Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

30.6.08

Siapa Aibkan Siapa!



Seloka Main Belakang
Contributed by HackerXP on Tuesday, July 01 @ 17:40:34 MYT
Topic: KOMENTAR

Hobi makhluk ni suka main belakang
Selalu jugak main depan

Tapi lebih kemaruk pi toron ikut belakang
Apa saja bidang, situasi favouritenya tetap main belakang

Dia suka bercakap pasal Islam
Dulu dengan Pas depa berkawan
Sebab nak kejar jawatan
Sambil kunon berjuang dari dalam
Last-last di tikam Pas dari belakang

Nak jawatan penting parti dia bermulut manis di depan
Sambil-sambil dia main di belakang

Akhirnya tercapai menikmati jawatan
Malu tak terkata si rakan kena tikam

Hebat berpidato pada khalayak berani dia berdepan

Bila havoc kekacauan dia cepat-cepat berundur ke belakang
Meninggalkan penyokong yang sedang berang
Habis lunyai tong sampah dikerjakan
Alih-alih dia balik rumah ntah-ntah duk terlentang

Masa duk ‘dalam’ dia tak duk diam
Sempat la dapat hadiah mata lebam

Sekejap arsenik mai pulak hiv pastu sakit belakang
Ini memang kes main belakang untuk tarik perhatian

Gara-gara sakit belakang
Depan-depan kerajaan offer rawatan hospital tempatan
Dia berkeras tak mau doktor tempatan
Katanya hampir lumpuh takleh nak berjalan
Mahu jugak ke jerman utk rawat sakit belakang
Tak dan 3 bulan jerman punya rawatan
Cukup 1, 2 jam pembedahan tiba-tiba dia dah berjalan
Teknologi canggih la katakan
Padahal lain punya orang 2, 3 hari lepas pembedahan
Kena masuk wad rawatan rapi untuk kesihatan

Orang lain bertanding untuk tubuh kerajaan
Dia minta orang melompat untuk kesenangan
Dia suka cakap gentleman depan-depan
Tapi nak tubuh kerajaan suka main pintu belakang

Bila lompatan gagal tanpa kesudahan
Di postpone tarikh untuk lanjutan
Sambil berdegar kecoh macam ayam jantan
Tahik lekat di ekor sambil berciciran

Katanya tak jadi minggu ni confirm minggu depan
Delay sebulan dua luput tarikh 31 mei akhir bulan
2, 3 hari termenung awat umpan tak di makan
Di cari ilham ogos 31 hari kemerdekaan
Dalam hati duk berharap jadik kenyataan

Ntah apa malang tarikh bergantian
16 september tarikh baru mula ditatang
Sambil tu declare tarikh berlainan

Tak jadik september ni confirm tahun depan

Yang heran kalau pasal tarikh ramalan
Dia dah tak minat pasal tarikh yg belakang-belakang
Semuanya hanya tinggal omongan
Yg di kecoh tarikh yang makin ke depan-depan
Memang luar tabie ini makhluk jadian

2, 3 hari ke belakang
Ada pembantu buat polis punya laporan
Didakwanya kena toron dari belakang
Oleh insan yang bergelar KunyitMan

Kecoh pada malam selepas laporan
Berduyun-duyun penyokong KunyitMan datang
Dengan hajat nak pertahankan
Seorang hero jadi-jadian

Disebar berita wujud konpirasi buatan
Konon Najib cipta untuk alih tumpuan
Dikatakan pula ada sumber risikan
Dah seminggu pembunuhan sedang dirancang
Tapi takde pula dia buat laporan
Sebaliknya diambil langkah songsang ke belakang
Kedutaan turki dia kata dapat jemputan
Maka bersembunyi memohon perlindungan

Manusia muslim memohon lindung dari Allah, Tuhan orang Islam
Tapi dia hilang pertimbangan pi minta tolong kedutaan
Nampak sangat dia dalam ketakutan

Polis cuma nak siasat dan tentukan kesahihan laporan
Dah tentu di interview semua yang berkaitan
Kalau ada bukti awal yang bersangkutan
Baru polis buat tahanan reman
Untuk jalan siasatan lanjutan
Demi menegak keadilan dan kebenaran
Takkan itupun payah nak faham

Kata nak jadik Power Man takkan tak berani bersikap gentleman
Tapi sayang awal-awal lagi dia hilang keberanian
Diminta tolong kedutaan beri perlindungan
Alih-alih kedutaan jelaskan depa tak jemput dia datang

Kan tak pasal-pasal malu tak keruan

10 tahun lepas punya kejadian
3 hakim akui wujud kegiatan robekkan pungkoq jantan
Satu hakim tak bersetuju dia dibebaskan
Kerna tarikh bukannya keutamaan
Sebab memang terbukti wujud perbuatan terlarang
Yakni kegiatan menghentam pungkoq manusia berpedang
2 hakim juga akui memang ada aktiviti songsang
Tapi sebab tarikh alibi tak meyakinkan
Maka bersetuju bebas sebagai awam
Itu kira teknikal punya kehakiman
Kita semua kena terima mahkamah punya keputusan

Perjalanan hidup masih panjang
Drama sandiwara dah banyak jadik tontonan
Skang kita switch tengok kisah hero jadi-jadian
Perihal luar tabienya dalam kehidupan harian
Pasti banyak alasan di cipta-ciptakan
Untuk mengalih pandangan dari isu siasatan

Kawe berhenti di sini sambung kemudian
Seloka main belakang untuk tatapan

Sebelum noktah ingin berpesan
Bila tidur malam jangan sampai terlampau kelenaan
Jaga-jaga kot tetiba ada halimunan
Duk raba belakang try duk sorong tarik pedang
Kan naya tak pasal-pasal hilang keterunaan

Ingat kawan-kawan
Pertahankan terunanya belakang hingga akhir titisan
Itulah saja mahkota terakhir sejati seorang jantan

Ini garapan right to copy dari cybertroopers.net untuk kalian
Mudah-mudahan terhibur sambil jadikan renungan

Salam perjuangan teruskan berjuang
Sekian Terima Kasih diakhiri Wassalam.

HackerXP
WebMaster www.cybertroopers.net

Panglima_Malaysia
Panelis VIP

Joined: Feb 21, 2006
Posts: 4001
Location: http://panglimalaysia.blogspot.com

SALAM,

AKU HARAP KALI NI RAKYAT MALAYSIA JGN ANGGAP INI SUATU KONPIRASI, AKU YAKIN , KEBENARAN AKAN TERSERLAH, AKU MELIHAT SUASANA DI SEBELAH PIHAK SAIFUL IAITU UNCEL DAN TUNANGNYA...UNCLENYA DULUNYA SEORG PENYOKONG KUAT KEADILAN DAH MULA KELUAR DARI PARTI KEADILAN DAN TUNANG SAIFUL PULAK YAKIN KEBENARAN PASTI TERSERLAH..SETELAH AKU BACA BLOGNYA.

KESIMPULAN YG DPT KITA LIHAT ANWAR YG BYK MENCARI HELAH UTK MENUTUP KEAIBANYA BERBANDING SAIFUL YG DIAM DAN KELUAGANYA TURUT DI ANCAM, HANYA ORG BERSALAH JE AKAN MEMBUAT PELBAGAI2 ALASAN UTK MENYEMBUNYIKAN KEJAHATANYA...AKU DOAKAN SAIFUL KUATKAN SEMANGAT..INSYAALLAH JIKA BELIAU DI PIHAK YG BENAR ,ALLAH PASTI MEMBANTUNYA....

AKU MASIH INGAT BAGAIMANA SEGALA TUDUHAN KEATAS TUN M SEMASA BELIAU MEMECAT AL JUBURI, MACAM2 TUDUHAN ORG LEMPARKAN, TAPI MUJUR ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA, DAN MUJUR MALAYSIA TIDAK JADI HAMBA IMF DAN BANK DUNIA, DI SEBABKAN AL JUBURI, MASA ITU INGIN MEMBUAT PINJAMAN DARI IMF, DAN PELBAGAI ANDAIAN TENTANG KES LIWAT AL JUBURI, TERUTAMA SUKAR ORG MEMPERCAYAINYA....TAPI AKU PERCAYA SAMPAI SKRG TUN M MASIH BENAR..DI SEBABKAN AL JUBURI SENDIRI TIDAK BERANI AMBIL TINDAKAN SAMAN PADA TUN M, TETAPI AL JUBURI MASIH MENUDUH ADA BERLAKU KONSPIRASI NAK MENJATUHKANNYA, PADAHAL MAT SABU SENDIRI DARI PIHAK PEMBANGKANG MENGELARKAN ANWAR SEBAGAI ALJUBURI.

Dikutip dari
http://forum.mykmu.net/index.php

Mengapa Anwar Berlindung Di Kedutaan Turki? Enggan Hadir Sidang Media?

By TARMIZI MOHD JAM

KISAH yang sama berulang lagi. Polis mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas pengadu (Saiful Bukhari Azlan) dalam kes dakwaan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' Bakri Zinin juga mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas Saiful. Apa jawapannya belum diketahui. Bagaimanapun, tentu ramai yang tidak yakin dengan siasatan ini atas peristiwa lama 1999 yang membuktikan terdapatnya kekeliruan dan tekanan pihak atasan.

Polis berhak mengulangi hak dan tugasanya untuk menghantar pengadu ke hospital. Tindakannya cekap dan betul, seperti tema pasaukan itu. Namun, kecepatannya bertindak menimbulkan prajudis melampau terhadap wujudnya "konspirasi".

Kisah "konspirasi" bukan cerita baru. Tetapi itulah cerita yang mudah untuk mempertahankan Anwar Ibrahim. Itulah pendinding kukuh untuk melindungi tokoh yang sarat kontroversi itu. Rakyat sudah tentu tidak percaya sama sekali Anwar terbabit dalam skandal busuk itu.

Namun, ramai yang bingung mengapa Anwar tidak muncul pada Sidang Media tengah malam 28 Jun 2008 jam 2.00 pagi itu. Hotel Quality Shah Alam kelam-kabut dan hingar-bingar dengan keghairahan reporter, bloggers dan lain-lain individu yang ingin tahu, pakah sebenarnya yang berlaku.

Lebih dari itu, mereka mahu mendengar jawapan dari mulut Anwar sendiri tentang laporan polis yang diadukan oleh PAnya, Saiful Bukhari itu. Anwar tidak muncul. Sebaliknya kenyataan ringkas itu dibaca oleh Naib Presiden PKR, Sivarasah. Sidang media tengahari esoknya juga tiada kelibat Anwar. Hanya isterinya, Wan Azizah yang mempertahankan "kesucian" suaminya sambil mendedahkan gambar Saiful di ruang legar Pejabat TPM.

Saiful telah membuat aduan pada jam 5.45 petang, 28 Jun di pondok polis di Hospital Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidangkuasa balai polis Jalan Travers.

Polis bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan perbuatan liwat tersebut. Seperti biasa, polis akan memberi jaminan menyiasat dengan adil dan terperinci. Polis kelihatan amat berminat dengan isu ini. Ketegasan mereka jelas tergambar pada beberapa sidang media yang diadakan.

Ditanya sama ada Anwar akan ditahan, Bakri berkata polis perlu mengkaji dakwaan tersebut terlebih dahulu. Anwar telah menafikan dakwaan tersebut sebagai satu rekaan semata-mata. PKR juga mendakwa pembantu Anwar itu telah ditahan dan dipaksa oleh pihak polis membuat laporan tersebut. Sama ada benar atau tidak, masa akan menentukan.


Terlalu awal untuk membuat tanggapan. Polis sedang menyiasat. Anwar tidak perlu membela diri dengan kenyataan-kenyataan penafian semata-matanya. Kerjasama sebaiknya perlu diberi kepada polis bagi membetulkan "tuduhan" serius dan jahat itu.

Apakah yang akan terjadi jika Anwar terus berkhemah di Kedutaan Turki? Banyak pihak bertanya, mengapa Anwar perlu mendapat perlindungan politik di kedutaan itu, malah ada gembar-gembur Anwar berlindung di Kedutaan Amerika, mungkin untuk menyedapkan cerita.

Sehingga kini, polis menafikan menahan pembantu Anwar itu dan dipaksa mereka-rekakan bukti, seperti yang didakwa oleh KeADILan.

"Jangan dengar khabar angin. Dengar cakap saya. Saya ketua CID," kata Bakri apabila ditanya mengenai perkara tersebut. Beliau menegaskan mangsa yang menulis sendiri laporan tersebut dan bukan atas asakan mana-mana pihak.

http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Nak Bunuh Anwar atau Najib Tun Razak?


Isnin, 2008 Jun 30

Sebol kata: Kaitan Saiful (kiri) dengan dengan orang Najib sudah lama diketahui. Tapi kenapa Anwar pilih orang itu juga?

By PENARIK BECA

SEJAK malam tadi, saya nak tulis cerita bunuh dua ekor burung dengan seketul batu. Teori itu terlintas dalam kepada saya. Anak saudara Tan Sri Rashid SPR yang bersembang dengan saya malam tadi pula kata, skrip yang sedang dilakonkan sekarang sebenarnya nak memangsakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang saya kata nak bunuh dua ekor burung dengan seketul batu itu bermakna aduan Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat akan dijadikan senjata untuk mendebik-debik kerjaya politik dua orang tokoh politik sekaligus - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Najib. Tengok-tengok dalam posting bertajuk "Saiful Bukhari Double Agent?" si Sebol atau Hasbullah tulis: "Ini semua membuatkan saya merasakan ianya satu perancangan untuk menjatuhkan Najib berbanding menjatuhkan Anwar."

Semalam, lepas ja saya bersembang dengan seorang kawan dan membangkitkan kenapa simpan si Saiful sedangkan sudah didedahkan dia kununnya orang Najib, kenapa bertebaran mesej yang preempt dengan tepat pertuduhan yang akan dibuat dan kenapa overreact sampai bersembunyi di kedutaan Turki, tiba-tiba dalam posting saya belum ini, Sebol kata: Kaitan Saiful dengan dengan orang Najib sudah lama diketahui. Tapi kenapa Anwar pilih orang itu juga?
Kenapa Anwar over react sampai kononnya ada ancaman bunuh sedangkan polis belum kata pun nak pergi tangkap atau sebagainya.
Anwar nak jatuhkan Najib?
Mari beli pop corn, duduk depan TV tengok wayang.

Masa saya baca komen Sebol itu, terlepas pandang pula ayat "Anwar nak jatuhkan Najib?" tu. Alahai, bagai yang selalu disebut Dr Hatta Ramli, one day too late. La ni, bagi aku katalah, Bol, mai beli maruku, duduk depan PC tunggu apa Sebol kata!

Apa pun, saya percaya, seperti juga Sebol dan saya, ramai yang yang semakin akrab dengan TV, akhbar, blog dan lain-lain untuk menyaksikan adegan yang selanjutnya.

Hanya ada satu perkara yang mengacau kelicinan jangkaan babak yang seterusnya dalam kepala kita, iaitu betapa beria-ianya Ezam Mohd Noor membisik-bisikkan kepada beberapa pemimpin pembangkang tentang cerita Anwar meliwat pembantunya sebelum sang melutut itu masuk Umno dahulu. Mereka tak percaya, tetapi pada saat-saat awal cerita aduan Saiful itu tercetus, mereka ternganga dan terpinga-pinga juga.

Sekarang mereka dah mula masuk ke gelanggang. Nak bersilat lagu mana dan dengan siapa?

SanggahTokSago

Berlindung di Kedutaan : Langkah Anwar bijak



Dilulus terbit pada Monday, June 30 @ 15:08:18 MYT oleh reformis

Oleh alhusseyn

"
Tuduhan liwat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang sekali lagi.Tapi kali ini, konspirator terlibat terpaksa berhadapan dengan rakyat yang lebih bermaklumat berbanding sewaktu pertuduhan pertama dalam tahun 1998 dahulu.

Rakyat mendapat maklumat yang terkini dari laman-laman blog dan tidak bergantung harap kepada mass media perdana.Berita-berita di media perdana agak ketinggalan berbanding dengan berita yang dipaparkan oleh laman-laman web kini.


Maklumat latar belakang sipengadu dan juga gambarnya berlegar dialam siber dan rakyat dapat mengenali siapa sebenarnya sipengadu tersebut.

Ada kalangan yang menamakannya sebagai ’musang berbulu ayam’ dan ramai juga yang menamakannya sebagai ’si Celaka’.Begitulah yang sedang dialami oleh sipengadu tersebut yang sebelum ini di panggil Saiful Bukhari.


Perkembangan terkini dapat rakyat ikuti dan rakyat turut bersimpati kepada Anwar dan marah diatas cubaan kali kedua isu atas yang sama.

Rakyat tidak akan percaya lagi mainan konspirasi ini kerana kerajaan yang ada sekarang ini sudah tidak di hormati lagi oleh kebanyakan rakyat yang telah menafikan kedududan 2/3 BN di Parlimen sewaktu PRU ke-12 lalu.

Himpunan Protest rakyat pada 6 Julai nanti akan diambil kesempatan oleh rakyat untuk menunjukan solidariti rakyat berhubung isu yang cuba mahu menangkap semula Anwar.

Kerajaan BN sekarang sedang berhadapan dengan rakyatnya sendiri dalam isu tersebut dan langkah ini akan mempercepatkan proses kejatuhan Kerajaan BN tidak lama lagi kerana Kerajaan yang ada kini tidak mampu untuk berdepan dengan satu lagi krisis besar yang ditajanya, sedangkan krisis dalamannya juga semakin parah.

Langkah Anwar mencari perlindungan di Kedutaan Turki menunjukan kepada kita bahawa pihak PDRM sudah tidak boleh dipercayai lagi walaupun ada janji untuk jika Anwar membuat aduan resmi.

Tindakan Anwar amat wajar kerana beliau mempunyai pengalaman pahit sewaktu KPN Rahim Nor dulu dimana PDRM gagal memberi perlindungan yang sewajarnya kepada Anwar apabila KPN Rahim sendiri mencederakan Anwar dan hampir membunuhnya dalam tahanan polis ketika itu.

Sebelum timbul isu tuduhan liwat ini, Anwar ada telah kenyataan bahawa beliau mempunyai dokumen berupa bukti terkini berhubung pembabitan KPN Musa Hasan dan Peguam Negara Ghani Patail dalam kes beliau pada 1998 dahulu.

Kes terbaru melibatkan seorang anggota polis yang memaksa seorang remaja perempuan 17 tahun melakukan seks oral serta merogolnya di sebuah bilik di balai polis Putra Heights, Subang Jaya menambahkan lagi hilang kepercayaan masyarakat kepada PDRM.

Sebelum ini RPK yang membuat akuan bersumpah yang mensabitkan Datin Seri Rosmah, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, terlibat dengan isu pembunuhan gadis Monggolia, ketika ditanya kenapa beliau tidak membuat laporan polis telah berkata bahawa dia sudah hilang kepercayaan kepada PDRM.

Sehingga kini, PDRM bersikap umpama kura-kura terhadap siasatan akuan bersumpah RPK tetapi sebaliknya umpama harimau lapar dalam isu liwat Anwar Ibrahim.

TranungKite

Liwat didakwa berlaku di 'kondo di Damansara'

Jun 29, 08 2:45pm
Dakwaan lihat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan berlaku "dalam sebuah kondo di kawasan Damansara", demikian menurut laporan pols yang dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Zinin juga mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas mangsa terbabit.

Katanya, adalah menjadi tugas polis untuk menghantar pengadu ke hospital.

Beliau memberita demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibupejabat polis Kuala Lumpur hari ini.

Bakri berkata, mangsa telah membuat aduan pada jam 5.45 petang semalam di pondok polis di Hospital Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidangkuasa balai polis Jalan Travers.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan perbuatan liwat tersebut.

Beliau memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan yang adil dan terperinci.

Ditanya sama ada Anwar akan ditahan, Bakri berkata polis perlu mengkaji dakwaan tersebut terlebih dahulu.

Anwar telah menafikan dakwaan tersebut sebagai satu rekaan semata-mata. PKR juga berkata pembantu Anwar itu telah ditahan dan dipaksa oleh pihak polis membuat laporan tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis menafikan menahan pembantu Anwar itu dan dipaksa mereka-rekakan bukti, seperti yang didakwa oleh PKR.

"Jangan dengar khabar angin. Dengar cakap saya. Saya ketua CID," kata Bakri apabila ditanya mengenai perkara tersebut.

Beliau menegaskan mangsa yang menulis sendiri laporan tersebut.

Malaysia Kini

PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya

Muda Muhd Noor & Jimadie Shah Othman | Jun 29, 08 2:13pm
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi "kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri".

Menurutnya, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan Anwar berlindung di sebuah kedutaan, beliau berkata menegaskan Anwar berada dalam negara.

Katanya, Anwar menafikan dakwaan liwat terhadapnya. Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "satu percubaan yang paling jelik dan hina".

Manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahaya.

"Kita akan bincang dengan peguam. Apa yang beliau hadapi adalah ancaman kematian. Perkara ini serius. Ini merupakan konspirasi politik yang kedua dalam negara kita.

Buka mata



"Sebelum ini, pada 1998. Apa mereka buat, badan kehakiman, polis. Kami keluar IPCMC, tiada apa yang berlaku. Kami dapati tiada sebab untuk percaya badan kehakiman. Jadi apa pilihan? Kami mesti membuat pilihan ini. Kami mesti melindunginya.


"Ramai rakyat Malaysia mencari pemimpinan Anwar dan kita mesti melindunginya. Bukan sebab dia suami saya dan bapa kepada anak-anak, tetapi dia pemimpin kita semua," katanya.

Beliau yang juga isteri Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman.

"Kali pertama ia membuka mata bahawa kehakiman kita tidak boleh dipercayai dan polis. Bukan semua, saya tidak kata semua sebab sekarang sudah ada hakim macam Ian Chin. Pada masa dahulunya menunjukkan kita tidak boleh percayai sistem kehakiman," tambahnya.

Wan Azizah turut mendedahkan gambar pembantu Anwar, Saiful Bahari dengan pegawai khas Datuk Seri Najib TUn Razak - Khairul Anas Yusof - yang berlatarbelakangkan pejabat timbalan perdana menteri (TPM).

Gambar tersebut diambil dari blog Malaysia Today.

Ditanya sama ada TPM terlibat dalam konspirasi itu, Wan Azizah hanya berkata: "Gambarnya berlatarbelakangkan pejabat TPM."

Malaysia Kini

BERITA TERKINI: ANWAR KENA TANGKAP POLIS ESOK



Contributed by pelita88 on Sunday, June 29 @ 17:32:09 MYT
Topic: KOMENTAR-2
BERITA DARI MALAYSIAKINI:

Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
Jun 28, 08 11:53pm
Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.


Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Anwar telah diberikan amaran
Jun 30, 08 12:55pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.

Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.

Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Saiful Bukhari mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya."

Malah Malaysiakini difahamkan Anwar pula yang menyarankan agar maklum balas dan sindiran terhadap pembantunya itu tidak dibuat secara terbuka.

Malaysia Kini

29.6.08

Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar - Nik Aziz

Lanjusoh

Sun | Jun 29, 08 | 2:23:00 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 29 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.

"Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.

Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.

Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa.

"Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu.

"Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain.

"Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh," ujar beliau.

Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain.

Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.

Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi.

"Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak," katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang.

"Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini," katanya.

Beliau berkata begitu juga dengan tuduhan rasuah terhadap seseorang mesti ada bukti yang jelas dan tidak boleh dibuat sesuka hati. - mj _

25.6.08

1 juta untuk satu pingat Emas



Dilulus terbit pada Wednesday, June 25 @ 17:04:06 MYT oleh greenboc

Oleh peluit

"
Sejak dengar berita di TV lagi Peluit rasa tergamam & rasa tertipu.

Apa benarkah DS Najib cakap ni.. dari RM160,000 mendadak ke RM1 juta.

"Kata tak mampu kasi subsidi minyak yang tinggi lagi, tapi macam banyak amat duit kerajaan Malaysia nak kasi imbuhan kepada atlit negara..."

RM1 juta nilai pingat emas Olimpik

Oleh Meor Hisham Zulkifli

WANG tunai RM1 juta menjadi taruhan terbaru kerajaan dalam usaha membakar semangat atlit negara meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini selain daripada bayaran pencen berjumlah RM5,000 sebulan sepanjang hayat.

Pengumuman kenaikan Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan Olimpik itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen, semalam.

"Olimpik adalah kejohanan yang paling unggul dan kerajaan berpendapat perlu diletakkan satu ganjaran tinggi agar dapat membakar semangat atlit untuk meraih pingat emas.

"Kita berharap ia akan memberi kesan yang positif dan kita kena tunggu serta lihat bagaimana hasilnya nanti. Kita merasakan jumlah ini adalah wajar kerana atlit perlu berusaha keras dan untuk menang emas, atlit terpaksa mengeluarkan belanja besar," katanya.

Najib turut mengumumkan pemenang pingat perak akan menerima ganjaran RM300,000 manakala gangsa RM100,000 bagi individu dan bagi acara berpasukan yang meraih emas, hadiah RM150,000 dijanjikan untuk setiap pemain.

"Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk menaikkan pencen bulanan kepada atlit yang meraih pingat di Sukan Olimpik untuk sepanjang hayat mereka iaitu RM5,000 untuk emas, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000," katanya.

Pengumuman ini bermakna lima atlit yang sudah meraih pingat di Olimpik Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock (perak)serta Rashid Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek (gangsa), bakal menerima kenaikan pencen mereka bermula hujung bulan ini.

Najib turut menekankan bahawa kerajaan kini menuntut supaya kekuatan mental atlit turut diberikan penekanan dalam persediaan atlit negara kerana mendapati kelemahan itu menjadi punca atlit negara tewas dalam saingan peringkat tinggi.

"Kita menegaskan supaya selain daripada tumpuan kepada latihan secara sistematik dan komprehensif, latihan turut memberi fokus kepada kekuatan mental kerana faktor inilah yang membeza antara pasukan dan individu yang menang.

"Kita melihat sudah ada atlit negara yang mencecah ke taraf dunia tetapi yang membezakan kita dengan lawan adalah kerana kekuatan mental kita tidak dalam keadaan boleh menjamin kejayaan dalam saingan yang begitu sengit," katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata imbuhan ini dilihat mampu membakar semangat atlit negara untuk meraih pingat di Olimpik selain dapat menarik minat lebih ramai atlit muda berusaha lebih keras.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, turut menganggap langkah itu yang disifatkan sebagai mengiktiraf atlit negara.

INFO

Kenaikan Imbuhan Olimpik

Individu
Emas: RM1 Juta (RM160,000)
Perak: RM300,000 (RM80,000)
Gangsa: RM100,000 (RM40,000)

Berpasukan (lebih daripada enam)
Emas: RM150,000 setiap seorang
Perak: RM40,000 setiap seorang
Gangsa: RM20,000 setiap seorang

Berpasukan kurang daripada enam atlit berkongsi ganjaran seperti individu

Bayaran pencen

Emas: RM 5,000
Perak: RM 3,000
Gangsa: RM 2,000



Sepanjang hayat bermula selepas menang pingat

Berita Harian

Dari satu sudut untuk memertabatkan dasar sukan negara yang impikan atlit bertaraf dunia memang langkah ini amat dialu-alukan. Seperti apa yang diharapkan iannya dapat membakar semangat juang atlit negara. Namun apakah langkah ini wajar, seimbang dengan visi & wasasan kerajaan dalam memertabatkan banyak agenda yang lain?.

Semua rakyat marhaen tahu amat kini, dalam bab sukan, perayaan, hiburan serta perbagai lagi agenda yang berbentuk riadah sering kerajaan kita bermewah. Jika bermewah pada tempatnya memanglah menunjukkan kita negara makmur, kita negara kaya, maju & jaya. Tetapi jika silap tempatnya pasti rakyat marhaen akan berkata membazir. Tidak bijak berbelanja.

Salah satu contoh masalah membasmi kemiskinan. Jika DS Najib pernah tenguk rancangan Bersamamu di TV3. Bayangkanlah jika keluarga yang naif dibendung kemiskinan ini kerajaan hulurkan.. tak payahlah sampai RM1 juta. Cukuplah sekadar berikan tempat tinggal, sediakanlah kerja yang terjamin & perbagai kebajikan lain buat mereka. Betapalah mereka pasti rasa amat bahagia & diprihatinkan.

Terlalu ramai lagi kalangan rakyat marhaen masih diselubungi kemiskinan & perlukan pembelaan.

Salah satu contoh lagi ramai golongan pekerja baik staf kerajaan mahupun staf swasta. Masih setaraf gred gajinya dengan pendidikan Darjah Enam. Bayangkan dengan permulaan gaji sekitar RM600 masuk elaun itu & ini; tak sampai juga RM1,000 bagaimana mahu hidup makmur di bumi merdeka. Jika staf kerajaan yang berpencen dalam gred gaji ini; memang tak akan mencecah pun pencen mereka ke RM1,000 biarpun sampai tua memperhambakan diri berkhidmat untuk rakyat. Apakah taraf mereka kita gelar golongan tercicir tak dapat pingat gangsa.

Begitu juga golongan swasta banyak manalah duit KWSP mereka bila tua nanti. Golongan ini yang perlukan pembelaan. Takkan kerajaan terusan ingin mendengar rayuan mereka ini.

Salah satu contoh lagi kemudahan awam. Mahu ke tandas awam pun rasanya kita kalau boleh pasti mengelak. Jika berbayar & diswastakan pun belum tentunya bersihnya. Jika memang tandas awam namanya teramatlah dhaifnya. Kenalah naikkan tarafnya.

Belum lagi kita jejaki kemudahan taman permainan yang semak samun. Ada buaian pun berkarat. Ada padang bola, gol pun tak pernah berjaring. Nak harap majlis bandaran sahajakah. Siaplah cukai pintu asyik naik tiap tahun pastinya.

Jika sebut pengangkutan awam lagilah kita trauma. Bas sejam satu. Komuter datang pun tak menentu, padat selalu.

Salah satu contoh lagi masalah harga barang yang melambung naik sejak minyak naik. Rakyat marhaen pening kepala, apakah negara kita ini tidak cukup anggota penguatkuasanya. Perniaga sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan. Tidak langsung setara dengan harga minyak yang naik. Kena tambahlah anggota penguatkuasa. Ramai rakyat marhaen menganggur. Kadar inflasi kita makin meruncing, takkan nak biarkan rakyat semua pening & runsing.

Rakyat marhaen makin ramai menunggang & membuncing kapcai. Faham-faham sahajalah ancaman keselamatan penunggang motorsikal; teramat tinggi. Kerajaan memaksa rakyat marhaen sentiasa diancam bahaya bermotosikal kerana nak berjimat.

Banyak lagi contoh terkini masalah & musibah rakyat marhaen yang perlu kita prihatinkan. Peluit tak perlulah mengajar bagaimana sewajarnya kita berbelanja dengan amanah & harta negara yang ada. Seimbangkanlah!

Top-top... senang-senang pula kita nak bermewah buat atlit kita dalam keadaan rakyat terdera dengan kos hidup yang makin tinggi ini. Sesuaikah langkah kerajaan ini; ketika & saat ini?.

Peluit: Memang olahragawan ketika sekolah rendah dulu. Dapat hadiah kotak pensil pun sukanya bukan main.

"

21.6.08

Angka petanda hidup



Dilulus terbit pada Saturday, June 21 @ 19:59:42 MYT oleh SongkokPutih


Oleh Ummu Waheedah


Antara tanda2 seorang manusia itu masih hidup ialah kadar denyut jantungnya. Itulah ukuran yg dibuat oleh doktor untuk mengenal pasti pesakitnya masih hidup (bernyawa atau pun tidak). Biasanya manusia /pesakit yang kelihatan tidak bergerak badannya akan diberikan bantuan pernafasan bagi membolehkan oksigen masuk keluar jantung dan memberikan hayat kepada badan.



Kadang kadang kita menjadi keliru antara nafas, denyut jantung dan nadi yang menjadi petanda hidup. Jika manusia itu masih hidup, yang jelas dia tak boleh dikebumikan lagi. Dia tak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan . Kerana itulah juga kita lihat para doktor amat berhati-hati untuk mengesahkan sebarang kematian, silap hari mereka boleh disaman oleh keluarga simati. Begitulah berharga sebuah kehidupan terutama menjelang hari kematian.


Sedangkan pada hari-hari biasa yang mana manusia boleh bernafas seperti biasa soal hidup mati jarang dibincangkan. Sesetengah bangsa pula menganggap 'sial' bercakap tentang mati. Malah ada bangsa yang pantang pula memilih angka yang jika disebut akan membawa makna mati seperti angka 4 (empat) dalam bahasa cina.Metos angka kematian ini menjadi satu igauan yang hebat sehinggakan banyak bangunan tidak mempunyai tingkat 'empat' , yang ada hanya tingkat 3 dan 3A.Begitulah fobianya manusia dengan kematian. Seolah-olah kalau duduk di tingkat 3A tak akan mati.

Angka2 yang menunjukkan satu kehidupan yang panjang , atau angka yang dipercayai membawa makna panjang umur selalunya menjadi angka pilihan sehingga membawa kepada harga yang tinggi bagi angka yang ditafsir sebagai unik dan bertuah seperti angka lapan(8) . Angka lapan sering menjadi rebutan untuk dipilih sebagai nombor pendaftaran kereta/kenderaan. Manusia meletakkan harga yang tinggi untuk angka kehidupan bermula angka 8 hingga angka 8888, Angka-angka ini terpaksa dibeli secara tempahan ala lelong, siapa beri harga paling tinggi akan dapat nombor yang dihajat.

Asalnya metos ini dari kaum cina yang percaya kepada 'feng sui' dan tilik nasib tapi sekarang in sudah melarat kepada semua kaum teutama orang melayu yang memang terkenal suka ikut ikutan. Sedar atau tidak kepercayaan begini boleh membawa rosak akidah kerana menyandarkan untung nasib kepada selain dari Allah s.w.t. Kita sebagai umat Islam diwajibkan beriman kepada qadar dan qadar.Dari Allah kita datang , kepada Allahlah kita kembali.

Pagi ini sewaktu menelaah dan membaca al-qur'an saya bertemu ayat yang amat menyentuh perasaan . Ayat-ayat yang makna memberi gambaran jiwa/hati yang 'hidup'. Allah s.w.t (subhanahu wa ta 'ala) mengambarkan di zaman Rasulullah s.a.w orang Nasrani adalah orang yang paling akrab/rapat jiwanya/kasihsayangnya (maababah) dengan orang Islam kerana dikalangan mereka masih ada ahli kitab . Apabila dibacakan ayat al-qur'an kepada mereka (hali kitab itu) terus mereka menangis dan berdoa " "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). " {al-maidah ayat 83].

Marilah kita berfikir, kita sebagai orang Islam, apakah kita menangis bila membaca al-qur'an dan kita berdoa seperti doa para ahli kitab di zaman Nabi s.a.w? Atau kita tidak ada masa untuk membaca dan menghayati al-qur'an? Apakah itu tandanya hati kita sudah mati atau masih hidup. Dapatkah kita melihat atau menilai angka apakah yang tertera pada hati kita, angka empat atau lapan. fikirkan.

dipetik dari http://assakynah.bloqspot.com