Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

25.3.08

Sungguh Memalukan Negara

Posted on Tuesday, March 25 @ 13:15:27 MYT by greenboc
Coretan @ Luahan Oleh mrsawi

"A
Sebagai seorang ketua sesebuah negara, kita seharusnya punya "karisma", "wisdom" yang dapat memberikan gambaran yang membanggakan negara, selain meyakinkan negara-negara luar tentang kehebatan negara. Andaikan ketua negara itu zalim sekalipun, dia perlukan satu penampilan yang nampak "gagah" & "berani" bukannya penampilan yang "lemah", "lembab" atau "bengap". Jelas sekali penampilan pemimpin negara kita, iaitu PakLah amat "bengap", "lembab" dan memalukan negara.

Terkini kes kecamukan perlantikan MB Terengganu, apabila ditanya wartawan kepada PakLah tentang isu perlantikan Ahmad oleh pihak Istana, kenapa tidak sahaja PakLah berkata begini, "saya akan siasat/panggil/berjumpa dgn UMNO terengganu, dan mungkin mohon mengadap Istana Terengganu utk menyelasaikan masalah ini. kita tidak mahu sesiapapun membuat kenyataan/spekulasi berhubung isu ini..." (mahathir lebih bijak..sebelum anak2 buah dia buat kenyataan, biasanya dia dulu yg ngadap media..then arahkan anak2 buah jgn buat kenyataan bukan2.)

Tetapi PakLah jawab, "IA MELANGGAR PERLEMBAGAAN" lebih memalukan dan menjadi persoalan PERLEMBAGAAN MANA yang PakLah RUJUK. Kita dapati berbagai golongan telah memberikan komen tentang tindakan Istana dari sudut undang-undang dan perlembagaan, dan mereka yang memberikan komen-komen tersebut bukanlah petani atau pendatang tanpa izin dari negara luar, tetapi yang memberikan komen2 adalah para profesor, pensyarah undang-undang, mahupun ahli politik. Jelas tindakan Istana tidak melanggar perlembagaan, malahan di dalam perlembagaan ada peruntukan yang jelas tentang hak Sultan/Raja Melayu.

PakLah tak malu ke... Tak cukup dengan itu sudah 2 kali Istana menolak calon MB yang dia "recomended". Tak malu ke PakLah. Saya sebagai rakyat Malaysia sungguh malu punya ketua negara seperti ini.

PakLah terlaju gelojoh, sama jgk kes sebelum2 ni PakLah suka cakap ikut suka, hari ni kata tidak, tgk esok jadi pulak, kan lebih elok kata, kita akan beritahu kemudian, kita tidak pasti, dan akan berbincang terlebih dahulu, atau yg lebih baik dari keluarkan kenyataan yg bohong, atau sampah. Jadi benarlah seperti kenyataan TunMahathir sebelum ini, "apa PakLah kata semuanya BOHONG"

Seharusnya sebagai ketua negara, PakLah kena sedar akan kesilapan beliau, sepatutnya PakLah kena mintak maaf dengan pihak Istana, dengan DAP kerana melabel DAP sebagai biadap, sedangkan orang-orang PakLah sendiri lebih BIADAP dan kurang hajar.

Juga kepada MEDIA, UTUSAN dan rakan2, TV3 dan keluarganya... apakah mereka masih tidak sedar diri, melaporkan berita-berita yang salah dan tidak tepat. Saya sendiri dan ramai lagi rakan-rakan yang lain, sudah hilang kepercayaan dan rasa hormat pada media-media seperti ini. Media-media seperti ini ibarat sampah, najis yang amat busuk baunya, dan menyebarkan bau busuknya ke seluruh negara.

Kepada orang-orang UMNO, kalau anda membaca mesej ini, saya mohon maaf andai keterlaluan, walau anda mungkin bukan dari kalangan mereka yang gila kuasa, berebut kuasa, makan rasuah, pentingkan diri, tapi lihatlah kenyataan, bedirilah di atas realiti, saksikan rakan2 UMNO anda, termasuk PakLah itu sendiri, apakah kita masih katakan UMNO membela Melayu kalau begini sikapnya. Kurang hajar pada IStana, berebut kuasa sesama sendiri, amat memalukan, memalukan negara, memalukan Islam, memalukan MELAYU. Orang-orang seperti ini lah yang sanggup menggadai MELAYU utk kepentingan diri sendiri. Kalau sesama parti sendiri sudah berebut kuasa, apalagi kita nak harapkan orang seperti ini menjaga KETUANAN MELAYU, atau menharapkan mereka ADIL kepada parti2 lain.

MALU, SUNGGUH MALU
MALU, PUNYA KETUA NEGARA YANG TAK TAHU MALU
MALU, SUNGGUH MALU
MALU, KONONNYA MEMBELA MELAYU TAPI BIADAP PADA RAJA MELAYU
"

24.3.08

DRIS SAMSENG: Ayahnya JUSOH, bekas Orang Kena Buang Daerah!

DRIS SAMSENG: Ayahnya JUSOH, bekas Orang Kena Buang Daerah!
Posted on Tuesday, March 25 @ 11:21:59 MYT by greenboc
Artikel Oleh yb_pmn

"a
Apabila Idris Jusoh dan konco-konconya berlagak Samseng dengan membelakangkan rasa hormat pada Sultan dan istana, maka ramai sekali golongan rakyat cuba membongkar kisah hidupnya.

Dan memang Idris ini adalah darpada keturunan samseng yang tidak sedar diri (lihat saja air mukanya), sebiji macam ketua Kongsi Gelap (macamana boleh jadi MB?). Apa yang paling mengemparkan adalah AYAHnya JUSOH itu sendiri merupakan salah seorang PESALAH (PCO), iaitu Orang yang dikenakan tahanan Buang Daerah oleh pihak polis.

Jusoh dibuang daerah ke Hulu Terengganu, lokasi di Pekan Kuala Berang pada tahun 1960-an dahulu di atas sabit kesalahan jenayah.

Beliau pada masa itu dikesan tinggal di rumah Pok Su, yang terletak di Kampung Rahmat Kuala Berang. Sumber ini boleh diperolehi dengan tepat melalui orang tua atau penduduk asal Kuala Berang yang masih hidup sezaman dengan Ayah Si Deris itu.

Maklumat ini juga diterima melalui seorang vateran yang sudah 'retired' drp kakitangan awam dan amat mual dengan sikap Idris Jusoh.

Oleh itu, apabila kita tahu asal usul Idris ini, maka tidak hairanlah beliau menderhaka kepada Sultan. Dan kalau beliau juga berdegil serta mahu tunjuk keras kepala lagi, tak mustahil Sultan Terengganu akan mengambil langkah yang sama dengan ayahnya, iaitu dibuang NEGERI.

Malang sungguh nasib rakyat Terengganu mendapat Idris Jusoh, tapi nasib baiklah hanya sepenggal sahaja. Cukuplah Deris...bagilah kat org lain pulok nak bolot kekayaan.

Bye..bye deris!
"

23.3.08

Melayu UMNO: Biadap

Posted on Sunday, March 23 @ 16:29:03 MYT by greenboc
Artikel Pilihan Oleh pemuda_islam

"a
UMNO. Menyingkap sejarah bangsa Melayu melayu persatuan-persatuan Melayu disatukan dibawah payung UMNO iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946. Setelah 42 tahu, UMNO yang diasaskan oleh Allahyarham Dato' Onn Jaafar ini telah diharamkan angkara terdapat puak-puak yang tamakkan kuasa. Maka UMNO BARU telah ditubuhkan pada tahun 1988.


Sebenarnya di dalam UMNO sememangnya berpuak-puak. Seperti Bangsa Arab Jahiliyah sebelum kedatangan sinar Islam itu sendiri. Mereka berpecah belah disebabkan tidak bertunjang suatu paksi agama. Mereka hidup berpuak-puak mengikut kabilah. Disini dapat dilihat bahawa parti yang mengamalkan parti atas dasar kaum sememangnya berpecah-belah. Di dalam UMNO dipanggil team yang mewakili atau menyokong pemimpin mereka.

Maka disini, setelah 50 tahun merdeka, bibit-bibit perpecahan bermula setelah tamatnya Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008. UMNO dan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali Pak Lah telah kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen dimana hanya 140 kerusi manakala pihak pembangkag atau lebih dikenali sebagai Barisan Alternatif/Rakyat telah menunjukkan prestasi memuaskan dengan 82 kerusi.

Kemudian, tatlkala Barisan Rakyat dapat menawan 4 negeri baru, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor termasuk dapat mengekalkan kembali kuasa di Kelantan dengan majotriti lebih besar, maka Pak Lah telah dipersalahkan. Pemimpin parti komponen BN telah tewas. Antaranya Presiden Geraka, Tan Sri Dr Koh Tsu Kun, Presiden MIC, Dato' Seri S.Samy Vellu, Presiden PPP, Dato' M.Kayveas. Tidak lupa, Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil tewas kepada Puteri Reformasi di Lembah Pantai dan ramai lagi.

Namun, Pak Lah masih tidak mahu bertanggungjawab dengan membuat kenyataan bahawa ini adalah pilihan rakyat. Beliau sedikitpun tidak mahu bertanggugnjawab. Namun, dikalangan pemimpin parti komponen lain berasa bertanggungjawab atas kekalahan mereka dan mahu meletak jawatan.

Kemudian, babak yang menunjukkan UMNO gilakan kuasa apabila secara terang-terangan mengatakan DAP biadap tatkala menyuruh ADUN DAP tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah MB Perak Ir. Mohd Nazir. UMNO dengan lantang memarahi DAP Lim Kit Siang yang dikatakan tidak menghormati raja. Di sini, pihak pembangkang juga merasakan tidak puas hati. Namun, penasihat DAP itu memohon maaf kepada Raja Dr Nazrin atas keterlanjurannya tempoh hari.

Namun, apa yang berlaku di Perlis berlainan. MB yang dipilih oleh Pak Lah, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak direstui oleh pihak Istana Indera Kayangan. MB pilihan raja adalah Datuk Dr Md Isa Sabu. Berlaku pergolakan sekejap di mana terpaksa raja memanggil kesemua ADUN untuk memilih MB baru dan 11 orang ADUN meyokong perlantikan MB baru menggantikan Shahidan Kassim.

Setelah itu, setelah seminggu piliharaya berlalu, barulah Pak Lah mengumumkan barisan kabinet yang dikecilkan berbanding sebelum ini. Sememangnya mengejutkan kebanyakan rakyat di Malaysia apatah lagi di dalam UMNO sendiri. Sememangnya kabinet yang dibentuk telah mendapat restu dari Tingkat 4, Pejabat PM iaitu menantu PM sendiri, Khairy Jamaluddin. Orang-orang Datuk Seri Najib dilihat telah ditendang kelaur dari kabinet Pak Lah seperti Jamaluddin Jarjis. Orang-orang secara terang-tereang telah diberi jawatan menteri seperti Datuk Shaziman Mansur dan timbalan menteri, Datuk Wan Ahmad Farid.

Lebih mengejutkan, bekas MB Selangor, Mat Taib yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa Australia pada tahun 1986 kerana membawa masuk wang sebanyak 9 juta tetapi dilepaskan begitu sahaja dilantik menjadi menteri penuh. Mana dia dapat duit sebanyak itu dan terbang ke Australia? Terpalit dengan rasuah, dibuang pada zaman Tun Dr. Mahathir tetapi diambil oleh Pak Lah. Dimana kredibiliti anda Pak Lah? BukanMat Taib seorang yang dilantik sebagai senator dan dibawa ke kabinet. Terdapat 5 orang lagi yang dilantik sebagai senator untuk menjadi menteri. Pak Lah, anda tidak mempunyai calon ke yang telah menang bertanding dalam pilihanaraya lalu. Anda ketandusan calon ke?

Terengganu, dimana negeri yang masih tidak menubuhkan kerajaan negeri setelah dua minggu berlalu. Maka, pabila pihak Istana mengumumkan bahawa mereka melantik Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu yang baru, orang-orang UMNO yang kuat rasuah, kurang ajar menentang keputusan pihak Istana. Mereka ini mahukan Idris Jusoh menjadi MB. Disini diformulasikan bahawa bila UMNO kehilangan kuasa mereka merasakan mereka bijak. Tindakan ini amat biadap. Melayu UMNO tidak beradap, biadap, bacul pada Sultan yang mereka. Melayu UMNO telah memalukan melayu di mata bangsa lain terutamanya cina pada kes Lim Kit Siang tempoh hari. Cina dikatakan biadap, tetapi melayu biadap tidak dikatakan apa-apa.

Anda, melayu UMNO sememangnya biadap!

pemuda islam 2008
awati laman web:

www.harapanmalaysia.blogspot.com
"

22.3.08

22 ADUN BN Terengganu Letak Jawatan???

Posted on Sunday, March 23 @ 15:45:16 MYT by alghaib
Artikel Pilihan

Malaysiakini

 Terengganu berterusan tanpa menteri besar apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, yang dipilih oleh pihak istana tidak mengangkat sumpah jawatan tersebut pagi ini.

Sebaliknya, beliau hanya menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai menteri besar Terengganu yang baru - dipercayai akibat pemulauan 23 lagi wakil BN.

Watikah pengisytiharan tersebut diserahkan kepada beliau oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), dan juga adinda Sultan Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Shah.



Upacara angkat sumpah asalnya dijadual diadakan pagi tadi di Istana Tetamu, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, tarikh upacara itu belum ditentukan lagi - ada laporan menyebut dalam tempoh tiga hari dari hari ini, yakni Rabu.

Ahmad menerima watikah pada jam 8.15 pagi dan kelihatan meninggalkan istana pada jam 8.30 pagi, tanpa menemui pemberita.

Malam tadi, setiausaha agung BN dan Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan Ahmad bahawa beliau akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan "menanggung akibat" jika menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Tengku Adnan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad  Badawi, yang juga presiden Umno, telah mengeluarkan surat cara pelantikan kepada Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar dan Ahmad tidak wajar melanggarnya.

Pejabat Sultan Terengganu semalam mengumumkan Ahmad, 51, dilantik menteri besar besar dan majlis mengangkat sumpah hari ini.

Menjelang keputusan istana itu petang semalam, kesemua 23 Adun BN Terengganu dalam satu sidang akhbar memberi amaran untuk memboikot majlis hari ini atas alasan tidak menyokong calon lain selain Idris.

Semua Adun, kecuali Idris, yang membantah pelantikan Ahmad sebagai menteri besar telah menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada MPPR pagi tadi.

Ia diserahkan oleh wakil mereka, Datuk Rosol Wahid yang juga setiausaha badan perhubungan Umno kepada setiausaha MPPR Shafie Ali pada jam 7.55 pagi.

Rosol mendakwa, upacara penyerahan watikah pelantikan Ahmad itu dibuat "secara rahsia" kerana mereka tidak dijemput menghadirinya.

Namun, katanya, kalau pun dijemput, mereka tetap akan memulaukannya.

Selain boikot, mereka juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Rosol dalam sidang media semalam.

Ketika ditemui pemberita pagi ini, beliau memberitahu bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan juga sedia meletakkan jawatan jika perlu berbuat demikian.

 Bagaimanapun, apabila pemberita memberitahu mereka tidak boleh bertanding semula jika meletakkan jawatan, Rosol menjawab "tengok dulu".

Sementara itu, kira-kira 300 penyokong Umno Besut dilaporkan berhimpun di kediaman Idris sambil membawa kain rentang berbunyi "Kami sokong Datuk Seri Idris".


Terkini: Datuk Ahmad Said menghadapi risiko dilucutkan keanggotaan Umno akibat didakwa melanggar arahan presiden Umno, dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu meneruskan khidmat Datuk Seri Idris Jusoh bagi penggal kedua.

20.3.08

INGATAN NAZRIN : JANGAN ULANGI KESILAPAN

Posted on Thursday, March 20 @ 15:32:39 MYT by greenboc
Artikel Pilihan Oleh tutuhjang

"a
Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah meminta pemimpin negara ini supaya mengambil pengajaran dan iktibar daripada punca kejatuhan empayar, kerajaan malahan raja dan pemimpin, antaranya kerana kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.

Baginda bertitah, melalui sejarah, umum mengetahui ramai telah diberi peluang untuk menjadi pemimpin, namun hanya segelintir sahaja individu yang muncul sebagai pemimpin yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.

"Keadaan ini berlaku kerana ramai yang ketika diberi peluang untuk memimpin kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.

"Ada antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.

"Demikian terdapat himpunan sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin yang sewajibnya dijadikan asas rujukan untuk ummah hari ini mempelajari dari kesalahan dan menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama," titah baginda di majlis sambutan Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah hafazan peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Menurut Bernama, Raja Dr Nazrin bertitah seorang pemimpin bertanggungjawab dalam menentukan arah haluan pengikutnya dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya.

"Memimpin adalah satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan secara amanah," titahnya.

Baginda bertitah sebagai pemimpin yang beragama Islam, pemimpin itu perlu menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama dalam mendapatkan panduan dan bimbingan untuk memerintah.

Bukan sekadar 'ritualistik'

"Sebagai pemimpin, Nabi Muhammad S.A W memiliki kelebihan, memiliki keistimewaan, mendapat panduan dan bimbingan secara langsung dari Ilahi. Panduan dan bimbingan Ilahi itu terkandung di dalam kitab suci al-Quran. Perilaku dan sabda Baginda pula terkandung dalam himpunan Hadis yang telah berjaya dikumpulkan," titahnya.

Raja Dr Nazrin bertitah Islam menetapkan sebagai pemimpin seseorang itu perlulah memiliki sifat-sifat amanah, merendah diri, jujur, ikhlas, berdisiplin, berkorban dan komited, selain gerun kepada Allah serta menyedari sentiasa dinilai oleh para pengikutnya.

"Kepimpinan yang mengutamakan ummah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W telah menarik sokongan ummah kepada Baginda, begitu juga terhadap ajaran yang dirisalahkan oleh Baginda. Hasilnya ajaran Islam berkembang pesat dalam tempoh yang begitu singkat menembusi sempadan budaya, menembusi sempadan geografi dan
menembusi sempadan politik.

"Islam diterima secara universal dan tidak hanya terbatas menjadi agama kepada bangsa Arab, di bumi Arab sahaja. Kepimpinan Baginda juga diterima di alam sejagat dan terus diiktiraf setelah Baginda wafat sekian lamanya," titahnya.

Raja Dr Nazrin turut memperingatkan agar acara-acara sambutan Maulidul Rasul yang dijalankan saban tahun tidak sekadar bercorak 'ritualistik' atau secara rutin sahaja, tetapi sebaliknya perlu memberikan impak kepada masyarakat.

"Setiap acara sambutan yang dianjurkan, melibatkan masa, melibatkan usaha, melibatkan tenaga dan melibatkan perbelanjaan. Oleh itu acara sambutan yang dianjurkan hendaklah memperlihatkan hasil serta bersifat produktif hendaknya," titahnya.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, baginda turut menyeru umat Islam supaya sentiasa bermuhasabah untuk menjadi umat yang terbaik.

"Mulakanlah bermuhasabah ke atas diri sendiri dan keluarga kerana disitulah bermulanya asas-asas kecemerlangan. Hayatilah kehidupan Rasulullah SAW sebagai panduan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat," titahnya.

dari malaysiakini

13.3.08

DAP Tamak Kuasa Sanggup Menyinggung Martabat Sultan.

Posted on Thursday, March 13 @ 20:26:36 MYT by greenboc Oleh peluit

"Tiba-tiba hari ini DAP melalui Penasihat DAP Pusatnya Lim Kit Siang meluahkan rasa terkejutnya berikutan pemilihan Ir. Mohammad Nizar sebagai MB. Dia akan memulaukan upacara angkat sumpah yang bakal berlangsung di Istana Iskandariah esok.

Tak sampai setahun jagung berkuasa. DAP terusan lupa diri. Dari si anaknya hinggalah si apaknya. Memang bikin kecuh seantero dunia Melayu. Belum hilang kejutan tentang DEB kekinian DAP melatah lagi dengan ceritera merajuknya tak lantaran dapat kuasa di Perak.

Kemudian minta maaf. Isk senang!.

Rata-rata rakyat jelata; terutama orang Melayu makin panas telinga, meruap dada, malahan jika diberi kebebasan bersuara entah apalah sumpah & maki hamun terdapat golongan DAP ini yang bagaikan telah Gila Kuasa; Tumbuh Ekor & tak ingat di mana bumi DAP berpijak. Jika saban hari DAP terusan memainkan sentimen perkauman mencabar martabat Melayu malahan menyinggung Kedaulatan Kesultanan Melayu; natijahnya amat naif. Bila-bila masa bakal tercetusnya perbalahan kaum tentunya.

DAP kenalah belajar dari sejarah. Kenapa Datuk Maharajalela sanggup membunuh J.W.W Birch di Pasir Salak. Peristiwa Hitam 13 Mei. Perbalahan kaum di Kg Medan, Berbalahan kaum Melayu & Cina di Sungai Manik, banyak lagi. Bukan tujuan Peluit ingin mengungkit & menakut-nakutkan tetapi api perkauman & mainan nilai martabat di Raja yang DAP mainkan amat bahaya.

DAP haruslah bersyukur dengan DEB yang kononnya menjadi punca banyak penyelewengan dalam agihan harta negara. Dalam masa yang sama kaum Cina masih memegang ekonomi negara. Ada atau tiada DEB sama sekali tidak menyekat kaum Cina mengumpul harta di Tanah Melayu ini. Ini terbukti sejak kita merdeka.

Bacalah sejarah, bagaimana Sultan di Tanah Melayu telah ujud sebelum kita merdeka lagi. Jika di zaman dahulu Sultanlah tempat rakyat berlindung. Sultan berjuang untuk memartabatkan negara & bangsa. Apalah nilai sesuatu bangsa itu jika tiada tonggak agong & kedaulatan Sultan mereka. Ini dunia Melayu kena difahami betul-betul oleh DAP.

Pada asalnya DEB tidak bermaksud Dasar Ekonomi Bumiputera, jauh sekali menjadi Dasar Ekonomi Melayu. DEB dalam semangatnya berbentuk serampang dua mata: Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Senang kata, ia bermatlamatkan membela orang susah supaya jurang antara miskin dan kaya di negara ini dirapatkan, maka dapat diwujudkan masyarakat saksama.

Asasnya DEB cantik perlaksanaannya sahaja yang kecundang. Oleh itu DAP elok rasanya jangan sentuh soal ini.

Kesultanan Melayu

DAP kena sedar ini, Tanah Melayu merdeka atas dasar Yang Dipertuan Agong menjadi tonggak negara. Bacalah tentang Perjanjian Pangkor & sejarah silam. Bayangkan jika DAP tercampak di negara yang tidak mengamalkan demokrasi. Negara yang mendaulatkan Sultan mereka.

Rasionalkah DAP bolehkah sampai memboikot majlis yang Sultan lantaran kononnya hilang kuasa bila pilihan Sultan tidak ke pihak DAP dalam tampuk pemerintahan di Perak.

DAP haruslah mencermin diri sendiri. Nampak sangat tembelang DAP dalam politik Tanah Melayu kini; amat perkauman. Terang lagi bersuluh.

Jangan anggap tindakan DAP yang tidak popular ini; asyik bermain api ini, kononnya satu tindakan berani. Takutnya nanti ianya akan membakar diri sendiri. Terutama di mata hati kaum Melayu kini; Singapura yang keluar dari gugusan Melayu lantaran tindakan kaum Cina pun orang Melayu masih tak lupa lukanya; Tolong jangan darahkan kembali luka yang ada di hati orang Melayu.

DAP jangan merasakan dengan dapat memerintah satu negeri sampaikan kuasa yang ada mencabar dasar negara & berani menggugah pemerintahan di peringkat nasional.

: Peluit; Rasanya jika kalangan DAP ini dari keturunan Cina Muslim di Tanah Besar Cina mesti akur apa yang orang Melayu mahukan. "

12.3.08

Ketuanan Melayu dan Menteri Besar Perak


Thu | Mar 13, 08 | 12:37:16 am MYT

Sekitar 1999 atau mungkin 2000, saya dan rakan-rakan mahasiswa pernah bertemu Dato' Dr Siddiq Fadhil atas nama kunjungan dan ziarah. Kalau tidak salah saya, beliau pernah menjadi ahli Majlis Adat Istiadat Melayu Perak.

Beliau kini adalah Presiden Wadah dan mantan Presiden Abim sekitar 80-an. Rumahnya di Sg Ramal, Kajang. Ziarah kami bertujuan bertukar-tukar pandangan tentang pengalaman lalu dalam gerakan Islam dan pandangan beliau berhubung politik negara serta isu semasa. Ada hal-hal menarik berhubung pandangannya yang ingin saya catatkan di sini.

Antaranya, yang terpenting adalah hal Ketuanan Melayu. Entah bagaimana beliau dengan tiba-tiba berminat bercakap hal tersebut. Tapi, tatkala teringatkan bahawa beliau memang ahli dan dalam hal berkenaan, saya cuma menadah telinga mendengar setiap isi butiran percakapannya.

Jika beliau terbaca coretan saya ini, harapan saya agar beliau dapat membetulkan apa-apa yang mungkin tersalah dan tersilap tentang fakta-fakta yang ditemukan dalam tulisan ini. Ini kerana, hal ini agak lama dan izinkan saya mengoyak cebisan ingatan lama dan tampal semula di coretan ini. Jadi, mana-mana yang masih berlubang di sana-sini haraplah dapat ditampung.

"Saya tidak percaya anak-anak muda masuk Umno di atas niat perjuangan agama, bangsa dan tanahair. Selepas Reformasi, saya percaya ada dua sebab saja mereka ini masuk Umno.

"Pertama, mereka mahukan duit dan projek. Keduanya, � (mereka) bodoh sangat!" kata beliau. Saya dan rakan-rakan cuma tertawa mendengar kata-katanya bersulam kemarahan itu, ditambah pula dengan telor loghat Jawanya.

Baginya, Umno bukanlah pihak yang memperjuangkan Ketuanan Melayu. Dan, beliau ada bukti kukuh berhubung hal itu. Isterinya, Dr Siti Zulaikha cuma mendengar saja perbualan kami, kurang bercakap. Mungkin tidak mahu mengganggu perbualan tersebut.

"Nak tahu buktinya?" soal beliau. Saya mengangguk penuh minat. "Tunggu sekejap, saya ambil tesis disertasi saya." Dan, beliau pergi ke bilik bacaannya seketika.

Sikap kesungguhan beliau berhujah itu menyebabkan saya dapat mengagak inilah tingkah laku seorang ahli akademik; sentiasa berminat dan sanggup mengejar bahan bukti sokongan sebagai cara atau langkah guna menyempurnakan hujahnya.

Saya tidak fikir calon BN Parlimen Pokok Sena mempunyai sikap sedemikian. Agaknya, jika calon BN yang kalah itu dicabar untuk membentangkan semula rumusannya mengenai politik Kedah yang berpuak-puak, beliau sendiri pun tidak berani kerana tesis di UUM itu mungkin bukanlah hasil daripada penyelidikan dan penulisannya sendiri.

Saya rasa PMN, PKPIM, Gamis, SMM, Karisma, dan badan-badan pelajar yang lain dapat menyediakan tempat untuk beliau bersyarah di UUM atas tajuk itu dengan kehadiran NC UUM, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi. Ini perlu sebagai bukti; tesis itu hasil cetusan fikirannya sendiri.

Umno menolak Ketuanan Melayu?

Dr Siddiq kembali kepada kami dengan tesis tebalnya yang saya sudah lupa tajuknya. Penyelia beliau adalah Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang pada saat itu ialah pensyarah UKM. Kajian itu mungkin berkisarkan hal-ehwal Melayu. Mungkin hal politik Melayu dan kebudayaan Melayu.

Yang sempat saya ingat dan catit, menurut tesis itu bahawa hal Umno menolak Ketuanan Melayu memang tercatat di dalam Parliamentary Debates entah volum ke berapa, saya tidak ingat. Tapi, beberapa hal penting adalah sebagai penjelasan di bawah ini:-

Parti yang berusaha keras memajukan usul berhubung Ketuanan Melayu ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang menggesa agar usul itu diperjelaskan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini perlu dibuat bagi menjelaskan negara ini milik Melayu.

Usul tersebut, kalau tidak salah ingatan saya telah dibawa oleh seorang ahli Parlimen PAS Hulu Terengganu, Haji Hassan Adli. Bagaimanapun, usul tersebut ditolak oleh Umno pada ketika itu dengan menggunakan kuasa majoriti 2/3 daripada suara ahli-ahli Parlimen.

"Jadi, bagaimana Umno boleh mendakwa mereka menegakkan Ketuanan Melayu?" soalnya.

Peristiwa dialog perbincangan antara kami dengan Dr Siddiq itu telah berlangsung dalam 8 ke 10 tahun lalu. Tetapi, ia masih tetap kekal relevan untuk didebatkan jika Hishammuddin Tun Hussein melihat dirinya sebagai wira Melayu dengan mengangkat keris Panca Warisan.

Tahun berikutnya ketika Hishammuddin tidak lagi mengangkat keris itu dalam 'Muktamar' Umno, Naib Presiden beliau, YB Khairy Jamaluddin pula bersuara dengan lagaknya: "Jangan risaukan kata orang. Keris sudah terhunus, bila lagi mahu menikam?"

Kedua-dua tokoh muda Umno itu sama saja perangainya. Buta perut dan tak belajar sirah perjuangan Melayu Islam dengan betul, cermat dan niat suci. Agak-agaknya, bagaimana mereka mahu menyanggah hujah yang dibentangkan di dalam tesis Dr Siddiq Fadhil itu? Jangan-jangan, mereka sendiri pun tidak tahu-menahu soal itu!

Bangsa lain akur Ketuanan Melayu secara tersirat

Dr Siddiq menambah, dalam hal Ketuanan Melayu ini, secara tersiratnya, bangsa lain pun sudah mengakui kewujudannya. Beliau menarik perhatian kami berasaskan perbualannya bersama seorang ahli politik DAP di Perak sebelum ini, mungkin di Kinta atau di Ipoh.

"Saya tak tahu apa pendirian kaum Cina dan ahli politik yang lain. Tetapi, yang ingin saya sampaikan di sini adalah pandangan beberapa orang pimpinan DAP di Perak sendiri.

"Mereka sendiri beritahu saya bahawa ini negeri Melayu. Walaupun mereka menang, tapi peluang untuk menjadi Menteri Besar itu mustahil. Semua ini kerana sultan akan memilih orang Melayu sebagai Menteri Besar pada akhirnya," kata beliau.

Saya renung hal itu dalam-dalam. Di India sudah tiada kuasa maharaja seperti zaman dan era yang lalu ketika raja berkuasa dengan hebatnya. Di China, melalui Revolusi Budaya 1911 oleh Dr Sun Yat Sen, sistem beraja Dinasti Manchu telah digulingkan. Semua ini berlaku dengan sebab British menjajah kedua-dua negara itu.

Tapi, hal ini berbeza di Tanah Melayu. British melalui perlembagaan dan desakan orang-orang Melayu telah memutuskan kedudukan raja-raja Melayu sebagai penaung Islam di negeri-negeri. Menurut catatan sejarah, khasnya Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu telah pun mula mendapat kedudukan seperti itu, iaitu sebagai penyelamat dan pelindung agama.

Merah Silu dan lain-lain raja Melayu dilaporkan telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan esoknya mereka menerima kehadiran mubaligh Islam. Serentak dengan itu, apabila rajanya telah menganut Islam, maka seisi negerinya memeluk ajaran Islam.

Tapi, peristiwa istimewa dan kejadian seumpama ini jarang disebut dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain. Kedudukan raja-raja Melayu sebagai pelindung Islam tidaklah boleh disamakan dengan gambaran mengenai pembesar Melayu sebagai pembela Islam walaupun mereka menokok tambah Islam dengan lipstik kosmetik bermodalkan jenama hadhari.

Buktinya, Abdullah Ahmad Badawi sebagai pembesar Melayu tetap kecundang walaupun �kalimah toyyibah� Islam Hadhari tersebut bergema di mana-mana melalui tetuang udara dan tv. Rakyat secara jumhur telah menolak gagasan itu kerana zalimnya pembesar itu berserta angkatan-angkatannya.

Ringkasnya, berbanding pembesar, raja Melayu mempunyai kedudukan lebih jelas sebagai pelindung, penyelamat dan pembela Islam berasaskan susur galur sejarah yang diperjelaskan melalui Sulalatus Salatin.

Bahaya hijau, Hizbul Muslimin di Perak

Ketika mengenangkan kedudukan Dr Siddiq sebagai ahli Majlis Adat Istiadat Melayu Perak, saya teringat ucapan seorang pemimpin Perikatan yang lantang menyebutkan darihal ancaman 'bahaya hijau' dan 'bahaya merah' pada suatu masa dahulu.

"Bahaya merah itu komunis dan bahaya hijau itu datangnya daripada gunung. Gunung itu adalah Gunung Semanggol," kata pemimpin itu lebih kurang yang terlintas di ingatan.

Hizbul Muslimin yang diharamkan British bermuara dari desiran tiupan angin perubahan di Ehya� as-Syarif Gunung Semanggol, Perak. Masyhurnya tempat ini sehinggakan namanya pernah disebut sekilas di dalam filem P Ramlee (Nasib Do Re Mi).

Perjuangan mantan Presiden PAS Dr Burhanuddin al-Hulaimy kebanyakannya bertumpu di negeri Perak. Inilah antara imbuhan saham kredit yang menunjukkan peranan PAS di Perak hadir sebagai pergerakan menentang penindasan penjajahan British di negeri itu.

Kini, PAS telah berjuang membebaskan rakyat daripada cengkaman penjajahan Umno-BN yang terkenal sebagai anak didik British sejak dulu, kini dan mungkin buat selama-lamanya. Melihat hal ini, tidak salah jika diberi ruang kepada PAS untuk mentadbir negeri berkenaan.

Kami akhirnya pulang daripada rumah Dr Siddiq setelah lewat malam, sedangkan beliau masih rancak bercerita darihal pengalaman lalu. Sambil mengucapkan terima kasih di atas penerangan dan perkongsian ilmu, beliau berkata:

"Apa lagi yang boleh kami sebagai orang tua mahu sumbangkan kepada anak-anak muda dalam jemaah kini? Ini saja yang ada," kata beliau, sambil mengiringi kami keluar rumah.

Di luar rumah, sama keadaannya ketika kami tiba awal tadi. Iaitu ada kira-kira 6 hingga 7 ekor kucing sedang menunggu di luar pintu untuk masuk ke dalam rumahnya. Semua ini menarik perhatian.

Sempat juga dia berseloroh mengenai kucing-kucing itu. Gurauan yang penuh bermakna.

"Pintu ini terpaksa ditutup. Kalau tidak, kucing akan masuk. Kalau dibuang, rasa kasihan dan tidak adil pada perjuangan ini. Kita selalu sebut keadilan� keadilan�" ketika ini tangannya diangkat seperti gaya sedang berpidato. Lalu, dia menambah �

"Tapi, kucing kita sendiri pun tidak dapat dibela, diberikan keadilan kepadanya," kata-kata itu membuat saya ketawa sendirian dan hal itu masih melekat di ingatan sehingga kini. Adakah kita sebagai khalifah dapat melaksanakan amanah selepas mandat diberikan rakyat?

Walhal, kalau tidak salah saya, Khalifah Umar al-Khattab r.a pernah berkata, "Kalau ada seekor keldai yang mati kelaparan, maka Umarlah yang akan bertanggungjawab."

Semua inilah yang menjadi bahan renungan fikiran saya dan malah menjadi igauan mimpi ngeri tatkala mengenangkan Barisan Rakyat telah diberi mandat oleh rakyat kini.

Sekolah Pemikiran Pendang,
11:53 p.m, 12 Mac 2008.

8.3.08

Ketua Pengarang Harakah koyak kertas undi, protes pada SPR

Posted on Saturday, March 08 @ 19:55:28 MYT by SongkokPutih
Artikel Pilihan Oleh GearLima

"Ahmad Lutfi OthmanAkibat rasa tidak puas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah gagal berperanan sebaiknya dan menimbulkan kesangsian masyarakat atas beberapa siri tindakannya, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman telah mengoyakkan kertas undi sebagai tanda protes terhadap badan tersebut.



KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh)

Protes pertama dengan cara mengoyak kertas itu telah dilakukan pada jam 3.15 petang di Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Pulau Timbul, Tunjang, Kubang Pasu, Kedah dengan disaksikan oleh wakil-wakil parti PAS, BN dan KeADILan termasuk beberapa petugas SPR dan Ketua Tempat Undi.

Bagaimanapun tiada sebarang bantahan atau teguran yang diterima daripada mereka yang dilihat terpinga-pinga apabila menyaksikan perbuatan Lutfi itu.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Lutfi menyatakan tindakan tersebut telah pun dimaklumkan terlebih dahulu kepada Ketua Tempat Undi tersebut namun pegawai SPR itu menjelaskan bahawa beliau boleh membuat bantahan terhadap SPR mengikut prosedur yang telah ditentukan tetapi bukan dengan cara yang bakal dilakukan Lutfi.

"Saya ambil kertas undi daripada beliau kemudian terus mengoyakkannya dan memasukkan ke dalam tong yang disediakan. Saya tidak mengundi langsung kerana sudah tidak percaya kepada SPR," katanya.

Tindakan tersebut katanya adalah kerana benar-benar kecewa dan kesal dengan sikap SPR yang dilihat berperanan dan bersengkokol dengan parti pemerintah, sehingga cuba mengkesampingkan suara dan pandangan parti-parti pembangkang terhadap proses perjalanan pilihan raya ini.

Sebagai contoh isu dakwat kekal yang dibatalkan SPR di saat akhir sebenarnya telah dibantah pengunaannya oleh kabinet sebelum pembubaran parlimen pada 13 Februari lalu, cuma SPR mengambil masa lama untuk membatalkannnya sehingga membazirkan wang rakyat, menipu dan menyusahkan pelbagai pihak, katanya.

"Menurut sumber dalaman SPR, pengunaan dakwat itu tidak dipersetujui oleh kabinet tetapi kenapa SPR tak umumkan lebih awal?" katanya.

Dalam masa sama SPR dilihat berkomplot dengan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk 'menghalalkan' tindakan pembatalan dakwat tersebut dan supaya rakyat menerima 'keselamatan awam' sebagai alasan.

Begitu juga dengan beberapa siri bantahan yang ditolak SPR semasa hari pencalonan termasuk arahan berbeza terhadap pengesahan duti setem atas borang pencalonan yang melihat peranan SPR itu semakin dipersoalkan rakyat kata Lutfi.

"Bagaimana dengan isu anggota tentera yang dikesan boleh mengundi sebagai orang awam dan pegawai SPR yang mengundi dua kali yang dilaporkan pada hari ini," kata Lutfi

"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mengoyakkan kertas undi tanda protes terhadap SPR yang semakin hilang kepercayaan orang ramai dan diragui kewibawaannya," katanya.

Kawasan tersebut menyaksikan pertandingan Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam di antara KeADILan melawan Barisan Nasional di bawah Parlimen Kubang Pasu yang melihat Dato' Johari Baharom dicabar oleh calon PAS yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kubang Pasu Dr Abdul Isa Ismail.

Lutfi sebelum ini pernah mencadangkan supaya PAS mengetuai kempen besar-besaran menggesa Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan segera khidmat Rashid sebagai Pengerusi SPR memandangkan beliau tidak lagi mendapat kepercayaan awam.

Katanya Perkara 114 (1) dan (2) Perlembagaan menjelaskan: "SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja ... Pada melantik ahli-ahli SPR, Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam."

"Fokuskan tindakan kali ini untuk memecat Pengerusi SPR yang makin hilang kewarasannya itu. Jika Rashid berjaya dipecat, saya kira gelombang kuning baru menunjukkan keberhasilannya," kata Lutfi dalam laman webnya detikdaily.net "

7.3.08

Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai

Posted on Friday, March 07 @ 07:10:21 MYT by SongkokPutih Oleh peluit

"Jika kita tenguk cerita P. Ramlee orang jawa ini sanggup jual anak sebab mahukan harta. Ramai pemimpin kita di Malaysia dari kalangan Jawa. Kuat pengaruh & ilmu Jawa ini. Tenguk sahaja tarian mereka dengan kuku-kuku melentiknya. Memang golongan Jawa kaum yang gigih perkasa, tekun & amat setia dalam mencari harta.

Bagi kalangan mereka yang tinggal di dalam masyarakat Jawa tentunya tahu bagaimana orang Jawa giatnya mengejar harta. Tidak ada tanah terbiar. Malahan kampung mereka menjadi contoh di peringkat kebangsaan. Itu hebatnya golongan MB Khir Toyo. Jangan hairan satu ketika nanti Tanah Melayu akan bertukar jadi Tanah Jawa. Maka itu jika golongan ini telah memegang tampuk pemerintahan jangan harap dapat cepat kita ambil semula kuasa di tangan mereka selagi mereka tidak jadi jutawan. Itu yang terjadi banyak kawasan di Selangor & Johor yang ramai kaum Jawa. Tenguk rumah mereka pun sudah bagaikan istana.

Amat berbeda dengan kaum Melayu yang asalnya memang juga ramai dari seberang. Tetapi jika kita amati sejarah Melayu Asli bukannya dari seberang. Ada yang kata dari India; sebab itu kawin berinai & cerita bangsawan dulu sebut dewata perbagai.

Jawa itu juga Melayu; begitu juga Banjar, Minang, Bugis, Rawa & ramai lagi puak lain. Mana ada di MyKad nak tulis Bangsa itu Jawa atau Melayu.

Lupakan isu Jawa Bugis Melayu semua ini.

Isu Melayu Jawa tak penting; tapi adat & sopan santun itu boleh kita pertikaikan. Itu isu yang boleh didebatkan. Rasanya jika MB Khir Toyo itu benar-benar Melayu dia memang tak tergamak nak hadiahkan penyapu biarpun seseorang itu buat kesalahan. Secara ilusinya peradapan itu yang akan terserlah jika kita angkat seseorang yang wajar atau tidak wajar menjadi pemimpin. Mana ada dalam kamus Jawa bidalan jika mahu menarik benang dari tepung jangan sampai tepung berselerak... MB Khir Toyo pernah dengar ini tapi bukan adat & sentiasa mengamalkannya. Dia bukan Melayu jati. Maka dia lebih suka guna penyapu... jika dah guna penyapu apa akan jadi dengan tepung. Isk!.

Menghambat orang dengan penyapu dikira biadap; seharusnya pemimpin begini kena menyembah maaf. Pemimpin tidak beradab namanya. Malu amat seorang ketua dihadiahkan penyapu. Melampau!. Apakah kita mahu bersalaman wawasan dengan pemimpin sebegini. Ego. Jika enggan mengaku yang dirinya ego; tika pilihan raya inilah rakyat jelata kena mengajar pemimpin yang tidak bersopan ini. Kes penyapu hanya sekelumit sahaja sejarah MB Khir Toyo ini, banyak lagi skandal & rasuah yang didedahkan oleh BA yang melibatkan MB Khir Toyo. Cuba ingat-ingatkan kembali.

Buat jalan RM4.5 juta untuk satu kilometer; tanah tol Dr Hasan Ali yang dipertikaikannya; Orang tua tu nak buat kerja baik dengan tanah tu. kawasan-kawasan tanah yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno, dari Sepang ke Sabak Bernam hingga ke Ulu Bernam termasuk di Bukit Cherakah, Bukit Raja, Sg.Buluh, Rawang, Gombak dan lain-lain lagi... sebahagiannya tentunya milik bangsa kita... nak buat benda apa di tanah itu MB Khir Toyo tak persoalkan .. perobohan rumah setinggan Kampung Beremban & banyak lagi... semak-semaklah di internet!...

Sekali lagi diulangi...rakyat jelata kena mengajar pemimpin yang tidak bersopan & tiada adab ini... Inilah masanya untuk memberi pengajaran kepada Umno@BN. Jika masih bersetongkol dengan golongan yang ego ini nak dipanggil apalah nilai bangsa kita nanti!!!"


"Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai" Configure 4 comments Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai (Score: 1)by xyx123 on Friday, March 07 @ 09:55:45 MYT(User Info Send a Message)

ORANG JAWA ITU RAJIN BEKERJA NAMANYA..BERBUDI PADA TANAH AKAN DAPAT HASILNYA..FAHAM!!!!DALAM BA PUN RAMAI ORANG JAWA TAU..CAKAP TU BERHATI-HATI SIKIT OIII!! AKU NI ORANG JAWA..[ Reply to This ]

Re: Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai by peluit on Friday, March 07 @ 12:40:27 MYT

Re: Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai (Score: 1)by manusia on Friday, March 07 @ 11:17:26 MYT(User Info Send a Message)

x payahla nk berjawa2. Islam sudah.[ Reply to This ]

Re: Khir Toyo ooo Khir Toyo Ilmu apa yang Kau Pakai (Score: 1)by ammerang05 on Friday, March 07 @ 11:34:59 MYT(User Info Send a Message)

dlm byk2 toyol ade satu jenis toyol yg suke keluar tak kira pagi atau mlm.....sape pandai boleh jawabkalau betul hadiahnye penyapu buruk[ Reply to This ]