1.2.07
APAKAH MENGKRITIK SUATU BUDAYA BARU?
Fenomena seperti ini sebenarnya bagus jika ianya menjurus kepada percambahan ilmu dan maklumat. Pembangunan minda juga dapat dijanakan agar otak dan akal fikiran lebih bersikap terbuka dan progresif.
Namun mengkritik atau memberi kritikan seolah-olah sudah menjadi arus perubahan yang terkini kepada orang ramai. Ia juga sejajar dengan perkembangan terkini teknologi komunikasi dan maklumat di abad ke 21. Kita turut sama menggunakan dan manfaatkan arus kemodenan ini.
Jika 10 tahun yang lalu, pengkritik lebih terarah kepada orang politik dan media hiburan, kini sesiapa pun boleh menjadi pengkritik. Pelbagai saluran dan medium yang terhidang di depan kita telah menggalakkan orang ramai turut sama berkongsi sesuatu isu. Medium komunikasi seperti internet, e mail, SMS, saluran tv interaktif, media cetak dan blog telah menggalakkan kita menyampaikan analisis dan pandangan sama ada positif atau negatif terhadap sesuatu isu dengan lebih hebat tanpa batasan.
Menurut Kamus Dewan "mengkritik" yang berasal dari perkataan "kritik" membawa dua maksud. Pertama ia bermaksud, "membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera dan sebagainya". Kedua ia bermaksud "memperkatakan (mengulas dan sebagainya) keburukan dan kelemahan sesuatu atau seseorang; mengecam, membidas dan mencela".
Jika dahulu, perkataan "kritik" ini jarang sangat didengar dan juga jarang dinamakan seseorang itu sebagai pengkritik. Kini kritik, pengkritik dan mengkritik sudah menjadi suatu amalan baru di dalam masyarakat kita. Kita kini bebas meluahkan pendapat melalui kritikan dengan berbagai saluran dan cara. Masyarakat kini boleh mengkritik sesiapa sahaja, dari menteri sehinggalah ke artis pujaan mereka. Dari pelajar belasan tahun sehinggalah golongan usia emas bebas mengkritik apa sahaja yang mereka fikirkan.
Apakah kita sudah bersedia apabila orang lain mengkritik kita sehingga kepada hal peribadi?. Apakah tidak merah telinga kita mendengar kritikan pedas terhadap diri kita?. Apakah kita tidak tersinggung jika organisasi yang kita anggotai dikritik hebat sehingga seperti boleh mencetuskan pergaduhan jika tahap kesabaran kita dicabar?.
Apa yang dapat dilihat, akhbar lebih berdisiplin dan bertanggung jawab untuk menyekat kritikan yang boleh mengeruhkan keadaan dan menjatuhkan maruah seseorang dengan menapis artikel-artikel sebelum dicetak dan diedarkan kepada orang ramai.
Bagaimana pula dengan e mail, internet, saluran interaktif tv, SMS dan blog yang berkonsepkan "real time"?. Apakah boleh kita sekat kritikan yang bersifat mengumpat, mencaci dan menghina seseorang?. Apakah boleh ditapis kritikan yang menjurus kepada pergolakan kaum dan penghinaan pegangan agama?.
Budaya mengkritik kini adalah lebih bersifat menghentam, menjatuhkan maruah, pencetus emosi, provokasi dan pencetus kemarahan yang jika tidak di kawal akan mencetuskan keburukan dan huru hara.
Jarang sekali terdapat kritikan yang membina dan mempebaiki kelemahan sesuatu atau seseorang. Kritikan yang baik sebenarnya boleh mewujudkan suatu sistem "check and balance" dalam sesuatu organisasi. Tanpa kritikan kita mungkin tidak tahu kelemahan kita. Kritikan yang produktif amat dialu-alukan kerana kita mungkin tidak dapat mengukur apa yang kita lakukan itu baik atau tidak. Hanya pemerhati sahaja yang boleh mengetahui apa yang kita lakukan dan rancangkan itu berkesan atau tidak.
Yang lebih menonjol masa kini ialah kritikan yang berunsur fitnah, provokasi, mengumpat dan menghina. Lebih malang lagi anak muda belasan tahun telah didedahkan dengan fenomena mengkritik tanpa batasan dan alasan.
Sebagai contoh stesen tv berbayar mengadakan saluran khusus untuk pelanggannya berinteraktif melalui SMS dan masej akan disiarkan di kaca tv. Saluran @ 15 Astro telah menjadi medan kutukan dan umpatan terhadap individu yang mereka tidak sukai.
Walaupun pengendali saluran tersebut masih dapat mengawal perkataan lucah dan sensitif, namun gaya penulisan yang lebih bercorak mengutuk dan menghina, sebenarnya telah menggalakkan remaja lebih terarah kepada budaya kurang ajar dan tidak bersopan. Apakah remaja tersebut bangga dengan hantaran SMSnya yang bersifat kutukan dan kejian itu ditonton oleh berjuta penonton?.
Terdapat juga kritikan politik dan sosial di laman web. Kritikan yang lebih kearah serangan peribadi dengan kata-kata lucah dan mencarut sudah lama berlaku. Namun ianya tidak menjadi tontonan berjuta orang secara serentak atau "real time" kerana hanya seseorang yang akses ke laman web tersebut sahaja yang dapat membacanya.
Hakikatnya saluran dan medium apa pun, mengkritik sudah menjadi budaya terkini masyarakat Malaysia. Percambahan minda dan berkongsi idea sememangnya digalakkan. Akan tetapi jika ianya lebih menjurus kepada menghancurkan dan menjatuhkan air muka sesuatu atau seseorang, ia sebenarnya tidak membina minda.
Mengkritik yang berunsur dan berniat buruk dan negatif semakin ketara. Apakah tiada usaha untuk membenteras sikap sebegini?. Kita akan kecewa dikemudian hati apabila masyarakat sudah tidak dapat membezakan antara kritikan, nasihat, saranan, teguran ataupun pendapat.
Jika budaya mengkritik keterlaluan ini tidak dibendung, tidak mustahil anak kita sendiri mengritik ibu bapanya dengan perkataan mengecam, menghina dan membidas kita sendiri apabila mereka tidak berpuas hati dengan ibu bapanya.
Tidak mustahil juga anak kita sendiri mengkritik kita melalui saluran komunikasi yang terhidang luas di depan mereka sebagai tanda protes dan meluahkan kemarahannya.
Mengkritik biarlah berpada-pada dan jangan sampai melukai perasaan seseorang. Kritikan membina dihargai, kritikan menghina dijauhi.
Tanah Melayu
2.1.07
Lepas rindu pada isteri orang
MUADZAM SHAH: Tindakan seorang wanita yang juga isteri orang ‘makan luar’ ketika dalam proses penceraian mengundang padah apabila ditangkap berkhalwat bersama pasangannya, kelmarin.
Kadi daerah, Mohd Rizal Mohd Ali Napiah, berkata pasangan itu dicekup di simpang Lebuhraya Keratong-Bahau kira-kira jam 11 malam.
Menurutnya, penguat kuasa Pejabat Agama Daerah (Paid) yang melakukan rondaan terlihat sebuah kereta dengan lampu terpasang dalam keadaan mencurigakan di simpang jalan berkenaan.
“Apabila diperiksa, anggota penguat kuasa menemui pasangan terbabit sedang asyik bermadu asmara sehingga tidak sedar kehadiran anggota penguatkuasa yang mengetuk cermin kereta mereka,” katanya, semalam.
Katanya, kedua-dua pasangan berusia 24 tahun itu sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi dan mengambil kesempatan berjumpa kerana wanita berkenaan perlu menghadiri kursus di Kuantan.
Mohd Rizal berkata, wanita berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan dan bekerja dengan syarikat swasta di Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, suami wanita terbabit juga bekerja di sebuah syarikat swasta di Shah Alam dan mengalami krisis rumah tangga dengan isterinya itu.
“Wanita itu dikatakan dihantar syarikatnya untuk berkursus di Kuantan, namun singgah di sini kerana berdekatan dengan rumah keluarganya,” katanya.
4.2.06
PENGACARA rancangan 999 TV3
1.2.06
Ketagih seks dengan mayat
CINCINNATI: Seorang pekerja rumah mayat yang dipenjarakan kerana mengadakan seks dengan mayat yang hendak dibedahsiasat, dikenakan satu lagi hukuman penjara kerana dua lagi kesalahan memperkosa mayat.
Seorang hakim semalam mengenakan hukuman penjara tiga tahun terhadap Kenneth Douglas, 56.
Lelaki itu mengaku bersalah terhadap dua tuduhan memperkosa mayat dua wanita mangsa bunuh pada 1991.
Akhbar Cincinnati Enquirer melaporkan, Douglas akan menjalani hukuman itu selepas hukuman penjara tiga tahunnya kerana mengadakan seks dengan mayat wanita pada 1982 berakhir. - Agensi
1.1.06
Empat jari wanita hamil terkulai ditetak suami
AMPANG JAYA: Wanita mengandung lima bulan menjadi mangsa kekejaman suami dan kini bertarung nyawa di Hospital Ampang berikutan tiga tetakan di kepala menggunakan pisau pemotong daging manakala empat jari tangan kirinya terkulai.
Kejadian berlaku apabila wanita itu pulang lewat berikutan keretanya yang diletakkan di depan klinik dipecah manakala komputer ribanya dicuri selepas singgah di klinik di Taman Dagang, kira-kira 10.30 malam kelmarin. Difahamkan, belum sempat mangsa, Norshamila Abd Majid, 36, menceritakan sebab pulang lewat, dia diserang suaminya menggunakan pisau pemotong daging.
Nenek mangsa, Salmah Hussin, 75, berkata lelaki itu hanya berhenti menetak apabila anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun menghulurkan adik bongsunya kepada lelaki terbabit. “Apa yang saya kesal, anak Norshamila melihat tragedi itu dan sehingga ini saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana dia (lelaki itu) seorang pendiam,” katanya ketika ditemui di Hospital Ampang. Norshamila yang bekerja di sebuah bank di Jalan Ipoh di sini, juga cedera di pipi kanan dan tangannya patah, tetapi anak dalam kandungannya difahamkan selamat.
Sehingga kira-kira 10 malam tadi, Norshamila masih dalam bilik pembedahan di hospital itu berikutan doktor pakar berusaha merawat semula empat jarinya menerusi pembedahan yang bermula kira-kira 12 tengah hari. Sementara itu, abang sulung mangsa, Mohd Nor Adzhar, 43, berkata dia tiba di rumah adiknya selepas dimaklumkan kejadian itu, kira-kira jam 11 malam kelmarin.
“Ketika saya sampai di rumah, saya lihat Norshamila dibantu petugas hospital, tetapi saya tidak sampai hati melihatnya yang dalam keadaan kepalanya berbalut dan jari tangannya terkulai.
“Perit sangat melihat kesengsaraannya. Dia masih sempat senyum walaupun pipi kanannya cedera dan berdarah,” katanya. Mohd Nor berkata, keadaan di rumah adiknya juga berselerak dan dipenuhi darah dari dapur sehingga ke ruang tamu.
“Saya diberitahu selepas menetak, suspek menelefon bapa saudaranya supaya membawa anak mereka keluar dari rumah dan selepas itu dia gagal dihubungi dan menghilangkan diri dengan membawa bersama album perkahwinan mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Abdul Jalil Hassan mengesahkan suami mangsa sudah ditahan di sini, kira-kira 8 malam tadi.
1.2.05
Bahana curang terhadap isteri
CHILTON (Wisconsin): Empat wanita yang melekatkan kemaluan seorang lelaki ke perutnya terlepas daripada hukuman penjara, semalam.
Donessa Davis, 37, yang sudah beristeri kerap menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain diperdaya ke sebuah hotel oleh kekasihnya, Therese Ziemann.
Therese melakukannya selepas isteri Davis, Tracy, 31, mendedahkan kekasihnya itu turut menjalin hubungan dengan dua wanita lain.
Selepas mengikat Davis, Therese, 48, ibu enam anak itu melekatkan kemaluannya ke perut dengan menggunakan gam paku.
Selepas itu, isteri dan dua kekasihnya masuk ke bilik itu dan mempersendakan Davis yang kemudian berjaya melepaskan diri.
Empat wanita itu hanya dihukum melakukan khidmat masyarakat selama 12 bulan di Chilton.
“Saya tak merancang melakukannya. Ia berlaku secara spontan,” kata Therese.
Dua wanita lain, Michelle Belliveau, 43, dan Wendy Sewell, 44, turut meminta maaf kerana terbabit dalam serangan itu. - Agensi
1.1.05
Meraung isteri dijerut
GOMBAK: Hanya raungan pilu mampu menggambarkan kesedihan hati seorang suami sebaik mengetahui isteri tercinta mati dibunuh dalam keadaan leher mangsa dijerut sekuat hati oleh perompak menggunakan langsir.
PILU...Saibun (kiri) tidak mampu menahan kesedihan. Gambar kecil, Sulastari.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa, semalam.
Difahamkan penjenayah yang berniat untuk merompak mangsa tergamak membunuh wanita itu menggunakan kain langsir rumah selepas mangsa diikat perompak berkenaan, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi semalam.
Kematian mangsa, Sulastari, 50, hanya disedari selepas mayatnya ditemui suaminya yang baru pulang dari bekerja sebagai buruh di Pasar Borong Selayang di sini.
Ketika ditemui, mayat mangsa tertiarap dengan kedua-dua kaki dan tangan diikat di rumah sewanya di Kampung Selayang Indah di sini.
Ia menyebabkan suami mangsa dikenali sebagai Saibun, 41, hampir histeria akibat tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Susulan itu, sepasukan anggota polis dan forensik Selangor dipanggil ke tempat kejadian untuk menyiasat motif pembunuhan sebelum mangsa dipercayai dibunuh dengan dijerut lehernya dengan tali hingga putus nafas.
Suasana pilu mula menyelubungi tempat kejadian, apabila suami mangsa tidak henti-henti menangis dan meratap hiba sambil cuba ditenangkan jirannya.
Bagaimanapun, mayat mangsa yang cuba dipindahkan ke atas pacuan empat roda polis bagi dihantar ke Hospital Selayang sekali lagi mencetuskan suasana sedih apabila suami mangsa meraung berulang kali berkata ‘isteri saya orang baik-baik...kenapa dia dibunuh’.
Keadaan menjadi tambah sayu apabila suami mangsa yang cuba mendekati mayat isterinya yang bertutup plastik hitam terbabit hampir rebah tidak sedarkan diri akibat tidak dapat menahan kesedihan.
Ketika dihampiri suami mangsa hanya merintih dan merayu supaya polis mencari serta memberkas penjenayah yang membunuh isterinya itu secepat mungkin.
Sementara itu, beberapa jiran berhampiran mendakwa langsung tidak menyedari bunyi jeritan atau pergaduhan dari rumah mangsa terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang juga wanita warga Indonesia ditemui suaminya dalam keadaan tertiarap dengan kaki dan tangannya diikat dengan langsir.
Menurutnya, pembunuh turut melilit kain selimut pada leher mangsa yang dipercayai menjadi punca kematian mangsa.
“Berdasarkan siasatan, Saibun yang bekerja sebagai buruh di sebuah pasar borong menemui mayat isterinya itu pada kira-kira jam 8 pagi selepas pulang bekerja.
“Ketika ditemui mayat isterinya tertiarap dalam bilik tidur. Dia segera menghubungi polis sebelum mangsa disahkan sudah tidak bernyawa,” katanya.
Abdul Rahim berkata berdasarkan siasatan, penjenayah menceroboh masuk rumah mangsa melalui pintu sebelum merompak serta membunuh mangsa yang ketika itu bersendirian dalam rumah.
“Keadaan bilik tidur rumah terbabit didapati berselerak dan polis percaya kejadian itu bermotifkan samun berikutan barang kemas milik mangsa turut didapati hilang,” katanya.
Menurutnya, siasatan masih dijalankan termasuk nilai kerugian dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis serta kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.
3.2.04
SAMA AJE.. DULU DGN SEKARANG...
Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
1.2.04
Sepanyol kekal nombor satu
ZURICH: Sepanyol kekal sebagai pasukan yang menduduki tangga paling atas senarai ranking dunia Fifa manakala juara Piala Negara Afrika, Mesir pula melonjak ke tangga ke-10.
Juara Eropah itu diikuti Brazil dan Belanda di dalam senarai terbaru yang dikeluarkan semalam.
Sembilan pasukan teratas tidak berubah.
Kejayaan Mesir merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut itu membolehkan mereka melonjak 14 tempat untuk berada di kedudukan ke-10.
Pencapaian terbaik mereka sebelum ini ialah menduduki tangga ke-15 pada Januari 2009.
Pasukan yang terkandas pada peringkat separuh akhir Piala Negara Afrika, Nigeria melonjak tujuh tangga untuk menduduki tempat ke-15 manakala naib juara, Ghana di tangga ke-27.
Cameroon jatuh sembilan anak tangga di kedudukan ke-20 dan Ivory Coast turun enam anak tangga di tempat ke-22.
Amerika Syarikat kekal di tangga ke-14 manakala Mexico masih di tangga ke-17. Australia muncul pasukan teratas Asia apabila menduduki tempat ke-23. - AP

