Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

24.5.08

Pulau Batu Putih Menjadi Milik orang akibat surat Acting SUK yang BANGANG

Dilulus terbit pada Saturday, May 24 @ 11:41:37 MYT oleh SongkokPutih Oleh ahmadhadeed"

Pulau Batu Putih secara consistent berada di bawah Malaysia/ Kerajaan Johor sehingga tertulisnya sepucuk surat dari seorang PEMANGKU atau acting Setiausaha Kerajaan Negeri atau state secretary Johore bernama si Celaka MOHAMAD SHETH BIN SAAID yang memberi secara percuma Pulau Batu Puteh kepada British Colony Singapore. Perkataan nya simple saja iaitu 'Johore Government does not claim ownership of Pedra Branca' ( Kerajaan Johor tidak menuntut hak atas Batu Putih) dan surat ini di tujukan kepada colonial secretary of singapore.

Adakah surat ini boleh mewakili surat Sultan Johor dan sah dari segi niat, adakah ia bermakna melepaskan hak pulau itu kepada Tanah Jajahan Singapore atau hanya mengatakan ia tidak berminat kepada pulau itu walau pulau itu dia punya? Itu terserahlah kepada peguam bela Malaysia yang di kira hebat hebat belaka untuk MEMBERITAHU rakyat malaysia di Parlimen bagaimana mereka telah tidak berjaya mewujudkan doubt di makhamah di Haque. Namun semua nya sudah sia sia .

Hukuman Makhamah dunia adalah final tidak boleh di rayu.

Mungkin kes batu putih merupakan kesinambungan kebodohan orang Melayu memerintah negara mereka. Cuba bayangkan seorang pegawai kerajaan berpangkat SUK dan bukan nya SUK penuh tetapi hanya Acting atau MEWAKILI SUK yang bernama celaka M.SHETH BIN SAAID saja telah menyebabkan Malaysia kehilangan satu pulau. Adakah Mohamed Sheth ini acting untuk orang lain atau tidak , itu pun tidak di ketahui.

Kita pun bertanya tanya bagaimana kes kedaulatan boleh di tulis kepada Colonial secretary oleh acting SUK tanpa sebarang sk. atau a copy to sultan atau kepada jabatan tabah atau hakim. Saya tak pasti Johor 1953 masih berada di bawah British atau tidak.

Itu kerja Ghani Patail untuk menentukan validity of the letter.

Kebodohan orang melayu mungkin akan juga berlaku di Wilayah Iskandar atau wilayah wilayah lain yang wujud dalam berbagai bentuk pada zaman sekarang. Sudah lah orang melayu berpecah pelah PAS , UMNO , PKR , Pro Mahathir , Anti Mahathir, Pro Dollah Anti Dollah , Pro Islamic state , anti Islamic state, sekarang kehilangan Batu Putih kerana kebodohan technicallity adalah bukti tidak cerdik orang Melayu menjaga hal ehwal masyarakat mereka."

Kenapa Singapura Nak Sangat Pulau Batu Putih?

Dilulus terbit pada Saturday, May 24 @ 12:48:41 MYT oleh SongkokPutih Oleh orangjohorlama"
Saya pun hairan kenapa Singapura nak sangat Bulau Batu Putih ni. Sejak berlaku perebutan dengan Malaysia ni saya pun nak tau juga kat mana letaknya pulau ni yang katanya seluas 2 padang bola. Takkan la sebab Singapura nak pegi buat padang bola kat situ. Bila cari-cari rupanya kat situ letaknya Pulau Batu Putih ni. Sepintas lalu tengok kita dah tau memang strategik lokasi pulau ni dari segi perdagangan dan juga ketenteraan.

Yang hairan bin ajaibnya, pulau ni duduk dekat sangat dengan Malaysia. Ukur jarak ke Singapura lagi 2 kali ganda lagi dari Malaysia. Rasanya kalau naik sampan kayuh pun boleh sampai. Kalau Dato Malik Mydin berenang pegi balik pun takde masalah. Tapi macamana Singapura boleh dapat pulak tu? Fakta sejarah tak boleh membuktikan ke? atau penghujah-penghujah Malaysia kurang meyakinkan ke? atau ada campurtangan kuasa ghaib lain dalam perbicaraan? tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang mengetahui.


Cuma kekesalan yang terpahat dihati ni, kita tidak pernah tahu yang lokasi pulau batu putih ni sebegitu. Ini aje sumber maklumat yang saya boleh dapat. Jika salah, salah la saya. Tetapi sepatutnya kerajaan memaklumkan kepada ramai tentang lokasi pulau ni. yang dipaparkan hanya gambar rumah api yang kita semua tahu rupanya. Mungkin tidak mahu menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Tetapi dunia semakin canggih. Lambat laun rakyat akan tahu juga. Dan kesannya lebih mendalam.

Harapannya, selepas ni pihak bertanggungjawab perlu buat kerja cari balik mana-mana pulau ke sempadan ke dan jaga elok-elok dari sekarang supaya tahun 2050 nanti takde pulak la pulau ke tanah air kita akan diserahkan kepada orang lain pulak.

Jangan nanti di masa akan datang tiba-tiba Singapura tuntut kata Johor atau Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) ni diorang punya sudah la. Alasan penghakiman mereka ialah semua tanah ini telah dibeli dengan hakmilik kekal semuanya. Oleh itu, mahkamah membuat kesimpulan menyerahkan Johor Bahru dan kawasan sekitarnya kepada Singapura. termasuklah Istana Sultan Johor kat tepi laut tu.

Semua orang Johor Bahru diminta pindah ke tempat atau negeri lain sebab kerajaan Singapura nak buat rumah flat untuk rakyat dia. Harap-harap sultan dan bakal-bakal sultan pun baca tulisan saya ni. Kepada sesiapa yang ada email sultan johor atau Tengku Mahkota Johor (TMJ) tolong forwardkan artikel ni supaya Tuanku buat kerja sikit. Jangan asyik naik motor dengan main kuda aje.

Harap Tuanku ni pegi tanya YB-YB Johor dan menteri-menteri ni diorang buat kerja ke tak. Isu tanah ini adalah isu maruah dan kedaulatan negara. Kat Palestin sana tu orang pertahan negara dengan nyawa takkan kat Malaysia ni kita nak buat amal jariah dengan serah macam tu aje."

Pulau batu putih: Minyak masak habis, lauk tak sodap

Dilulus terbit pada Saturday, May 24 @ 11:51:06 MYT oleh SongkokPutih Oleh tutuhjang"

Maknanya, satu pekerjaan sia-sia yang dilakukan oleh orang yang bukan pakarnya, akhirnya duit pamboli minyak abih, lauk tak sodap, tukang masak yang tak roti (mengerti) memasak ponek jo, yo bangang.

Masalah kalah menang dalam mahkamah, bukan sangat ditentukan oleh benar atau salah perkara tersebut, tapi kepakaran menghujah didukung fakta yang meyakinkan. Maka dalam mana-mana perbicaraan keupayaan 'loyar' dalam berhujah adalah amat penting dalam menentukan kalah menang tersebut.

Mari kita amati dengan teliti siapa mereka yang berhujah, delegasi Singapura :

1 S Jayakumar, Timbalan Perdana Menteri
2 Chao Hick Tin, Peguam Negara
3 Prof Tommy Koh,

ejendelegasi malaysia :

1 Tan Sri Rastam Mohd Isa, KSU Kementerian Luar
2 Datuk Hamsan Saringat, wakil kerajaan Johor
3 Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara
4 Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, ejen
5 Datuk Noor Farida Ariffin, ejen bersama.

Saya melihat beberapa perkara dari segi delegasi ini iaitu :1 regu delegasi Singapura terdiri dari wakil kerajaan S Jaya Kumar yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri, bandingkan dengan kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Tan Sri Rastam Mohd Isa sekadar KSU Kementerian Luar ditambah dengan Datuk Hamsan Saringat wakil kerajaan Johor barangkali sekadar membawa fail jo

2 Singapura dan Malaysia sama-sama diwakili oleh Peguam negara, keadaan ini seimbang, tapi masalah kualitinya perlu dikaji.

3 Ejen Singapura Prof Tommy Koh dan ejen Malaysia TS A Kadir Mohd dicapur dengan ejen bersama Datuk Noor Farida. Di sini kelihatan Singapura menampilkan orang yang memang lebih pakar dan jawatan profnya membawa kepada rasmi kerja berorientasikan penyelidikan.Dari ketiga-tiga perkara yang disebut di atas, didapati :

1 Singapura lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk memenangi perbicaraan dengan meletakan TPM sebagai ketua rombongannya berbanding Malaysia yang meletakan KSU jo.

2 Kekuatan utama penghujahan tentu terletak di tangan ejen (botul ko tu Jang) Singapura diwakili seorang profesor yang sudah tentu pakar perundangan-undangan berbanding Malaysia diwakili TS A Kadir Mohd dan Datuk Farida, den tak ponah dongapun salamo ni kehebatan mereka.

Dapatan di atas boleh dirumuskan bahawa sebenarnya kita di peringkat awal telah kalah, kemudian cara pemberitaan tv1 yang beriya-iya sangat kita mesti mematuhi keputusan ICJ sudah membayangkan bahawa kita akan kalah dalam perbicaraan tersebut.

Jadi, bayangkanlah bapo minyak masak dah habih untuk melakukan penyelidikan kes selama bertahun-tahun, akhirnya lauk tak sodap sobab tukang masak tak pandai.Mako, bukan batu jo yang putih doh Jang, den pun berputih matolah salamo-lamo de.

Jadi kalau Pulau Batu Putih boleh mereka menangi, maka tak mustahil Wilayah Iskandar nanti juga akan mereka menangi dalam perbicaraan ICJ tahun 2050.Soba jo lah den Jang.TUTUH SAMPAI MONANG "

Pulau Batu Putih Kita Putih Mata!



Dilulus terbit pada Friday, May 23 @ 19:53:27 MYT oleh SongkokPutih Oleh peluit"
Inilah hasil kemerdekaan kita satu demi satu bumi kita dirampas. Dijajah secara senyap & terang. Bagaikan kita kini jadi Rakyat Palestin yang mana bila rumah mereka kosong, bila mereka bercuti balik kampung; Balik ke rumahsendiri tenguk orang Yahudi telah duduk di rumah mereka.


"Pulau batu putih itu kosong tiada penghuni maka itu kami majukan & mestilah milik kami..." Lebih kurang begitulah kot antara hujah pelik yang dilafazkan orang seberang Pantai Lido lantaran mahukan bumi milik kita. Apalah Daulatnya Sultan Johor dari segi sejarah kini?.


Kaum yang jadi jiran kita cina, india mau pun benggali manalah arif tentang Kedaulatan Sultan kita. Memang sering kita terbaca di akhbar kaum ini asyik menyinggung Sultan kita. Semua masih ingat parti UMNO sendiri sering mempertikai Kedaulatan Sultan kita. Apakah kaum jiran kita belajar dari puak UMNO ini.


Jika Mat Salleh nak buat rumah api di Pulau Batu Putih minta kebenaran Sultan Johor; itu pun sudah jelas amat pulau itu memang milik Johor. Bingung apa bendanya Mat Salleh tu nak minta izin kepada bukan tuan empunya pulau. Jika si Apek yang punya pulau ... apakah jadah mengadap Sultan.


Penghakiman telah pun dibuat. Yang kita pun satu boleh berhujah & berhakim di negara Belanda. (Biar pun bukan semua hakim dari Belanda.) Bidalan kita kan sering berkata Seperti Belanda meminta tanah. Mana pernah cukupnya.


Belum tahu keputusan Peluit macam yakin sangat kita akan hilang Pulau Batu Putih. Sebut Singapura semua tahu asalnya memang salah sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah tak pernah boleh ditipu. Sejak kita sekolah rendah lagi dah belajar sejarah negara kita. Demokrasi & cina telah membuatkan kita kehilangan Singapura.


Dari peristiwa Pulau Batu Putih ini seharusnya kaum Melayu sedar. Jaminan kita terhadap kedaulatan Tanah Air sendiri memang tiada apa-apa jaminan. Dengan jaminan perundangan dunia sekalipun mana lagi adanya kedaulatan kaum Melayu lagi. Dari sudut nama & bahasa pun sudah amat jelas. Pulau Batu Putih. Itu bahasa Melayu atau bahasa cina?.


Hakim luar negara manalah tahu Pulau Batu Putih itu bahasa Melayu. Manalah mereka baca sejarah bagaimana Singapura itu sebenarnya Temasek/Tumasik. Mana mereka tahu siapa Parameswara. Rata-rata rakyat Malaysia jika ditanya pasti kecewa dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Tapi terpaksa menerimanya & kerajaan kita berharap rakyat menerimanya dengan tenang. Dalam hati rakyat hiba terlampau. Rasa tidak selamat lagi tinggal di negara sendiri. Takut nanti Pulau Pinang juga akan hilang. Sekarang pun ramai dah panggil Pulau Pinang itu Penang. Penang bukan bunyi atau nama kepulauan Tanah Melayu.


Satu pengajaran yang baik buat kita agar lebih berjaga-jaga. Bak kata orang tua-tua kita .. Buat baik berpada-pada. Kita terlalu baik dengan kaum lain, sampai bumi kita terus tergadai. Agar jangan lagi ada pulau yang tiada penghuni akan diusahakan orang luar. Kemudian ICJ akan arahkan kita yang tak jaga harta kita... Berikan kepada penceroboh itu!!!.


Peluit: Harapan dari dalam jiwa Peluit... agar Singapura tukar sahaja nama Pulau Batu Putih itu. Kerana itu mirip nama kepulauan Tanah Melayu. Rasa tergugah martabat orang Melayu bilamana pulau yang namanya dalam bahasa Melayu milik kaum lain. Tukarkan saja kepada nama pulau itu ke bahasa cina, supaya anak cucu Peluit tidak tertanya-tanya nanti."

23.5.08

Keputusan ICJ mengecewakan, kata Karpal

May 24, 08 3:04pm

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, adalah sesuatu yang mengecewakan, kata pengerusi DAP, Karpal Singh.Katanya, keputusan ICJ itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim yang menyifatkannya sebagai situasi "menang-menang". Sebaliknya, kata ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, keputusan ICJ mengenai kedaulatan Pulau Puteh itu jelas lebih menguntungkan Singapura.

Karpal berkata, pertikaian pokok adalah mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh dan bukannya sangat mengenai Terumbu Karang Tengah atau yang juga dikenali sebagai Middle Rocks.Oleh itu, katanya, Malaysia harus menerima hakikat bahawa ia telah kalah kepada Singapura, dari segi maruah dan pulau tersebut.

Karpal berkata, dalam sesuatu penghakiman, memang akan ada pihak yang kalah dan pihak yang menang.Bagaimanapun, beliau tertanya-tanya sama ada kerajaan Malaysia telah mendapatkan nasihat perundangan yang secukupnya - dari segi politik dan psikologi - berhubung perkara tersebut."Malaysia tidak sepatutnya bersetuju membawa perkara itu kepada ICJ kecuali jika ia benar-benar yakin boleh menang," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, keputusan ICJ itu boleh membawa kepada pertikaian lain yang membabitkan soal maritim antara Malaysia dan Singapura.Karpal berharap, Singapura tidak akan mengeksploitasi kemenananganya dengan menjadi angkuh.

Dalam penghakimannya semalam, ICJ memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.

15.5.08

‘Saya tidak faham’

‘Saya tidak faham’Oleh Nazarali Saerilnazarali@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Ungkapan ‘saya tidak faham’ diluahkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, pada perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, semalam, digunakan untuk mematahkan beberapa celahan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat (PR).Dr Mohamad Khir (BN-Sungai Panjang) beberapa kali menggunakan ungkapan berkenaan setiap kali perbahasannya dicelah Adun PR sehingga menimbulkan suasana agak sinis dalam dewan.

Akhirnya, Yang Dipertua Dewan, Teng Chang Kim daripada DAP mencelah dan berkata, beliau sendiri kini bingung siapa wakil kerajaan dan siapa wakil pembangkang sebelum disambut hilai ketawa wakil kedua-dua pihak.Kali pertama ungkapan itu dibuat ketika Dr Mohamad Khir membahaskan berkaitan pelbagai projek pembangunan, ekonomi dan sosial dijalankan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak lebih 50 tahun lalu.

Ia tiba-tiba dicelah wakil PR yang mendakwa jika ia benar-benar berlaku, mengapa rakyat hilang sokongan kepada BN.

“Ini saya tidak faham. Takkanlah sejak lebih 50 tahun kerajaan BN langsung tidak membangunkan negara serta rakyat. Takkanlah tiada satu pun pembangunan yang kami lakukan.“Kerajaan BN sediakan banyak kemudahan infrastruktur dan sebagainya untuk pembangunan negara dan rakyat. Janganlah ditidakkan perkara itu,” katanya.Seterusnya Dr Mohamad Khir selaku Ketua Pembangkang DUN Selangor diasak persoalan mengenai peratusan pengangguran dan sebagainya oleh wakil PR.“Ini lagi saya tidak faham. Jumlah peratusan itu adalah rekod dalam data analisis serta kajian dijalankan. Ia memang ada dalam data berkenaan,” katanya.Akhirnya, wakil DAP dari Sekinchan mencelah dan menyindir Dr Mohamad Khir jika ditanyakan mengapa BN kalah dalam pilihan raya lalu, beliau juga akan menjawab ‘saya tidak faham’.

Harian Metro

12.5.08

Adakah kita yang dilahirkan Islam dapat berhujah sebegini?

Dilulus terbit pada Friday, May 23 @ 14:31:10 MYT oleh SongkokPutih Oleh chekamala

Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam…

Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.

Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."Ok, lepas tu.. "ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian….

Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini... Ok kita tengok isu lain pula…Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’.

Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa?

Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan?

Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini?

Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu?

Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata

"Bapa, kenapa aku dibuat begini?"

Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini.

Ok, agama selanjutnya adalah Islam….Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu.

Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains?

Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament" atau Christianity di dalam ‘New Testament".

Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"…Jadi siapakah Juda ini?

Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.

Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan (tiada nama)?

Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?

Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa?

Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku.

Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..Allahu Akbar……. Oleh Michael David Shapiro

Wallahualam..

5.5.08

Ingat nasihat

Oleh Kamarulzaman Pidamar@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: “Panggilan Tun Dr Mahathir mengajak meninggalkan parti tidak munasabah dan saya berharap beliau akan merenung semula nasihat yang diberikan kepada kita dan beliau tidak melakukan apa yang boleh merosakkan parti.

“Kita akan terus tentukan Umno selamat dan menjadi pelindung kepada orang Melayu serta rakyat keseluruhannya,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau mengulas tindakan Dr Mahathir Mohamad yang meninggalkan Umno Isnin lalu dan mengajak penyokongnya turut berbuat demikian kerana hilang kepercayaan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui parti itu. Syed Hamid berkata, Dr Mahathir sendiri pernah menasihatkan ahli Umno supaya setia kepada parti itu kerana apa yang paling sekali memastikan parti itu terus kukuh.

“Saya terkejut kerana kita semua produk Tun Dr Mahathir ketika beliau mengetuai kerajaan.
“Saya masih ingat beliau sentiasa memberitahu supaya mengenepikan kepentingan peribadi dan hendaklah setia kepada parti kerana apa yang paling penting ialah parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2008 kategori badan pakaian seragam, universiti dan sekolah menengah, di sini, semalam.

Isnin lalu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila meninggalkan parti itu dalam satu majlis forum di Alor Star, Kedah.Syed Hamid berkata, ahli Umno berpegang kukuh kepada nasihat yang diberikan Dr Mahathir itu dan berikutan itu, mereka akan terus bersama Abdullah dalam parti dan tidak akan mengikut jejak bekas Presiden Umno itu.

“Oleh itu, kita akan terus bersama Abdullah dalam parti dan sentiasa memastikan parti sentiasa kuat dan bersatu padu.

“Kita perlu terus kekal bersama parti walaupun tidak bersetuju dengan pemimpin. BN bukan milik Abdullah atau timbalannya, Datuk Seri Najib Razak tetapi untuk memperjuangkan orang Melayu (Umno) dan bukan Melayu,” katanya.Beliau berkata, kesetiaan Ahli Parlimen daripada Umno untuk terus kekal menyokong Abdullah sudah diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno, malam kelmarin.

“Kita juga berharap beliau (Dr Mahathir) akan kembali semula ke dalam Umno satu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah, berkata pertandingan kuiz pelaburan itu adalah usaha PNB bagi memberi pendidikan secara interaktif dan berkesan untuk dimanfaatkan kepada semua lapisan masyarakat.

Harian Metro

4.5.08

Azizah terkejut

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata beliau terkejut dengan keputusan bekas Ketua Pemuda parti itu, Ezam Mohd Nor yang dilaporkan ingin menyertai Umno semula.“Itu keputusannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika diminta mengulas laporan akhbar semalam memetik sumber mengenai hasrat Ezam itu.

Dr Wan Azizah berkata, walaupun Ezam sudah meletak jawatan daripada PKR tahun lalu, hubungan mereka masih baik.Katanya, beliau tidak terkilan dengan hasrat Ezam itu dan ia juga tidak menjejaskan kedudukan PKR kerana parti itu mempunyai ramai lagi anggota.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata Umno tiada halangan untuk menerima kembali Ezam jika beliau boleh menerima dasar perjuangan parti dan berhasrat mengukuhkan lagi Umno.

“Kita alu-alukan sekiranya dia berminat nak menyertai Umno secara sukarela, barangkali dia sudah tidak yakin lagi dengan dasar dan perjuangan parti yang disertainya sebelum ini,” katanya.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata hasrat Ezam menyertai Umno perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.“Kalau dia dapat memenuhi syarat yang diletakkan sebagai seorang bekas anggota Umno yang mahu masuk semula dan sekiranya ia sebagai satu langkah untuk menguatkan parti Umno, mengapa tidak kita terima,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula berkata beliau kenal rapat dengan Ezam dan berasa gembira dengan hasrat bekas pemimpin PKR itu.“Ketika saya jadi Ketua Pemuda Umno, Ezam antara orang yang saya beri kepercayaan menyediakan ucapan saya. Apabila dia keluar Umno, saya amat sedih (tetapi sekarang) saya gembira beliau ingin sertai semula Umno,” katanya. — Bernama

3.5.08

Jangan babit istana

TOKYO: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak perlu dibabitkan dalam usaha membantu menyelesaikan kemelut antara beliau dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Ini soal politik Umno, kita tak akan bawa kepada Agong,” katanya apabila diminta mengulas mengenai cadangan itu oleh veteran Umno, Tan Sri Aziz Tapa.

Harian Metro

2.5.08

Nazri tak senang duduk kena hentam

TIDAK senang duduk Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) dibuatnya apabila Ahli Parlimen pembangkang sibuk menghentam kerajaan dengan pelbagai persoalan yang tidak ‘munasabah’ dan sering diulang-ulang ketika sesi penggulungan perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, semalam. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun bijak bermain ayat mematahkan serangan wakil pembangkang.

Ketika menggulung isu berkaitan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohamed Nazri diasak dengan pelbagai tuduhan diketuai bekas Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

Setiap jawapan yang terkeluar dari mulutnya penuh makna, malah sempat menyelitkan ‘sindiran mengena’ seperti dilakukan ke atas Lim yang diselar bercakap kosong dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain sekali gus membuatkan dewan gamat seketika dengan gelak ketawa Ahli Parlimen.

Antaranya termasuk N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Dr Zulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

Malah, Mohamed Nazri ketika menyampaikan hujahannya juga mengingatkan wakil pembangkang supaya tidak membangkitkan isu lama. “Saya mohon Yang Berhormat membuat semakan terlebih dulu sebelum membangkitkan persoalan tersebut (merujuk isu pendakwaan ke atas kes rasuah individu berprofil tinggi), ini isu lama yang kerap diulang-ulang,” katanya.

Harian Metro

1.5.08

Cuba cabul

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullaham@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan negara yang juga pegawai kanan Kementerian Pelancongan Malaysia, ditahan polis Taipei selepas disyaki cuba mencabul kehormatan seorang pembantu kedai di Taiwan, baru-baru ini.

Suspek yang memegang jawatan tinggi di Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia berpejabat di negara berkenaan, ditahan petang Selasa lalu di pusat beli-belah Asia Worlds, Taipei.

Laman web Asia World News dipetik melaporkan, suspek ketika itu baru pulang daripada menghadiri majlis makan malam dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol, berdasarkan bau nafasnya. Suspek kemudian dikatakan menuju pusat beli-belah berkenaan untuk berbual dengan pembantu kedai berkenaan.

Dia tiba-tiba dikatakan cuba meraba belakang tubuh mangsa selain turut cuba menyentuh bahagian sulit wanita berkenaan.

Terperanjat dengan tindakan suspek, wanita berkenaan menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu cuba melarikan diri.Bagaimanapun pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan yang mendengar jeritan itu segera mengejar suspek sebelum berjaya menahannya.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum diambil keterangan berhubung kejadian berkenaan. Bagaimanapun, akhbar Liberty Times dipetik melaporkan, suspek dibebaskan pagi kelmarin selepas meminta maaf daripada mangsa selain berjanji untuk menyelesaikan perkara berkenaan secara baik.Difahamkan, mangsa bersetuju suspek dibebaskan namun enggan menggugurkan laporan berhubungan gangguan seksual dihadapinya.

Harian Metro