikit kekecohan dengan anggota polis untuk beberapa minit ketika ketibaan Anwar.

Beberapa ahli-ahli parlimen PKR termasuk anaknya Nurul Izzah Anwar hadir di depan pintu masuk ibu pejabat polis tersebut.

Mereka turut dihalang masuk.

Anwar dan para penyokongnya meninggalkan bangunan itu jam 3.20 petang dan menuju ke ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya untuk mengadakan sidang media.

Menurut siaran media PKR pagi tadi, satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.

Sementara itu tiada sidang media keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa penasihat PKR meliwatnya - seperti diura-urakan dalam kalangan media sebelumnya.

Malaysiakini difahamkan pemuda itu akan mengadakan sidang akhbarnya dalam tempoh beberapa hari lagi.

Polis semalam menghabiskan masa selama lima jam menyiasat di sebuah kondominium di Desa Damansara, tempat yang didakwa berlaku perbuatan tersebut.

Malaysia Kini

P'jaya bantah artikel 'nakal' ttg Rosmah

Jul 1, 08 3:30pm
Pesuruhjaya tinggi Malaysia di Singapura membantah penerbitan artikel yang didakwa memaparkan tanggapan negatif tentang isteri timbalan perdana menteri.

Dalam suratnya kepada pengarah editorial akhbar Today, Datuk N Parameswaran berkata beberapa ulasan tentang Rosmah Mansor itu sebagai "ayat-ayat nakal".

Artikel akhbar Today yang bertajuk Under fire - the 'first lday-in-waiting' dan diterbitkan 27 Jun lalu memuatkan beberapa ulasan rakyat Malaysia tentang Rosmah berhubung dakwaan Raja Petra Kamaruddin dan tabiatnya suka membeli-belah.

Berdasarkan beberapa pandangan umum itu, ia juga mendakwa wanita itu sebagai "bercita-cita besar dan bongkak"

Malaysia Kini

'Pemuda itu rapat dengan Rosmah'

Jul 1, 08 5:04pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menghadapi dakwaan melakukan liwat terhadap pembantunya, mendakwa pemuda itu mempunyai hubungan rapat dengan timbalan perdana menteri dan isterinya.

Penasihat PKR mendakwa lagi Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa kali bertem Rosmah Mansor, selain rapat dengan suaminya Datuk Seri Najib Razak dan pegawai khasnya Khairil Anas Yusof.

Kelmarin presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas - bagaimanapun Najib semalam menafikan pembabitannya dan pegawainya itu dengan kontroversi terbaru Anwar.

Anwar berkata beliau akan mendedahkan dakwaannya itu dalam masa terdekat.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini, beliau menafikan Mohd Saiful seorang pegawai peribadinya.

Anwar sebelumnya membuat laporan polis terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Penasihat PKR berada setengah jam di ibu pejabat polis kontinjen Selangor, Shah Alam untuk tujuan itu mulai jam 2.50 petang, diiringi peguamnya Sankara Nair.

Satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.

Malaysia Kini

Blog Umno

Sesekali elok juga kita membaca forum kalangan yang begitu anti amat dengan PR. Sering kita dengar di media arus perdana parti pembangkang diperlekehkan. Hinggakan bab pemberian subsidi air di Selangor pun jadi isu membazir.

Sila ke situs ini

http://forum.mykmu.net

& amati tulisan si respon forum ini

maruah_melayu
Panelis VIP

Joined: Aug 02, 2006
Posts: 2809

Posted: Tue Jul 01, 2008 5:18 pm Post subject:

--------------------------------------------------

hehehe..tak cukup dgn tu si dick najis dgn pantas kata tuduhan nuar meliwat tu tak betul selagi takde 4 saksi! muahahahahha....aku harap lepas ni si dick najis gajikan 4 ekor macai utk follow ke mana saja anak cucu dio baik jante ataupun hok tino bukan apa utk standby takut nanti bila kena rogol takleh buat report pasal takder saksi!

Siapa agaknya dick najis yang dia maksudkan? Siapa pula si gerangan si maruah_melayu ini. Kenapa dia terlau membenci dick najis.

Memang Peluit sendiri kerap melayari semua blog reformasi tetapi bagi blog yang ini sampai sekarang Peluit gagal menjadi ahli. Terkadang teringin juga menegur kot kita terlampau memihak mana-mana hingga hilang nilai diri. Mana tahu maruah_melayu dari pihak pembangkang sengaja berlakon watak terlampau untuk membuatkan golongan atas pagar membenci pemerintah kini.

Ntahlah!.

Mari Kenali Teori Machiavelli ikutan umno be end

Dilulus terbit pada Tuesday, July 01 @ 04:23:14 MYT oleh reformis

Oleh mag

"
Niccolò Machiavelli seorang pakar teori politik Itali percaya bahwa keberhasilan seorang pemimpin sangat ditentukan oleh ‘statecraft’ yang dimilikinya atau keahlian sebagai seorang negarawan. Untuk memastikan seorang pemimpin itu berhasil atau tidak, dapat dilihat bagaimana cara ia menggunakan kekuasaan yang ada di tangannya. Penggunaan kekuasaan itu dapat dilakukan dengan banyak cara, termasuk cara-cara yang tak terpuji.

The Prince, yang ditulis Machiavelli tahun 1513, menyatakan bahawa semua pemimpin harus menggunakan penipuan dan akal licik, untuk mencapai tujuan mereka. Dengan lain perkataan, seorang pemimpin harus tahu bila ia harus berperanan sebagai singa, bila bertindak seperti musang, dan sebagainya. Perubahan karakter seorang pemimpin itu harus mengikuti keadaan. Ini bererti juga seorang pemimpin itu harus memberikan kesan di depan rakyat bahwa ia seorang yang lembut, pemurah, bahkan pro agama. Namun ia pun dapat berbuat jahat dan mengabaikan rasa sayang dan moral jika diperlukan.

Teori kepemimpinan yang diusung oleh Machievelli itu merupakan salah satu model kepemimpinan yang banyak digunakan oleh para pemimpin diktator. Bagi penentang teori ini, Machiavelli dianggap sebagai simbol kediktatoran dan kekejaman. Teori kepemimpinan Machievelli cenderung menghalalkan segala cara untuk mempertahankan suatu kekuasaan. Inilah menjadi pegangan yahudi yang amat bertentngan dengan islam.
Ia juga membenarkan sistem pemerintahan yang dijalankan penguasa bertangan besi, yang menolak pertimbangan moral dalam hal politik praktis.

Oleh kerana itu, tak hairan jika para Machiavellis, terutama para penguasa yang menjalankan prinsip Machiavelli ini dianggap sebagai individu dan kumpulan manusia yang membenarkan dusta, penipuan, penindasan, dan pembunuhan, termasuk pengingkaran sejarah asal stabiliti kekuasaannya mantap dan tidak tergugat.

Menurut Machiavelli, penguasa yang menjalankan aturan-aturan konvensional seperti petunjuk-petunjuk moral (agama) yang menekan justru akan menghancurkan kekuasaannya sendiri. Ia menganjurkan seorang penguasa itu mengabaikan pertimbangan moral secara total dan mengandalkan kekuatan dan kelicikan, termasuk mewujudkan kekuatan militeri yang dilengakp persenjataan terbaik. Seorang penguasa juga harus dikelilingi oleh menteri-menteri yang mampu dan setia, terdiri dari penjilat untuk mencapai kejayaannya.

Machiavelli juga mengajukan dua pilihan perbincangan, apakah seorang penguasa itu lebih baik dicintai atau dibenci/ditakuti. Menurutnya penguasa sebaiknya ditakuti dan dicintai, tapi kedua pilihan ini ini tak boleh disandang sekaligus, lebih mudah bagi seorang penguasa adalah ditakuti, kerana bila dia memilih untuk dicintai maka ia harus siap-siap untuk mengorbankan kepentingan demi rakyat yang mencintainya.

Dalam sejarah dunia, ada begitu banyak penguasa yang mengikuti teori kepemimpinan Machiavelli ini. Napoleon, Stalin, Hitler, Benito Mussolini, Slobodan Milosevic, Pinochet, hingga Pol Pot merupakan tokoh-tokoh yang mengambil langkah radikal dalam kepemimpinannya. Mereka menciplak habis teori Machiavelli untuk bertahan dalam tampuk kekuasaannya. Mereka diktator ulung pada masanya. Mussolini memuji-muji Machievalli di depan umum sebagai tokoh inspirator. Bahkan Napoleon menyelitkan "The Prince" di bawah bantalnya agar boleh membacanya berulang-ulang.

Bagaimana dengan para pemimpin kita? Sedikit sebanyak, meskipun mereka tidak pernah baca The Prince itu, sedar atau tidak, mereka pernah menjalani teori kekuasaan Machiavelli. Lihat saja, mereka akan begitu baik pada kita ketika musim pemilihan tiba. Mereka loyal dengan janji-janji kesejahteraan, memberikan sumbangan, bantuan, hingga hal-hal kecil lainnya. Taktik ini tak hanya berlaku pada para (calon) pemimpin nasional semata tapi juga para (calon) pemimpin daerah.
Untuk menarik perhatian kita, mereka, para (calon) pemimpin itu akan mengubah dirinya menjadi seseorang yang lembut, pemurah, bahkan agamais, seperti yang disarankan dalam teori Machiavelli. Setiap ada kumpul-kumpul keagamaan mereka akan muncul, setiap ada bencana mereka akan segera mengeluarkan dana dan bantuan secepatnya, tanpa harus kita minta. Senyum mereka pun akan bertebaran kemana-mana. Akankah keadaan ini kekal selamanya? Mungkin ya mungkin tidak. Setelah hari pemilihan tiba dan terpilih menjadi penguasa, mungkin mereka akan tetap menjadi orang yang manis, dan cepat tanggap dengan kesulitan rakyatnya, namun boleh juga sebaliknya, mereka boleh menjadi singa, rakus, dan mencari akal bagaimana mengembalikan semua dana yang dihamburkan saat kampenye agar kembali masuk ke poket mereka.

Horor kepemimpinan pun memulai episodenya. Kebijakan publik, regulasi/deregulasi, undang-undang, dan segala peraturan yang dikeluarkan lebih cenderung membela kepentingan kelompok penguasa daripada rakyat. Nasib rakyat pun makin tak jelas, apa yang pernah dijanjikan pada musim kempennya amat jauh dari kenyataan. Harga-harga bahan kekeperluan bukannya makin murah malah menjadi amat mahal seakan-akan RM akan menjadi Rupiah hingga melangkaui batas kemampuan. Pendidikan yang dijanjikan akan dinikmati oleh semua lapisan cuma mimpi di siang hari. Matematik dan Sains dalam English terus melingkup rakyat marhaen yang ia cuma diwujudkan untuk mengisi kantong kroni kapitalis .

Gaya pemimpin kita kini memang bukan gaya diktator, mereka tidak membunuhi rakyatnya yang membangkang seperti halnya Pol pot, Pinochet, Hitler, atau Slobodan Milosevic. Tetapi ISA zalim tetap diteruskan. Hak-hak negeri sebgaimana yang termaktub dalam perlembagaan dinafikan dan inilah yang pemimpin umno Be end cukup faham mengenai konsep federalism. Mereka tetap menjadi seorang yang lembut dan bersahaja ketika berhadapan dengan rakyatnya. Namun tetap saja rakyat hidup kesusahan dan menikmati hari-hari dengan penuh kecemasan. Dan ini sama saja membunuh rakyat perlahan-lahan, dan mereka terus kekenyangan. Ingatlah akhirat menanti kita semua."

TranungKite