Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

2.5.08

Nazri tak senang duduk kena hentam

TIDAK senang duduk Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) dibuatnya apabila Ahli Parlimen pembangkang sibuk menghentam kerajaan dengan pelbagai persoalan yang tidak ‘munasabah’ dan sering diulang-ulang ketika sesi penggulungan perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, semalam. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun bijak bermain ayat mematahkan serangan wakil pembangkang.

Ketika menggulung isu berkaitan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohamed Nazri diasak dengan pelbagai tuduhan diketuai bekas Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

Setiap jawapan yang terkeluar dari mulutnya penuh makna, malah sempat menyelitkan ‘sindiran mengena’ seperti dilakukan ke atas Lim yang diselar bercakap kosong dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain sekali gus membuatkan dewan gamat seketika dengan gelak ketawa Ahli Parlimen.

Antaranya termasuk N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Dr Zulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

Malah, Mohamed Nazri ketika menyampaikan hujahannya juga mengingatkan wakil pembangkang supaya tidak membangkitkan isu lama. “Saya mohon Yang Berhormat membuat semakan terlebih dulu sebelum membangkitkan persoalan tersebut (merujuk isu pendakwaan ke atas kes rasuah individu berprofil tinggi), ini isu lama yang kerap diulang-ulang,” katanya.

Harian Metro