2010/02/04
ZURICH: Sepanyol kekal sebagai pasukan yang menduduki tangga paling atas senarai ranking dunia Fifa manakala juara Piala Negara Afrika, Mesir pula melonjak ke tangga ke-10.
Juara Eropah itu diikuti Brazil dan Belanda di dalam senarai terbaru yang dikeluarkan semalam.
Sembilan pasukan teratas tidak berubah.
Kejayaan Mesir merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut itu membolehkan mereka melonjak 14 tempat untuk berada di kedudukan ke-10.
Pencapaian terbaik mereka sebelum ini ialah menduduki tangga ke-15 pada Januari 2009.
Pasukan yang terkandas pada peringkat separuh akhir Piala Negara Afrika, Nigeria melonjak tujuh tangga untuk menduduki tempat ke-15 manakala naib juara, Ghana di tangga ke-27.
Cameroon jatuh sembilan anak tangga di kedudukan ke-20 dan Ivory Coast turun enam anak tangga di tempat ke-22.
Amerika Syarikat kekal di tangga ke-14 manakala Mexico masih di tangga ke-17. Australia muncul pasukan teratas Asia apabila menduduki tempat ke-23. - AP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan